menuju asas yang betul


Maaf jika artikel ini panjang sangat kerana aku menulis dengan penuh emosi kesedaran dan kesedihan melihat ummah yang semakin berpecah!

Akhi yang ku kasihi dijalan sunnah ini …

Aku tak tahu kenapa, sahabat sahabat lama aku yang berpayung dibawah jamaah politik itu masih lagi tidak sependapat dengan aku tentang persoalan dakwah yang aku tekankan supaya diberi perhatian sepenuhnya ketimbang isu isu memburukan kerajaan yang terkadang ada isu isu yang tidak benar yang ‘hearsay’ yang membawa kepada tuduhan dan fitnah!

Aku kesian melihat mereka yang terus terusan berkubang dengan isu yang tidak pernah habis itu yang bagi aku banyak membuang masa dan tidak membuahkan amal serta memecahkan ukuhuwah sesama islam!

Aku tidak menafikan bahawa keghairahan dan kesungguhan ummah untuk kembali kepada islam juga boleh membawa kepada perpecahan seandainya berlandaskan semangat sahaja tanpa ada tasawwur yang jelas yang mengikut kehendak Allah SWT!

Penyatuan fikrah

Sebab itu jamaah jamaah yang wujud di Malaysia ini perlu kepada penyatuan fikrah yang sama meskipun terasing dari sudut pergerakan kerana jika ianya tidak berlaku, ianya akan menjadi duri dalam daging kepada kejayaan islam. Sebab itu tarbiyah itu perlu, kerana jika muslim itu tidak dibentuk dan yang hanya disogokkan dengan ceramah politik Pilihanraya saja akan berlakulah perpecahan. Akan timbullah kekecohan. Yang faham akan berselisih dengan yang tak faham. Yang faham sebahagian akan berselisih dengan yang faham secara syumul.

Sebab itu Islam itu perlu diambil secara kesemuanya dan bukan dijuzu’kan. Barulah tidak ada perselisihan.

Memanglah ada dikalangan penganut penganut politik ni berkata mereka mengambil kesyumulan islam tapi pada realitinya tidak! Pada praktisnya tidak!

Mereka menjadikan orang yang bukan ahli sebagai musuh. Pengkritik mereka sebagai musuh meski pun kritik itu untuk kebaikan islam dan penyatuan islam!

Itulah politik kepartian yang realitinya bergantung kepada kehendak penyokong dan pada majoriti manusia dan manusia yang menyokong pula, ada yang berbagai penyakit, berbagai peringkat kefahaman kabilah dan kejahilan! Mungkin yang menyokong atas berbagai bagai niat dan jika tidak disaffkan dan dibentuk supaya mematuhi dan mentaati Allah. Akan bertambahlah rumitnya dan sudah tentu timbulnya perpecahan.

Ditambah pula dengan pimpinan sesebuah jamaah yang tinggi egonya dan sombong sikapnya dengan yang bukan dari jamaah mereka. Akan bertambahlah komfliknya. Apalagi kalau kita lihat mereka sangguup menerima pandangan dan bersekongkol dengan kaum kafir dan mengenepikan perpaduan serta menolak  pandangan saudara seislam mereka. Bertambah tambahlah keliru masyarakat!

Itu satu kes! Dan banyak lagi kes kes yang mengtaksubkan jemaah melebihi mentaksubkan islam.

Antaranya membangga banggakan jamaah yang mereka anuti dan merendah rendahkan jamaah lain. Dan banyaklah lagi isu jamaah ini kalau ingin kita bincangkan!

Syurut

Tapi bagi aku perkara itu bukannya baru dan ianya adalah isu basi sejak dulu lagi. Apalagi bila terserlahnya manhaj Ikhwan dan sistem dakwah dan tarbiyah mendapat tempat dihati ummah di Malaysia ini. Hingga boleh dikatakan masing masing jamaah mengklaimkan merekalah yang menepati apa yang dibawa oeh ikhwan! Sedangkan mereka buta sejarah tentang bermulanya manhaj ikhwan dikembangkan di Malaysia ini.

Teringat aku akan arwah murabbiku yang amat dikasihi Ustadz Dahalan Mohd Zin menceritakan bagaimana pada mulanya manhaj ikhwan ini diamanahkan kepada beliau lebih kurang 30 tahun yang lalu oleh pimpinan IM untuk dikembangkan di Malaysia ini melalui ABIM ( sebelum terwujud jamaah  yg diasaskan beliau ) Dan dialah insan pertama yang diamanahkan untuk memulakannya! Ini sejarah yang tidak direkodkan.

Dan arwahlah yang mengusaha untuk mengenalkan D & T itu hingga ianya berkembang sekalipun lambat kerana mengikut murabbi ku mereka harus mengikut arahan IM juga waktu itu jamaah Arqam dan PAS menjadi pilihan utama, namun akhirnya D & T celupan ikhwan dapat diterima oleh ummah di Malaysia hingga pengembangannya amat menakjubkan meskipun terdapat perpecahan dan pengislahan anak anak didiknya kerana ketidak sabaran dalam mentaati syurut yang ditetapkan jamaah namun murabbi tarbiyah itu tidak pernah luntur semangatnya untuk meneruskan dalam keadaan ditinggalkan dan didikatakan lembab!

Bagi murabbi tarbiyah itu, perkara itu biasa kerana zaman Albanna pun ikhwan terpecah pecah dan mungkin ada baiknya dari satu sudut sebagai filter untuk menerjah kekuatan.

Justeru itu aku tidak merasa hairan dengan tumbuhnya pelbagai jamaah bagai cendawan di malaysia ini dan  ada diantaranya telah digabungkan kepada satu nama dan ada juga yang masih bergerak kecil kecilan!

Walau apa pun, yang ku tahu pimpinan pimpinan didalam J D&T itu semuanya adalah berasal dari asuhan dari air tangan beliau, yang mana kebanyakannya adalah anak murid beliau yang telah mengislah diri atas sebab sebab tertentu dan membina jamaah mereka masing masing mengikut citarasa mereka!

Tapi itu tidak menjadi kudis kepada murabbi tarbiyah itu hingga kewafatannya. Malah mungkin hikmah positif untuk pengembangan islam diMalaysia. Cuma yang tidak berapa sedap aku lihat dan dengar ada segelintir penganut jamaah yang taksub, mendabik dada bahawa jamaah merekalah yang benar dan asli dan yang diiktiraf ikhwan!

Ini bukan isu yang ingin aku bincangkan lagi kerana telah aku tulis dalam tulisan terdahulu. Dan ianya amatlah remeh.

Takwin wa’yun Islam dan Ijad Rakais

Akhi muslim ….

Sepatutnya apa yang perlu kita beri perhatian besar adalah , Islam mesti didaulat dan didahulukan dan harus berkembang. Dakwah harus dilestarikan. Dan yang paling penting yang harus kita buat kepada ummah ini adalah Takwin wayun islam dan Ijad rakais mendapat saripati pejuang. Barulah kita dapat membina generasi pewaris.

Mutakhir, di Malaysia amat menyedihkan! Meski aku berbangga dengan banyak jamaah dan NGO’s islam tapi masing masing tidak dapat membantu satu sama lain untuk pengembangan islam. Iklim politik di Malaysia sudah merosakan segala galanya. Bagi NGO yang menyokong politik pembangkang SUDAH PASTI TIDAK MENYOKONG NGO yang neutral malah dituduh talibarut kerajaan. Program program islam dan penyatuan ummah yang dianjurkan seumpama ‘ Perhimpunan sejuta umat’ dipulaukan sedangkan sewaktu program BERSIH 2.0 yang tidak menguntungkan ummah, mereka berkorban menghadirkan diri malah sanggup duduk dibawah pimpinan kafir yang terang terang anti Islam! Inilah realitinya. Kerana mereka memahami politik kepartian adalah segala galanya dan menjadi matlamat perjuangan! Dan tanpa politik kepartian ini dan PRU islam tidak dapat ditegakkan.

Maka bertembunglah percangahan fikrah hingga melibatkan ulama’ ulama’! disebabkan politik kepartian ini, ulama’ ulama’ neutral dan pondok dimusuhi oleh ulama’ ulama’ politik dan dikatakan mereka itu ulama terompah kayu dan sebagainya.

Inilah yang amat aku sedih sekali. Sedangkan kita bertuhankan Allah yang esa. Qiblat yg sama. Nabi yang sama. Kitab yang sama tetapi realitinya kita terpecah dan bermusuhan!

Barulah aku sedar apa yang difirmankan oleh Allah

Allahlah yang menyatukan hati hati kamu. Kalau sekiranya kamu belanjakan semua sekali harta yang ada dibumi untuk menyatukan hati mereka, kamu tidak dapat berbuat demikian. Yang dapat menyatukan hati hanyalah Allah …

Mungkin dalam usrah. Dalam halaqah terwujudnya kasih sayang tapi dalam satu masyarakat dan ummah, memang sukar untuk mengwujudkan wehdah itu!

Memang banyak sebab diatas ketidak adanya kesatuan itu! Dan aku teringat kata kata murabbi ku bahawa antara punca sebenarnya adalah kita tidak mendapat rahmat Allah!

Jikalau Rabb mu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat kecuali bagi orang orang yang diberi rahmat oleh Rabbmu – Hud 118-119

Benarlah yang dibuat oleh Albanna bahawa untuk menyatukan kasih ummah ini tidak lain tidak bukan harus melalui proses dan pembentukan. Dan bukan jalan selain itu. Kerana jalan selain itu adalah batil!

Hanya tarbiyah Islam

Hanya tarbiyah Islam yang mengasaskan islam. Dan bukan tarbiyah lain yang mengasaskan islam. Asas islam dari tarbiyah islamlah yang melahirkan politik islam. Asas demokrasi dan cara demokrasi tidak boleh melahirkan politik Islam! Adalah sesuatu yang mustahil, daripada pokok yang lain hendak mengeluarkan buah yang lain.

Sebab itu bila menanam kita kena pilih benihnya kerana pokok yang betul akan tumbuh dari benih yang betul. Iaitu benih islam. Barulah akan keluar buah islam.

Janganlah mengharap untuk menumpang atau sebahagian diatas pokok yang ditanam oleh orang lain bersama sistem yang lain.

Sepatutnyalah kita kena membenci pokok yang tidak islam itu ( demokrasi ciptaan lord reid). Kita mesti tebang. Korek akarnya dan buangkan. Kita tanam pula benih islam walaupun susah.Insyaalah.

Pokok yang tidak islam kita buang dulu lebih lebih lagi ianya telah berakr bertahun tahun dalam jiwa manusia.

Akur lah akhi muslim, sahabat ku dan juga kamu semua dimedan dakwah ini akan nasihat yang baik dari sahabat yang beriman. Jika betul kita ingin kembali kepada Allah dan Rasulnya. Kita akan rasa bahawa setiap kesalahan kita sebagai satu kelemahan kerana nasihat ini datang dari sahabat kamu yang mukmin yang cintakan perpaduan. Tidak wajar kamu tersinggung dengan nasihat ini.

Ingatlah akhi ….

apabila kita kembali kepada satu Ilah, satu uslub, satu manhaj dan satu deen pastinya antara kita ummah dimalaysia ini, dan lebih lebih lagi sesama jamaah ini tidak berlaku perselisihan yang serius yang melibatkan kesatuan kita.

Kita tidak mahu bilangan yang ramai, jamaah yang banyak, NGOs Islam yang bercambah tapi hakikatnya berpecah belah. Masaalah besar yang perlu kita buat ialah semua kita perlu mengambil serius soal tarbiyah dan kembali kepada tarbiyah supaya kita semua dapat merasai perlunya kembali pada Allah kerana jika kita tidka kembali secara sedar kepada Allah akan berlakulah perselisihan yang serius dikalangan kita kerana Allah masih memberi kita peluang untuk memelihara dan menyelamatkan penyatuan dengan hanya satu cara. Taat kepada Allah dan Rasulnya dan ketaatan itu hanya melalui tarbiyah yang berterusan!

Pastinya akh ….

jika kita ingin kembali kepada syarak sepenuhnya, kita tidak akan jurang sebenarnya! Kita akan nampak kepentingan syarak. Inilah asuhan dan latihan jiwa yang perlu berjalan didalam jiwa kita. Kembali kepada kekuatan Allah dan menolak semua yang dimurkai Allah!

wallahuaklam

muharrikdaie – on the way to ‘Perhimpunan sejuta umat diStadium Shah Alam.

15 responses to “menuju asas yang betul

  1. ~sipembumiislam~ January 2, 2014 at 8:05 pm

    Salam’alaik.
    Artikel ni mungkin sudah lama ditulis, tapi anna ingin menyatakan pendapat setelah baru2 ini ana mendengar sendiri penjelasan tuan huru haji hadi.
    1) Demokrasi dan pilihanraya adalah jalan pilihan yg di ambil oleh Pas adalah sebagai ‘passport’ utk memenangkan Islam di Malaysia. Mcm juga bila dikiaskan dengan utk pergi mengerjakan haji. Wajib utk mengerjakan haji tp perkara wajib yg perlu ada is passport (sistem yg di’introduce’ oleh barat). Pada zama Nabi saw, ketika baginda meminta sahabat mengutuskan surat kepada kerajaan lain ketika itu, sahabat memberitahu bahawa perlu ada ‘cop rasmi’ utk surat itu diterima. Maka nabi mengarahkan dibuat stamp rasmi dan dicop pada surat tersebut. Maka ulama’ sepakat mengambil langkah menyertai demokrasi pilihanraya utk membangunkan negara Islam.

    2) semua jemaah menyatakan masing2 ingin sampai ke destinasi yg sama yakni membangunkan empayar islam. Cumanya method utk ke sana perlulah bersesuaian. Ibarat utk sampai ke sebuah pulau, perlu meredah lautan besar yg bergelora dan ribut yg kuat (begitu juga perjalanan dakwah yg berliku hebat). Manakan mampu sampai ke pulau jika hanya menggunakan sampan kecil. Memerlukan bahtera yg besar, penuh dengan kelengkapan besar setanding dengan halangan yg hendak dituju.

    3) membangunkan sistem khilafah islam itu satu projek besar yg perlukan manhaj yg jelas. Maka caranya perlu jelas. Apa yg saya nmpak, hanya PAS sahaja yg membentangkan jalan yg jelas utk capai kesatuan Islam antarabangsa (dgn menguasai malaysia, bersepakat dengan Ikhwanul muslimin di mesir, jamaat islami di pakistan dan beberapa negara islam yg lain). Maka manhaj sudah jelas, cuma perlukan support system yg kuat utk memangku perjalanan besar ini. Itu memerlukan pengukuhan drpd dalam. PAS perlu diperkukuhkan bukan dikritik drpd luar.

    4) Sebuah jemaah perlu mengikuti cara Rasulullah keseluruhannya, bukan memilih separuh2. Nabi meminta para sahabat berhijrah meninggalkan kota mekah utk membina negara Islam, maka semua sahabat tinggalkan mekah dan berhijrah. Tapi mengapa ada dikalangan kita masih teragak2 utk turut menyertai jemaah yg cuba utk membangunkan negara islam? Kekuasaan hanyalah wasilah utk membuka banyak lagi ruang2 dakwah. Media massa, sistem pendidikan, pengaplikasian konsep kepimpinan islam itu sendiri banyak memberikan buah2 yg menguntungkan islam.

    Ini hanyalah pendapat peribadi hasil drpd apa yg ana dengar drpd penjelasan tuan guru. Salah silap itu adalah kelemahan drpd diri ini yg masih belajar, masih lagi cetek ilmu. Semoga Allah mematangkan kita semua agar dlm melihat skop islam kepada yg lebih luas.

  2. fadilah November 6, 2011 at 8:35 am

    http://www.youtube.com/watch?v=Nq0XhlnHVU0 Ustaz Azhar Idrus – (soalan) asingkan politik dengan agama

  3. a'bdul hak November 4, 2011 at 12:51 pm

    ana kre artikel ini dtulis dgn pnuh emosi.. =)
    fahami, knali… explore dlu ape yg tlh dbwa malah dibuat olh jmaah itu…
    msh bnyk yg blum kte taw…
    andai kite mngenali..

    p/s: ana sgt kagum mlihat prjuangan mlah pngorbanan rmai ahli2 apatah lg pmpinan jmaah itu… andai kata kte taw… krna hny Allah sbg saksi prjuangan ini.. WA =)

    • muharrikdaie November 18, 2011 at 5:05 pm

      a’bdul hak – ana tidak menafikan cuma terkadang bila kita terlalu politiking dan ingin menjaga hati sahabat kafir kita hingga tidak sedar kita lupa matlamat perjuangan dan islam yang kita kendong. Dan terkadang ana lihat kita lebih memusuhi saudara seakidah kita yang berlaianan parti dan berkasih sayang dengan sahabat parti kita yang kufur dengan Allah dan dengan deen ini! Ini yg ummah menjadi konfius. Dan bertambah konfius bila sirah dan ayat2 quran di gunakan untuk menguatkan hujah kita mempertahan kan tindakan orang bukan islam terhadap islam. Memang parti itu sekarang terlalu politiking kerana pimpinannya dikalangan ulama’ haraki kian terhakis dan diisi dengan profesioanal yang tidak diisi dengan tarbiyah dan ilmu islam!

  4. Roslina Sahidin November 1, 2011 at 11:11 am

    Salam’alaik..akhi,sekadar ingin melontarkan persoalan. Agaknya apakah perasaan kita sekiranya orang hindu atau buddha di negara kita keluar berhimpun menyatakan bantahan terhadap bangsa mereka yang masuk islam? Dan soalan ana lagi,isu murtad ini seharusnya kita alert dari awal-awal ia terjadi,hatta cuma seorang yang murtad pun kita sepatutnya merasakan ini isu besar. Mengapa bila dah mencecah beratus ribu baru kerajaan nak ambil peduli? Sedangkan sebelum ini ramai ahli parlimen pas yang mengutarakan isu murtad di parlimen,ditolak mentah-mentah pihak kerajaan untuk dibincangkan. Ana juga musykil,jika kerajaan peka dengan isu murtad,kenapa menghentam orang yang nak laksanakan hudud?mengapa menolak dilaksanakan hudud?sedangkan disebabkan tiadanya hudud lah berlaku murtad secara berleluasa. adakah kerajaan hanya menjadikan sesetengah isu agama yang memberi advantage kepada mereka untuk diketengahkan?maknanya islam separuh-separuh. Adakah enta yakin semua yang menyertai HIMPUN benar-benar sedar dengan isu murtad?apa tindakan seterusnya?adakah lepas berhimpun terus balik dan tak buat apa2?dan adakah orang yang tak menyertai HIMPUN sudah pasti tak buat kerja islam,menyelamatkan umat ini dari kemungkaran? Wallahua’lam..akhi,kita semua menuju jalan yang sama,hanya method yang berbeza. Hormatilah cara masing-masing. Maaf,sekadar lontaran dari diri yang hina,tak layak ana bicara soal perjuangan disebabkan diri yang masih setahun jagung dalam jemaah. Tapi ana sangat dukacita melihat kita para duat saling menghentam jemaah masing-masing. Allahu-robbi.

    • muharrikdaie November 18, 2011 at 4:57 pm

      Roslina – terima kasih kerana sudi singgah disini dan melontarkan komen. Panjang kalau ana nak jawab. Cumanya ingin ana katakan bahawa tulisan ana hanyalah sebuah pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Terus terang, ana tidak menghentam sesiapa hanya sekadar mengkritik untuk membina kerana jamaah PAS terkadang terlalu politiking hingga lupa kepada matlamat perjuangan mereka serta ego dan gah dengan apa yang mereka miliki sekarang hingga tidak langsung memberi sokongan kepada NGO’s Islam dalam isu isu islam kerana telah terjerat dan ingin menjaga hati sahabat baiknya DAP, parti anti islam itu!

    • irhafiz November 23, 2011 at 12:34 am

      Maaf Roslina Sahidin,
      Saya ingin menyentuh sedikit tentang hal ini. Apa yang Roslina katakan, apa perasaan orang hindu dan buddha?
      -Bagi saya, kenapa tidak ditanya, apakah perasaan orang muslim. Itu soalan lebih tepat.
      Kenapa tidak alert dari awal-awal lagi?
      -Tidak dinafikan, agak terlewat kita melakukan perkara ini. Namun jika dibiarkan ia akan lebih terlewat. Sebelum ia terus diabaikan, tidak salah untuk kita alert sekarang.

  5. simple-shida November 1, 2011 at 5:18 am

    Beginilah bila manusia menganggap parti politik lebih penting dari aqidah. Kemenangan pembangkang di malaysia banyak merugikan islam ….

    ** salam singgah..
    ana terjumpa bait kalam ni.😉 buat ana tersenyum. ana menolak ayat tersbut. parti politik itu bukan meletakkan politik no 1. akidah no 2. bukan juga akidah no 1. politik no 2..

    Misi, Dasar dan Seruan

    Dasar PAS ialah ISLAM

    Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

    Tujuan PAS ialah :

    * Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

    * Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Usaha-usaha PAS :

    1. Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
    2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
    3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
    4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
    5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
    6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
    7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an.
    8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
    9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
    10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
    11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

    insyaallah dh selesai baca.. maka, HIMPUN tidak melibatkn parti politik. Majoriti NGO. majlis syura’ PAS sudah memutuskan untuk tidak menyertai bukan atas asbab tidak menyokong usaha murni menyatukan AKIDAH . http://nikabduh.wordpress.com/2011/10/19/mengapa-pas-menyokong-himpun/

    TERKINI : HIMPUNAN SEJUTA UMMAT… PAS UMUMKAN TIDAK AKAN TERLIBAT HIMPUNAN INI. HARAP MAKLUM !!!BERIKUT KENYATAAN MEDIA TG HADI AWANG. PAKATAN RAKYAT AKUR DENGAN KEPUTUSAN INI & TIDAK TURUT TERLIBAT SAMA…

    PAS yang mengadakan mesyuarat Lajnah Politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti- parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.
    😉 insyaallah moge pencerahan sedikit ini tidak memesongkan fikrah mana-mana pihak utk terus melabel parti PAS tidak memetingkan tntg AKIDAH.😉

    lihat isu pemuda PAS membuat bantahan tentang filem HANTU BONCENG. bukan isu cerita itu yg diperkatakan.. tentang hantu..dan adik beradiknya..namun, tentang KALIMAH yang disebut oleh pelakon itu..boleh merosakkan AKIDAH dan menjadi siulan anak muda dgn kata-kata pujangga pelakon idaman mereka itu.. Allahu Akhbar..

    hatta, bersama-sama lah dlm mencegaj program mungkar.. isu terkini tentang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.*http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6158-pemuda-pas-bantah-konsert-elton-john

    mohon maaf kerna posting ni agak lah pnjng…😉 wallahu’alam,

    Qulil Haq Walau Kana Murran (“_)

    • muharrikdaie November 18, 2011 at 4:48 pm

      Simple shida – Tq atas kehadiran dan penerangan yang anti beri. Ana tak menafikan terbentuknya jamaah dan thoifah Islam dimalaysia ini tidak lain hanyalah untuk daulah dan keredhaan Allah tetapi bila kita mencelupkan diri didalam politik demokrasi tanpa berhtai hati menangganinya maka secara tidak sedar kita juga akan terikut ikut rentak dan kompang mereka dan banyak yg merugikan islam. Sebab itu PAS akan lebih izzah lagi jika berjuang bersendirian dan bukan berkompromi dgn parti yang anti islam dan parti yang mengamalkan pluralisme agama. walau apa pun ana tetap sokong PAS bukan kerana namanya PAS atau dipenuhi oleh Tok2 guru tetapi atas dasar perjuangannya! Pemimpin PASlah yg akan menangungnya diakhirat nanti jika dasar yang ditulis itu hanyalha teori semata!

  6. sahabat hijau October 24, 2011 at 12:08 pm

    alhamdulillah. ana juga berada di stadium shah alam sejak 2.30 hingga jam 6.20pm. waktu bersurai. mungkin bilangan satu isu. (mengikut sumber yang menganalisis- anggaran 10-20ribu orang yang datang- termasuk yang bertebaran dan keluar masuk stadium)
    tapi boleh melihat HIMPUN dari sisi yang lebih positif.
    dan mungkin ketukan buat para dai, sebenarnya begitu banyak kerja yang perlu dilakukan lagi.
    cuma agak menyedihkan kerana ada pihak yang mempolitikkan HIMPUN juga.
    cuma dari sisi diri sendiri, dapat melihat dengan lebih real – bagaimana pemikiran parti politik di Malaysia ini.
    wallahualam.

  7. muharrikdaie October 23, 2011 at 3:19 pm

    sahabat hijau – memang nak tulis. Sambutan amat menyedihkan. Hambar … hanya lebih kurang 6000 ke 7000 org yang hadir dan itu pun atas jemputan dan bukan atas kesedaran mungkin! Beginilah bila manusia menganggap parti politik lebih penting dari aqidah. Kemenangan pembangkang di malaysia banyak merugikan islam ….

    • anazahra November 15, 2011 at 5:29 am

      akhi muharrikdaie..

      ana juga hadir waktu HIMPUN ni..
      walaupun stadium tidak penuh,
      tp ana rasa, bilangan yang hadir ketika HIMPUN itu cecah 20000 orang..
      Bayangkan stadium yang boleh muat 80000, separuh stadium dah 40000, separuh dari separuh adalah 20000.. dan kita lihat, walau tidak penuh, tapi ana rasa ia ada suku dari seluruh stadium.. dan suku itu bersamaan 20000 orang…

      kita rasa sikit sebab stadium itu muat 80000 orang, dan stadium tu besar… jadi kita nampak sikit…itu tak termasuk yang duduk kat luar yang hadir…

      walaupun ramai yang kata HIMPUN ini tidak berjaya, tapi bagi hati2 kita, HIMPUN telah berjaya…

      alhamdulillah.. teruskan perjuangan..

  8. sahabat hijau October 23, 2011 at 10:48 am

    setuju dengan artikel di atas.
    menanti tulisan pasca – Himpunan Sejuta Umat pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: