Jamaah dulu dan sekarang


Akhi wa ukhti

ingatlah kata kata ku ini dari sedikit pengalaman  dijalan dakwah ini …

Ingatlah! Bahawa seorang da’ie sudah tentu tidak akan duduk diam tanpa amal kerana sifat itu sebenarnya adalah keaiban orang beriman. Sebagai seorang daie kita harus juga mengambil peluang untuk sentiasa berada dalam zon mentarbiyah dan berbakti.

Ingatlah! Bahawa yang paling bahaya bagi kita adalah “menganggur” dalam mentarbiyah dan berbakti kepada ummah.

Kisah dulu

Kamu tahu tak? Zaman dan era kita inilah zaman yang paling mudah untuk melaksanakan dakwah. Tapi malangnya dikalangan kita tidak langsung mengambil peluang yang semudah ini untuk dimenfaatkan. Kita banyak membuang masa dengan tarbiyah yang hebat tapi tidak bernyawa untuk bergerak! Kenapa ya? Sudah tentu jawabannya adalah kerana kita terikut ikut dengan euforia dunia hingga jiwa kita keras dan kematu dari siraman kesedaran dari ilahi. Asbabnya kerana kita merasa dakwah ini beban berat hingga membuatkan kita tidak jujur didalam perjuangan.

Kalau lah kamu pernah terbaca akan kisah kisah duat sebelum ini. Maksud ku pada pada awal 80an yang mana aku masih kecil dan ada yang masih memakai seluar katuk lagi dan ada juga dikalangan kamu pun masih belum lahir lagi, para aktivis dakwah menghadapi pelbagai halangan dalam dakwah mereka.

Jamaah pun tidak banyak. Dan kalau ada pun hanya jamaah PAS, Arqam dan ABIM sahaja dan di luar negara UK, US mungkin IRC yang mengendalikan pentarbiyahan buat student student yang dahagakan kefahaman islam. Dan kalau tidak silap aku waktu itu Arqam adalah pilihan utama bagi student student akhawat menadah tarbiyah dan ilmu, kerana mereka lebih keterdepan muslimatnya dari muslimat dari jamaah lain.

Di Mesir Jordan Syria dan negara Arab disana tarbiyahnya banyak dikendalikan oleh aktivis PAS.

Membanggakan Jamaah

Waktu dulu rasanya tidak seorang pun dikalangan aktivis dakwah berbangga dengan jamaah mereka kerana tika itu mereka hanya mengutamakan dakwah dan dakwah sahaja dan jamaah ini hanyalah alat bagi mereka sebagai pelindung kerana ianya ‘didaftarkan‘ supaya tidak sewenang wenangnya ditangkap dan di ISA kan oleh yang membenci dakwah.

Waktu itu, mengikut syuyukh syuyukh  yang pernah aku tanya, bukan sahaja kerajaan membenci Islam malah orang awam dan masyarakat sekeliling juga memandang serong pada yang terlibat dengan dakwah ini.

Ada juga aku dengar, ahli keluarga yang terlibat dakwah dihalau oleh keluarga mereka sendiri. Pelik sungguh kenapa dakwah ini terlalu asing bagi masyarakat pada waktu itu!

Paling pelik bilamana akhawat yang memakai purdah dan jilbab di panggil ‘ hantu kum kum’  kerana golongan ini sering memberi salam. ( Waktu dulu salam ini amat asing dalam masyarakat)

Para pendakwah yang beserban mahupun yang hanya memakai kupiah dilabel ‘ sesat‘ oleh masyarakat! Apalagi jamaah PAS yang sering menegur kerajaan atas kemaksiatan dan kezaliman yang mereka lakukan!

Malah bila aku baca tragedi berdarah di Lubuk Merbau kedah dan selepas itu diMemali kedah, aku amat rasa terpilu kerana mereka diketuk dan ditembak kejam oleh kerajaan semata mata kerana dakwah dan menentang dasar kezaliman serta kemaksiatan serta mengajak mereka kembali pada Islam!

Inilah sebahagian dari ujian yang dihadapi oleh pendakwah terdahulu yang masih kita belum rasai lagi dan yang tidak berapa jauh dari zaman kita namun para pendakwah dahulu tidak pernah putus asa cekal dan sabar untuk terus menyampaikan cahaya kebenaran biarpun mereka mereka itu berlainan wadah!

Waktu itu rasanya hanya ABIM dan IRC yang membawa manhaj ikhwan. Sedangkan Arqam dan PAS dengan cara mereka tersendiri.

Modul usrah dan tarbiyah hanyalah mengikut faham jamaah masing masing! Arqam dengan kesufian tarikah dan ekonominya. PAS dengan politiknya. ABIM dengan cara tarbiyahnya namun waktu itu tidak pernah ada gesel mengesel atau singgung menyinggung malah mereka bekerjasama didalam dakwah. Bukan saja didalam dakwah tapi juga dalam menghadapi tribulasi dan tentangan dari pihak pemerintah dan juga massa. PAS membela ABIM dan ARQAM dan begitu juga sebaliknya.

Keharmonian berjamaah

Jamaah jamaah pada waktu itu amat harmoni sekali meski pun pendokong pendokongnya ditarbiyah ala kadar dan tak sempurna kerana kekurangan bahan dan informasi dan terkadang tak ikut sistem pun tapi dek kerana jiwa mereka jujur didalam perjuangan dan ikhlas kepada Allah untuk menyebarkan deen Nya, membuatkan mereka cepat faham hingga nikmat Islam itu dapat kita teguk hingga saat ini!

Peliknya sekarang ini Jamaah Islam seolah olah jamaah jahiliyah. Jamaah Abu Jahal.

Dengki mendengki dan jatuh menjatuhkan, yang mana tak sepatutnya berlaku!

Kita sepatutnya telah matang dan cerdik. Namun sampai sekarang tidak sekata. Malah ada yang mencuri mad’u. Memburukan satu sama lain. Berbangga dengan kehebatan jamaah yang mereka dokongi. Ada juga yang mengatakan jamaah mereka sajalah yang syumul dan jamaah lain tidak syumul. Manhaj dan tanzim mereka sajalah yang baik dan mereka sajalah yang kedepan dan berbagai bagai mazmumah lagi yang tidak perlu disebutkan disini. Inilah yang berlaku hingga kini.

Duat hingusan

Bagi aku duat yang suka sangat berbangga dengan jamaah mereka itu adalah  “duat hingusan” yang bagai sikudung mendapat cincin.

Apalah nak dibanggakan sangat dengan jamaah kita yang kerdil ini, meski pun kita rasa kita dah besar dan kuat sedangkan maksiat masih terus berkembang, Daulah yang kita impikan pun masih tidak menunjukkan bayangnya lagi.

I’dadul Mas’ulin Wa Sinfil Qiyadiyin

Apalah ertinya jamaah kita terkenal hingga kepenghujung dunia tapi islam masih tersepit dan terpinggir! Itulah realitinya. Jamaah kita hanyalah copyright dan hanya ‘sibghah’ saja dari Ikhwan dan bukan kita yang mengasaskannya.

Oleh itu tidak perlulah kita berbangga bangga dengan jamaah kita ini sedangkan kita masih lagi tidak dapat lagi I’dadul Mas’ulin Wa Sinfil Qiyadiyin ( menyediakan mas’ul mas’ul dan kepimpinan ) untuk membantu ummah ini yang mana sukar sangat untuk kita lahirkan didalam tarbiyah kita kerana berbagai faktor kelemahan.

Oleh itu akhi … sahabat sahabatku,

Marilah kita menfaatkan peluang yang ada ini untuk terus mendidik dan mentarbiyah sungguh sungguh agar semua kita dapat merasai masuliyah ini dengan sebenarnya sementara suasana negara masih longgar dan tidak tertekan. Peluang dakwah hendaklah kita rebut untuk tegakkan islam secepat mungkin!

Marilah kita teruskan  ‘Nasyrul Fikri’ ( menyebarkan fikrah dan pemikiran Islam ) ini tanpa sebarang ‘hudnah’ ( penangguhan ) dan tiada henti.

Peluang yang ada tanpa gangguan ini hendaklah kita ambil untuk melaksanakan ‘ harbul fikri’ ( peperangan fikrah ) agar kita dapat meyatukan fikrah ummah ini. Apa saja peluang yang memberi maslahah kepada jamaah dan harakah, haruslah kita gunakan sepenuhnya. namun peluang ini tidaklah menyimpang daripada matlamat yang telah digariskan oleh qaid kita  … ya itu …

Takwin Wa’yun Islam dan Ijad Rakaiz Islamiyah … insyaalah kita akan terus lurus dijalan ini!

Wallahuaklam.

muharrikdaie – menulis untuk megerakkan jiwa jiwa

8 responses to “Jamaah dulu dan sekarang

  1. umatMuhammad October 25, 2011 at 8:08 am

    benar, niat harus SELALU diluruskan agar berkerja kerana Allah swt bukan kerana jemaah.
    subhanallah, artikel yang sangat bagus. banyak ingatan.

    jzkk.

    • muharrikdaie November 18, 2011 at 4:35 pm

      UmatMuhamad – insyaalah sama sama kita perbaharui niat seperti mana kita elalu memperbaharui syahadah kerana ianya akan menjadikan kita sering bermuhasabah. TQ kerana ziarah.

  2. muharrikdaie October 23, 2011 at 3:16 pm

    Ilmuseeker – setuju dengan awak. Suci bekerja kerana Allah, bukan kerana jemaah!

    Hafizah – sebenarnya berlainan jamaah atau thoifah itu tak mengapa kerana ada hikmahnya. Paling penting kita semua bantu membantu dalam mendaulatkan islam dan jgn sama sekali kita singung menyinggung antara jamaah islam ini kerana kita ini saling lengkap melengkapi dan tidak satu jamaah pun yang syumul dimalaysia ini. Masing2 memerlukan antara satu sama lain. Husnul dzanlah!

    Hamba Allah – Memang, inilah konfilk kita. Memang idealnya kita mahu manhaj ikhwan ini diikuti oleh semua jamaah namun jangan kita lupa, bahawa tidak semua pimpinan jamaah di malaysia ini mendapat tarbiyah ikhwan. Bagi saya, jgn kita cuba untuk menarik sahabat yang telah ada jamaah untuk bersama kita tapi kita cuba wujudkan kerjasama untuk dakwah ini. Insyaalah itu lebih menfaat dari kita mencari loopholes jamaah2 sahabat kita.

    Ina- Memandang serong pada jamaah ini perkara biasa cumanya individu kita yang harus berakhlak dengan akhlak islam supya tidak menjadi fitnah kepada masyarakat!

    RJ – Isyaalah rasanya lambang tu ok kot sb simbol tu ada makna tersendiri. Insyaalah akan ana ubah jika jumpa gambar yg cantik2 dan penuh makna🙂

  3. Raudatul Jannah October 17, 2011 at 7:59 am

    Subhanallah, ana ssangat mendapatkan ilmu dari sini. Tapi, sebagai sedikit masukan, bagusnya header blog ini diganti karena lambangnya adalah MATA SATU, yang selama ini tanpa sadar sudah banyak ada disekitar kita. ‘Afwan jiddan jika kurang berkenan. Jazakallah.

  4. ina October 7, 2011 at 1:08 am

    sedih bagi ana yang biasa2 ini, pabila melihat ada pergolokan di antara jemaah itu sendiri..
    tak mustahillah ana katakan masyarakat memandang serong pada jemaah kerna ahlinya itu sendiri,
    sayang sungguh..
    moga kita kan bersatu tak kira dalam jemaah mana pun, kerna matlamat kita semua sama.
    insyaAllah.

  5. hambaAllah October 6, 2011 at 9:38 pm

    salam akhi..salam perantauan..
    ana sgt tertarik utk btanye lbh lanjut kpda anta yg inshaAllah telah diberi pemahaman yg best mengenai jalan ini.
    ana mahu btanye, kalo ape yg anta katakan diatas, adalah yg benar2 jemaah saling tidak sefahaman .
    bagaimana pula dengan mereka yg menyangka diri mereka jemaah, tetapi setelah ditelusuri lebih mendalam, ternyata jauh dr manhaj ikhwan..(astaghfirullah..)
    dan kita berusaha utk mengajak mereka utk kmbali memegang prinsip ikhwan bersama2 kita.inshaAllah..tapi ternyata mereka menolak, sedangkan kita belum lagi mencapai misi sptmana ikhwan..ana just mahu meminta pandangan anta yg sudah bpengalaman:)

    wuwuwuu..mgkn sy yg setahun jagung ini perlu msucikan niat..Allahu’alam..(semoga Allah sentiasa membetulkan sy..inshaAllah)

  6. hafizah October 6, 2011 at 10:56 am

    perkara ini memang berlaku.em macam mana nak saling mendukung bila kadang-kadang sesuatu jamaah tu macam merahsiakan pergerakan mereka.macam kita semua kan daie tapi mereka tak nak pun bercakap dengan kita pasal dakwah ni.sebab jamaah mereka cuma untuk orang-orang yang terpilih.saya pun takut jadi daie hingusan,tak nak bangga dengan jamaah sendiri.cuma harap dapat sama-sama membantu dalam dakwah.apalagi bila orang-orang tersebut rapat dengan kita tapi macam ada satu pemisah bila terkait dakwah,sebab tak sama jamaah.😥

  7. ilmuseeker October 6, 2011 at 2:27 am

    …..ketidaksefahaman yang akhirnya membawa fitnah kepada agama Islam yg suci…PPerkara asasnya, soal hati. Niat ikhlas dan suci bekerja kerana Allah, bukan kerana jemaah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: