ketika dua fikrah bertemu


Ditika sang sufi bangun sepertiga malam dari peraduan menyahut panggilan rabbNya…..

Ditika sang sufi berwuduk untuk sujud pada RabbNya …

Di saat sang sufi mengangkat takbir membesarkan RabbNya …

da’ie ini …..

membelah alam

keseorangan

sepi

sunyi

ditemani titk titik embun

disirami kabut dan kesejukan

dilebuhraya

meluncur laju menuju destinasinya …

Sekejap tersengguk

sekejap terpejam

sekejap terlalai

menahan kantuk

pulang dari menunaikan masuliyahnya …

pulang dari menemui anak binaanya

untuk menjulang sebuah hukum

sebuah sistem

yang dituntut oleh Rabbnya!

Semua itu ubudiyah …

mencari redha

mencari cinta

kerana pesona keindahan Tuhan amat memabuk kannya  untuk mencari puncak kenikmatan dalam wajah Tuhan!

Tuhanku, kalau aku mengabdikan kepadaMu kerana takut akan nerakaMu

Maka bakarlah aku dineraka jahannam

Kalau aku mengabdiMu kerana inginkan syurgaMu

Maka jauhkan aku dari syurgaMu

Adapun kalau aku mengabdiMu kerana cintaku padaMu

Maka jangan halau aku wahai Tuhanku

…..dari melihat keindahan wajahMu

Beginilah seadanya hidup seorang da’ie yang terpaksa ‘ meransang ‘ dirinya untuk melengkapkan tugas dan amanah yang dikalungkan pada lehernya.

Bagi para duat, berdakwah adalah ‘ kesufiannya’ dalam realiti yang ada, disebabkan masa yang terhad dan terbatas sementelahan oleh kekurangan tenaga tenaga pendakwah untuk mengisi ruang dakwah yang kosong ini.

Mereka tidak boleh sewenang wenangnya mengunakan masa untuk memfokuskan ibadah sunat infardhi mereka dan membiarkan ummah tanpa bimbingan.

Duat juga manusia yang memerlukan sedikit rehat untuk kesenambungan perjuangan. Memang amat letih kalau difikirkan!

” Mana anta ghaib Syeikh? Lama tak datang kehalaqah zikir kita? Sejak Tuan Guru pergi Mekah sampai sekarang baru anta nampak muka. Tuan Guru tanya jugak kemana  syeikh menghilang?” Tanya sahabatku yang sama sama mengambil ijazah kesufian sewaktu aku menziarah guru sufi ku.

” Ada, cumanya ana tak dapat hadir sebab setiap malam jumaat ana kena bimbing halaqah ikhwah baru di UKM sebab Mas’ul mereka sambung belajar. So sementara ni kena isi dululah program tu!” Jawab aku.

“Dakwah dakwah jugak syeikh, tapi kalau syeikh tak attend halaqah zikir ni, berkarat hati nanti, kalau karat hati, ibadah sunat pun banyak anta tinggalkan! Lebih lebih lagi ‘ amanah tuan guru’ serta solat tahajjud yang ‘ wajib aradhi‘ ( wajib mendatang ) bagi kita yang bertariqat ni, tak boleh kita abaikan begitu sahaja? Macamana orang nak terima kata kata kita kalau hati kotor?” Khutbahnya pada aku.

“Betullah apa anta cakap tu.” Jawab aku mengiakan.

Memang benar kata sahabatku ini tapi ada yang aku tidak setuju dengan beliau kerana tidak menerima fikrah dakwah dan berharakah ini. Inilah kebanyakan yang berlaku dalam jamaah jamaah tarikat. Berbeza denganTuan Guru tarikat aku, dia amat memahami aku dan kedudukan aku sebagai aktivis dakwah ini malah dia memberi ‘rukshah’ kepada aku pada setiap amalan amalan yang diberinya pada aku.

” Tapi anta kena faham syeikh, dalam sesuatu perkara tu anta kena lah lihat waqi’nya dan alawiyatnya dulu. Dan alawaiyat ana sekarang adalah pada halaqah usrah ni. Kalau ana tak ada, akan kosonglah jiwa jiwa yang mendambakan tarbiyah itu. Siapa nak bertanggung jawab? Bagi ana dakwah ni pun sebahagian ” penyucian jiwa” jugak.” Sambungku.

Ini yang selalu aku jelaskan pada sahabatku ini supaya dia dapat memahami masaalah kesufian ini. Tidaklah jumud dengan pemikiran lamanya.

Aku tak nafikan amalan infardhi dan jalan  kesufian ini menjadi sebahgian dari jalan ‘pengislahan ‘ ( pembaikan ) jiwa seorang da’i kerana tanpa ruh kesufian, pergerakan duat dalam harakah hanyalah seperti ‘ tengkorak tengkorak ‘ kosong yang tanpa roh.

Duat kena seimbang dalam menghayati dakwah ini! Duat tidak boleh keletihan berdakwah tapi mengabaikan dirinya kerana tanpa ruhiyah yang hidup, tidak dapat menatijahkan apa apa kepada dakwah kerana dakwah ini adalah ” hati dan jatuh kehati ” !

Sebab itu duat kena menyediakan segala gala buat dirinya. Bukan saja ilmu kemahiran, ilmu psikologi, ilmi deeniyah (agama) malah yang paling penting adalah ‘ ilmu kesufian” supaya perjalanannya dalam nuansa dakwah ini tidak terganggu dengan titik bengik ujian yang remeh remeh.

Aku tidak mengatakan bahawa kena cukup ilmu ini baru kita terjun dilautan dakwah yang penuh gelora ini tapi kita harus ada motivasi untuk memperbaiki diri dari hari ke hari kerana semakin jauh kita berjalan dijalan dakwah ini, semakin banyak bekal yang kita perlukan dan bekal yang paling penting adalah bekal ‘ruhani‘ kerana ‘ dakwah ‘ yang ingin kita sampaikan ini adalah wahyu dan kalam suci nabi yang suci  maka seharusnya lah yang membawa dan menyampaikannya juga harus dari seseorang yang suci jiwanya!

Tidak mudah menyampaikan dakwah tanpa persiapan ruhani. Justeru itulah kita sering dilatih untuk membanggakan malam. Menghidupkan malam, agar kelam malam itu bercahaya dihadapan berdirinya seorang perindu! Dan kitalah semestinya menjadi perindu itu.

Tapi jangan kita lupa supaya terus bergerak berdakwah kerana itulah misi utama kita amal makruf nahi mungkar disamping kesufian yang kita cari dihalakah halakah zikir dan tarikat mencari kekuatan. Inilah fikrah yang harus kita fahami. fikrah yang tidak mengsekularkan ibadah kepada Allah Mengamil suku dan meninggalkan suku.

Marilah kita membersihkan dan meluruskan jiwa kita dari niat yang menyimpang dan dari fikrah yang bercabang.

Ingatlah, kita bukan saja hamba kepada Allah tapi adalah pemimpin pada umat ini. Kita adalah pengerak kearah kebaikan, kerana itu kita harus berubah dari sudut segalanya lebih lebih lagi kefahaman kita supaya tidak terus jumud ditelan masa.

Akhi muslim …

Sebagai pendakwah juga kita kena ingat, disamping sibuk yang hectic membina manusia, jangan pula kamu lupa untuk membina dirimu sendiri. Membina dan membimbing jiwa dan hati sendiri lebih utama ketimbang membimbing orang lain ….

Ingatlah kata kata Muhammad ahmad Arrasyid

… seseorang yang bila engkau memandangnya tidak menjadikan jiwamu terbimbing dan tersedar! Ketahuilah orang itu juga bukan orang yang pandai membimbing dan menyedarkan jiwanya sendiri!

Malukan kita akh? Jika ianya berlaku pada kita?

Oleh itu disamping kita membersihkan fikrah kita, kita juga harus menyucikan jiwa kita seperti perilaku orang orang solih terdahulu. Indah, harum dan terpuji akhlak mereka sehingga mereka mampu membimbing dan meluruskan orang lain hanya sekadar berdakwah dengan bahasa tubuh mereka tanpa perlu mereka menggunakan lisan dengan banyak!

Insyaalah. Marilah kita tengok diri kita kembali. Apakah telah suci jiwa kita. Mari kita luruskan dia agar benar benar terpelihara agar dakwah kita terus diterima manusia disamping kita mendapat laba dari Allah Azzawajalla …

” Insyaallah, mudah2an segala yang kita cuba ubahkan ini tidak menjadi ilusi!“ 

Jumpa lagi.

الفقير إلى الل

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: