mengejar seribu bayangmu


Dulu …. dia pernah bertanyaku sekali. Bolehkah menjadi pendampingku? Namun setelah aku menerimanya. Menunggunya. Mengharapkannya. Dia meninggalkan aku.

Itulah dia sebahgian harkat hidup yang dinamai dunia. Dunia yang hanya boleh memberi janji tapi tidak dapat menunaikannya!

Terkadang aku seperti ingin berlari kehujung langit menerpanya. Mengejarnya. Mengejar seribu bayangnya … bertanya. Mengapa?

Namun aku tidak berdaya kerana dia menghilang sekelip mata membawa separuh jiwa ku pergi …

Serasa aku seperti manusia dungu. Menerima dan mengharap  sesuatu yang hanya diikat oleh sebuah kalimah ‘dunia’ yang longgar.

Terkadang sendirian aku terfikir. Kenapa begini? Kenapa aku harus menanti  jalur  pelangi yang pasti tidak akan muncul dalam rembang yang cerah!

Itulah jiwaku. Jiwa manusia yang meski dilihat kuat dan bertenaga tapi lemah bila diulet dunia.

Sepatutnya seorang da’i yang cerah fikrahnya, tajam ilmunya, serbatahu selok belok mehnah mehnah jalan ini akan lebih berhati hati menjaga jiwanya. Kerana lekanya boleh memfuturkannya. Boleh membuatkannya mati kehausan ditengah fatamorgana sungai yang mengalir.

Sememangnya dijalan dakwah yang kita bergerak ini ujiannya tidak dijangka. Terkadang ringan pada mata manusia tapi berat bagi sipenanggungnya.

Itulah ragam manusia yang Allah uji diatas kelemahannya semata mata untuk menaikan darjatnya. Justeru itu apa pun ujian yang melanda. Kecil besarnya harus kita tanganinya dengan penuh keberhatian.

Betullah kata mas’ul ku dulu,

Monyet yang memanjat pokok dan berada di hujung daun dan ditiup angin yang kuat tidak akan jatuh kebumi kerana ia amat berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga keselamatannya tetapi monyet yang berada diatas pokok tapi ditiup angin yang sepoi sepoi bahasa akan mudah terjatuh kerana terlalai dan teralpa dalam kenyamanan yang dirasainya!”

Ironinya ada diantara kita teruji dengan sehebat hebatnya sehingga tergadai nyawa tapi mampu bertahan. Namun ada juga antara kita boleh gugur hanya dengan sedikit terguris perasaan!

Ujian tetap ujian. Ianya harus diberi perhatian kerana selagi dijalan dakwah selagi itu ujian itu besar bagi kita yang boleh menghanyutan kita meninggalkan jalan ini!

Bukalah matahati kita. Kerana jalan menuju Allah tidak mudah yang disangka. Disisi kita penuh dengan penyanguk penyangkuk yang ingin mengait kita apalagi bila hati kita ditampal dengan gambar alam mayapada yang indah ini pada kacahati yang mudah lusuh.

Untuk kita terus thabat dan matang dijalan dakwah ini, kita perlu memandang ulang potret dakwah itu berdasarkan seni cintanya yang sohih. Jangan kita cemari potret dakwah itu dengan coretan coretan dunia sedangkan kita tahu potret dakwah itu dipenuhi putih rona syurga.

Akhi muslim …

Tegarlah dalam menghadapi mehnah cubaan.

Marilah kita bawa jiwa jiwa kita terus menerus kepada Allah meski dalam keadaan menangis yang mudah mudahan suatu hari nanti jiwa kita akan dipulangkan kembali kepada kita dalam keadaan kita ketawa.

Sebenarnya inilah kemuliaan ujian. Hanya dijalan dakwah dan jihad ujian dimuliakan dan dipantau oleh Allah dan diperhatikan. Ujian inilah tarbiyah khusus kita dan tempat penyucian kita untuk mengilap jiwa nurani ini bagai kilauan emas untuk meninggikan nilainya.

Hanya ujian yang akan menjernihkan jiwa. Hanya ujian yang membuat hati peka. Hanya ujian yang akan mengeringkan lautan dosa. Taubat diterima. Tunduk pasrah dan yang akan meninggikan lagi maqam aqidah dan pergantungan kita kepada Allah.

Dimedan kesakitan inilah kita terlatih menjadi panglima dakwah yang kental.

Dimedan kesakitan ini juga melatih kita menjadi imam bagi ummah ini.

Dimedan kesakitan inilah akan terserlahnya ‘ kepahlawanan dan kesrikandian’ kita untuk  masa depan islam …

Sebenarnya kita harus bangga disakiti dijalan dakwah ini ketimbang jalan jalan dunia yang tiada penyelesaian itu …

Disinilah petandanya kebenaran kita sebagai makmum kepada Rasullulah …. kerana baginda yang mulia itu juga disakiti …

Aku disakiti dijalan Allah dan tidak ada seorang pun disakiti seperti aku – HR Tarmizi

Akhi,Ukhti …

sakitnya dijalan dakwah bukan sakit biasa. Sakitnya dijalan dakwah bukan tiada hujungnya. Sakitnya dijalan dakwah bukanlah sakit yang sia sia!  Ianya dikira akhi!  Dihitung. Dinilai. Hingga diluar jangkaan kita dan ditembok akhirat sana tapak syurga kita dibentuk. Istana istana kita didirikan. Hari demi hari keperluan kehidupan kita yang akan datang disiapkan! Terjangkaukah ruhiyah kita untuk membayangkannya?

Begitulah Allah mengangkat jiwa jiwa manusia yang melalui jalan kesakitan ini.

Walau diberinya kita sejumlah ujian ini. Dia juga membantu kita memperoleh sabar dan tegar menghadapi ujian itu. Itulah rahmatNya untuk hambaNya seperti kita ini.

Akhi … ukhti …

jangan hairan jika orang melukai kita. Jangan hairan kalau orang memusuhi kita. Jangan hairan jika mereka mereka mengunjing kita. Mencebik bibir dan mengata dibelakang kita….atau lebih pantas memusuhi kita membawa ‘ buah buah dakwah’ untuk mereka menjamahnya dan menganggap yang kita bawa itu adalah ‘zaqum’ yang memahitkan hidup mereka kerana itulah ‘makar’ Allah terhadap perjalanan hidup kita untuk kita rasai kemanisan syurgaNya!

Kalau kaum musyrik tidak menyiksa keluarga Yasir. Pantaskah keluarga Yasir akan mendapat syurga. Andai orang quraisy tidak mermpas harta Syuhaib Arrumi, apakah beliau mendapat keberuntungan disisi Allah. Andai Sayyid Qutb tidak sabar dan tegar, apakah mungkin nama nya dikenang hingga hari ini?

Itulah persiapan Allah buat kita. Dia menyediakan musuh. Menyediakan ujian. Menyediakan orang orang disekeliling kita untuk menyakiti kita adalah dalam rangka untuk kita terus terusan redha dan mencintaiNya.

Mungkin … didalam ilmuNya dia telah menyiapkan bekas bekas untuk darah kita mengalir menjadi syuhada’Nya.

Betapa mulianya maqam ini akhi!

Inilah yang selalu kita doakan dan akan kita kejar untuk meraihnya. Biar mereka senyum melihat kita mengejar seribu bayangan syahid itu kerana bagi mereka mungkin tidak mungkin tetapi kita harus selalu yakin dan yakin …. seandainya kita terus bergerak. Terus bekerja. Terus didalam tarbiyah dan dakwah ini. Tidak ada satu pun yang mustahil meski kita mati diatas katil yang empuk tempat kita merehatkan tubuh untuk menyambung dakwah esoknya …

Jumpa lagi …

muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

13 responses to “mengejar seribu bayangmu

  1. Pingback: I love judika ~ | Sangjiwa's Blog

  2. angah February 10, 2012 at 6:37 am

    Mengemis Kasih

    Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
    Kepada manusia yang alpa jua buta
    Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
    Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

    Semalam sudah sampai ke penghujungnya
    Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
    Tak ingin lagi kuulangi kembali
    Gerak dosa yang menghiris hati

    Tuhan dosa menggunung tinggi
    Tapi rahmat-Mu melangit luas
    Harga selautan syukurku
    Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

    Tuhan walau taubat sering kumungkir
    Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
    Bila selangkah kurapat pada-Mu
    Seribu langkah Kau rapat padaku

    * lagu ini diberikan oleh seorang sahabat tatkala ujian besar melanda diri ini. moga memberi manfaat kepada sahabat2 yg lain…*

  3. ina August 22, 2011 at 10:53 pm

    moga terus tenang dan sabar dalam melalui tiap ujian yang dikurniakanNya..
    moga terus tetap yakin untuk terus kekal di atas jalan ini..

    alhamdulillah..
    satu post yang membangkitkan jiwa yang terasa lesu..
    alhamdulillah..

    teruskan menulis ya akhi
    moga Allah terus kuatkan akhi di atas jalan penuh duri~
    amin~

  4. alhanun nur August 22, 2011 at 10:25 pm

    jalan ini terlalu panjang, bila terasa tidak layak disini terkadang terfikir adakah aku akan terpilih untuk digugurkan dari sini. nyata ia adalah bisikan syaitan yang ingin manusia berputus asa. Wahai jiwa2 yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan meredhai dan diredhai, moga itu yang menjadi seruan buat para daie ilallah..

  5. Bintu Arifin August 20, 2011 at 12:40 am

    Indah baitnya, moga jiwa tidak keluh kesah apabila teruji kerna diri telah ditarbiyahkan dalam menerima mehnah menuju cinta Ilahi, moga Allah redha

  6. muharrikdaie August 17, 2011 at 10:00 pm

    Dr. & Kita – Thank you both of you for your comments!

  7. dr.mujahidah August 17, 2011 at 8:04 pm

    segalanya dirancang oleh DIA yang Maha Kuasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: