ternyata … aku perlukan cinta


Ternyata … aku perlukan cinta

biarpun mereka berkata aku punggguk yang lara.

biarkan mereka berkata

kerana bagi aku

keluhuran selalu lahir dari mata air cinta

dia sentiasa mengali tanah jiwa manusia

dalam dan terus dalam

hingga terpancar air

dan mengalirkan sungai sungai kebaikan

deras dan menderas

bersesak sesak menuju muara

hingga bertemu penciptanya.

Begitulah cinta ku di medan maya ini. Biar pun lama tak menulis namun cinta ini tidak pernah pudar untuk terus disini. Bersama mereka yang sudi bersama. Bermuhasabah. Menggali dosa dan cuba untuk membaikinya. Mencungkil kelemahan untuk mencari kekuatan. Menegur untuk berkongsi iman.

Alhamdulillah. Mudah2an unggun dakwah kita semakin marak. Kita juga perlu kuat untuk mempertahankan istiqamah ini  sedaya mungkin untuk mengecap kemanisan dihujung jalan.

Mungkin hujung jalan itu jauh lagi atau mungkin sudah kita hampiri. Kita tidak tahu. Mungkin esok, mungkin lusa. Kerana hujung jalan kita adalah rahsia Allah supaya kita sentiasa bersedia.

Memang Allah pergilirkan kita sepertimana Dia pergilirkan bulan … dari hilal kepada purnama sehingga dua belas pusingan yang tanpa kita sedar. Hari terus bergulir. Tahun berganti. Usia berkurang dan kekuatan kita melemah. Janji Allah semakin mendekat …….

Jangan sampai kita kehilangan. Kerana kehilangan amat mendukakan.

Jika kita kehilangan seseorang yang kita kasihi didunia ini, mungkin kita akan menemuinya diakhirat sana untuk memperbaharui cinta kita lagi tetapi jika kita kehilangan iradah untuk beramal sebaiknya sudah pasti ianya boleh menghancurkan akhirat kita.

Justeru itu kita harus sentiasa merenung dihujung jalan itu supaya kita sentiasa terus tidak jemu jemu untuk menfaatkan segala masa yang ada dalam setiap harkat hidup ini untukNya dan membangunkan iradah kita sekuatnya supaya hujung jalan kita tidak selaputi oleh kepingan kepingan kegelapan!

Ikhwah fillah …

ingatlah, sebelum kita bertemu kebahagiaan dihujung jalan itu sudah tentu kita ditemukan oleh bermacam jalan sebelum nya.

Ada datar, ada menurun, ada sempit dan ada pula yang meninggi. Itulah jalan dakwah yang kita berada sekarang ini. Kita, para duat ini tidak akan pernah sunyi dari bertemu dengan jalan yang bersimpang siur ini malah ada kalanya dijalan itu juga tertaburnya duri duri untuk menguji keistiqamahan kita.

Oleh itu biasakan dengan bisikan bisikan ujian ini kerana ujian itu adalah panggung darjat orang beriman untuk mengapai ‘al manzilah al-ulya ( ketinggian disisi Allah).

Terus terang akhi, bahawa orang yang menyintai jalan dakwah ini, sebenarnya adalah orang yang telah tertanam dalam jiwa mereka kehidupan akhirat sehingga risiko dunia menjadi kecil bagi mereka. Masaalah dunia menjadi hiburan bagi mereka.

Mereka menanganinya hanya dengan bertawakkal kepada Allah dan mengangkat tangan berkumat kamit berbisik dengan Allah. Itulah mereka. Mereka tidak rasa tertekan dengan semua itu kerana mereka tahu itu adalah tabiat jalan ini yang harus mereka harungi.

Tapi kita?

Kamu, aku dan kita masing masing faham, keterlibatan kita dijalan dakwah ini bukanlah keterlibatan yang terbatas. Kita sebenarnya bukan saja ingin menyeret manusia mengenal penciptanya tetapi matlamat jauh kita adalah untuk menuju kemenangan dan keredhaan. Kemenangan yang ideal. Sempurna. Sehingga kita boleh berpayung dibawah kemenangan itu atau kita redha sebelum mendenguskan hembusan nafas terakhir kita.

Dan kita dalam menuju kemenangan itu ‘ amat memerlukan cinta’. Bukan cinta biasa tapi cinta yang mengunung. Cinta yang punya iradah kerana dalam kita memanggung tanggungjawab dakwah yang besar ini, amat memerlukan usaha yang terus menerus dan tidak boleh lagi menunggu dan menuggu arahan demi arahan dalam menjalankan misi dakwah. Adakalanya ‘furshah’ atau peluang harus kita gunakan sebaiknya.

Sebab itu aku tidak mahu kamu memendamkan kemampuan yang terpendam dan menguburkan potensi yang terkubur dalam diri kerana kesempatan yang terbatas yang kita miliki ini boleh terbangun jika kita berusaha  untuk membangkitkan semangat ketahanan yang dakwah perlukan.

Terkadang aku rasa sedikit kecewa dengan sikap setengah dari kita dijalan dakwah ini. Kita cepat berpuas hati dengan apa yang kita miliki sedangkan kita mampu untuk pergi jauh lagi. Membantu dan menjadi amilin yang setia.

Ironinya setelah ditarbiyah dan memahami tabiat jalan ini, masih ada lagi suara suara sumbang yang lemah gemalai mendendangkan kelemahan dan kefuturan mereka sebagai alasan untuk melambatkan jalan dakwah ini biarpun kita amat memerlukan mereka.

Aku berasa pelik, apakah tarbiyah selama ini tidak dapat menghidupkan jiwa mereka untuk terus bersama didalam saff ini?

Apakah kefahaman islam mereka hanya sekadar untuk membina baitul muslim untuk meraih redha Allah dan meninggalkan sahabat sahabat yang bersimpang siur berkecamuk dengan kerja yang melebihi beban ini untuk mendaulahkan deen ini?

” Ana tak mampulah akhi. Anta tahulah pagi kerja sampai petang. Lepas tu nak ambik anak kat baby sitter. Isteri ana pun sama gak. Dah tu malam letih sangat. Camaner ana nak bantu. Kalau hujung minggu tu insyaalah lah!” Luah seseorang yang dulunya semangat berapi api.

” Hari minggu ini tak dapat lah akhi. Ada hal keluarga nak diuruskan. Anta janganlah paksa paksa. Keluarga pun ada hak juga? Kita kena fahamlah waqi’ hidup ini. Semua ada hak untuk dibahagikan”.

” Akhi, Ramadhan ni ana nak minta cuti  dari menghadiri program dan mesyuarat jemaah kerana nak tumpukan Ibadah Ramadhan di kawasan ana. Maafkan ana akhi. Ana benar benar tak boleh komit!

Itulah antara dialog dialog yang berulang ulang aku dengar disepanjang 10 tahun dijalan dakwah ini. Kerana setiap keguguran jundullah dijalan dakwah ini pastinya akan dimulai dengan dialog dialog yang begini. Mungkin dialog dialog begini sudah beratus tahun usianya sejak dakwah diwajibkan kepada nabi nabi terdahulu …

Memang aku tidak kisah sangat kerana sebagai duat kita tidak boleh memaksa mereka. Kerana merekalah yang akan menentukan nasib kehidupan mereka …

Kereta dakwah akan terus bergerak dan meninggalkan mereka mereka yang lemah jiwa dan mentalnya ini! Memang kita tidak boleh menunggu …

…. kerana dakwah ini hanya memerlukan insan yang hidup jiwanya. Baru hatinya. Bernyala nyala semangatnya. Putih ruhaninya.

Memang … islam menghendaki hati hati yang sensistif yang dapat merasakan keindahan dan keburukan dan dapat membedakan yang benar dan yang salah hingga mereka dapat menjadi pengusung misi yang masih jauh ini.

Akhi,

Jangan gantungkan bangunan hidupmu pada khayalan yang tidak nyata. Kerana sikap seperti itu tidak membawa keuntungan apa apa buat mu. Sesungguhnya masa sekarang yang dekat inilah yang benar benar ada dihadapanmu untuk dimenfaatkan. Tidak ada tempat untuk berlambat dan menunggu!

Kenali diri kita. Kenali Allah. Kenali jalan kita. Kenalilah matlamat kita …. itulah akidah yang sejahtera.

Jika kamu kenal itu pastinya kamu tidak akan tinggalkan jalan dakwah ini. Jalan para nabi ini. Pastinya akan kamu bangunkan iradah keinginan untuk sambung menyambung bekerja seperti kilat dimusim tengkujuh!

Semuga Ramadhan ini membawa semangat baru buat semua kamu!

Tangisilah masa lalu. Ratapilah dosa kamu … angkatlah tangan mu kerana ternyata kita amat memerlukan cinta, untuk berenang dilautan redhaNya!

jumpa lagi.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

8 responses to “ternyata … aku perlukan cinta

  1. mukmin professional August 13, 2011 at 5:15 am

    salam,
    “dan tetaplah memberi peringatan ,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bg org2 mukmin .”( 52:55) .smg kita tetap istiqamah~

  2. Insan July 31, 2011 at 12:04 am

    salam…wahai sahabatku..diri ini tidak layak untuk memberikan nasihat akan tetapi kaitlah jiwa-jiwa yang dibawahmu dengan cinta kerana tangga kepimpinan yang pertama bagi sesorang pemimpin adalah pemimpin yang dicintai, dan bila diri ini sudah dicintai insyaallah mereka akan mengikuti tanpa paksa..kerana paksaan tanpa cinta kadang kala meleraikan ikatan dibanding dengan kerelaan hati dengan cinta yang mengukuhkan ikatan…Jadilah pemimpin yang dicintai

  3. ummu ibrahiem July 26, 2011 at 11:16 pm

    Kembalikan semua pujian pada Allah..agar diri tak terlupa. Awasi hati dengan ujian dari komen2 yang mengangkat, di situ letak pintu syaitan. A’aanakallaah.

    • muharrikdaie July 27, 2011 at 3:02 am

      Ummu Ibrahiem – Terima kasih atas ingatan dan nasihat. Memang selalu saya dambakan. Actually ukhti pujian bagi saya tidak bermakna apa apa kerana ianya tidak membuahkan amal dan pahala cuma ianya memotivasikan saya untuk terus menulis ….insyaalah.

  4. ina July 25, 2011 at 12:11 am

    subhanallah..
    penantian yang tak sia-sia

    alhamdulillah
    terus menggerakkan jiwa-jiwa, baca berulang kali tiada jemu dijiwa
    moga semangat kan terus membara
    jari-jemari kan menari lagi
    mewarkahkan sebuah perkongsian yang menyedarkan hakikat diri sebagai seorang hamba Ilahi

    alhamdulillah,alhamdulillah.alhamdulillah~

    moga Allah terus kuatkan akhi di atas jalan ini

    insyaAllah
    amin~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: