duri duri jalan


Jalan Dakwah adalah jalan Penyucian.

Sebab itu jalan ini penuh kelukaan kerana bukan mudah untuk menyental daki nafsu dan ruh yang yang penuh dengan kotoran dosa dan kemunafikan!

Tak hairanlah ramai yang gugur dijalan ini.

Sebab jalan ini adalah jalan mujahadah.

Jalan pengorbanan.

Jalan yang tidak boleh dimustakmalkan dengan hawa nafsu dan cinta dunia.

Jalan yang tidak boleh kita mengeluh.

Jalan yang tidak ada ujung.

Jalan yang penuh duri. Banjir airmata. Sebak dada dan blood pressure.

Jalan yang bukan teori dan kata kata.

Jalan yang tak cukup tidur dan 24 jam disita masa.

Bila tidur sentiasa terkejut. Bila  terjaga sentiasa berfikir.

Sebab itulah jalan ini perlu tarbiyah.

Bukan sehari dua.

Seminggu dua.

Sebulan dua atau setahun dua!

Tapi Tarbiyah sepanjang masa.  Selagi nafas merengus selesa.

Sebab apa?

Sebab nak lahirkan manusia mukhlis.

Bagaimanalah nak raih keikhlasan itu?

Bila kita sanggup mati dijalan ini atau kita khatamkan hayat kita dijalan ini.

Bukannya stop bila dah grad.

Bila dah ada jawatan.

Bila dah nikah.

Bila dah punya suami dan anak anak.

Bila dah gaji besar.

Bila dah kaya.

Bila kita rasa kita dah buat segalanya!

Kerana ….

bila kita berhenti setelah bergerak.

FUTUR akan bertamu mengelus rindu …

Menjanjikan fatamorgana keindahan

Akhi …

Aku selalu mengingatkan diri tentang ini. Kerana ramai ku lihat duat dan aktivis dakwah terhenti bila terperangkap direlung ujian ini kerana dia tidak punya suplemen untuk menghalangnya.

Sebab itu AsSyahid Sayyid Qutb menasihatkan kita dalam zilal QS 2:153 tentang perlunya suplemen ini. Sabar dan Sabar. Segala galanya perlu sabar.

Meski pun kita da’ie namun kita tetap punya kelemahan yang manusiawi.

Tatkala waktu berjalan lama dalam keletihan untuk sampai kepuncaknya dengan ujian dan mehnah dakwah, terkadang kita teruji dgn kerenah mad’u yang menyimpang dari jalan Islam dan meninggalkan kita setelah kita pacu dia dengan tarbiyah!

Pastinya kita sedih dan sedikit kecewa.

Hingga watak kita pun boleh berubah menjadi pelakon movie hindustan.

Emosi dan sensitif.

Mulalah Renung laut.

Renung bulan.

Renung bintang.

Meratap.

Monolog.

Menanggis.

Memflashbackkan kisah kisah lalu.

Menyalahkan diri dan berbagai lagi hingga kita rasa tiada lagi jalan keluar!

Dan waktu itu kesabaran pun melemah. Malah hampir hilang sama sekali!

Justeru itu didalam Surah itu Allah menyuruh kita menambahkan solah dan kesabaran kerana Dialah penolong yang tidak jenuh dan bekal yang tidak pernah habis.

Allah menyuruh kita bersabar kerana bersabar itulah antibiotik kepada penyakit keputusasaan dan bekal yang menguatkan energy hati serta menambahkan kepercayaan diri dalam mentahkikkan perjuangan dijalan yang kita lalui.

Inilah yang perlu kita faham dan rasainya diketika mana sekali pun! Samaada dalam menanggung beban ditengah kekecewaan atau diketika kita rasa jalan terasa begitu panjang dan kemenangan semakin menjauh! Dan Allahlah tunjang kekuatan itu!

Apalagi bila kita terasa kesan usaha kita selama ini tidak berbekas disamping umur yang kita modalkan sudah condong kebarat untuk tenggelam sedangkan cakrawala dakwah dan tarbiyah yang kita lakukan tidak ada satu pun cahaya yang menjenguk terang!

Waktu itu Allah mengingatkan ….

SolatlaH! hadaplah padaKu! Kerana Aku adalah saat yang tepat untuk merengkuh setitis air dari mata air yang tidak akan pernah kering.

Aku adalah kunci gudang perbendaharaan yang mencukupi!

Memuas dan mengenyangkan.

Aku adalah batas realiti bumi yang kecil hinggalah kecakrawala yang maha besar.

Aku adalah angin sepoi sepoi. Embun dan naugan diterik matahari yang menyegat.

Dan Aku adalah sentuhan yang lembut bagi hati yang letih dan payah.

Sebab itu Rasullulah SAW setiap kali berada dalam kepayahan sentiasa menyeru sahabat2nya;

” Istirihatkan kami wahai Bilal!”

Dan beliau banyak banyak mengerjakan solat ketika menghadapi masaalah untuk mengadu padaNya.

Kita bagaimana?

Pernahkan kita begini adanya?

Atau kita mengeluh dan membiarkan masaalah itu mencengkam jiwa lantas dimasuki syaitan yang menyuburkan mazmumah kita!

Kita sepatutnya telah jazam dengan deen ini dan tahu bahawa manhaj Islam adalah manhaj ibadah dan ibadah dalam manhaj ini memiliki banyak rahsia.

Dan rahsia itulah bekal perjalanan kita.

Modal ruh.

Dan juga penerang hati.

Setiap kali ada taklif ( beban agama ) maka ibadahlah kunci hati untuk merasakannya dengan penuh kelazatan, keceriaan dan kebahagiaan ….

Dan sesungguhnya langkah jalan ini amat menerujakan andai kita punya ilmu dan kefahaman tentang fikh dakwah ini.

Sekadar ini untuk perkongsian malam ini.

Muharrikdaie -menulis untuk mengerakan jiwa jiw

4 responses to “duri duri jalan

  1. tintahati July 3, 2011 at 1:21 pm

    sedang berhati2 melalui jalan dakwah ini..

    sangat terkesan dgn artikel ini..

    ~..tentu pernah tahu bukan..apa sahaja y kita miliki adalah milik dakwah (since we said that we are da’ie)..”kesenangan dan kesusahan dlm meniti jalan ini seharusnya ditanggung bersama” (ayat y memg orang selalu quote bile ajak orang kpd dakwah@tarbiyah) bukan??…
    tapi kadang2 dlm hati saya terdetik bhw jln ini sngt2 melelahkan..lebih2 lagi bila kesenangan sahaja dikongsi bersama, bahkan kesusahan ditolak ketepi dan hanya menanggung seorang diri..(kenapa saya katakan begitu..ringkasnya..alhmdlh saya miliki sebuah kenderaan y memg niat saya digunakan u tujuan apa2 shj y berkaitan dgn dakwah…ke mana2 shj akan digunakan kenderaan tersebut…alhmdlh..tetapi kemudhn itu disalahertikan..apa y melelahkan saya apabila kos minyak kenderaan tidak ditanggung bersama..terus sahaja situasi ini menguji keikhlasan saya berada di atas jln dakwah ini..).

    apakah perasaan y saya lalui ini satu perasaan negatif y perlu dibuang agar dapat meraih redha Allah??

    • muharrikdaie July 22, 2011 at 5:16 pm

      Tintahati – maaf lambat jawab. Actually memang perasaan yg ada pada anti itu perasaan yg negatif. Anti patut faham bahawa pengorbanan yg kita lakukan itu sebenarnya adalah ‘pintu pintu amal’ yg Allah bukakan untuk hamba pilihannya. Mmg didalam jamaah ini ramai sohibah kita yang bersikap begitu kerna mereka masih tidak mengenal erti tadhiyah dan masih belum mengapai peringkat alfahmu dan memahami konsep tafahum dan takaful. Bersabarlah dan ikhlaskan hati kerana itu dapat memberikan iman yang mantap pada anti insyaalah.

  2. biru June 26, 2011 at 12:26 pm

    salam…dengan amal…solah, baca quran… klu org caci kita mesti nak marah..bila fikir akhirat…xpeduli dah apa orang nak kata… fikir kehidupan akhirat sana… baca dalam buku… ingat mati, takut wat dosa…itu aja lah

  3. ina June 23, 2011 at 8:36 am

    alhamdulillah
    akhi, post yang amat tepat dikala jiwa terkesan dengan mehnah dunia yang tiada penghujungnya
    alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

    moga Allah terus kuatakan kita dalam melalui ranjau dunia

    macam mana nak bina kekebalan hati?masih boleh tersenyum dengan caci nista, masih mboelh berbahgia seperti tiada apa yang berlaku walau telah dikutuk, dihina..?

    bagaimana?

    ana mencari kekuatan itu kini

    syukran atas artikel yang kembali menggerakkan jiwa ana untuk terus kuat dalam mujadahah.

    tenang~sabar~tabah

    insyaAllah
    amin~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: