mencari ‘ibu’ menjadi suri


Terkadang dalam titik nadir hidup ini dan dalam saat saat kita mencari haluan hidup berkeluarga, keberkahan pengalaman duat terdahulu meniti titian hidup berkeluarga harus menjadi panduan kepada kita untuk membuat satu keputusan terbaik agar kita boleh terus membina keluarga dalam nafas dakwah!

Merekalah rujukan kita! Kerana mereka insan yang amat teliti dalam mencari ‘personal assistant’ dakwahnya!

Pernah aku menulis dahulu, tentang seorang isteri dan bakal Ibu dalam peran hidup seorang pendakwah.

Memang seorang wanita  itu Allah kurniakan kepada mereka berbagai keistimewaan yang tidak termiliki oleh lelaki!

Jika mereka menjadi Ibu, doa mereka  disingkapkan hijab.

Jika mereka menjadi Isteri, mereka mendapat pahala besar yang berlipat ganda dalam memelihara rumahtangga.

Malah jika mereka seharian bertarung dengan tugas harian dan berperang ‘jihad’ mendidik anak anak nakal seperti Ibu kita melancarkan ‘perang jihad’ terhadap kita asbab kenakalan kita waktu kecil dulu, semestinya tiada sia sia kerana  ‘pahala jihad’ menanti mereka!

Alangkah mulianya mereka.

Apalagi jika seorang wanita itu disamping menjadi Isteri dan Ibu dan dalam masa yang sama  terlibat dengan dakwah dan mentarbiyah manusia! Sudah tentu ganjaran pahalanya sukar dihitung….

Apa lagi harus diganjarkan? Melainkan syurga dan syurga! Masyaalah.

Sedarkah wanita diluar sana? Sedarkah kamu semua nikmat Allah ini? Semua kelebihan yang Allah berikan pada kamu.

Namun bukan semua wanita boleh menjadi begini!

Menjadi isteri mungkin? Tapi menjadi Ibu disamping menjadi  da’iyah?

Memang bukan mudah tapi tidak mustahil!

Sebab itu sebelum masuk kealam mencabar ini, kamu harus mendapatkan proses tarbiyah yang ideal. Ideal maksud ku adalah kamu harus usahakan bagaimana  meningkatkan kualiti diri dalam mencapai kondisi yang baik sebelumnya. Yakni memiliki kekuatan jiwa akal dan fizikalmu!

Bukan itu saja, tapi harus juga kamu membina potensi diri. Potensi kepimpinan, Potensi perasaan dan lainnya agar kamu dapat memiliki package sebagai seorang isteri, ibu dan daiyah!

Dimana kamu harus mendapatkannya? Tidak lain tidak bukan adalah melalui Dakwah dan tarbiyah dan terlebih baik lagi jika kamu dapat menemui seorang murabbiyah yang mampu membimbing kamu kearah kesempurnaan itu!

Bagi aku seorang suri yang tidak melalui proses tarbiyah ini sukar untuk menjadi Isteri dan Ibu rabbani kerana dalam alam berkeluarga kita merupakan murabbi kepada anak anak dan juga mutarabbi mereka. Kita mendidik mereka dan mereka juga mendidik kita. Kita mendidik mereka sebagai seorang anak dan mereka mendidik kita sebagai seorang Ibu. Jika kita suruh mereka bersabar, kita juga harus bersabar. Jika kita suruh mereka berdoa, kita juga harus berdoa dan berbagai lagi. Maka tarbiyah itu bertimbal balik seperti mana kita menjadi murabbi dan mutarabbi didalam halaqah!

Maka tanpa pengalaman berada dalam jamaah dan halaqah mungkin menyukarkan kita untuk membentuk keluarga dakwah itu!

Kamu tentu tahu, menjadi Ibu bukan setakat melahirkan kemudian di’campak’ ke babysitter!

Atau hanya menyusukan dan kemudian memberi hidup dan pelajaran ala kadarnya.

Tapi yang lebih aula’ ialah kamu harus memasukan jiwa kamu kejiwanya. Ruh kamu ke ruhnya. Cita cita kamu kecita citanya. Itulah kunci kebersamaan dan sikap yang harus ada pada kamu dalam menyelami lautan pendidikan!

Sebab itu mendidik anak anak memerlukan ketelitian …kesabaran dan kehati- hatian.

Mendidik bukan hanya memberitahu. Atau memindahkan pengalaman dan ilmu tapi adalah untuk membina jiwa rabbani yang penuh dengan nilai nilai ketuhanan!

Tapi berapakah wanita yang memahami ini?  Memahami hakikat jiwa dan ruhiyah ini!

Malah bagaimana hendak mendidik jiwa anak anak kiranya jiwa Ibu dan ayah tidak stabil ubudiyahnya pada Allah. Tidak stabil Iman dan mujahadahnya!

Bagaimana anak anak hendak hidup jiwanya jika Ibunya bermewah mewahan dan berbangga bangga dengan banglow dan kereta BMWnya?

Bagaimana anak anak hendak sejuk jiwanya jika Ibunya jarang jarang membaca Alquran dan hanya menonton cerita korea setiap hari?

Bagaimana hendak hidup jiwanya jika Ibunya hanya bergaul dengan orang orang kaya dan berkedudukan disekelilingnya dan tidak pernah mengexpose kan mereka kepada masyarakat yang tidak bernasib baik!

Aduhai … tentulah akhirnya anak anak ini akan menjadi rapuh jiwanya bila berhadapan dengan lempung dunia dan tidak dapat membawa jiwanya pada cerapan cerapan ukhrawi!

Sudah pasti jiwanya akan buta dari langkah langkah kesucian. Tergila gila dijalanan dunia, yang akhirnya membawa hidupnya kearah kenistaan dan bergelimang dalam putaran arus nafsunya hingga dia lemas dan tidak dapat bernafas didalam ‘nafas’ Tuhannya!

Alangkah bahgia anak itu jika memiliki Ibu yang suci jiwa dan bersemangat mencintai akhirat!

Sekadar ini yg mampu kutulis diatas kesihatan yg tidak mengizinkan buat sahabat semua yg menempuh alam perkahwinan.

muharrikdaie

8 responses to “mencari ‘ibu’ menjadi suri

  1. angah February 11, 2012 at 1:47 am

    membina rumahtangga ibarat mendirikan sebuah masjid. sememangnya pembinaan itu adakala x mudah dan x juga susah. tetapi untuk mempertahankan dan mengimarahkan binaan itu sebenarnya memerlukan pengorbanan, pengertian dan kesabaran. tiada insan dalam dunia ini yg nak hidup bersendirian. setiap manusia mengimpikan pasangan yg boleh memimpin dan membimbing. boleh dipimpin dan dibimbing. dan tiada manusia dalam dunia ini pernah terfikir akan berlakunya keruntuhan dalam binaan yg telah dibina. “Lelaki yang baik untuk Wanita yang baik dan begitulah sebaliknya…” namun, adakala kita diuji dengan pasangan yg salah dan adakala kita diuji dgn pasangan yg betul. apapun, dalam mencari suri or sura hati kita, seiringkanlah doa dan usaha. ikhtiar dan tawakal. jgnlah kita sedih or berputus asa kerana rahmat ALLAH sgt2 luas. dan ingatlah, jika kita inginkan pasangan dan zuriat yg soleh solehah serta rumahtangga yg sakinah, jagalah “hablumminallah dan hablumminannas…”.. Wallahu’alam….

  2. Princess Mos June 20, 2011 at 2:05 pm

    as salam.

    terkadang terasa berat amanah itu.. tp, janji Allah akan pahala-Nya besar buat hamba2-Nya yg sabar di atas jln perjuangan ini..

    terkadang terasa takut utk menjengah ke “alam itu”..
    alam yg terkadang akan mmbuat kita melemah di jln dkwah dn tarbiyah. atau, malah mungkin semakin melaju di jln ini..

    dan terkadang merasa bahwa seorg lelaki itu mgharap sesuatu yg tinggi, sedang dirinya terlupa akan peranan yg sama malah lebih besar dr peran seorg isteri juga ibu..

    jzkallah atas perkongsian.

    syafakallah.

    • muharrikdaie June 28, 2011 at 9:01 pm

      PM – Sebenarnya alam rumahtangga bukan untuk kita melemah andai kita tahu tuntutannya namun disitulah ujian yg harus kita harungi untuk mendapatkan khulasahnya. Memang rumahtangga yg baik adalah rumahtangga yg dipandu oleh suami dan dibantu oleh isteri. Semuga kamu ditemui dalam rumahtangga yg begitu. Jazakallah keran sudi komen.

  3. muharrikdaie June 20, 2011 at 11:17 am

    Ibunoor – ( Yus ) terima kasih kerana terus berkunjung kesini. Selalu menjegah ke blog kamu untuk mendapat inspirasi baru dan nak lihat kenakalan sicomel anak kamu itu tapi sayangnya lama kamu tidak menulis! Mungkin sibuk agaknya. Semuga Allah merahmati suami dan anak anak serta seluruh keluarga kamu dan diberi iman yang kuat untuk meniti kehidupan yg semakin mencabar ini.🙂

    Junaidi _ akhi. Mana lama menghilang?

    Bintu – terius proseskan diri kamu untuk menjadi yg terbaik. terima kasih kerana berkunjung. Doakan saya.

    Mat air syurga – aduhai syurga ….cita cita terbesar saya untuk kesana. Sama sama doakan. Terima kasih ekrana berkunjung. Jzkk

  4. MATA AIR SYURGA June 20, 2011 at 1:43 am

    اللة يشفك! إنشاء اللة

  5. Bintu Arifin June 20, 2011 at 12:51 am

    Assalamualaik

    Sangat setuju, ini realiti yang ramai tdk sedar, apabila menjadi siapa-siapa pun, tingkat dakwah dan tarbiyyah perlu ada krn dalam membantuk baitul muslim, semua ada peranannya dan tdk dinafikan ibu/isteri murabiyyah pertama buat si anak kerana dia org yg terdekat dgn anak sedari anak berada dalam alam rahim lagi. Kupasan yang membuka fikiran. Barakallah fiik

  6. junaidiahmad June 19, 2011 at 5:06 pm

    =)
    salam ziarah akhi. =)

  7. ibunoor June 19, 2011 at 4:35 pm

    Salam ya muharrikdaie…

    How have you been dear brother? Hopefully everything has been arranged well by the Almight Allah for you insyaAllah…

    Indeed… what you’ve written is very true…

    A good mother will TEACH…
    A better mother will EDUCATE…
    The best mother will INSPIRE…

    Though we can never achieve the level ‘mithali’… but may Almighty Allah reward all ladies, wives and mothers with Jannah… amin…

    Keep on writing ya brother and… ‘syafakallah’…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: