andai kau sakit


Andai kau sakit, ingatlah bahawa Tuhan akan senantiasa menghamparkan sayap kasihNya untukmu.Memberikan damai.  Ketenangan dan kelembutan lewat senyum dibibirNya,harum nafasNya atau indah firmanNya.

Andai kau sakit, ingatlah bahawa disitu kamu menemukan kesejatian hidup lewat remang malam atau keheningan pagi dalam kembali mengurai langkah perjalanan hidupmu untuk berhenti sejenak dan menata kembali jalinan esok yang lebih baik atau paling tidak bisa memikirkan mana keburukan yg harus dibuang.

Andai kau sakit,ingatlah bahawa kamu akan menemukan jiwamu sesungguhnya, setelah sekian lama kamu bersuka dan tertawa bersama dunia sedang dakwah menanggis menunggu rangkulanmu.

Andai kau sakit, ingatlah semua itu untuk menyedarkanmu untuk bisa memahami sebuah keadilan yang mesti kau hidupkan dalam jiwa patungmu bahawa selama ini dakwah banyak kamu pinggirkan kerana nafsumu memperbudakanmu dalam kehendak yang tidak suci.

Andai kau sakit, ingatlah bahawa jiwamu mengajak untuk menguraikan kisah kisah pengabaianmu terhadap rabbmu, terhadap dakwahmu hingga waktu itu mungkin kamu tidak akan dapat menahan airmata meleleh mebasahi wajah lusuhmu dan akan menguatkan kembali kesedaran mu untuk menjenguk ditempat sujudmu.

Andai kau sakit, pasti kamu akan rasakan betapa misterinya perjalanan hari hari dan betapa dunia, dibalik gemerlapnya yang nampak terlalu tak berharga untuk dicintai dan betapa sia sianya hidup melalaikan hal ini …

Andai kau sakit … ingatlah akulah teman mu yang akan terus menghidupkan jiwamu dangan puisi puisi tarbawiku kerana aku juga sepertimu ……Lemah dijalan ini!

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

9 responses to “andai kau sakit

  1. saksi malam June 6, 2011 at 6:44 am

    salam. Entri yang bagus. satu muhasabah. mengingatkan kita sakit bukan hanya sakit semata-mata. tapi sakit yang memiliki hikmah. sakit yang sebaliknya ada bahagia. sakit yang nikmat bagi orang-orang yang ingin berjuang dan yang berjanji untuk merasai sakit bersama-sama. Moga sakit yang kita semua rasai adalah suatu tarbiah walaupun bukanlah sebanding dengan sakit para anbiya’ dan sahabat rasai. Mabruk. Jiwa-jiwa tergerak lagi.

  2. muharrikdaie June 3, 2011 at 1:33 pm

    Mata air syurga – terimakasih atas bait bait yg mmebangunkan jiwa.
    Pensil kecil – Saya tak tahu apa sakit awak namun doa saya agar awak segera sembuh insyaalah. Banyakkanlah berdoa.

  3. mylittlepencil June 3, 2011 at 11:17 am

    Assalamualaikum. Oh, sudah lamanya tidak menjengah ke sini.
    Buka pula, ada post tentang sakit. Andai kau sakit. Jika ianya pertanyaan kepada ana, ana akan menjawab, ya, ana sedang sakit.

    Berbalik kepada entri di atas (tinggi bahasanya sampai terkulat-kulat ana membacanya), ana seolah merelakan diri ana ini untuk disakiti di jalan dakwah ini. Kalau tak rasa sakit, rasa macam tak feel jalan dakwah ini.

    Jangan risau para dua’t sekalian, telah ramai yang sakit sebelum kita bukan.
    Rasulullah kena baling batu, Sumaiyyah kena sula, Bilal diletakkan batu atas dadanya, Zinnirah dibutakan matanya, Khabab bin A’rat dipanggang…ana kira ujian kita tidak lagi seberat ini.

    Mungkin beratnya hanya pada pemikiran kita sahaja, dan dek kerana terlalu sakit, kita hampir terlupa sebenarnya itu ujian untuk melatih iman dan tarbiyyah kita.

    Dan paling ana takuti sekali, bila kita sakit, akan memberi tempias kepada orang sekeliling. Mungkin ada yang akan memandang, lemahnya daie ini. atau mungkin akh atau ukht kita sendiri bersama-sama juga lemah dengan kesakitan yang kita alami.

    Andai kita sakit, ikhlaskan diri untuk kuat. Dan orang lain akan sentiasa segar dalam perjuangan ini dan akan terus kuat. Biarlah tempias tarbiyyah itu sentiasa positif. Jangan kerana kita, dakwah ini menjadi negatif.

    Biarlah dengan kesakitan itu, kita dan orang sekeliling juga muhasabah. Bukankah kita meyakini, bahawa kita ini hamba, merelakan segalanya apa yang berlaku kepada kita datang dari-Nya. Maka, seharusnya kita kuat, dan terus kuat. Hanya syaitan sahaja mahu melihat kita jatuh tersungkur, bukan Allah. Allah menakdirkan apa jua yang terbaik untuk kita.

    Cuma tugas kita untuk terus berhadapan dengannya, dan terus kuat serta muhasabah diri.

    Biarkan lemah itu hanya menguasai anggotamu, bukan semangat juangmu.
    Gunakan semangatmu untuk hidupkan dakwah ini.
    Andai sakit, cepat-cepat pulihkan.
    Kerana ditakuti akan mati.
    Andai mati satu hari nanti, diri sendiri yang akan basi.

    sekian.

  4. MATA AIR SYURGA June 3, 2011 at 6:04 am

    Allah Al- Qowi, Dialah Dzat Yang Maha Kuat. Dia jualah yang memberi kekuatan kpd hamba-hamba-Nya. Sebagai hamba kita harus ada sifat tadharu’ iaitu kerendahan hati yang dikhususkan hanya kepada Allah.. dengan sifat ini, akan lahirlah keyakinan bhw, hanya Allah yang memahami, yang memberi segala pertolongan. Benar! Hanya Allah yang mendengar setiap rintihan hati hamba-hamba-Nya. Dia ingin kita selalu hadirkan hati kepada-Nya, bermunajat, memohon maghfirah-Nya. saudara-saudaraku, Allah Al- A’lim, Dia Maha Mengetahui bhw kita semua tak akan mampu balik bertemu-Nya dalam keadaan banyak dosa.

  5. dr.mujahidah June 2, 2011 at 11:42 pm

    sakit.. sakit.. rawatlah hatimu

  6. ina June 2, 2011 at 10:19 pm

    alhamdulillah~
    satu post yang amat kena pada masanya kini
    syukran jazilan akhi
    sememangnya sakit tetapi ia adalah sakit yang membahagiakan membuat diri semakin dekat dengan Tuhan

    insyaAllah
    amin~

    teruskan menghidupkan jiwa2!
    moga semangat juang kan terus membara!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: