dicelah kelemahan ini …


Salam buat semua adik adikku yang menyintai dakwah ini.

Semuga kamu semua bahagia selalu meskipun terkadang ada hari harinya dalam hidup kita hanya kekosongan yang mengisi!

Kita tidak tahu kenapa terasa begitu ….

Mungkin dosa yang menghijab atau derhaka yang menggelap, hingga kebahgiaan tidak terjelma!

Walau apa pun, jangan diruntun rasa itu.

Istighfarlah! Agar kekuatan kembali mengisi dan ketemu Allah yang telah hilang dari hati.

Zikir dan taubatlah akhi, kerana ianya juga matarantai yang menyambung talian hayat kita untuk kembali  bernafas didalam iman. Menyedut saripati ruhiyah yang berkicau didalam dzatNya.

Begitulah hendaknya akhlak seorang da’ie ….

Walau apa yang berlaku pada jasad dan jiwanya ia tidak pernah megabaikan asa untuk berusaha kembali mencari melodi iman buat mengharmonikan ikatannya dengan Allah.

Dan bagi kita didalam manhaj ini, tiada zikir lain yang kita waridkan melainkan mathurat ni kerana ianya sajalah tonik yang mampu memberi energi dan dialunkan dua kali sehari bagi menghidupkan kepulan kepulan cinta kita untuk terus menyambung ruhul ukuhuwah ini. Hingga hati hati kita didalam rabithah itu berkoyong koyong mampu melangkaui laut dan benua, beribu juta kilometer jauhnya dengan synergynya yang mengikat erat hati hati kita dalam sebuah jambangan beraroma, hingga kita terasa akan  ‘maiyahtul’ ukuhuwah itu kian menyatu merasai susah senang, suka duka, sedih pilu bersama mereka dirantauan.

Dan insyaalah kita yakin rabithah ini juga mampu mengumpulkan doa munajat kita untuk dipersembahkan malaikat kepada yang Maha Melihat untuk dikabulkanNya agar ikhwah kita sentiasa berada dalam pemeliharaanNya.

Aku tahu nun disana di Eropah mahu pun dimana saja pastinya adik adikku tidak menghiraukan, sekalipun bulan jatuh kebumi dek kerana sedang bergelut dengan jihad thaqafah mereka melalui fasa imtihan dalam mencari arti untuk mengapai cita cita mereka untuk menjadi manusia terpelajar yang akan memenfaatkan ilmu itu untuk deen ini.

Meskipun gelombang hati mereka bergulung gulung hingga boleh menitiskan airmata kerisauan namun sebenarnya mereka bukanlah  keseorangan tanpa teman, kerana aku dan semua ikhwah dijalan ini tidak pernah alpa untuk mendoakan kamu semua agar diberi Allah kesabaran, ketenangan serta kejayaan insyaalah.

Allahumma innaka ta’lam annaha zihil qulub …

Dan hati ini juga tidak pernah langsung lena beradu melupakan padamu wahai kekasih ku Palestine serta seluruh isi tanah suci itu!

Aku tidak pernah sedetik pun berpangku lengan didalam mahligai disini melupakanmu yang sentiasa  dalam rawan dan tangis hiba.

Jasad ku, sentiasa sakit bersamamu. Tapi daya ku ….hanyalah doa ini.

Syukur Allah masih memberikan aku ruang masa untuk menulis.

Dapatlah aku melepaskan lelah jiwa …

Melakar ilham. Berkarya dan berkongsi pahala.

Sebenarnya alam ini telah memberikan banyak ruang  untuk kita berkarya dan beramal …

Tapi berapa banyakkah yang telah kita gunakan ruang itu untuk dimenfaati yang dapat memaknai kehidupan ini?

Atau kita hanya seorang pelakon yang diarahkan melakonkan watak watak ‘suci’ didalam drama dakwah ini  lantas akhirnya kita rujuk kembali kedunia kedirian kita dan bergelumang  dalam kedegilan dan kemalasan melaksanakan masuliyah dan ubudiyah ini!

Mungkin antum tanya, ” eh, kenapa akh muharrikdaie cakap cam tu hah? Macamlah dia tu hebat sangat!”

Bukan begitu adik adikku.

Dalam kerja dakwah ini tidak ada siapa yang hebat melainkan Allahlah yang menghebatkan kita.

Malah duat dahulu yang telah ramai syahid pun, tidak merasa dan tidak menyedari diri mereka hebat sehinggalah kehebatan mereka terserlah selepas kesyahidan mereka.

Mereka tidak pernah terfikir tentang itu!

Malah apa yang ada dalam benak mereka ialah untuk terus bergerak dan berkarya dengan penuh penghayatan dan istiqamah dan ingin menyempurnakan iman mereka sebelum bertemu dengan Allah azawajalla.

Bagi aku, kehebatan itu bukanlah isunya tapi isu besar kita yang sering berulang ulang didalam diri kita adalah kesungguhan didalam amal.

Memang kita bersungguh tapi tidak konsisten.

Dan alasan ‘manusia’ akan menjadi kambing hitam untuk menghalalkan kelemahan dan kemalasan kita itu.

Tapi sedar tak sedar kita selalu ‘memangsakan’ hidayah dan peluang yang masih diberikan kepada kita.

Lihatlah pada kehidupan ini akh! Berapa banyak kita kehilangan amal amal yang pernah kita terasa lazat melakukannya dulu?

Antum lihatlah sendiri! Berapa banyak halaqah usrah yang kita tangguhkan semata mata untuk menyelesaikan masaalah peribadi dan idari kita yang tidak pernah akan selesai.

Berapa banyak ilmu yang kita tangguk dihadapan ustadz dan murabbi yang kita buangkan didalam telaga buta kefuturan tanpa kita amalkan.

Berapa banyak mutabaah amal yang diamanahkan seharian untuk kita laksanakan tapi kita pandang ia hanya sebelah mata.

Bagaimana untuk berjuang akhi? Sedang hati kita kosong dan lemau dengan iman.

Bagaimana manusia diluar sana untuk menerima dakwah kita bila mereka melihat wajah keruh dan lusuh kita kerana kurang sujud diwaktu sahur mendamba kekuatanNya.

Bila aku melihat diriku sendiri, tahulah aku bahawa kekurangan amal lah yang membuat manusia sukar mendekati dakwah ku.

Memang aku bicara pada diriku sendiri. bermonolog untuk aku bermuhasabah kerana aku takut diakhirat nanti rabbku akan bertanya pada ku dihadapan kamu semua yang kudakwahi juga seluruh makhluk yang mengenali diri ini

‘ Ya muharrikdaie.” Pasti aku menjawab ‘ Ya Rabb.’  lalu Allah akan bertanya lagi, ‘ Apakah yang telah engkau kerjakan dengan sesungguhnya dari ilmu yang telah aku tanamkan dalam hatimu? bagaimana amal mu? Bagaimana seruan dakwah mu? Bagaimana bagaimana bagaimana ……. Tidakkan kalamku  pernah berkata padamu ‘ Apakah kamu memerintahkan manusia melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri ?” -baqarah 44

Betullah kata sayyid qutb dalam tafsirnya

Kata kata itu bisa mati. Kata kata juga akan menjadi beku, meski ditulis dengan lirik yang indah dan bersemangat. Kata kata akan menjadi seperti itu bila tidak muncul dari hati orang yang kuat meyakini apa yang dikatakannya. Dan seseorang mustahil memiliki keyakinan kuat terhadap apa yang dikatakannya, kecuali jika ia menterjemahkannya apa yang ia katakan dalam dirinya sendiri, lalu membuahkan amal apa yang dikatakannya – Sayyid qutb fizillal baqarah 44

Betapa sulitnya. Betapa takutnya untuk menulis dan menjadi penyeru jika kita tidak beramal dengannya?

Kembali kita renungi akh ….kita selalu memangsakan ‘ amal fardhi dan amal dakwah’ kita bila ianya bertemu dengan pelbagai permasaalahan dunia kita.

Kalau seorang student, disaat examlah usrah dan halaqah menjadi mangsanya untuk ditangguhkan kerana dibenak kita exam adalah ‘aulawiyat’ waktu itu, sedangkan realiti ruhiyahnya adalah bersama halaqah untuk mendapat ‘keberkatan’ kejayaan kita!

Begitu pula kalau ada masaalah masaalah lainnya dan pasti dakwahlah menjadi mangsa keadaan!

Apa akan jadi kalau semua duat berfikiran dan berakhlak begitu?

Tidakkah kita akan kehilangan ‘kekuatan’.

Inilah yang perlu kita perbaiki.

Disinilah titik tolak yang perlu kita muhasabahkan.

Apakah selama ini kita ikhlas dengan perjuangan menjadi hambanya ini? Meski pun keikhlasan ini sering kita ulang ulang didalam arkanul baiah kita?

Akhlak dengan dakwah inilah yang harus kita perbaiki untuk terus melaksanakan ubudiyah yang tidak boleh dihentikan selagi kita mampu bernafas dan bersuara!

Jiwa aku juga terkadang kering. Hati aku juga terkadang pecah. Dan adakalanya banyak amal amal ku hilang tanpa aku restu. Hanya iman puncanya. Ia bagai tiang didalam diri kita. Jika maksiat berlebihan serta amal yang berkurangan kerana lemahnya mujahadah kita Tiang iman kita akan goyang dan ianya tidak akan kokoh lagi untuk menahan bebanan maksiat dan ujian dunia sehingga ianya tidak mampu bergerak!

Sesungguhnya iman yang benar adalah ketika ianya kokoh didalam hati dan terlihat bekas didalam amalnya. Islam adalah aqidah yang bergerak dinamis dan tidak membawa kepada negatif. Aqidah Islam itu ada dalam alam perasaan dan bergerak hidup mengwujudkan indikasinya didalam sikap luar, tertejemah dalam gerak dialam realiti – Sayyid Qutb

Akhi …

ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah diri kita kepada Allah

di celah kelemahan ini, marilah kita masuki kembali ruang kebaikan.

Mari kita tenang dan teduhkan jiwa ini agar ianya jadi pendorong kita untuk menilai kehidupan lalu. Susun amal amalmu. Jangan abaikan halaqah tarbiyahmu. Taat pada murabbimu diatas segala arahanya untuk menyucikan ruh mu dengan mutabaah amal yang diamanahkan. Itulah saja benteng yang akan memelihara hati dari syaitan.

Sekadar ini yang mampu untuk ku gerakan jiwa jiwamu. Ingatlah pesan Ibu Qayyim,

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang merasa gembira dengan dunia. jadikanlah dirimu merasa bahgia dengan Allah. Ketika orang lain merasa bahgia dengan kekasih kekasih mereka. jadikanlah dirimu bahgia dengan Allah. dan ketika orang mengadap dunia untuk mencari harta dan menimbunnya jadikanlah dirimu benar benar mencintai Allah.

Ya akh …dihati kecil ku amat merindui syahid untuk memburu kekasih duniaku disyurga sana …

doakan aku.

muharrikdaie -menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

7 responses to “dicelah kelemahan ini …

  1. reader May 28, 2011 at 7:32 am

    Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,
    Never fails to motivate me and make me re-evaluate myself. Allahu..
    Bila rasa nak rebah, Allah datangkan pelbagai cara menghulurkan bantuan, menguatkan hambaNYA. Sungguh, Allah MAha Penyayang.

    DAn sungguh, Allah akan uji setiap butir kata yang keluar dari diri. DIA juga menguji ilmu di dada pemberianNYA. Adakah sekadar melekat di otak tanpa amal? Beku? Terasa seakan kufur dgn nikmat Ilmu pemberian yang Esa.Allahu..Muhasabah diri sendiri.

    Jazakallahu khayr atas penulisan anta!

    • muharrikdaie May 28, 2011 at 2:12 pm

      reader – jika tulisan saya boleh membangunkan kamu saya juga berharap kamu juga sering mendoakan saya kerana saya juga memerlukan kekuatan. Dan sebahagian dari kekuatan itu adalah doa kamu semua yg menjadi sahabat ku disini. Terima kasih kerana berkunjung insyaalah.

  2. muharrikdaie May 27, 2011 at 1:54 pm

    MATA AIR SYURGA – Insyaalah. Selalulah doa untuk saya yg sering berhadapan dgn ujian yg berat. Terima kasih berkunjung kerana hiburan saya hanyalah pada kunjungan kamu semua …insyaalah.

    hafizah – ketahuilah bahawa bahawa bait bait yg terkesan dihati awak itu bukanlah datang dari saya malah ianya lahir dari hati awak yg hidup dan lembut untuk menerima segala kata kata kebaikan. Kepada Allah kita kembalikan pujian itu kerana Dialah yang mengengam hati kita. Doakan saya selalu hafizah. Saya amat2 mengharapkan doa antunna semua sebagai sebahagian dari kekuatan.

    rossiza – Terima kasih atas doa kesyahidan itu kerana disitulah hati ku sentiasa merawan untuk mengapainya. Terima kasih kerana sudi singgah insyaalah.

    Bro Hamzah – Terima kasih kerana sering berkunjung kesini dan terima kasih kerana mem’publish’ blog saya sebagai blog pilihan di blog anta. Mudah2an akan berpanjanglah pahala kita untuk mendakwahi manusia. Terima kasih sekali lagi akhi. Terasa kasih sayang itu melekat dihati ini. Teruskan menulis kerana bagi ana tulisan anta juga mengesankan jiwa dan menambahkan ilmu insyaalah. Salam buat ikhwah Haluan disana. Insyaalah.

  3. BroHamzah May 27, 2011 at 1:33 am

    Alhamdulillah, penulisan anta sememangnya penuh aura dan tenaga. Ia mengalir lembut dalam setiap urutan darah dan menghembus lembut ke dalam relung-relung jiwa yang lara. Syukran, berikalan nasihat, untai madah peringatan dan juga bait-bait kata buat jiwa para daie di medan ini.

    Semoga Allah merahmati anta. Sungguh, tulisan itu akan menyentuh jiwa sekiranya ia terbit daripada nurani yang penuh tulus, himmah dan berani.

    Syukran
    BroHamzah

  4. rossiza May 27, 2011 at 12:54 am

    sngt trsentuh dihati Q…. trmks shbt..kata2 yg sngt hebat.. Aq doakan mu smoga ….. syaheed.. aameen..

  5. hafizah May 26, 2011 at 1:09 pm

    mungkin awak tak tahu yang tulisan awak memberi kesan yang sangat besar kepada orang lain.perkongsian dari hati akan mudah menyentuh hati-hati lain:’)

    terima kasih banyak-banyak-banyak.

  6. MATA AIR SYURGA May 26, 2011 at 10:42 am

    Jakallah khair ats perkgsian. Mg Allah menilai setiap kebaikanmu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: