ada yg tak ada dihati ini


Salam buat semua duat yang dirahmati Allah.

Semuga kamu semua terus thabat ( teguh).

Terus basah disirami hujan tarbiyah.

Terus subur dengan embun yang menyimbah.

Terus kuat bagai guruh.

Terus bersemangat bagai halilintar.

Tidak larut. Tidak berhenti. Tidak lemah. Tidak beku dan futur atau terasa malas untuk bergerak!!

Insyaalah.  Jangan sedikit pun ada didalam hati rasa untuk berundur atau beristirehat atau berkalau kalau….

Biar apa pun yang berlaku. Teruskan! kerana ….

 Ar rahah lir rajuli ghaflah – Istirehat bagi seorang pemuda adalah kelalaian

laa rahata lil mu’min illa fil jannah – Tiada rehat bagi org mukmin kecuali disyurga

Inilah langit amal kita.

Ladang kita menanam benih.

Medan kita untuk mengumpul obor pahala, menerangi barzah dan titian sirat menuju wajah Allah.

Meski ditangan kanan mu ada suami dan isteri , dan ditangan kirimu ada kerjaya dan kemewahan. Namun itu bukanlah kebahgiaan hakiki malah ianya mungkin menjadi musibah jika tidak pantas dikendali!

Begitu juga jika dipundakmu terpikul ‘amanah’ dan dijemarimu terjinjing ‘masuliyah’. Namun itu bukanlah bebanan tapi adalah ‘manisan’ dari Tuhan. Tanda kasihNya kepada kita!

Memang Allah Maha Pemurah dan Penyayang.

‘Dia’ memberikan segala ” kemurahanNya ‘ berbentuk makanan dan minuman. Kemewahan dan kekayaan kepada semua makhluknya termasuk yang kufur kepadanya tanpa ada batas.

Namun ‘ sifat Penyayang’ Allah hanya khusus kepada yang bersedia menerima watikah amanahnya yang telah ditolak segala gunung dan lautan!

Dan disinilah kita.

Disaff  ‘pilihanNya’.

Memilih kita. Meskipun kita dikeranjanag kelemahan!

Dia ‘ Maha Tahu’ kemampuan kita!

Kita mampu melakukannya kerana ” Dia” akan bersama.

Dia ” ketawa ” melihat kita menanggis. Dia ‘senyum’ melihat kita mengeluh letih.

Itulah Allah.Tuhan kita. Rabb kita. Yang senantiasa bersama kita dijalan dakwah ini.

Begitulah sepatutnya kita menghayati Tauhid.

Menghayati kehadiran Allah yang lebih dekat dari urat marih kita.

Patutkah kita ‘kecewa’ dijalan ini?

” Ambillah harta ku semuanya.” Kata Abu Bakr.

” Ambillah separuh dari hartaku” Kata Umar.

” Ambilah tulang belulangku ” Kata Khadijah. Aku dah tidak ada apa lagi ya Rasul. Hanya yang ada tulang belulang ini. Ambillah ia jika aku telah wafat. Jadikan ia jambatan untuk sahabatmu pergi berjihad.” Kata Khadijah.

Tergenang mata Rasul. ” Dialah bidadariku. Waktu orang membenci. Dia menyayangi. Waktu aku susah dia menolongi. Tiada siapa yang sebanding dengannya!” Rasul bermonolog penuh syahdu dalam hatinya.

Mencengkam jiwa Rasul bila dia tiada. ” Aku mengantikan dan menikahi lain setelah dia wafat bukan kerana aku ingin tapi Allah yang mengingin. Kerana Dakwah ini. Kerana Amanah ini.

Begitu sejarah mengulang ngulang. Even 1000 tahun lagi jika dunia ini masih berfungsi untuk menguatkan jiwa kita.

Untuk meyakinkan kita kebenaran  jalan ini!

Untuk kita sentiasa tenang kerana ujian dakwah tetap sama dan akan terus mengulangkannya.

Aku akui, ramai yang berada dijalan dakwah tapi ramai yang tidak merasakan kelazatan dakwah! Kerana apa?

” Penghayatan”

Seurat ujian melanda. Kita mengeloh berkilometer.

Dakwah kita hanya melekat pada jasad dan badan tapi tidak pada ruh dan hati.

Tidak semestinya kerana seurat ujian itu kamu harus melemah dan mengadaikan kekuatan  yang pernah kamu miliki dulu sewaktu hamasah kamu sedang menyala!

Ingat!

Seorang ‘Pencinta’ harus terus mencinta meski yang dicinta itu menyakiti jiwanya. Kerana ‘kesakitan’ itulah kebenaran cinta.

Begitulah bila kita ‘mencintai’ dakwah ini.

Ia akan terus menyakiti kita secara rela.

Ianya akan terus terusan mengikat hawa kita. Ia akan terus terusan meminta apa yang kita miliki. Sehingga Allah ‘ketawa’ melihat kita.

Semua yang datang atas nama dakwah pastinya membebani kita. Kerana dakwah dan ujian adalah dua dimensi yang tidak dapat dipisahkan kerana ia adalah unsur untuk menemukan kita kembali kepada martabat kehambaan!

Dan hamba itu sudah tentu akan wajib melayan segala tuntutan.

Begitulah aku dijalan ini. Sentiasa bersemangat meski pun bertatih untuk berkorban!

Akan ku sahut segala cabaran kerana bagi ku segala cabaran itu ku letakkan Allah sebagai sandaran.

Dan berhenti kerja dari satu jawatan yang agak besar dan kehidupan yang selesa untuk berbisnes demi keberlansungan dakwah  ini adalah satu cabaran yang tidak pernah aku terfikirkan dahulu! Namun disinilah takdir aku semata mata untuk membantu dakwah.

Bukan mudah untuk aku membuat satu keputusan yang tiada menjanjikan ketetapan rezeki ini tapi disinilah aku ingin menguji kebenaran dan keyakinan hati aku.

Aku pasrah! Jika benar niat janji ku pastinya akau akan mendapatinya seperti mana Badwi yang meminta anak panah tercucuk dilehernya bila rasullulah bertanyakan tujuan dia menyertai perang bersama Rasullulah.

” Apa yang kamu inginkan fulan didalam peperangan ini?” Tanya Rasul kepada Badwi itu.

” Tidak ada apa ya Rasullullah. Aku tidak inginkan ghanimah tapi aku inginkan ( sambil menunjukan anak panah menyucuk lehernya).

Dan bila Rasul melihat mayatnya. Rasul bersabda ” benarlah apa yang dikatakannya.” Dan dia syahid.

Itulah yang ingin aku buktikan kepada dakwah ini. Aku sedaya upaya ingin mencontohi. Ingin merasa bersikap benar didalam perjuangan ini!

Rezeki orang bisnes seperti seperti aku, tidaklah seperti rezeki kamu semua yang memperolehi pendapatan tetap ribuan ringgit seperti yang pernah aku perolehi dahulu.

Tapi rezeki ku adalah seperti rezeki burung. Tidak menentu!

Namun aku bahgia seperti burung kerana burung punya tawakkal yang tinggi pada Allah. Mereka keluar pagi dan balik petang dalam keadaan redha akan ketentuan Allah.

Tidak pernah tamak dan menyimpan rezekinya malah setiap hari dikongsi pada yang lain samaada banyak atau sedikit!

Jika sikit, sikitlah yang dikongsi bersama ahli kerabatnya.

Tinggi keyakinan mereka! Mereka yakin esok Allah akan beri rezeki yang lain pada mereka malah mereka tidak pernah bergaduh kerana rezeki. Sebab mereka diajar oleh Allah untuk menjaga ukhuhuwah.

Justeru, aku adalah diantara manusia yang mencuba untuk meniru tabiat burung itu untuk meraih tawakkal yang tinggi disisi Allah serta keyakinan yang benar benar mantap kepada Allah!

” Akhi, betulkah anta benar benar nak berhenti kerja ni?’ Tanya murabbiku. ” Anta dah istiqarah ke?” Tanya nya lagi.

” Insyaalah Ustadz.” Jawabku. ” Ana dah benar benar tajarrud dengan decision ini. Ana dah tak sanggup lagi lihat jamaah menjadi peminta sedekah dengan ikhwah semua setiap kali kita kekurangan dana. Malah terkadang ana dengar ada ikhwah yang merungut bila kita minta derma setiap kali untuk buat program. Sedih ana ustadz.” Sambung ku

Memang aku tak nafikan ada dikalangan sahabat dan sahabiah kami merungut bila selalu sangat ‘dipaksa’ untuk menyumbang demi kepentingan dakwah ini.

Tapi apalah yang jamaah ada? Kecuali susuk susuk tubuh yang ‘menyerah diri’ ini saja.

Memang jamaah tiada sumber kecuali sumbangan bulanan dan juga sumbangan sahabat sahabat yang telah berjaya didalam perniagaan mereka.

Itu pun bisness mereka sendiri yang tiada link lansung dengan jamaah untuk mendapat pendapatan tetap dan berterusan.

Tapi alhamdulillah sahabat sahabat yang kaya inilah yang telah banyak berkorban menghidupkan jamaah. Tapi sampai bila?

Jika mereka tiada nanti adakah anak pinak mereka mewarisi pengorbanan mereka untuk beberlansungan dakwah ini jika jamaah tidak mengusahakan dari sekarang?

Itulah yang telah aku terangkan didalam ‘syuro’ pimpinan, bila aku dipanggil kerana jamaah tidak mahu melihat aku berhenti kerja ini berlandaskan semangat semata mata tanpa perancangan dan jamaah tidak mahu terfitnah nanti!

Tapi setelah aku terangkan, alhamdulillah, mereka semua memelukku dan benar benar terharu dengan pengorbanan ku!

Aku tekad. Aku harus memulakan sekalipun aku akan miskin untuk merintisnya.

Dimata ku tetap terbayang tangan tangan malaikat yang akan menyambut tanganku bila aku mati nanti! Itulah impian ku.

Selama ini aku takut akan mati dan mati tidak pernah ada dihati ini tapi bila banyak melakukan pergorbanan besar, aku dapat rasakan mencintai mati! Seperti lazatnya Sayyid Qutb mencintai kematian!

Sekali lagi ku katakan bahawa bukan mudah untuk aku buat satu keputusan meninggalkan jawatan yang agak besar dan gaji yang begitu lumayan  yang membolehkan aku hidup dalam keselesaan! Namun itulah keputusan ku yang telah aku adu kan pada Allah dan  kini aku dapat rasakan kepuasannya!

Aku merdeka dari keterikatan sistem yang telah lama menjajah masaku untuk Tuhanku.

Aku gembira telah menyahut seruan Murabbi Dakwah Al-Banna untuk menjadikan bisness sebagai sebahagian kerja dakwah yang menguntungkan akhiratku.

Biarpun segala pendapatan ku harus kukongsi dengan jamaah tapi sebenarnya itulah saham yang tiada ternilai harganya yang akan menjadi tangkai tangkai pahala yang berganda ganda!

Meskipun telah agak lama dijalan dakwah ini, namun aku rasa perjalanan ku dimedan dakwah ini baru bermula kerana baru kini aku dapat ‘ mengsibghahkan’ jiwa dan raga aku sekali berkubang didalamnya. Merasai hanyir benyir ujian yang mengiringi tawa dan tangis hingga tiada lagi sebutan dunia kecuali Allah, Allah dan Allah!

Baru dapat aku rasakan dzauknya bertawakkal dan merasa tenang dalam semua keadaan hingga segala keraguan selama ini sirna dari hati aku.

Kalau dulu asma’ nya menjadi hafalan dan lagu senduku tapi kini asma’nya semakin mengukuhkan Tauhidku.

Asma’nya telah menyatu dalam tawakkalku hingga dalam setiap desah nafas aku, aku terasa memerlukanNya!

Akhi …

mungkin kamu tidak dapat merasakan apa yang aku rasa. Namun ingin ku kongsikan pada mu bahwa inilah ‘makna hijrah’ yang selalu kita laung laungkan.

Dulu aku tidak dapat rasakan erti hijrah itu hingga ku ingat hijrah itu sesuatu yang amat mudah dilakukan! Tapi bila aku telah laluinya, baru aku tahu betapa beratnya meninggalkan sesuatu yang kita sayang! Lebih lebih lagi harta dan pangkat yang memewahkan hidup kita.

Memang hijrah memerlukan penyatuan antara lahir dan batin dan ianya merupakan penjabaran dari kecintaan kita kepada Allah. Tanpa cinta itu kamu tidak mampu untuk melakukannya!

Tujuanku bercerita bukan untuk riya’ dan ujub pada diri tapi adalah untuk membangunkan ruhiyahmu yang hampir mati. Aku tidak mahu hanya tengkorak dan jasadmu saja bersama dijalan ini sedangkan jiwa mu masih bergayutan manja didunia yang tidak abadi.

Asbab itulah aku tidak pernah untuk mengenalkan diri disini. Apalagi untuk mempamirkan wajah lusuhku supaya dikenali.

Aku muharrikdaie sekadar ingin berkongsi. Menyeru kamu semua menakluki bumi. Dengan dakwah yang kita imani. Supaya disana nanti kita bertemu dialam abadi dalam haruman cintaku yang telah dikhianati didunia ini.

Bertemu lagi Insyaalah.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

14 responses to “ada yg tak ada dihati ini

  1. Monologues May 26, 2011 at 5:51 am

    Salam.

    Jujur sejujur-jujurnya, saya rasa hati saya sudah mati.
    Tiada kata mampu membangkit rasa – malah air mata sudah kering telaganya.
    Dicuba juga mencari ibrah. Ditonton video, ditadabbur Quran, namun masih.. hati seperti kebas.

    Malah kalau dulu, bila baca artikel tentang dakwah rasa bersemangat, sekarang hambar tanpa rasa.
    Digagahkan juga untuk menghabiskan, tapi hanya sepi mengundang rasa.

    Saya petik kata-kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah..

    “The slave is not afflicted with a punishment greater than the hardening of the heart and being distant from Allah. For the Fire is created to melt hardened hearts. The most distant heart from Allah is the heart which is hardened. If the heart becomes hardened, the eyes become dry..”

  2. test May 19, 2011 at 1:51 pm

    betul, teruskan dgn anonymousity spt ini..spy hati terjaga , lillah semuanya inshaAllah..

    hanya sebuah observation dan perlukan pandangan, kadang2 ana lihat daie telalu absorb dgn mutarabbi dan keperluan jemaah sampai tak terupdate isu2 semasa. ana faham blog ini hadafnya takwin dan tak perlu disebokkan dgn masalah ummah.
    (ni tiada kaitan dgn blog) cuma dari segi realitinya, daie memang kena selau update kan .. ? ana kadang2 confuse krn tak nampak teladan yg baik dlm hal ni..

    kadang2 ana buat kesimpulan sendiri, we give what we get… jika blog yg byk sgt isu semasa ni tiada pengisian yg tuan punya blog dapat, jadi dikongsikan perkara2 isu semasa dan dikomen dari kaca mata yg perlu sbg seorg muslim. at one side, kita akan nampak “selalu update dan peka” .

    jazakillah khairal jazaa atas segala peringatan, moga setiap joule dan hurup diterma Allah..

    • muharrikdaie May 24, 2011 at 12:08 am

      test – ana pun rasa perlu kepada updating isu isu semasa mahu pun politik dan sebagainya namun setelah ana fikirkan, biasanya isu isu semasa ni dah terlalu banyak didalam blog2 lain yg mudah diterokai dilaman blog sebab tu ana rasa suka fokus bab D & T ini kerana jarang di bahaskan diblog blog. Ada juga kemushkilannya ialah ramai yg involve dlm dakwah ni tapi tidak berminat untuk perbincangan dan apa yg ana lihat mereka lebih cenderung untuk sekadar membaca saja. Wallahuakalm. jazakalah atas komen yg mmebina.

      • kuek May 24, 2011 at 1:15 pm

        seorang pendakwah bila nak dakwah orang kena ada rasa percaya pada orang yg ingin didakwah dan orang yang didakwah percaya pada orang yang dakwah dia…..

        walaupun sekadar membaca… semoga beri petunujk pada orang yang membaca…. dan orang yang menulis

        ana asiff..sekian wassalam

  3. dr.mujahidah May 19, 2011 at 3:51 am

    subhanallah.. semoga kita terus tsabat di jalan ni. artikel ini sangat memberi semangat pada ana.. jzkk

    • muharrikdaie May 19, 2011 at 5:31 am

      dr – Puji makhluk kepada Khadim. Kembali pujian kepadamu Ya Allah dan cahaya diatas cahaya dan semuga Allah men’tajarrud’kan kita dan men’jiddiyah’ kan kita semuanya disini dan dimana saja duat berada supaya kita sentiasa bersemangat seperti khalid Alwalid dalam menjulang deen ini ketempat asalnya! terima kasih kerana sering kesini dan mengobarkan semangat saya untuk terus menulis!

  4. muharrikdaie May 17, 2011 at 1:25 pm

    bintu – Itulah yang menjadi matlamat penulisan saya, untuk sama sama kita bangun menghayati tarbiyah dan dakwah ini demi kemenangan islam. Bukan sekadar kita berpuas hati berintima’ dengan jamaah dan menghadiri program tanpa kita buat sesuatu untuk kemenangan islam. Kerana tarbiyah juga harus ada outputnya. Jika tidak bengkak kepala kita dengan fikrah yang tiada sumbu!

  5. BroHamzah May 17, 2011 at 12:02 pm

    Assalamualaikum akhi,

    Syukran atas titipan dan bingkisan jiwa anta yang menggugah perasaan dan benar-benar menggerakan jiwa ana ini. Setiap untaian – kalam, perkataan dan kalimah – adalah muhasabah bagi nurani untuk menilai keberadaan dalam saff ini. Semoga Allah rahmati diri anta.

    BroHamzah

    • muharrikdaie May 17, 2011 at 1:28 pm

      Bro – terima kasih kerana kerap berkunjung keblog ana. Ingatkah anta lagi bagaimana pengorbanan Qoid Allahyarham UDMZ Rahimakumuulah berjuang setelah mendapat tarbiyah. Dia mengorbankan segala galanya demi dakwah ini. Inilah yang perlu kita hayati didalam dakwah ini ….. semuga anta adalah sebahagian dari warisannya ….😉

  6. bintu ISA May 17, 2011 at 9:54 am

    salam alaik akhi fillah.

    pnulisan dan pngisian yg sangat mnnyentuh hati ana.

    moga akh terus thabat di atas jalan ini…

    slm perjuangan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: