menjadi gemintang dilangit dakwah


Minggu ini memang minggu tension bagi aku. Walau pun ku cuba untuk tenangkan diri tapi terasa sangat rasa bersalah. Apa lagi aku disms oleh murabbi ku kerana ia ingin untuk menziarahi. Kalau ingin diziarahi murabbi, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena! Atau ada sesuatu yang penting yang ingin dibincangkan dengan aku.

Puas aku muhasabah diri. Nak kata aku bersalah kerana tak melaksanakan mutabaah amalku yang banyak itu , tak jugak! Kalau  aku tersangkut pun, cuma amalan penghujung malam saja. Itu pun sebab aku sering balik lewat awal pagi! ( alasan!!!!!!)

Memang aku akui, biar jarang jarang tapi terkadang aku tak mampu bangun sebelum pukul 5 pagi seperti yg diarahkan oleh murabbiku setiap hari.

Adakala rasanya, kalau bom meletup pun dekat telinga aku, aku tak mungkin sedar kerana terlalu letih! Tapi selalunya murabbiku tidak pernah untuk menerima alasan yang begitu. Baginya seorang da’ie harus bangun seawal pagi kerana ianya adalah merupakan peribadi dan menjadi keaiban bagi seorang da’ie yang bangun setelah azan!

Pagi tadi dia bertanyakan pada aku kenapa tidak message dia sebelum subuh tadi kerana kami harus message murabbi setiap sebelum subuh untuk  meminta ‘ amal amal’ yang perlu kami lakukan waktu dipenghujung malam itu dan secara tak langsung dia dapat memantau amalan pagi kami. Lantas  aku katakan padanya,

” Ustadz, malam tadi ana balik kul 2 pagi dan memang ana tak mampu bangun. Letih sangat!’

Lantas dijawab oleh murabbi ku, ” Anta bukan letih badan, tapi letih iman. Berapa oranglah amoi  yang anta tengok  siang tadi  hingga hingga melekat dosa zina tu kat hati anta hingga terhijab nur Allah dalam hati anta. Sebab tulah anta tak boleh bangun.” Jawabnya serius. Pang!!!!Pang!!! Adoi. Rasanya lebih baik kena pelempang dari disindir begitu.

Memang bila tiba saat macam tu aku rasa malu dan aib. Aib pada diri dan aib pada murabbiku. Memang aku malu kerana terkadang perkara itu aku tekankan pada adik adik usrah ku tapi akhirnya aku sendiri tidak mampu untuk bermujahadah!

Sebenarnya bukan aku tak ready untuk bangun sebelum pukul 5 pagi, kerana sebelum tidur lagi, segala jenis jam aku setkan time untuk bangun hingga handfon pun aku letak atas dada dengan vibrate dan maximum tone sekali kerana terlalu takut untuk tak bangun! Aku tak tahu berapa kali lah fon aku vibrate dan menari atas dada aku sehingga aku tak sedar!

Tapi benarlah kata ustadz, dosa akan mematri dan mematikan segala pancaindera untuk beribadah pada Allah!

” Akhi, anta adalah gemintang dilangit dakwah. Masakan anta mampu melelapkan mata dan membiarkan langit itu gelap tanpa cahaya?” Dia menyambung dengan berpuitis padaku kerana dia tahu kata kata puitis amat terkesan dengan jiwaku.

” Fikirkanlah akh. Anta kena anggap anta adalah diantara sebutir bintang yang bertanggungjawab menerangi alam kejahilan ini. Kalau anta tidur, siapakah yang akan meratapi keampunan Allah diatas dosa dosa yang anta lakukan hari ini? Dan sudah tentu dosa semalam akan mengesatkan hati anta dan pastinya butir butir kata anta yang ingin anta luahkan pada manusia esoknya adalah butir butir kata yang kosong tanpa ruhnya!” Dia serius dalam kelembutan berbicara dengan ku.

Begitulah murabbiku mendidik ruhiyah ku.

Memantau segala pergerakan perjalanan hubunganku dengan Allah sehingga aku tidak merasa kesendirian untuk bermujahadah kerana dia sendiri akan senantiasa meluruskan kesalahanku dalam rintangan menghirup tarbiyah ini untuk tazkiyahtu nafs aku.

Aku amat bersyukur Allah mengurniakan aku teman perjalanan akhirat yang mempunyai niat yang ikhlas serta kemahuan yang kuat kepada jihad ini yang senantiasa mengalakan aku supaya terus berlumba dalam berlari menuju Allah serta segera menyonsong redhaNya!

Memang aku ingin bergerak laju dalam perjalanan ini untuk mengabdikan diri pada al-Ma’bud sehingga dapat mencium aroma syurga yang dijanjikan itu.

Akh,

aku disini bukan untuk menceritakan keaiban aku atau melakarkan cereka kosong untuk ditatapi. Tetapi apa yang ku perindahkan dalam kalam kalam perkongsian ini supaya kita semua dapat membina kekuatan kerana kekuatan itulah saja syarat kemenangan dakwah.

Justeru antum juga harus ingat bahawa diperjalanan ini juga virus virus nifaq, virus kemalasan dan virus virus kefuturan senantiasa mengekori kita.

Tanpa mujahadah teguran dan pemantauan kita pastinya akan dijangkiti virus berbahaya itu sehingga sampai satu tahap kita akan rasa kita telah berpuas hati apa yang telah kita perbuat sedangkan didalam perjuangan ini  tidak ada erti kepuasan kecuali  penghujungnya kita bertemu dengan titik kemenangan mutlak kita yakni daulah atau pun syahid dijalan Allah!

Sebab itu kita kena selalu ‘ berhias diri’ dihadapan cermin tarbiyah supaya wajah hodoh kita ini senantiasa kita ‘make up’ dengan amal amal qowi yang membawa kita kepada kekuatan meskipun diperjalanan dakwah ini kita adalah golongan yang ‘kholil’  (sedikit ) namun jika kelemahan ini sentiasa menjadi perenungan kita, tentunya kita tidak akan rasa kesepian dan berusaha meraih kekuatan!

Akhi …memang letih perjalanan ini.

Tanpa kejujuran, cinta kasih dari murabbi dan sahabat kita sebagai makanan, minuman dan obat, pastinya kita akan rasa kesepian, lelah dan terasa jauhnya lagi jarak perjalanan ini …

Tapi inilah rahmat Allah bagi pejuang deen ini. Sentiasa memberi kita jalan keluar berupa teman teman yang mencintai kita untuk sampai keputaran terakhir.

Namun begitu jangan kamu biarkan hatimu terbang dilempar angin kefuturan dan senantiasa mengharapkan bantuan percuma yang sentiasa datang bertamu. Kamu juga harus nyalakan semangat yang penuh rindu kepada matlamatNya. Jiwa yang tinggi dan kemahuan yang lurus untuk sampai kegaris akhir itu!

Jangan toleh ke belakang lagi. Teruskanlah perjalanan tanpa ada rasa rindu untuk istirehat dan santai. Tinggalkan itu semua jauh dibelakangmu untuk mengapai tujuan akhir yang menjadi titik perhatianNya kepada kita.

Lupakan airmata lalu. Kerana airmata takdir itu tidak abadi ….

” Minggu depan hari sabtu ba’dal asr ada seseorang nak jumpa anta serta ana sekali. Penting. Ana tak mahu lihat anta sunyi lagi.” Sambung murabbi aku sambil tersenyum dan memberi salam dan berlalu pergi.

Aku seperti tersihir mengiyakan saja sambil hati aku berbisik ??????////???//???🙂🙂 ): aduhhhh …apa lagi!

Semuga Allah bersama ku setiap waktu.

Jumpa kamu semua insyaalah. Doakan aku.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

7 responses to “menjadi gemintang dilangit dakwah

  1. kuek May 17, 2011 at 10:49 pm

    ???/// =) sengih sengih… mesti tawin nih…. huhuhuhu

    kekuatan ada pada pencipta… zassss

    (sampai mimpi yang blog nih ada post baru…hahahahaha bukak2 eh betul ada post baru…dua pulak tuh)

  2. bintu ISA May 17, 2011 at 10:17 am

    “air mata takdir itu tidak abadi”

    boleh akh trgkan sikit quote ini. ana kurag jelas.

    • muharrikdaie May 17, 2011 at 1:22 pm

      bintu – maksud airmata takdir adalah sesuatu yang sedih atau musibah yg berlaku kepada kita atas takdir dan kehendak Allah dan tentunya kita sedih dan menanggis. Kata puitisnya airmata takdirlah!🙂

  3. Zeal9 May 16, 2011 at 9:45 am

    Subhanallah.

    Jalan dakwah amat susah seperti kata Syed Qutb ‘jalan ini xdbentangi dgn permaidani merah jga tak ditaburi bunga2 tp jalan ini ditaburi duri2 terpacak’.

    Saya kadang tersungkur, agak sukar tiada teman yang mengingatkan. Namun, syukur taujih dari ceramah guru insyaAllah tetap membantu.

    • muharrikdaie May 17, 2011 at 1:19 pm

      Zeal9 – ikatkan diri dengan jamaah. Kerana kita tidak boleh bergantung dgn program umum untuk mencari kekuatan. Jika tiada jamaah, usahakan ok! Tkasih kerana ziarah.

  4. Devi Novita May 16, 2011 at 1:38 am

    artikel yang sangat mengesankan pada jiwa. Terima kasih akhi.. Semoga dipermudahkan segala urusan termasuk dalam perihal jodoh. Jodoh itu ketentuan Allah dan Dialah sebaik-baik pengatur. Doa sentiasa mengiringi moga terus tetap menulis untuk menggerakkan jiwa-jiwa sahabat lain dan agar dipermudahkan segala urusan.

    • muharrikdaie May 16, 2011 at 1:58 am

      Terima kasih Devi kerana sudi ziarah dan memberi kata semangat pada saya. Insyaalah. Jodoh? Tidak pernah terfikir pun. Saya lebih suka menanti dari mencari meski penantian itu suatu penyeksaan tapi dalam bab jodoh ni penantian itu suatu keindahan kerana jodoh adalah ketentuan Tuhan dan yang pasti kita perlu usahakan amal ukhrawi kita untuk meraih jodoh diakhirat sana!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: