cinta seputih susu


Sebagai anak yatim piatu yang menumpang berlabuh dibumi ini, aku terkadang menjadi manusia perasa. Meski pun aku menerima qada’ dan qadar Allah kerana beriman kepadaNya namun aku tidak dapat menyembunyikan fitrah sebagai seorang manusia yang kehilangan kasih sayang! Malah ‘CINTA” telah menjadi tema dalam kehidupan ku.

Apa pun yang aku lakukan pastinya akan ku selitkan  bait bait cinta supaya perasaan ini  terubat dan dapat menghilangkan kerinduan serta kehausan sebuah cinta yang tidak dapat aku hirup sepuasnya dari insan yang bernama manusia!

Mungkin ada mereka mereka disana, mengatakan bahawa aku seorang yang jiwa jiwa.

Menjaja cinta yang tidak bermakna. Apa lagi dalam rentak tulisanku disini yang penuh dengan rasa dan jiwa.

Tapi itulah realitinya! Manusia tidak akan dapat menghargai sesuatu yang masih ada padanya kecuali sesuatu itu hilang dari dalam hidup nya.

Dan aku kehilangannya! Kehilangan sebuah cinta! Sehingga aku menjadi ‘baton’ ditukar tukar dari satu keluarga kesatu keluarga yang lain untuk mencari cinta!

Dan pastinya sehingga sekarang aku tidak menemui cinta itu! Biarpun keringat ku tidak pernah kering untuk mengejarnya!

Apalagi cinta seorang Ibu. Yang telah hilang selama lamanya dari hidupku!

Dan begitulah baby ini kehilangan cintanya!

Apakah dia juga akan menjadi seperti aku? Yang menjadi ‘baton’ yang sering bertukar tangan untuk meraih cinta?

Dengarlah cerita ini dan nilailah betapa besar erti cinta bagi seorng manusia …

Begini ceritanya yang telah diceritakan oleh sahabatku untuk ku muatkan didalam blog ini. Aku cuba untuk menuliskannya mengikut cara dan stail aku agar kita dapat merasai getaranya.

Aku tidak tahu dimana ia dapati cerita ini tapi pastinya bukan rekaan. Cerita  tentang  pengalaman seorang anggota penyelamat yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir melihat wajah-wajah kematian.

Sebuah kemalangan dahsyat telah berlaku yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta itu remuk sepenuhnya.

Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai. Badannya telah terlungkup pada stering dan beliau mati serta merta dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.

Manakala disisinya seorang isteri sedang bergelut dengan sakaratulmaut.

Tubuhnya tersepit diantara tempat duduk dengan keluli pejal remukan seperti ragum maut yang merangkul rapat tubuh kerdilnya.

Alangkah sukarnya akhi saat itu!

Kelihatan pada jernih pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku.

Bahunya seakan patah kerana telah terkulai. Tulang bahu itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya  disamping  tangan sebelahnya terkulai layu tak bermaya!

Kelihatan darah merah mengalir keluar dari tubuh lemah itu yang  kesakitannya sudah pasti tidak  dapat diucapkan dengan bait bait kata.

Lantas dalam longlai lemah itu dia masih mampu mengisyaratkan dengan anggukan kepalanya memohon  kepada penyelamat itu agar diberikan kepangkuannya anaknya yang terselamat itu!

Biar pun dalam tangisan, baby yang masih segar dan terselamat itu diberikan pada sang Ibu lalu dalam keadaan  tertahan tahan nafasnya beserta lelehan air mata yang bergaul dgn darah  itu terdengar  suara rintihan tangisan pilu penuh kesayuan sang Ibu, sambil mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan belahan hatinya .

Dalam jerih kepayahan dan kesakitan yang teramat, dari riak wajah lusuh itu, kelihatan sang ibu menyingkap bajunya  lantas menyusukan anaknya dalam ayunan ombak nafasnya yang berbaki sambil memeluk sicomel, merangkul erat dengan penuh kepayahan lalu menyuapkan  aliran air susunya dan disambut mulut comel yang rakus itu untuk menyusu!

Dalam nafas sukar dan  dada yang berombak-ombak serta nafasnya yang tersekat-sekat melawan sakaratul maut akhirnya sang Ibu menemukan rabbnya dalam keadaan air mata yang mengalir dan meninggalkan  sicomel yang  tidak mengerti apa apa dan masih mampu tersenyum dengan mata yang bulat dan bercahaya persis “twinkle little star” kerana telah menikmati santapan terakhirnya. Begitulah  akhirnya sebuah cinta bagi seorang Ibu dan bermulanya kehidupan yatim seorang manusia!

Aduhai akhi. Berlinang airmata ini membacanya!

Tidakkah itu cinta? Tidakkah cinta itu satu kekuatan? Kekuatan yang dapat menahan gejolak sakarat demi menyempurnakan sebuah ‘masuliyah’ yang diamanahkan oleh Rabbnya?

Begitulah cinta Ibu.

Cinta seputih susu. Cinta seputih susu akh. Susu jernih yang memberi mu nafas hidup ini! Tidakkah kamu teringat cinta Ibu mu terhadap mu. Biarpun kamu sulam cintanya dengan kedegilanmu. Dengan tengking herdikmu. Dengan kekasaran dan egomu!

Namun cinta itu tidak pernah berubah. Malah tetap terpatri sekuatnya sehingga hembusan terakhir nafasnya!

Itulah Cinta yang dinaungi syurga dan awan firdaus.

Apakah ini kisah ajaib? Apakah ianya sebuah drama? Tidak sekali kali. Tapi ini adalah sebuah kurnia. Kurnia dari Allah yang maha pencinta. Manusia tidak mampu untuk mencipta cinta. Apa lagi sebuah kasih sayang dalam deru nafas seorang manusia!

Sekali lagi kisah trajis ini datang dalam hidup kita.

Memang menyayat rasa.

Dalam nafas kita yang masih mampu kita tarik dan hembus ini. Tidakkah kita terfikir tentang harga  cinta seorang ibu.? Boleh tak kita rasa deru cintanya yang hebat itu kepada  kita?

Ya Allah. Berilah kami rasa itu. Rasa yang mahahebat itu.

Begitulah seorang ibu yang Allah pinjamkan buat kita. Pinjamkan kasih nya buat kita  melalui  ‘rahim’  mereka  yang kaya dengan kasih sayang itu.

Selama ini dalam belaian merekalah kita bernafas.

Dalam kasih merekalah kita bernadi dan dalam pengorbanan merekalah kita ada pada hari ini.

Hukum alam mewartakan!

Pada detik kita berada di puncak putaran hidup, mereka pula meratah usia yang semakin senja.

Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan atau hiburan lain sepertimana kita.

Kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.

Justeru mereka tetap punya memori indah dengan kita.

Mungkin tika ini mereka tersenyum sendirian mengingati nostalgia lama mereka dengan kita, sewaktu mengomol kita sewaktu kecil sehingga dengan nostalgia itu membuat mereka  tidak merasa kesunyian.

Tahukah kita akhi, dan pastinya dahulu …

Ketika kita demam mereka tidak tidur sepanjang malam berjaga.

Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga kita boleh melelapkan mata.

Ketika dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini.

Kita mungkin mendapat semua yang kita minta atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu ….

…mungkin ada duka yang tak diceritakan!

Akh, kamu tentu tahu bahawa dulu aku pernah membimbing halaqah kaum Ibu …

Aku pernah ada memori bersama mereka yang banyak melembutkan jiwa ku dan mengerti jiwa jiwa mereka.

Aku pernah didatangi oleh seorang Ibu ini untuk meminjam wang ku demi untuk membayar yuran persekolahan Tahunan anak nya yang hampir RM 2000. Pada mulanya memang aku katakan aku tiada kerana memang aku tiada wang sebanyak itu saat itu tapi akhirnya aku terpaksa usahakan demni melihat kasihnya pada anaknya dan ini membayangkan aku pada Ibu ku yang telah tiada …

” Naqib …akak nak pinjam duit sikit kerana akak betul betul terdesak ni?” Begitu dia memulakan bicara pada ku dalam satu pertemuan halaqah kami.

” Anta pun tahukan akak dan bercerai dengan suami dan akak nak pinjam ni pun sebab nak bayar duit sekolah Amar, anak akak yang tua tu.” Dia bersuara malu sambil menunduk pandangannya pada aku.

” Banyak tu saya tak ada kak? Tapi kalau RM 500 tu adalah!” Jawab aku.

” Sebenarnya naqib, akak nak tukar sekolah anak akak ni ke sekolah islam Al’Hira’ di klang tu. Dulu waktu ada suami, dia tak bagi sebab katanya semua sekolah ada pelajaran agama dan dia kata dia tak mampu sedangkan akak benar benar bercita cita nak anak akak jadi pendakwah kerana inilah satu satunya harta akak diakhirat nanti.” Dia menyambung dalam suaranya sedikit parau menahan sebak.

Waktu itu aku tidak dapat menahan tangis aku. Bukan dia yang menanggis, tapi aku yang menanggis dahulu. Bagai banjir menderas yang memindah gunung jiwaku. Aku diamuk gelombang keharuan dilaut lepas. Aku alihkan wajah aku sambil mengambil serbanku untuk mengelap air mata aku. Memang aku tak boleh bersuara. Jiwa aku rasa melayang bagai rumput kering ditiup angin tanpa haluan!

” Maafkan akak naqib. Menyusahkan saja. Akak tak tahu mana nak mengadu lagi kecuali pada antalah!” Dia menyambung tanpa mengangkat kepala.

Selepas menenangkan perasaan, aku bersuara, ” Tak apalah kak. Akak bagi nombor akaun. Nanti saya masukkan lepas halaqah ni. Akak tak perlu rush nak bayar. Ini duit sahabat2 kita. Mereka wajib tolong akak.

Sambil mengangkat kepala dia berkata ” Anta jangan bagi tahu orang lain. Malu pulak akak.”

” Tak lah. Takkanlah saya nak bagi tau orang lain. Akak jangan susah hati.” Aku menenangkannya.

” Jazakallah naqib. Akak tak tahu camaner nak kata. Cuma yang boleh akak katakan bahwa niat  akak nak hantar anak  akak itu pun sebab akak nak dia jadi macam anta. Anta inspirasi kami naqib.Walau pun anta bukan ustadz tapi akak dapat rasa ada sesuatu dalam jiwa anta yang kami semua dapat rasakan.” Dia berlalu sambil mengesat airmatanya.

Aku istighfar banyak banyak sambil berdoa didalam hati agar apa yang ku berikan pada mereka itu Allah jadikan sebahagian dari penebus dosaku yang banyak ini!

Itulah antara pengorbanan seorang ibu tetapi malangnya memori yang pernah berlaku dalam hidup mereka suatu tika dulu bersama kita  hanyalah di pihak mereka saja sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana  teramat  sibuk dengan urusan keluarga kita sendiri, suami dan anak anak serta pekerjaan dunia yang tidak pernah ada ujungnya ini!

Di persimpangan kehidupan yang tidka kita kendalikan dengansistem islam dan  mahabbah inilah yang sering menjadikan mereka terabai!

Mereka melalui hari-hari bagai archa yang membisu. Bagi tugu yang membatu. Mereka menjadi penanti dan perindu yang mengelus rindu!

Malam malam sepi mereka terbiar merenung kelam tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya.

Kita bagi sitenggang atau malin kundang  yang hidup kemeriahan dengan derai tawa anak anak dan suami  tercinta atau  rakan-rakan dalam  limbah kesenangan yang gemerlapan yang menerakakan!

Ingatkan kamu kepada mereka tika ini wahai duat? Yang menyeru manusia kepada kebenaran tapi disatu sisi kamu lakukan pengabaian pada Ibumu?

Ingatkah kamu kepada mereka wahai suami dan isteri yang telah tengelam dalam pelukan nafsu pasanganmu hingga terlupa pelukan ‘ sebuah kehidupan’ dari ibumu?

Ingatkah kamu wahai pelajar pelajar dan adik adiku kepada mereka yang telah menadahkan tangan hingga tidak mahu turun mendoakan kamu tapi kamu tidak sedikit pun terasa akan ‘cinta’ itu kerana tenggelam dibawah timbunan buku dan rangkulan kesibukan yang mengilakan kamu?

Wahai anak anak yang hampir derhaka …

bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?

Bilakah kali terakhir kamu mendoakan?

Bilakah kali terakhir kamu mengucapkan sayang kepada mereka?

Bilakah kali terakhir bertanyakan kesihatan mereka?

Bilakah kali terakhir kamu berjenaka dan mengembirakanmereka

Bilakah kali terakhir kamu bersama mereka  bercerita dan dia menjadi peminat setia dan menjadi konsultan kita?

Bilakah kali terakhir kamu cium mereka bersalaman untuk pulang?

Bilakah kali terkhir kamu memeluk erat tubuh mereka dengan getaran kebersamaan memahat cinta?

….dan bilakah kali terakhir kamu memeluk mereka dan mereka memeluk kamu dan tak mahu melepaskan seolah olah tidak membenarkan kamu pergi dari mereka?

Carilah jawapan itu dalam lautan rasamu.

Jangan paksa hati mu menyayangi mereka kerana jika itu berlaku, kamu adalah anak derhaka!

Ingat akhi …

Kita mencari redha mereka! Kerana ridha illahi bersembunyi dibalik redha mereka.

Jangan biarkan mereka berduka kerana mereka adalah seorang Ibu.

Seorang Ibu bukan sembarangan Ibu kerana Ibu adalah diantara jambatan jambatan yang perlu kita lintasi menuju syurgaNya …

Mari kita memburu rindu. Pada dia yang pernah kehilangan rindu kita!

” SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU IBU DARI KU SIYATIM PIATU”

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

11 responses to “cinta seputih susu

  1. angah February 10, 2012 at 7:06 am

    saat terindah bagi seorang wanita adalah pada saat bergelar seorang ibu… setelah melalui pengalaman itu, baru ku tahu bagaimana perasaan seorang ibu.. bagaimana pengorbanan seorang ibu… dan apabila aku diuji untuk menjadi ibu tunggal kepada 2 org anak perempuan, aku faham perasaan ukhti dlm cinta seputih susu ini… mmg seorang ibu sanggup menebalkan muka menahan telinga malah “mengkebalkan” diri semata-mata untuk memastikan permata hati, amanah Ilahi tidak terabai apatah lg disiakan… sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga.. walau siapa pun ibu kita, dia tetap wanita yg melahirkan kita. walau di mana pun dia, hargailah pengorbanan insan bergelar ibu. jadilah anak yang mampu memberikan dia senyuman samaada di dunia mahupun akhirat…. Wallahu’alam..

  2. rossiza May 27, 2011 at 4:13 am

    aq cuba membyngkn kasih seorg ibu….. sungguh beruntung sekali org2 yg disayangi ibu… alhamdulillah…

    aq.. tak pernah merasa, kerana…

    ditinggalkan ibu yg mengejar duniawi…. cedey! namun sudah takdir..

  3. Ismizar May 26, 2011 at 6:25 am

    Assalamualaikum…….

    Syahdu hati membaca tulisan ini…..naluri keibuanku tersentuh. Merindu pula belai kasih ibu waktu usia kanak2 dan remajaku dulu-dulu.Kini berjauhan dengannya sarat dengan kenangan manis dan indah walau tika itu hidup bersulam derita yang mencengkam jiwa dan perasaan. Namun pengorbanan dan semangat ibu tabah dan kental mengharunginya walau seorang diri membesarkan kami.

    Semoga banyak lagi kisah-kisah ibu menjadi pengikat kasih sayang anak pada ibunya!!!

    Wassalam………

  4. arik May 13, 2011 at 9:29 am

    kasih ibu sepanjang masa…..bagai sang surya menyinari dunia

  5. kembaracintaku May 7, 2011 at 11:26 pm

    hargai ibu selagi dia masih bernafas…
    berbaktilah selagi masih termampu walau kita sedari jasanya tak terhingga..
    bersyukurlah dengan kurnaan Allah atas kurniaan ibu pada kita …
    lagi..lagi kita yang menggelarkan diri kita daie…

    wallahualam..

  6. anazahra May 7, 2011 at 10:37 am

    AllahuAkhbar…

    Kasih seorang ibu…

  7. BroHamzah May 7, 2011 at 8:20 am

    Assalamualaikum akhi, tulisan yang menggugah jiwa dan menyentuh relung-relung kasih yanga ada. Syukran, alhamdulillah. Penulisan ini mengingatkan hakikat ini, hakikat kasih dan cinta seorang ibu. Syukran atas coretan yang bermakna ini.

    BroHamzah

  8. cintahati May 7, 2011 at 6:31 am

    terima kasih..seperti yang selalu-lalunya..
    membaca entri blog ni betul2 memberi kesan kepada jiwa…

    Semoga Allah sentiasa memberikan jalan kepada empunya blog utk terus melakarkan kata2 disini..

    didoakan semoga suatu hari nanti..dipertemukan dengan ibu yang terbaik utk anak2…

    • muharrikdaie May 11, 2011 at 5:49 am

      cintahati – terima kasih atas doa itu. Itulah yg saya harapkan.🙂
      BroHamzah – Terima kasih atas pujian itu yg dikembalikan hanya untuk Allah. Didlam jamaah kita ditarbiyah diblog ini kita berdakwah dan itulah natujah tarbiyah itu dan anta juga ana kagumi tulisan2 anta. Jgn jemu utk terus menulis ..insyaalah akhi. Semuga kita bertemu nanti.
      Anazahra – tkasih kerana berkunjung
      Kembara cinta ku – semuga kamu terus mengembara hingga menjadi ibu yg baik suatu hari nanti.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: