Luahan rasa ‘ sipensil kecil’


Salam buat semua.
Tulisan ini bukan tulisan aku tapi adalah ‘luahan rasa’ sipensil kecil ( my little pensel), salah seorang pengunjung blog ku yang tidak pernah ku kenal. Mungkin dari langit. Mungkin dari bulan. Atau mungkin dari sang suria untuk memanaskan semangat kita agar terus thabat dijalan ini. Bagi aku, luahan rasanya bergitu berombak sekali untuk kita rasakan ‘ gegaran semangatnya’! Teruskan membaca dan menghayati hamasah nya …
Assalamualaikum ana ucapkan ruhul_istiqamah ( nama pena ukhti yang dikomennya ) ana berasa sangat tergerak hati untuk membalas pertanyaan yang diajukan meskipun bukan ana tuan punya blog (rasa macam dah jadi penyewa ruang komen di blog ini- komen panjang). Sesungguhnya ana juga pernah dilanda rasa yang sama. Rasa macam slow, rasa macam malas dah nak buat dakwah ni.Bukan kite je, ramai lagi orang yang lagi super duper hebat dari kite, berlambak-lambak yang join tarbiyyah dan dakwah ni. (patut ke ada rase macam ni ? )
Rasa penat, rasa layu itu adalah perasaan yang datang dari hati kita. Mungkin kerana kita sendiri yang tidak memahami apa tugas kita yang sebenarnya, tidak memahami mengapa kita ditakdirkan untuk hidup di dunia ini.
Jika kita faham, dan kita teliti dengan sebenar-benarnya tugas kita untuk membawa tugas dakwah ini, nescaya kita merasakan tugas kita tersangatlah banyak melebihi batas masa yang kita ada.
Al-wajibat akthar minal auqat (lebih kurg mcm ni lah-kata2 Hassan Al-Banna).
Pernah sekali ana memikirkan, sehingga sewaktu tidur pun ana terasa ingin bawa dakwah ini kerana banyaknya bilangan manusia yang perlu kita selamatkan.
Bila terasa layu, rasa tidak bertenaga untuk membawa dakwah, bagi ana cukup sekadar menggambarkan keinginan kita untuk menjadi ahli syurga-Nya, duduk sebelah menyebelah dengan para sahabat di Firdaus kelak (wah, tingginya angan-angan).
Memang inilah anganan kita sebagai seorang hamba, dan wujudkan lah usaha untuk mencapai anganan ini kerana anganan kita tidak akan tercapai tanpa sebarang usaha. Dan usahanya untuk kita adalah dengan menjadi khalifah di muka bumi ini menegakkan kalimah-Nya.
Ana akui, ana baru setahun jagung dalam dunia tarbiyyah dan dakwah ini!
Ana tidak pernah lagi dilanda dugaan hebat yang pernah dirasai oleh daie-daie agung. Namun, apa yang ana mengerti adalah sesungguhnya semakin lama kita di dalam dunia tarbiyyah dan dakwah ini, dugaannya semakin berat, kerana Allah ingin melihat sekuat mana kita ingin bertahan dalam jalan ini, semampu mana kita sanggup berkorban segala-galanya untuk jalan ini.
Ana ada kenalan yang layu dalam jalan dakwah ini, dan akhirnya ukhti ana tersebut meninggalkan jalan ini. Dan ana ingin sekali meminta ruhul_istiqamah agar tidak mengheret rasa layu itu sehingga menguasai semangat dakwah yang ada dalam diri. Kerana jika semangat itu hilang, akan hilang lah sebutir permata dalam jalan dakwah ini dan paling ditakuti bila ada semangat ‘lain’ pula yang menguasai diri.
Inilah jalan dakwah. Penuh suka dan duka. Ini memang resamnya.Kalau tidak pernah dilanda dugaan, kita bukanlah di jalan dakwah namanya.
Meskipun kita merangkak macam kura-kura dalam jalan dakwah ini, layu macam bunga yang tidak disiram, namun kita tahu dan yakin inilah jawapan kepada tanggungjawab kita untuk hidup di dunia ini.
Bila kita cakap kita hidup kerana Allah dan dakwah, maka tidak akan ada dalam kamus hidup kita perasaan kecewa!
Sekian.
mylittlepencil ~daie yang tidaklah segagah mana, tapi akan cuba untuk bertahan demi mencapai citanya~
jazakallah buat kamu sipensil kecil
muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

4 responses to “Luahan rasa ‘ sipensil kecil’

  1. mylittlepencil May 3, 2011 at 2:53 pm

    Bismillah. Assalamualaikum.

    Wah, sehingga dijadikan post entri komen ana ini. Barangkali kemungkinan kerana komen yang selalu panjang-panjang. Bagaimanapun, ana mengucapkan terima kasih kerana menghargai komen ana.

    Tidaklah ana menganggap ana mempunyai hamasah yang kuat seperti daie-daie di luar sana. Kemungkinan hanya kerana ana berani untuk melontarkan komen yang begitu panjang lebar. Namun, jika ada isinya yang boleh menggetarkan jiwa pembaca, ana kembalikan rasa syukur kepada Allah kerana ada juga yang tersentuh dengan kata-kata ana yang hina ini.

    Luahan hati ana ini, ana bersungguh-sungguh menyatakan bahawa ingin benar menaikkan semangat daie di luar sana, kerana jika kita yang lemah, ranapkan ummah ini. Mana mungkin datang sebuah kemenangan pada diri seorang yang mudah mengaku kalah bukan ?

    Jadi, kepada daie di luar sana, teruskanlah keistiqamahan anda berada di jalan ini dan tingkatkanlah usaha untuk terus berada di dalamnya. Jauhilah segala apa yang boleh menolak anda keluar dari jalan ini !

    Kita telah ada penunjuk dari Allah, kalam-Nya yang selalu menjadi pendamping hati kita, dan diberi pula tunjuk ajar oleh seorang daie yang sangat agung, Rasulullah S.A.W.

    Sekian, mylittlepencil~

    • muharrikdaie May 11, 2011 at 5:34 am

      Insyaalah. Ana suka semangat anti. Cumanya semangat itu harus diberi ciuman iman agar ianya terus membara dan menyala bila diperlukan oleh dakwah ini. teruskan menulis dan memotivasikan sesiapa saja dijalan ini insyaalah. Pensil kecil = pensil kontot

  2. albi izzati April 30, 2011 at 10:50 am

    Salam alaik.

    kata2 si pemilik ‘my little pencil’ memg selalu menyentuh tangkai jiwa.

    • muharrikdaie May 11, 2011 at 5:31 am

      albi izzati -saya suka orang yg motivated kerana ianya boleh melonjakan dakwah ini insyaalah. Kerana penyakit yang selalu ada pada duat adalah cepat lemah dan tidak istiqamah dan sering mencari alasan untuk tidak bergerak! Semuga kamu juga bersemangat untuk terus berlari dijalan dakwah ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: