jelmaan bidadari syurga


Salam istimewa buat 67 subscribers blog ku. Juga buat kamu semua yang ter’klik’ blog ini.

Mungkin lama aku tak menulis namun aku tetap akan  terus menulis meskipun ianya berkala.

Seminggu dua yang lalu memang aku tidak berkesempatan. Cuma sempat menjawab komen komen kamu  sahaja  dek kerana kesuntukan waktu.

Memang kerja dan program jama’ie telah mengunci masaku.

Malah hampir menyita keseluruhan pergerakan peribadiku.

Justeru memang aku tidak dapat berbuat apa apa kerana kehendak bai’ah memang begitu. Mengikat aku.

Aku harus fokus untuk menghasilkan kerja yang terbaik kerana segalanya itu  penentuan sebuah kejayaan pada harakah islam dan ianya adalah sebuah masa depan.

Masa depan buat ku untuk menyambung rindu dengan Rabbku untuk meraih syurga idaman kurniaanNya.

Seperti juga Umar Abdul Aziz, aku juga ingin mencuba menjadi seorang perindu sebagai sebahagian dari peribadinya. Merindui kepimpinan. Merindui khilafah dan merindui syurga dan bidadari didalamnya. ( …. hanyalah sebuah harapan).

Bukan itu saja! Ada lagi yang ku rindukan. Ibu Ayahku. Benar. Aku kehausan kasih sayang mereka. Aku juga merindui seulas kebahagiaan sebagai seorang manusia. Juga aku merindui dia, yang pernah aku berjanji untuk memburunya disyurga sana! Memang aku telah kehilangan mereka semua didunia ini!

Kamu duat yang kukasihi,

Mungkin kamu masih belum merasai kehilangan seperti aku! Dan  pastinya kamu telah banyak meraih dan mengecap nikmat nikmat orang orang yang kamu sayang disekelilingmu. Ibu Ayah, suami isteri serta keluarga, hingga terkadang mungkin membuatkan kamu tidak lagi  terasa akan nikmatnya sebuah cinta dan kasih sayang yang berharga itu!

Tapi aku, telah banyak kehilangan!

Malah seawal hidup ku telah diyatimkan oleh takdir didunia ini dan tidak pernah merasai kebersamaan dengan orang orang yang dekat denganku! Asbab itulah aku tercari cari, terintai intai akan nikmat kasih sayang yang sering mengelak untuk bertemu dengan aku!

Aku tahu segala galanya itu tidak akan aku perolehi disini kerana jiwa jiwa itu telah mengadap Rabbnya.

Aku yakin aku hanya akan memperolehi itu semua kiranya aku sanggup menebusnya  diakhirat dengan jalan dakwah ini yang meminta segala galanya dari hdiupku didunia ini!

Sebab itu kamu lihat aku seolah olah fana’ memburu rindu!

Malah aku menjadi semakin ghairah hingga tidak mengenal hari dan minggu!

Merevolusikan kehidupan ku untuk menjadi ahlul jihad!

Malah aku akan terus mencanai hidupku. Berusaha membuang segala rawasib rawasib negatif yang  menghalang aku mengapai impian itu.

Aku bersedia untuk terus bangun berdiri dan berlari membawa komitmen dakwah ini dan menjadikannya lebih penting dari segala yang penting asalkan aku dapat bertemu dengan impian itu!

Itulah syu’ur yang memenuhi ruang hati dan fikirku hingga melimpahkan keringat dan letih yang tidak mengenal batas.

Bagi aku dakwah adalah jelmaan bidadari syurga yang telah aku nikahi dengan bermahar hidupku!

Tidak mungkin aku akan mentalaqnya ataupun mensia siakannya.

Dia lah nyawaku. Dialah jantung hati ku. Dialah aliran darah ku dan urat sendi ku.

Dialah cakrawala keindahan yang menyerikan malam malamku dan menerangi siangku!

Biarpun dia banyak menyusahkan aku tapi dia tetap mebahgiakan kerana dialah jaminan dari rabbku!

Aku bangga dan bersyukur memilikinya dengan izin Tuhanku yang telah mampu  melonjakkan keinginan ku untuk menjadi manusia sempurna. Menjadi sempurna sebagai seorang manusia didalam realiti manusia.

Sempurna yang ku maksudkan adalah aku berdaya untuk terus berkarya ( bekerja) dengan apa yang aku ada hingga samapi satu hari akan terbit rasa dalam jiwaku untuk menyintai mati sebagai pembuktian syahadahku!

Aku seboleh bolehnya ingin menjadi orang yang bersungguh dan  ingin memenuhi kehendak Allah  atau  sekurang kurangnya aku boleh menjadi nombor satu bagi diriku sendiri dalam berusaha!

Aku tidak mahu nanti bila kematian menjemput ku, aku  masih terharap harap dan menagih simpati memohon derma fatihah dan yassin bagi megelak seksa Tuhanku.

Akhi ukhti,

disaat matahari ini naik merekah, disaat embun masih sejuk menurun dan disaat usia kita mampu kembang berbunga, jangan ditangguh lagi ‘ taqhalli min radhaa’il wa tahalli bil fadhaa’il’  bersihkan jiwa dari kekotoran anganan mu dan isi ia dengan keutamaan. Asyikkan diri dan waktu yang ada ini membangunkan hamasah dakwahmu.

Aku tahu jiwa kamu. Aku mengerti naluri mudamu. Aku fahami tentang nafsumu.

Ketiga tiganya itu pernah mendatangiku dan menjadi kembar siamku. Hingga aku seringkali melupai rabbku.

Begitu juga terkena pada mu kan akh?

Ramai bertanya pada ku bagaimana mengatasi kefuturan, kelemahan, kemalasan, kesibukan, permasaalahan, ujian ujian, perpisahan, kesedihan, kekecewaan, kegelapan, kemurungan dan kealpaan!

Aku bukan wali songgo yang punya karamah untuk menyelesaikan masaalah mu atau Tok kenali yang dapat memberikan kamu amalan penyucian hati tapi aku adalah warisan al Banna yang berpegang dengan manhaj perjuangannya.

Penyucian jiwa yang kufaham adalah kerja dakwah ini! Kerana  ianya memiliki package  sunnah kesufian. Namun ianya hanya boleh dimiliki jika kamu punya jiwa yang hanif dan bersedia untuk berubah dan bangkit dengan penuh percaya diri. Itulah ibu dari segala antibiotik bagi kelemahan jiwa dan kefuturan. Malah jalan jalan tarbiyah yang telah kita hadam  teorinya haruslah menjadi praktis untuk diaplikasikan dalam kehidupan mu!

” Mu’allajah Al- Uyub” Rawatlah aib aib mu untuk membangunkan kembali iman mu. Itu adalah antara 10 jalan jalan tarbiyah yang harus kita jadikan panduan bila berlaku kelemahan!

Ukhi wa ukhti ….

Iman adalah sebuah harga diri. Lemah nya iman bermakna rendahlah harga diri kita.

Imam Syafie pernah berkata bahawa, ‘ kelemahan itu adalah kekufuran”

Justeru itu kamu jangan biarkan kelemahan itu terus menguasai kamu. Jangan biar ianya menghanyutkan kamu disamudera nafsu yang tiada berpantai.

Kamu sendiri tahu tahap lemah mu. Tahap kefuturanmu. Maka kamulah yang patut merawatnya meskipun kamu perlukan 1000 tahun untuk bermujahadah mengubatinya. Ianya tetap menjadi ibadah. Kerana rawatan itu memerlukan masa. Sekurang kurangnya kamu dapat memantapkan pergantungan mu dengan Allah.

Jangan gopoh melalui proses tarbiyah ini kerana tarbiyah adalah madal hayah yang tidak punya jangkamasa. Apa yang penting  ialah kamu harus menemukan sentuhan semangat. Jika tidak, tidak akan ada  sesiapa yang boleh membantu. Jamaah dan usrah hanyalah wasilah untuk bekerja dan bukan engin yang boleh merubah manusia. Kasihani dan santunilah diri kita dengan banyak banyak mengingati akhirat.

Pesan ku, istiqamahlah didalam tarbiyah kerana tanpa tarbiyah kamu seolah olah menembak imanmu sendiri. Jangan remehkan amal amal kecil mu kemungkinan ianya menjadi barakah untuk menguatkanmu. Tidak semesti nasi sepinggan yang kamu santap itu menjadi barakah dari makanan itu tapi barakahnya mungkin pada sebiji nasi yang terakhir itu.

Hayatilah tarbiyah dan hadirilah semua program yang telah diamanahkan. Jangan berpilih pilih menghadiri program seperti kamu memilih penyanyi yang kamu suka kerana kesemua program kita adalah program tarbiyah sekalipun program itu program yang bersantai santai!

Cukupkan hamasah yang ku beri ini? Atau kamu ingin si muharrikdaie yang kehilangan cinta ini bicara lagi?

Cukuplah rasanya sampai disini. Semuga apa yang kutulis ini menjadi tarbiyah ku juga yang dapat aku praktiskan dalam hidup ini.

Doakan aku. Doakan aku. Doakan aku. Kerana sesekali perasaan aku nun jauh ……mengenang sebuah kenangan!

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

10 responses to “jelmaan bidadari syurga

  1. NIC June 16, 2011 at 1:36 am

    assalam…ana merasai apa yang dirasai oleh akh…kita kehilangan kedua2 orang tersayang itu…hidup kita untuk Allah…jadi kita kena terima apa ujian yang diberi olehNya wpun ia berat atau tidak menyenangi kita…semoga kuat..

    • muharrikdaie June 20, 2011 at 11:10 am

      NIC- memang kita akan terus kehilangan. Oleh itu sentiasa pahatkan kesabaran didalam hati. terima kasih kerana berkunjung dan terus doakan saya supaya sentiasa tsabat dijalan ini dan mati didalam iman dan saya amat mendambakan doa kamu semua. Insyaalah.

  2. NIC June 16, 2011 at 1:32 am

    assalamualaikum…ana sedih bca entri ni…mgkn sbb ana merasai apa yg dirasai olh akh…kita kehilangan kedua2 insan yang tidak akan kita jumpai di dunia ini..melainkan di syurga..insyaallah..teruskan menulis..semoga Allah memberi kekuatan yang maha hebat kepda penulis juga.

  3. mylittlepencil May 3, 2011 at 3:28 pm

    Assalamualaikum.

    Entri yang ana agak ambil masa untuk hadam. Banyak kali buka, banyak kali baca. Awal-awal tak faham, dan akhirnya kefahaman itu datang jua.

    Metafora yang ana kira agak tinggi untuk menggelarkan dakwah itu sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Mungkin kerana ana sendiri yang tidak sampai lagi ke tahap untuk merasa seperti itu. Akan ana cuba menambah lagi hamasah diri ini, inshaAllah !

    Manusia akan terus belajar dan belajar untuk lebih mengerti bagaimana jalan dakwah dan tarbiyyah. Ada manusia yang mengambil masa singkat, dan ada yang lama untuk memahami keutamaan dakwah berbanding keutamaan diri sendiri.

    Bernikah dengan dakwah, lalu menjadikan diri atau hidup sebagai mahar. Ana harap juga ana seperti itu nanti. Ana teringatkan perkataan sekufu yang anta pernah terangkan dalam komen di entri ana dulu. Kemudian ana cuba mengaitkan sekufu itu dengan dakwah ini. Mungkin ana tidak mampu untuk menikah lagi dengan dakwah ini kerana ana tidak merasa ‘sesuai’nya ana dengan dakwah ini.

    Bila ana kembali muhasabah, rupa-rupanya diri sendiri yang menghalang untuk kesekufuan itu untuk berlaku. Halangan yang datang dari diri sendiri, dan terkadang cuba untuk menghapuskan hamasah yang ana cuba bina. Betullah cara yang anta berikan. Mua’llajah al-uyub. Kalau boleh, kongsikan kesemuanya untuk lebih jiwa para dua’t.

    Betapa susah untuk kita menghargai dakwah dan tarbiyyah ini. Kerana ianya kita rasakan tersedia di hadapan mata kita. Walhal, rasa cintakan dakwah dan tarbiyyah itu datang dari cinta yang berputik kepada-Nya. Kadang-kadang, kita (ana la terutamanya) rasa selesa dalam dakwah dan tarbiyyah walhal, kita sendiri belum pernah diuji !

    Dan jujurnya, entri ini kembali memuhasabahkan diri ana tentang apa yang menimpa diri ana sebelum ini. Alkisahnya, saat ana ditimpa kemalangan, ana sangat bersyukur kerana ana masih diberi nyawa. Sewaktu di hospital, ana sangat-sangat terasa bahawa Allah ingin memberi peluang kepada ana untuk berkhidmat dalam jalan ini. Sejurus sahaja selepas kemalangan, ana masih teringat, ana terlantar di atas rumput, muka yang masih penuh dengan darah, sewaktu itulah ana terasa, bahawa Allah masih mahu melihat ana berjuang di jalan ini.

    Selepas kemalangan, kecederaan fizikal yang ana alami agak cuba membakar hamasah yang ana ada. Maklumlah bila ada bahagian fizikal yang cedera akan lebih membataskan pergerakan. Program tak boleh pergi, usrah pula tidak berjalan. Dan sewaktu itulah, baru ana terasa betapa ana cintakan jalan
    ini ! (sila doakan ana cepat pulih, kerana sehingga sekarang ana masih belum pulih)

    Ana bukan sengaja mahu menceritakan kisah ini. Cuma untuk tauladan pembaca. Moga ada yang tersentuh dan kembali muhasabah cinta pada dakwah ini !

    Di sini, ingin ana menyeru (walaupun saya kira sudah cukup seruan tuan punya blog) kepada semua dua’t,

    Bila kita kata kita berada dalam jalan dakwah ini, niatkanlah untuk menyedeqahkan segalanya untuk jalan ini. Hidup, harta, meskipun nyawa !

    Dan kemanisan tarbiyyah itu tidak akan terasa selagi kita tidak menghayati tarbiyyah yang diberi. Ana yang juga menulis, hanya mampu menulis, tidak mampu untuk menggerakkan pembaca, mungkin hanya meningkatkan semangat, tetapi selagi pembaca sekalian yang tidak mahu menghayatinya, sampai bila penghayatan itu tidak akan datang, apatah lagi untuk mengaplikasikannya !

    Yang terakhir,
    Singkaplah kenangan selagi ada, kenanglah ia selagi ada, kelak pabila ianya hilang, ibarat jiwa sudah tidak punya apa.

    Namun, janganlah terlalu melewati kenangan yang dikenang kerana takut dilekakan dan menjadi seorang yang terlalu-lalu berpegang kepada kenangan. Hidup ini perlu diteruskan langkah ke hadapan bukan ?

    Simpanlah kenangan selagi jiwa masih luas, pemikiran masih lagi lapang untuk menyimpannya. Pelajarilah sesuatu dari kenangan yang dikenang, kerana kenangan itu tidak datang begitu sahaja.

    Lihatlah sang awan, yang juga menyimpan beribu kenangan menyaksikan manusia, namun mereka terus berarak….

    Sekian,
    mylittlepencil
    ~pensil yang akan cuba untuk menggoncangkan dunia dengan tulisannya~

    p/s : komen panjang lagi.

    • kuek May 6, 2011 at 1:07 pm

      =) hanya mampu tersenyum…teringat baca dekat i luv islam kat cerpen wardatul shauqah….

      dia tulis…walau xsampai penghujungnya…kamu masih menempuh jalan2nya… masa tuh la kamu belajar.. nih ayat2nya

      Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.

      http://komuniti.iluvislam.com/topic/25146-cerpan-mujahadah-seorang-mujahidah/page__st__30

  4. kak nor May 1, 2011 at 12:23 pm

    Assalamu’alaikum wbth.,
    Yakinlah.. Suatu saat kita akan sngt B’SYUKUR… atas segala CABARAN HIDUP yg kita jalani… melalui segala UJIAN dan CUBAAN HIDUP yg kita Hadapi…Krn semua itu adalah Sebhgn dr Rangkaian KEMULIAAN… yg sedang dipersiapkan ALLAH buat kita. JGN PUTUS ASA dan JGN LEMAH HATI.. ALLAH selalu B’SAMA org yg SABAR & BERSERAH DIRI…ingatan buat diriku jua.

    • muharrikdaie May 11, 2011 at 5:43 am

      tkasih kak nor diatas semangat itu
      Dr Mujahidah – saya bukan saja nak nikah dgn dakwah tapi dgn orang yg bawak dakwah juga agar dakwah itu menjadi kuat didalam kehidupan kita insyaalah!
      s-mt – itulah cinta abadi yg takkan hilang!

  5. dr.mujahidah May 1, 2011 at 2:11 am

    nikahlah dengan dakwah

  6. kuek April 30, 2011 at 12:05 am

    salam, tahu tak masud ya nadhir ya hadha @ dhaka

    tidak lah allah menjadikan itu sia2

  7. s-mt April 29, 2011 at 9:55 pm

    ha. ada pun post baru. mabruk akh!

    betullah,. para duat akan selalu kehilangan cinta, dpt balik, dan hilang lagi, dpt, hilang……dpt..
    sampailah kita betul2 mendapatinya; syurga dan Allah. juga bidadari.

    slm takzim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: