cinta yang tak sempurna


Salam buat semua.

Maaf,  kerana amat jarang menulis mutakhir ini. Mungkin agaknya ini petanda bahawa aku  akan terus menghilang!

Walau apa pun aku amat gembira melihat bercambah cambahnya blog dakwah yang tumbuh untuk mengantikan orang seperti aku ini yang rasa dah penat menulis dan mungklin dah tak relevan lagi berkongsi atau dah tak dapat menulis dengan baik lagi!

Malah ku lihat penulisan penulisan yang dicoretkan oleh adik adik  baru diblog blog begitu baik sekali untuk kita hayati intipatinya. Bila aku tatapi fikrah fikrah yg disebarkan oleh mereka yang masih muda ini melalui penulisan ini, alhamdulillah. Semuanya positif menunju masadepan yang cerah buat Islam. Petanda akan terbitnya cahaya diufuk sana ….

Semuga cinta kita semua terus membunga  dan  kembang dengan haruman ubudiyah yang akan dihidu oleh setiap insan yang melintasi jalan ini.

Apa apa pun inilah sebahagian warisan suci yang ditinggalkan oleh murabbi terdahulu buat kita menjamahnya. Warisan berupa manhaj yang sohih untuk kita terus berpegang dan mendakwahinya dengan sedaya mungkin hingga akhir hayat kita.

Cumanya terkadang ramai ku lihat ada diantara kita yang cintakan islam dan yang terlibat didalam gerakan islam ini tidak dapat bertahan hingga ujung usia  mereka . Kalau pun mereka dapat bertahan tapi perjuangan mereka semakin melemah mengikut umur mereka. Mereka tidak bersemangat lagi seperti diwaktu mereka di IPT dulu atau waktu mereka belajar dulu atau sebelum berkawin dulu!

Ini terbukti disekeliling kita!

Kawan kawan yang telah masuk ke fasa kedua kehidupan yakni kealam perkahwinan seolah olah telah masuk ‘ kekandang syahwat’ !

Kelihatannya mereka tidak sesemangat dulu lagi. Wajah wajah mereka tiada kemerahan dan hilang keserian dan  kian pudar seolah olah terkena renjatan elektrik. Mereka seolah olah seperti seekor keldai yang jatuh kedalam lumpur ( pinjam kata2 puisi ketika cinta bertasbih) Sukar untuk membangunkan semangat untuk dicontohi dan dijadikan qudwah oleh kita lagi.

Kenapa ya?

Apakah ini penyakit duat melayu yang tidak boleh diubah? Atau cinta mereka kepada Allah, kepada syurga dan kepada dakwah ini tidak sempurna? Atau mereka telah kehilangan ruhul istijabah terhadap hakikat kehidupan abadi diakhirat? Lalu kehidupan dunia dan segala mehnah dunia menjadi besar dimata mereka?

Dulu sahabat ku dulu pernah ku berpesan,

” Akhi, ana harap walimah anta ini dapat menjadikan anta seperti Sang ” Ghasil Al Malaikat’  Hanzalah.  Cepat merespon panggilan jihad tanpa sempat mandi hadas! Tapi kalau murabbi anta panggil, anta mandilah dulu! Janganlah pulak anta tak mandi.” Gurauku dalam keseriusan waktu menghadiri walimahnya tahun lepas. ” Tapi kalau tak dapat jadi hanzalah pun, dapat menjiwai hanzalah pun kira oklah!” Sambungku.

” Maksud anta menjiwai camaner?” Tanyanya pada aku sambil ketawa yang memanjang.

” Maksud ana, supaya lepas ni janganlah anta tak respon pulak terhadap call dan sms ana untuk hadir program2 jamaah dan mesyuarat mesyuarat kita.” Jawab aku. ” Banyak contoh akhi, sahabat kita sebelum ni, hancur jadi debu. Ada yang terus ghuyub!” Aku menambah.

Sambil memeluk aku dia berkata sampai tiga kali, ” Insyaalah, insyalah, insyaalah akhi, ana ingat tu dan anta jangan pulak lupa doakan ana.” pintanya.

Itulah antara dialog dialogku dengan ‘ sang hanzalah melayu’ hingga terkadang membuatkan aku amat sedih.

Memang terkadang tarbiyah ini jika tidak kita sertai dengan ‘ ruhul masuliyah’ , maka natijahnya akan berperanglah kita dengan ijtihad kita sendiri hingga kita terhijab dari melaksanakan tanggungjawab kita!

Akhil kareem,

pesanku pada diri ku dan pada kamu semua …janganlah disebabkan beban kehidupan dunia yang kita hadapi ini walau dalam apa bentuk sekalipun menjadikan kita hilang kepekaan dalame memenuhi seruan dakwah dan jihad kita.

Sempurnakanlah cinta kita pada Allah sesempurnanya.

Aku tak nafikan perjalanan dakwah yang panjang ini membuatkan kita sulit dan tertekan dengan pelbagai permasaalahan yang bertubi tubi datang bagai panah panah di medan uhud namun inilah ‘muamalat’ kita dengan Allah. Inilah harga diri kita.

janganlah kita ” tafannun fil udzur’ mencari cari alasan dan keuzuran untuk menghindar dari keperluan berdakwah dan berjihad! Ingatkah kita lagi ayat ayat yang kita hafal dan ulang ulangi  attaubah 41-47 yang jika kita mengutamakan isteri2 kita atau suami kita ……..yang akhirnya Allah akan mendatangkan keputusannya kepada kita!

Marilah kita cari ‘al-manzilah al-ulya’ kedudukan tinggi disisi Allah selagi kita mampu bergerak ini agar kita dapat terus terbang menuju keredhaanNya!

KeredhaanNya itulah tanda sempurnanya cinta kita!

Itulah hakikat yang harus kita terima kerana cinta didunia ini segalanya tidak sempurna. Biarpun kita kata kita beri sepenuhnya. Biarpun kita korbankan segala galanya, ianya tidak akan sempurna dan ada cacat celanya malah kalau kembang kempisnya dada kita ingin membuktikan cinta itu pasti kita akan lemas didalam kekecewaan!

Akhil kareem,

Jika kamu renungi kehidupan kamu terdahulu, berapa banyak cinta dalam hati kamu yang kamu keluarkan buat manusia, buat harta dan apa jua berbentuk dunia namun akhirnya segala galanya tidak menjadi pahala dan tidak bererti ….

Semestinya kita dizaman remaja mahu pun sekarang ini tidak dapat lari dari menyintai seseorang  ….

Dan mungkin kita pun telah berkahwin dengan orang yang kita cintai ….

Tapi apakah cinta itu telah dapat memuaskan kehidupan kita sebagai seorang da’i? Atau sebagai seorang muslim mukmin? Tentu tidak kan? Kita rasa ketidakcukupan. Atau mungkin suami atau isteri itu tidak dapat memberi apa yang kita hajatkan didalam jiwa kita! itulah realitinya!  Ia tetap gerhana. ia tetap tidak sempurna …

Memang cinta itu banyak mengajarkan kita tentang keagungan Allah. tentang sempurnanya cinta Allah. Kerana ianya memberikan kepuasan meskipun segala mehnah yang kita temui didalam perjalanan mencintaiNya ketimbang mencintai manusia ….

Sebab itu aku selalu menasihatkan adik adik akhawat yang  baru aku bimbing supaya ….

berhati hatilah supaya jangan mudah untuk jatuh cinta kepada manusia atau dengan dunia kerana bercinta dengan manusia dan dunia ini ibarat kita bercinta dengan kangaroo ………kerana kita tidak tahu bila dia akan menendang kita!

Manusia akan menendang kita tanpa perasaan bila dia tidak perlukan kita lagi hingga kita derita keseorangan ….

….dan dunia juga akan menendang kita kedalam neraka tanpa perasaan bila tamat tempuh edah kita bersamanya.

Memang ….cinta selain Allah itu tidak sempurna kecuali cinta kita kepada dakwah dan tribulasinya ini!

Salam hormat.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

13 responses to “cinta yang tak sempurna

  1. ruhul_istiqamah April 26, 2011 at 4:46 am

    bagaimana menyiram kembali semangt dkwah yg makin layu?

    • muharrikdaie April 27, 2011 at 2:16 pm

      Ruhul istiqamah – untuk menyiram kemabali semangat dakwah itu awak kena lalui jalan tarbiyah. diantara 10 jalan tarbiyah itu ialah ‘ mualajah al uyub ‘ Merawat keaiban yang ada dalam diri awak insyaalh awak akan bertemu solusinya!

    • mylittlepencil April 29, 2011 at 12:02 pm

      Assalamualaikum ana ucapkan ruhul_istiqamah. ana berasa sangat tergerak hati untuk membalas pertanyaan yang diajukan meskipun bukan ana tuan punya blog (rasa macam dah jadi penyewa ruang komen di blog ini- komen panjang).

      Sesungguhnya ana juga pernah dilanda rasa yang sama. Rasa macam slow, rasa macam malas dah nak buat dakwah ni. Bukan kite je, ramai lagi orang yang lagi super duper haibat dari kite, berlambak-lambak yang join tarbiyyah dan dakwah ni. (patut ke ada rase macam ni ? )

      Rasa penat, rasa layu itu adalah perasaan yang datang dari hati kita. Mungkin kerana kita sendiri yang tidak memahami apa tugas kita yang sebenarnya, tidak memahami mengapa kita ditakdirkan untuk hidup di dunia ini. Jika kita faham, dan kita teliti dengan sebenar-benarnya tugas kita untuk membawa tugas dakwah ini, nescaya kita merasakan tugas kita tersangatlah banyak melebihi batas masa yang kita ada. Al-wajibat akthar minal auqat (lebih kurg mcm ni lah-kata2 Hassan Al-Banna). Pernah ana sekali ana memikirkan sehingga sewaktu tidur pun ana terasa ingin bawa dakwah kerana banyaknya bilangan manusia yang perlu kita selamatkan.

      Bila terasa layu, rasa tidak bertenaga untuk membawa dakwah, bagi ana cukup sekadar menggambarkan keinginan kita untuk menjadi ahli syurga-Nya, duduk sebelah menyebelah dengan para sahabat di Firdaus kelak (wah, tingginya angan-angan). Memang inilah anganan kita sebagai seorang hamba, dan wujudkan lah usaha untuk mencapai anganan kerana anganan tidak akan tercapai tanpa sebarang usaha. Dan usahanya untuk kita adalah dengan menjadi khalifah di muka bumi ini menegakkan kalimah-Nya.

      Ana akui, ana baru setahun jagung dalam dunia tarbiyyah dan dakwah ini, ana tidak pernah lagi dilanda dugaan haibat yang pernah dirasai oleh daie-daie agung. Namun, apa yang ana mengerti adalah sesungguhnya semakin lama kita di dalam dunia tarbiyyah dan dakwah ini, dugaannya semakin berat, kerana Allah ingin melihat sekuat mana kita ingin bertahan dalam jalan ini, semampu mana kita sanggup berkorban segala-galanya untuk jalan ini. Ana ada kenalan yang layu dalam jalan dakwah ini, dan akhirnya ukhti ana tersebut meninggalkan jalan ini. Dan ana ingin sekali meminta ruhul_istiqamah agar tidak mengheret rasa layu itu sehingga menguasai semangat dakwah yang ada dalam diri. Kerana jika semangat itu hilang, akan hilang lah sebutir permata dalam jalan dakwah ini dan paling ditakuti bila ada semangat ‘lain’ pula yang menguasai diri.

      Inilah jalan dakwah. Penuh suka dan duka. Ini memang resamnya. Kalau tidak pernah dilanda dugaan, kita bukanlah di jalan dakwah namanya.

      Meskipun kita merangkak macam kura-kura dalam jalan dakwah ini, layu macam bunga yang tidak disiram, namun kita tahu dan yakin inilah jawapan kepada tanggungjawab kita untuk hidup di dunia ini.

      Bila kita cakap kita hidup kerana Allah dan dakwah, maka tidak akan ada tidak dalam kamus hidup kita.

      sekian, mylittlepencil
      ~daie yang tidaklah segagah mana, tapi akan cuba untuk bertahan demi mencapai citanya~

  2. azrina abu bakar April 25, 2011 at 8:00 am

    nukilan yg sntiasa mndekatkn diri ini dgn Pencipta…
    Subhanallah.

    • muharrikdaie April 27, 2011 at 2:14 pm

      Azrin doakan saya agar selalu diberi ilham oleh Allah untuk mengerakkan jiwa kita semua mencari redhaNya. Semuga awak senantiasa berada dibawah naugan hidayanNya. Salam ukuhuwah dan tkasih keran sudi ziarah blog yang kerdil ini!🙂

  3. mylittlepencil April 22, 2011 at 2:02 pm

    Assalamualaikum.
    Artikel yang pada mulanya, tidak berkesan pada jiwa saya (maaf, terjujur), tetapi pada akhirnya berjaya membuatkan saya berfikir.

    Berfikir kerana tidak banyak pengalaman lagi dalan jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Dan berfikir kerana dakwah dan tarbiyyah ini telah kita jadikan sebagai kelaziman kehidupan kita. Dan semakin berfikir, kerana takut satu hari nanti akan meninggalkan jalan dakwah ini demi memenuhi kehendak dan tuntutan diri sendiri. Minta dijauhkan….

    Betul apa yang ditulis di atas, memang ada yang tidak sesemangat berdakwah seperti di IPT dahulu. Malah ada yang meninggalkan gerabak ini setelah mendapat segulung ijazah.

    Segalanya terletak kepada diri kita sendiri sebenarnya. Sejauh mana kita meletakkan diri kita untuk hanyut dalam cinta. Pilih sama ada cintakan Dia atau cintakan segalanya selain Dia. Pilih untuk mengorbankan dan menjadi terkorban dalam jalan yang mana satu.

    Cinta memerlukan pengorbanan sebab dunia orang bercinta ini luas. Apa yang dikejar oleh orang yang bercinta adalah luas. Seluas ianya bercinta, seluas itulah impiannya.

    Cinta kepada Allah memerlukan pengorbanan. Cinta kepada manusia juga memerlukan pengorbanan bukan ?

    Kalau tidak merasa sakit ketika bercinta, jangan panggil kita sedang bercinta !

    Dan cinta ini tidak akan puas selagi kita tidak merasa puas bercinta. Dan kepuasan yang mutlak dan hakiki, hanyalah bercinta dgn Allah semata !

    Ana setuju dgn kata-kata sahabathijau- dunia teori tidak seindah praktikal, dunia penulisan tidak sama dengan dunia realiti kita. Mungkin kita mampu mencoretkan pengalaman orang lain untuk dijadikan teladan buat yang lain, namun itulah hakikat dunia. Tidak selamanya indah, apatah lagi bagi kita sebagai seorang daie.

    Setiap orang, Allah duga mengikut taraf iman, tahap mujahadahnya. Jika ada sahabat kita gugur dalam ujiannya, menjadi tugas kita untuk kembali menaikkan semangatnya. Dan ambil pengajaran dari apa yang berlaku, dan kembali muhasabah diri ! (tidaklah penting untuk kita lalui dahulu fasa tersebut). Dan bersyukurlah Allah memberikan pengajaran kepada kita melalui sahabat-sahabat kita. Pengalaman yang akan mematangkan dalam perjalanan ini, inshaAllah !

    (macam ana jugak, kena banyak belajar dari daie yg super2 haibat)

    Dan teruskanlah menulis untuk dakwah ini kerana tulisan anta mampu meninggalkan kesan kepada daei-daie yang lain. Meskipun jarang, pasti ada yang membacanya untuk mencari sumber taujihat hati, inshaAllah !

    hayati lirik ni, lagu ama zilna (benammi)

    Approaching God with our hearts
    No fear nor grief for whom He guides
    His rope is strong and will never waver
    His provision is there for all who are in need

    In every place, at every time
    Above you is The Glorious Caretaking Lord
    In every place, at every time
    You have a Lord who loves you and will never forget you

    Do we know our Lord?
    Do we see our Lord’s blessings?
    Do we know our Lord?
    Do we thank Him… or have we forgotten..
    that His servants… we are

    In His Dominion we exist for as long as He wills
    And we call upon His bounty through prayer
    And seek His favors through hope
    For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

    In every place, at every time
    Above you is a Gloriouscare Taking Lord
    In every place, at every time
    You have a Lord who loves and will never forget you

    Do we know our Lord? Do we see our Lord’s blessings?
    Do we know our Lord? Do we thank Him… or have we forgotten..
    that His servants… we are

    My heart is Allah’s, My soul is Allah’s, My wealth is Allah’s

    p/s : maaf, sekali lagi komen terlampau panjang disebabkan artikel yang terlalu membuatkan ana berfikir. syukran atas perkongsian di atas.

    • muharrikdaie April 22, 2011 at 2:14 pm

      Si pensil kecil – Jujur ana katakan, ana suka cara anti komen. Komen membina. Komen yang dapat dikongsikan oleh semua pembaca yang cintakan dakwah diblog ini. Komen yang boleh membuat kita berfikir dan mencari solusi kearah kemantapan iman dan jalan yang sama sama kita lalui ini. Sebenarnya ana amat ternanti nanti komen yang begini meski pun panjang tapi penuh motivasi dan semangat! Marilah kita semua duat dijalan ini membina kebersamaan dan perkongsian pengalaman serta nasihat menasihati agar kita semua dapat membina langkah langkah pembaikan untuk menuju kekuatan. Terima kasih juga diatas lirik lagu dibawah insyaalah! jazakallah.

  4. muharrikdaie April 22, 2011 at 1:04 am

    Lada – Insyaalah saya akan terus menulis dan tidak akan berhenti. Mungkin menulis dimedium laih. Novel dan buku saya masih tersekat lagi kerana kesuntukan masa. Doakan ukhti! Insyaalah🙂

    Alif Firdaus – Jika kamu merasa sakitnya cinta itu. Ingatlah! Itulah kebenaran cinta dari hatimu. Terus bersabar menghadapinya kerana kita akan terus terluka jika mengharapkan cinta membahgiakan kita tetapi kita akan merasa bahgia kalau kita terus mencintai …itulah pekerjaan cinta! Ianya bukan untuk diterima tapi untuk diberi!🙂

    Muslimah – Benar! Keredhaannya itulah kesempurnaan cinta kita yg diberi!

    Sahabat hijau – Terima kasih atas ingatan yang diberi. Insyaalah.

  5. sahabathijau April 20, 2011 at 12:50 pm

    syukran atas taujihat yang baik.
    tapi,
    tidak perlu menghukum
    lalui terlebih dahulu
    kerana fasa teori pasti sangat berbeza dengan praktikal

    pesanan buat diri
    wallhualam.

  6. muslimah April 20, 2011 at 11:04 am

    Marilah kita cari ‘al-manzilah al-ulya’ kedudukan tinggi disisi Allah selagi kita mampu bergerak ini agar kita dapat terus terbang menuju keredhaanNya!

    KeredhaanNya itulah tanda sempurnanya cinta kita! makna yang dalam…

  7. alif firdaus April 20, 2011 at 10:56 am

    sedang rasakan kesakitannya dalam cinta ini !

  8. lada April 20, 2011 at 10:33 am

    teruslah menulis…biar jarang pun
    jangan prnah berhenti!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: