biarkan jiwa kita menceritakannya


Salam buat kamu semua sebagai tentera Ar Rahman yang menjadikan dakwah jantung hati kamu!

Indahnya salam itu jika dapat kita sambungkan diantara kita disyurga sana dalam lemak mendayu. Itu pun jika kita dapat menjadi ‘mukmin haqqan’ yang tidak terlelap dalam malam dunia!

Apakah kita orang nya yang senantiasa siap dan bergegas gegas menuju syurgaNya atau kita hanya seorang perindu tarbiyah, yang menerima tarbiyah dalam kelongaran hati dan ketat dada untuk melaksanakannya?

Cermin cerminkanlah diri kita, muga muga cerminan itu dapat mengubahkan gaya hidup kita  dari seorang yang pemalas dan bertangguh supaya menjadi mukmin yang punya peribadi yang bersungguh serta mempunyai jiwa besar untuk berjual beli dengan Allah sehingga muamalat itu diterimaNya!

Aku diciptakan memiliki jiwa yang besar, lantas aku tidak akan merasa puas dengan apa yang telah ku raih kini kecuali aku akan bercita cita lagi kepada yang lebih tinggi lagi hingga aku sekarang berada ditingkat tertinggi didunia dan jiwa ini tidak akan pernah berhenti untuk bercita cita kerana tika ini jiwaku bercita cita untuk syurga yang tak pernah ku lihat!

Begitulah Umar Abdul Aziz memotivasi dirinya. Hanya dengan sebuah cita, mampu dia menghalau dunia dari mendekatinya!

Akhi wa ukhti muslim,

Kalau kamu perhatikan kebanyakan tulisan tulisan aku, pasti kamu sering tertanya kenapa aku sering mengajak dan terus mengajak kamu bergerak dan tidak berdiam diri dan berpuas hati apa yang telah kamu miliki?

Ini kerana aku lihat kebanyakan dari kita sering berputus asa dan kehilangan jiwa dipertengahan jalan dakwah ini bila ujian nafsu meracuni kita!

Aku pasti, bukan kita semua tidak mengerti, atau tidak punya ilmu untuk memahaminya tapi  disebabkan kita tidak punya semangat, lantas kita luntur untuk terus istiqamah apalagi untuk bergerak dan memacu dakwah ini selajunya! Kita cepat sangat berpuas hati apa yang ada! Sehingga kita merasa cukup apa yang diterima serta  tidak dapat  bersabar bila berhadapan lingkaran lingkaran ujian yang bagi aku ujian itu tetap berlaku dan akan terus bertali arus datang menerjah kita tanpa dapat kita menahannya kerana fitrahnya syurga itu dikelilingi oleh hawa nafsu dan begitu jugaklah dakwah akan dikelilingi ujian hingga hari qiyamah.

Memang berdakwah itu mudah. Tapi proses untuk menjadi pendakwah itulah yang sukar.

Sebab itu seawalnya kamu disaffkan didalam jamaah dan  pada pertama kalinya ditarbiyah didalam halaqah, kamu seharus nya telah menanamkan dalam jiwa kamu untuk merubah sikap! Bukan untuk mberubah berdikit dikit tapi  perubahan secara total dari jahiliyah untuk memastikan baju jahiliyah terus ditanggalakan dan memasukan iman beransur ansur dan membinanya supaya kamu tidak mengulangi lagi sifat sifat jahiliyah yang akan mengeraskan hati yang akan menghalang kemasukan cahaya pentarbiyahan selama kamu berada dalam prosesnya.

Justeru itulah jikalau kita perhatikan dikalangan kita atau mad’u kita, ada yang cepat dan ada yang lama  dalam peningkatan mereka . Dan juga ada yang sehingga kini tidak dapat dilahirkan menjadi murabbi atau para amilin dek kerana sikap permulaan itu! Apalagi untuk dicampakkan ditengah medan jahiliyah untuk menyampai risalah ini!

Sebab itu seorang da’i harus berusaha untuk melawan kebatilan didalam diri nya terutama sekali dalam mendahului hak Allah dari hak peribadinya! Dan juga sikap negatifnya berupa kemalasan, lemah semangat, gopoh dan tidak konsisten serta berpada dalam beramal hingga mengaburkan basirahnya dalam melihat akhirat!

Aku sering ditanyai oleh beberapa orang adik adik sewaktu mereka dibawah bimbingan ku, ” Bang, apakah resepi istiqamah dan macamana yer, abang boleh terima apa saja jamaah arahkan abang buat. Sampai jamaah suruh abang buat business dan berhenti kerja pun abang patuh. Sedangkan business ni pun bukan abang minat dan abang pun bukan ada pengalaman! Tak ke abang menyesal ke?”

” Beginilah dik, prinsip abang satu sahaja. Hidup ini adalah bai’at (perjanjian). So … Apa yang Allah suruh, buatlah sedayanya. Kalau Allah beri kita islam, terimalah secara kaffah (menyeluruh). Begitu jugalah intima’ kita dalam jamaah, haruslah secara kaffah juga kerana inilah yang menentukan kemenangan dan kejayaan islam. Islam ada rukun. Solat pun ada rukun dan jamaah dan usrah pun ada rukun. Jika rukun ini tidak kita ikuti, pastilah cacat ibadah kita. So selebihnya kita serah pada Allah. Insyaalah adalah bantuan dan keberkatannya.” Begitulah jawaban ku setiap kali ditanya.

Aku ingin memahamkan dan mengubah persepsi  mereka supaya mereka harus ada ketaatan dan  thiqah ( percaya) terhadap diri dan jamaah. Kerana inilah sumber kekuatan kita yang berjuang ini!

Kelemahan kita terkadang bukan disebabkan masaalah dalaman dan amalan fardhi kita tetapi adalah disebabkan kita mengenepikan rukun dan syarat intima’ kita. Ini yangmenyebabkan kita kehilangan keberkatan dan sumber kekuatan yang diperolehi dari bantuan Allah. Aljamaah tul barakah, aljamaah tul rahmah!

Ingat akhi …

seorang da’i yang bercita tinggi akan sentiasa gigih melawan kehendak dirinya dan mendahului Allah dan jamaahnya dalam apajuga keputusan hidupnya.

Da’i tidak sepatutnya berkompromi dengan nafsu yang sentiasa memandunya kearah ketidakyakinan. Dari sini barulah kita dapat melihat agama dan perjuangan ini dengan basirah yang terang hingga membolehkan kita haqqul  yakin  dengan manhaj dan kebenaran risalah ini! Jika tidak, kita tentunya berada dalam keraguan yang berpanjangan.

Jangan kita ragu apa yang telah kita pilih dalam hidup ini!

Jika kita telah pilih dakwah. Makan terimalah jalannya yang panjang ini.

Terimalah bebannya yang berat dan terimalah ujian ujiannya yang merentang.

Jika kamu tidak sanggup, tinggalkannya!

Jangan rosakkan dakwah dengan kelemahan dan ketidaksungguhan kamu kerana ini akan menjadi fitnah kepada jamaah islam.

Jadilah orang awam, kerana itu lebih baik buat kamu yang bebas tiada ikatan kerana dakwah hanyalah inginkan orang yang berjiwa pemimpin dan kuat seperti seorang patriot!

Kamu sendiri tahukan …bahawa orang lemah bukan disini medannya!

Jalan ini bukannya jalan yang kita warisi dari badut badut untuk bersendaloka tapi adalah jalan Nabi nabi!

Ini jalan Adam akhi. Hingga Adam kepayahan. Juga jalan Nuh, hingga Nuh meratapinya. Disambung hingga Ibrahim hingga dia dicampakan dalam api. Lalu Ismail mengikutinya hingga dia hampir disembelih. Tidak ketinggalan juga ini jalan Yusof hingga dia difitnah dan dijual dengan harga yang terhina. Lalu Ayub menyambung deritanya. Apa lagi Rasul kita yang amat kita cintai!

Apakah kamu ingin mengeluh dijalan yang kamu pilih ini?

Tidak malukah kita?

Sebab itu jangan diam. Jangan tinggal diam tanpa bergerak. Dakwah perlukan pergerakan kita yang agresif kuat dan senantiasa bersemangat.

Terkadang aku malu melihat dikalangan sahabat ku menjadi lelaki amat lemah . Lemah bergerak ketimbang isterinya. Isterinya hebat tapi suaminya? Tidakkah dia terasa malu hanya boleh menjadi suami kepada pendakwah tapi tidak boleh menjadi pemimpin kepada pendakwah!

Aku teringat cerita Muhamad Ahmad ArRasyid pada satu ketika memeriksa kasut mad’u dan adik binaannya. Dia mengatakan,

Sesekali aku memeriksa kasut adik adik binaanku. Bukan untuk melihat kebersihan kasut mereka tapi aku ingin melihat akan kekotoran dan rosaknya kasut mereka itu. Jika kotor dan rusak bermakna mereka berjaya dalam melaksanakan masuliyah mereka sebagai seorang da’i kerana kasut itulah bukti mereka berjalan jauh mengerjakan dakwah dan membuat kerja kerja jamaah. tapi kalau masih bersih dan tidak rosak bermakna kamu banyak beristirehat sedangkan isterihat itu adalah kemungkaran! ~ Shinaaul hayah

Seorang sahabat Muhamamad Ahmad Arrasyid bernama syabbah  seringkali menangis bila teringatkan peristiwa itu. Katanya …

Meskipun sudah 20 tahun berlalu peristiwa memeriksa kasut itu, hatiku merasa sedih setiap kali melihat sepatuku tidak berdebu. Aku teringat akan pemeriksaan itu.

Memang orang yang mencintai syurga dan segala kenikmatan yang dibayanginya lupa akan dunia yang empuk ini.

Serasa pada mereka dunia ini hanyalah berpijak pada najis yang melata kecuali untuk mengerjakan dakwah dijalanNya!

Benarlah sabda Rasul SAW…

Sesungguhnya rumah yang dekat dengan penghuni syurga adalah rumah orang yang ketika melihat kepada kebun kebunnya, isteri dan suaminya, kenikmatannya, pembantunya dan kebahagiaannya, ia berada sejauh jarak perjalanan seribu tahun.

Apakah dapat kita  meninggalkan dunia sejarak seribu tahun untuk mendekat dengan penghuni syurga atau pun kita  menjadikan dunia ini kekasih pelukan kita?

Biarlah jiwa kita menceritakannya kerana jiwa kitalah yang tahu akan kehendaknya.

Terkadang kita pelik kenapa kita yang memahami deen ini tidak dapat merasakan dzauknya  kerja dakwah ini itu hingga kita tidak mampu untuk membunuh sifat sifat malas dan bertangguh dalam kerja kerja jihad ini. Apakah yang hilangnya dari dalam jiwa kita ini?

Biarpun kita tahu yang memotivasikan kita untuk terus bekerja dan membawa risalah ini dan menjanjikan syurga kepada kita itu adalah Rasullulah yang maksum dan siddiq itu namun dalam keyakinan itu pun kita tidak pernah tergior sedikit pun untuk bersungguh sungguh mengejarnya!

Begitulah adanya diri kita ini.

Tidak malu dengan Allah!

Perhatikanlah akh, cerita Dr Wadud Syilbi ini dalam kitabnya Fi Mahkamat AlTarikh dimana satu waktu dia mengunjungi markas kamum Missionaries kritian di Kota Madrid dimana bila dia memasuki markas kaum kritian itu tertulis didepannya kata kata semangat …

Wahai Missionaris muda, kami tidak pernah menjanjikan kamu pekerjaan dan temapt tinggal serta fasiliti yang lain. Tapi kami peringatkan kepada kamu bahawa yang kamu dapat disini hanyalah kepayahan dan sakit. Yang kami berikan kamu disini adalah ilmu, makan, alas tidur yang kasar. Balasan mu ada pada Tuhan. Jika kamu mati kamu akan bahgia disamping Jesus!

Kata kata itulah yang membuat mereka bersemangat untuk mendakwahi aqidah yang menyesatkan itu dan sanggup memasuki pendalaman yang susah dan sukar hingga pada satu waktu diceritakan oleh seorang pemuda muslim ini bagaimana seorang pendakwah muda wanita kritian datang kerumahnya seawal pagi untuk berdakwah. Dia menceritakan ….

Sejak pagi pagi buta lagi, jurudakwah wanita ini sudah bertebaran menuju rumah rumah pendudukan kawasan aku untuk menawarkan akidah mereka. Pernah pada satu ketika dia mengetuk rumahku sekitar pukul 6 pagi. Mengetahui tujuannya, aku memeberitahu bahawa aku muslim namun sigadis tidak berputus asa dan meminta aku beberapa minit untuk menerangkan agamanya meski pun dia tahu aku tak menerimannya. Tapi dia terus menyampaikannya dihadapan pintu ku biar pun aku tidak mengendahkannya selama setengah jam dan memeujuk aku memasuki agamanya.

Akhi …bukan cerita ini yang ingin aku paparkan tapi dimana kita waktu pagi pagi begini?

Apa lagi jika diwaktu cuti dan libur. Apakah kita sedang bersantai atau tergolek tidur melayan mimpi yang tak pasti atau mengkhayalkan dunia yang tidak pernah habis. Sedangkan Nabi pernah memperingatkan Handzalah …. Kata nabi ” waktu! waktu! Menunjukan betapa pentingnya menghabiskan waktu untuk dakwah.

Inilah realiti nya kita akhi!

Adakala bila kita lihat kedalam diri, nyata kita amat jauh dengan syurga. Buktinya bila dilaungkan ‘hai yaallal falah’ terhadap dakwah ini, kita mengesot ngesot bergerak seolah ada ‘hantu raya’ yang bertenggek ditengkok kita.

Lihatlah diri kamu akhi, kalimat kalimat Rabbmu yang sering kita dendangkan didalam liqa’ tarbiyah kita tidak lansung menyentuh hatimu apalagi untuk merubah jiwamu menjadi manusia yang senantiasa berusaha dan terus berusaha mengapai maqam tertinggi sebagai da’i ini. Hatimu tidak lansung secara otomatik terasa dalam kehidupan sehari harimu. Kamu hanya sekadar menjadi jagoan perasaan tapi tidak kamu terjemahkan didalam amalmu.

Dsinilah petaka terbesar dalam sejarah hidup kita yang dikurniakan hidayah, islam jamaah dan kefahaman ini namun sikap kita masih seperti dulu tanpa semangat dan ruh tarbawi!

Adik adik ku ….sekadar ini mampu untuk ku tuliskan. Buat diri yang lemah ini. Teruskan tugas tugas mu. Barakan api semangatmu .

Jika kamu merindui aku, doakan aku. Jika merindui tulisan tulisanku, sentiasalah ke sini, ada waktu aku akan menemani mu, jika tiada ketahuilah bahawa aku di jalan jalan raya mengotorkan kasut ku, menerjah malam dengan mobil hitamku, bersama sahabat dan mad’u ku menyampaikan risalah Tuhan yang termampu oleh ku, disiangnya aku berkeringat mencari barakah didalam rezekiNya untuk menampung kehidupan ku dan jamaahku. Ketahuilah akhi … Inilah bahgiaku. Inilah damai hati ku. Kalau dulu ingin ku kongsikannya namun Allah mentakdirkan agar aku menjalaninya keseorangan mengejar cita cita abadiku.

Kamu adik2 ku …

Kamu adalah tunas yang semakin menumbuh

Jika kata kata ku adalah lilin yang boleh membakar semangatmu

bakarkanlah! kerana bait bait sufi ku adalah dari jendela hatiku

Tika ini kamu hanyalah setitis air

mungkin esok akan menjadi samudera yang berombak

jangan tenangkan semangatmu dengan dunia

kerana hidup ini harus terpenuhi dengan dedaunan syurga

untuk mengapai kemuliaan

teruskan perjalanan

hentikan kejumudan

Terus maju

penuh kegigihan …

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

14 responses to “biarkan jiwa kita menceritakannya

  1. ina June 1, 2011 at 9:59 am

    masih dalam usaha bertatih dan belajar
    alhamdulillah..
    perkongsian yang amat membangkitkan kesedaran diri yang sering bertangguh dan malas dalam melakukan kerja.
    syukran jazilan ya akhi.
    teruskan menulis
    moga tulisan-tulisan ini mampu meyerap kedalam jiwa dan menaikkan semagat juang yg tinggi
    insyaAllah
    amin~

  2. hati sebening mata air April 20, 2011 at 1:45 am

    Terkadang kita pelik kenapa kita yang memahami deen ini tidak dapat merasakan dzauknya kerja dakwah ini itu hingga kita tidak mampu untuk membunuh sifat sifat malas dan bertangguh dalam kerja kerja jihad ini. Apakah yang hilangnya dari dalam jiwa kita ini?

    salam akhi..ana masih tidak dapat jawapan dari persoalan di atas.sebab itulah yang ana alami sekarang

    • muharrikdaie April 22, 2011 at 12:56 am

      hati sebening air – Ingin merasa dzauknya perjuangan, kita perlu teruskan bekerja dan berjuang dan bermujahadah sesungguhnya dijalan dakwah ini. Sibukkan diri dalam m,eningkatkan amal amal fardhi dan serius dalam melakukan amal amal jama’ie dan ini akan menolak kita menjadi mukmin yg penuh optimis kerana jika kita berada dalam saff jamaah tapi sekadar duduk diam maka disitulah kefuturan mengisi ruang ruang kehidupan. Berdoalah sambil melakukan kerja kerja jihad ini agar dikurniakn Allah halawatul iman. Insyaalah:)

      • hati sebening mata air April 22, 2011 at 2:01 am

        memang, memang ana teruskan walaupun dzauknya tiada
        Tapi ana risau, dengan turunnya iman ana, maka penyampaian ana pada anak binaan juga turut terjejas. pastinya ia menzalimi anak binaan ana.

        • muharrikdaie April 22, 2011 at 1:17 pm

          Ukhti – sesungguhnya dibalik tarbiyah yang kita buat itu terdapat ruh yang mendorong dengan kuat. Ruh itulah yang boleh memacu perjalanan tarbiyah kita dan yang dapat mengesankan mutarabbi kita. Dan ruh itulah hakikat pentarbiyahan. Cumanya terserah pada anti bagaimana untuk mengendali ruh anti supaya ianya senantiasa hidup dan dapat menghidupkan jiwa orang lain. Please check 1. Dosa 2. Taubat 3. Amalan harian dan pengabaiannya serta pembacaan quran dan tadabburnya dan inilah diantara yang membuat kita lemah kerana makanan ruh adalah al quran dan zikrullah. Wallahuaklam.

  3. Qatrunnada April 17, 2011 at 12:41 am

    Jika ditanya mengapa pengorbana itu pahit, jawablah, kerna syurga itu manis…..🙂

  4. Qatrunnada April 17, 2011 at 12:38 am

    “Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik 2 jari.. Itupun belum pasti bisa berbunyi. Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan, namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah… Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan.. Kita kan khalifah, mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.. Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di jannah… Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba? Belajarlah untuk tabah wahai hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalan-Nya.. Salam Mujahid Ila Allah…”🙂

    • muharrikdaie April 22, 2011 at 12:50 am

      Qatrunanada – Jazakallah atas kata kata semangat ini. Semuga kita semua sentiasa terus bersemangat sehingga akhir hayat dalam menerobos jalan ujian ini.🙂
      Pengobarnan itu memang menyakitkan awalnya tapi akan menjadi peribadi kita kiranya keiklasan mengiringinya insyaalah!

  5. nuurhati April 13, 2011 at 11:07 pm

    ” Jangan kita ragu apa yang telah kita pilih dalam hidup ini!
    Jika kita telah pilih dakwah. Makanya terimalah jalannya yang panjang ini.
    Terimalah bebannya yang berat dan terimalah ujian ujiannya yang merentang.
    Jika kamu tidak sanggup, tinggalkannya! ”

    huhu! tertembak sungguh~ yerp dan akan berlakunya tapisan-demi tapisan tanpa kita sedari.. Dia yang akan membersihkan saf ini dengan caraNya..
    ikhlaskan niat dan yakinlah Allah akan bersama andai kita akrab denganNya !

    jalan ini bukan dibentangkan dengan karpet merah..malah duri-duri yang tajam.. kerehatan hanya disana! yakin itu! ayuh bergerak terus!

  6. muharrikdaie April 13, 2011 at 3:53 pm

    Buat semua pembaca yang menziarahi blog ini apa lagi yang membaca artikel2 saya yang berbentuk motivasi dan tarbiyah askariyah ini seperti artikel terbaru ini! Maaf jika tulisan2 saya secara langsung atau tak langsung dirasai seperti ” tersindir”. Tulisan saya sebenarnya adalah khusus untuk ketukan kepada jiwa saya yang lemah ini. Juga buat semua mutarabbi yang pernah saya bimbing. Memang inilah cara kami menerima tarbiyah dan mentarbiyah mengikut keadaan jiwa jiwa kami. Jika ianya bersesuaian dgn jiwa kamu semua, terimalah seadanya tapi jika tidak, jgan pula tersinggung kerana tidak ada niat dihati untuk merendahkan sesiapa atau untuk melunturkan semangat sesiapa lebih lebih lagi diluar jamaah kami. Hormat menghormatilah dan professional lah dalam kita bersocial dan berblog. Mohon maaf sekali lagi. terima kasih atas teguran dan komentar baik yang tersiar disini mahu pun yg mneghantar email secara peribadi. Sesungguhnya aku mengasihi kamu semua sahabat2 ku yang sering menegur ku! Insyaalah.

  7. mutiara April 13, 2011 at 5:16 am

    ALhamdulillah, terisi.
    moga2 hati tak mudah kalah dengan dunia.
    terima kasih.

  8. kuek April 13, 2011 at 12:08 am

    sedihnya…cita2.. tujuan hidup, manusia sentiasa lupa. walau dah catat masih lupa

  9. Roslina Sahidin April 12, 2011 at 8:07 pm

    Ya Allah..sangat2 terpukul.. Sungguh hanya omong kosong tentang perjuangan yg selalu dicanang-canangkan..sedangkan diri jauh dan tidak menghayati ertinya perjuangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: