kisah yang berulang


Hari ini aku telah diarahkan untuk memberi motivasi dan ceramah kepada sekumpulan bakal murabbi yang ‘dipaksa’ untuk menjadi murabbi kerana tenaga tenaga mereka amat diperlukan untuk mengisi ruang ruang dakwah yang semakin subur didalam jamaah ini.

Bila aku melihat muka muka mereka, memanglah mereka masih belum ‘cukup umur’ lagi untuk membimbing tapi  apa pilihan yang ada diwaktu terdesak ini, kecuali mengarahkan mereka untuk terus kedepan meski pun terbata bata!

Bagi aku sebenarnya untuk menjadi murabbi tidaklah sukar sangat, kerana apa yang penting kita telah melalui asas asas tarbiyah itu sendiri dan tahu untuk drive mad’u kepada apa yang telah disetkan oleh jamaah.

Namun disebabkan kita selalu dihantui oleh persepsi bahawa menjadi murabbi itu berat dan perlu ilmu yang tinggi serta banyak syarat dan tuntutannya maka ini membuatkan anak buah kita takut untuk mencubanya!

Bagi aku, menjadi murabbi adalah sebahagian dari tarbiyah yang amat berkesan buat diri sendiri, kerana apa yang kita cakap, arah dan sebagainya harus kita hadam kedalam diri dulu dan ini menjadi satu kekuatan dorongan kepada kita untuk merubah peribadi kita dan membuatkan kita cepat matang dalam melalui proses tarbiyah.

Namun bagi yang ‘dipaksa’ memanglah takut dan pahit untuk ditelan seperti yang pernah aku lalui dulu dan inilah sebahagian pengalaman yang telah aku kongsikan dengan audien2 tadi,  yang akhirnya aku lihat mereka semakin berkeyakinan untuk meneruskan setelah mendengar cerita aku ini.

Memang dulu  murabbi aku amat marah dengan aku bila aku menolak arahannya untuk membimbing usrah yang diamanahkannya pada aku.

Sebenarnya bukan aku sengaja tak mahu atau ingin ingkar arahannya tapi adalah disebabkan aku memang tidak yakin dan tidak dapat menghalau keraguan yang mematri dihati aku!

” Akhi, ingat! Anta adalah susuk yang telah ditakwimkan sebagai da’ie oleh Allah. Tak siapa pun lantik anta tapi Allah lah yang mengaturkan. Anta sendiri tahu betapa dulu anta adalah pemaksiat dan jahil disisi Allah! Siapa yang kutip anta dan menyedarkan anta? Ana ke? Teman teman anta ke? Tidak kan? Allah lah.” Dia mula berbicara hingga merah mukanya.

Platform

” Ingat tak lagi dizaman anta masih hijau dalam dunia dakwah ini yang mana anta tersilap memilih platform untuk bergerak! Waktu itu antalah antara pemuda pemuda yang bersemangat yang berada dalam kelompok itu! Berjerit pekik tanpa akhlak. Menunjuk perasaan disana sini tanpa panduan. Menuding jari mencari  kelemahan orang lain. Menghukum manusia lain yang tak sebulu dengan pegangan anta. Memperjuangkan isu tanpa ada arah dan matlamat yang betul. Apa pun kebaikan yang orang lain buat anta pandang dengan negatif sebab mereka tidak sehaluan dengan anta. Dimana mana anta asyik bercerita pasal isu.  Pasal kejahatan dan keaiban orang. Dimana mana anta asyik bercerita  pasal politik hingga anta lupa untuk menyeru kepada Islam dan Islam  dah jadi menjadi nombor dua dalam dakwah anta. Orang yang tidak bersama  anutan anta, anta panggil thoghutlah! Pengkhianatlah! Sedangkan mereka adalah mad’u dan sahabat anta sebenarnya! Tapi anta tak sedarkan? Tak boleh kawal perasaan kan? Semangat anta tak dapat dibendungkan? Sebab waktu itu anta tidak mengenal tarbiyah. Anta tidak mengenal dakwah. Anta tidak mengenal ukhuhuwah. Cuma yang anta kenal adalah bendera dan lambang sehingga anta seperti orang mabuk yang tidak ketahuan! ” Dia mengungkit cerita lama aku diwaktu aku mula mula kenal islam melalui  kelompok itu!

Memang betul apa yang murabbi aku katakan! Aku masih ingat lagi. Memang waktu itu aku betul betul lost dan tak dapat menstabilkan diri aku lagi kerana  kerana diselaputi semangat semata dan jika ditarbiyah pun aku hanya difokuskan pada  politik, isu isu semasa, demonstrasi  serta pilihanraya sahaja untuk menjatuhkan kerajaan! Maka jadilah aku penghukum dan bukan pendakwah! Yang melihat diri aku saja yang baik dan orang lain semua bersalah! Itulah bahananya tanpa tarbiyah yang betul. Kita akan jadi taksub dan fanatik  hingga lupa matlamat sebenar kita berada dijalan ini!

Kewajipan

Sambil merenung kedalam mata aku dia menyambung,” Siapa yang kutip anta lagi selepas hidayah itu? Siapa yang safkan anta dijamaah ini yang dapat memandu fikrah anta hingga anta menjadi antara orang yang mantap fikrah dan kefahaman tentang hala tuju perjuangan terhadap deen ini? Semuanya Allah akhi. Semuanya Allah yang aturkan lagi mengikut prosesnya. Dialah yang mengtakdirkan ana untuk bertemu dengan anta. Membimbing anta? Waktu itu ana siapa? Ana bukan siapa siapa. Ana tak terdaya dan tak berilmu. Ana masih terkais kais lagi. Tapi ana tolak tak tugas itu? Tidak kan! Ana gagahi juga atas nama kewajipan dan akhirnya alhamdulillah anta dan group anta dapat ana jinakkan hingga ana rasa anta dah boleh pun membimbing dan menjadi murabbi dijalan ini. Kalaulah ana yakin dengan anta apakah anta sendiri tidak yakin dengan diri anta?” Memang aku nampak air mukanya ada sedikit kekesalan terhadap aku.

” Analah yang mendidik anta akhi. Ana tahu kelebihan dan kekurangan anta. Anta kena teruskan juga kerana ramai yang menanti sentuhan tarbawi anta. Ketukan motivasi anta untuk mereka rasa nikmatnya perjalanan dakwah ini. Anta bayangkanlah jika mereka mereka itu seperti anta dulu dan tidak dibimbing? Rugi kita dengan potensi potensi yang begitu. Kita kurang kader dakwah. Apalagi murabbi. Semua  murabbi telah  dioptimalkan tugasan mereka. Anta tak perlu takut. Menjadi murabbi tak sesukar yang anta sangka.” Begitu dia memberi semangat kepada aku.

” Sama ajer tugasan anta. Tidaklah berat sangat! Kalau dulu anta ditarbiyah maka sekarang anta perlu mentarbiyah dan anta pun tahu bagaimana nak mengendalikannya! Malah lagi banyak anta dapat menfaatnya! Cuma anta perlu berkorban masa saja. Bezanya kalau dulu anta tak jadi murabbi, anta hanya buat sedikit preparation terhadap tugasan dan hadir satu program tapi kini mungkin anta kena banyak preparation terhadap bahan dan attend banyak program. Dan ini sebenarnya tak rugi kerana dapatlah anta beramal dan meningkatkan qualiti diri serta menyumbang kepada Islam ini. Tapi  andai anta tolak tentunya anta akan hidup rutin sebegini sepanjang hayat yang lama kelamaan akan membuatkan anta seperti unta yang tinggal dimekah tapi tidak tahu berbahasa arab.” Dia menyindir ku dengan ayat yang amat tajam sekali lantas terus mengarahkan aku untuk terus membimbing satu halaqah dimalam esoknya tanpa dapat aku bantah!

Akhi Ukhti …

Memang aku akui, awalnya aku menjadi murabbi atas ‘paksaan’ seorang murabbi.

Memang aku tahu, inilah masanya aku harus berbakti untuk membalas budi mereka mereka yang pernah mendidik aku dulu. Inilah masanya aku harus menongkah arus untuk menjadi lebih matang konsisten dalam mencipta penerusan dijalan ini. Aku perlu tumbuh seperti pokok yang dibaja  yang tumbuh teratur  bukan seperti pokok yang tumbuh liar. Menjulang sendirian, sesudah itu mati tanpa penerus ….

Akhi muslim,

Itu sedikit dari cerita pemula aku untuk kamu juga melihat diri kamu.

Aku tidak mahu kamu juga menjadi seperti cerita itu. Menjadi pengecut dijalan ini.

Aku harap kamu semua agar jangan hanya  komited dengan tarbiyah dan selesa dengan tahap yang ada sekarang ini saja tapi  kamu perlu ada keberanian  untuk menjadi penerus dijalan ini dan punya kesungguhan untuk berpindah dari satu tahap kesatu tahap yang lain demi keberlansungan dakwah ini!

Jangan hanya telah berintima’ kita dah rasa ok.

Dah join halaqah. Dah pergi tamrin. Dah pergi jaulah. Dah pergi summer camp. Dah pergi winter retreat setiap tahun. Dah walimah dengan ikhwah sesama jamaah. Dah buat berbaitul muslim. Kamu dah rasa cukup selesa. Dah rasa sempurna dan dah rasa hebat dan dah rasa nak tunggu malaikat datang pikul  kamu masuk syurga tanpa  kamu rasakan bahawa kamu amat diperlukan untuk  mengembangkan sayap jamaah ini!

Sepatutnya setiap dari kamu harus ada cita cita, sekurang kurangnya menjadi murabbi dijalan ini kerana. Kita amat ketandusan murabbi dan murabbiyah dijalan ini.

Aku tahu bukan mudah untuk menghalau keraguan didalam diri dalam membimbing manusia. Macam macam keraguan. Ilmu kita amal kita yang tak berapa sempurna. Syaksiyah kita dan pelbagai lagi.

Tapi itu bukanlah alasan yang sebenarnya. Dan menjadi ‘ murabbi didalam kekurangan itu bukanlah ‘satu keaiban’ kerana  Allah telah mengingatkan kita bahawa

Infiru khifafan wa tsiqalan – Berangkatlah berjihad dalam keadaan ringan maupun berat –

( rujuk AtTaubah 41)

So …buatlah. Pasti Allah akan bantu.

Jumpa lagi  dan sentiasa doakan aku ya!

muharrikdaie -menulis untuk memngerakan jiwa jiwa

10 responses to “kisah yang berulang

  1. Zeal9 May 13, 2011 at 12:11 am

    Subhanallah!

    Menguatkan semangat untuk terus dalam jalan dakwah -Nya.

    Speechless.

    • muharrikdaie May 15, 2011 at 8:06 pm

      Zeal9 – insyaalah sama sama kita tingkatkan iman kita melalui tarbiyah ini dan terus bergerak tanpa menoleh kenostagia lalu yang banyak menyesalkan jiwa kita. Insysaalah. Tkasih kerana sudi berziarah ke sini.🙂

  2. Iyadh Haris April 12, 2011 at 12:04 pm

    Salam,
    Asif, ana sbnrnye nk isti’zan copy bhgian dlm blog ni tp x jmpe shoutbox. Ana nk copy quote dlm sidegadjet ‘sekadar peringatan’.
    Jzkk, wassalam….

  3. s-mt April 5, 2011 at 1:08 am

    entah keindahan apa yang berbuku di hati tatkala ini.
    jazakallah enta memberikan hadiah ni eh.

  4. dr.mujahidah April 3, 2011 at 10:01 pm

    Menjadi murobbi itu mudah..!

  5. mujahidah April 3, 2011 at 8:57 pm

    Salam akhi,
    Kisah menjadi ‘murabbi paksaan’ ini pasti ramai yang mengalaminya dan anak tidak terkecuali mengalami perkara yang sama. Memang sukar meyakinkan mutarabbi kita untuk melangkah menjadi murabbi supaya dakwah tak terputus pada mereka. Kadangkala memang perlu langkah paksaan, namun tak semua paksaan itu menjadi dan akhirnya kita terpaksa juga bersabar bertahun-tahun membina mutarabbi kita sehingga mereka benar-benar yakin untuk menggalas tangungjawab itu. Ada mutarabbi ana siap marah dan merajuk apabila dipaksa menjadi murabbi (mungkin cara ana kurang berhikmah..wallaua’lam) namun akhirnya, Allah juga yang memegang hati mereka. Alhamdulillah, biiznillah..mereka kini berada dalam saf yang meneruskan pembinaan batu bata untuk dakwah di ‘bumi asing’ itu.

    Doa dan terus berdoa serta jangan berhenti untuk memberi pemahaman kepada mereka untuk tidak menjadi pemutus dakwah.

    Satu lagi.. buku ‘Menjadi Murabbi Itu Mudah’ (tulisan Muhammad Rosyidi) memang sangat sesuai bagi mereka yang merasakan ‘terpaksa’ menjadi murabbi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: