mungkinkah cintaku bertasbih kembali?


Kamu semua yg datang dalam hidup aku bagai pelangi petang. Tak bercahaya namun berseri …

 

Minggu ini sahabat terakhirku Akh Zul akan meninggalkan rumah aku. Rumah Islam yang ku waqafkan buat sahabat sahabat seperjuangan ku dijalan dakwah ini.

Satu, dua, tiga, empat telah belayar didalam bahtera mereka satu persatu mengharungi samudera perkahwinan bersama pasangan masing masing dan kamu Zul adalah yang terakhir!

Hati aku makin sayu. Sendiri dan sepi. Aku semakin rasa terasing!

Sudah pasti di minggu hadapan aku kembali bersendiri. Seperti dulu.

Tidak lagi melihat kemeriahan dan mendengar kebisingan dengan telatah telatah pemuda pemuda suku abad yang macam tiga suku, sentiasa kepoh bagai kucing dengan anjing.

Tidak lagi aku mendengar suara harmoni yang membaca ayat ayat suci dirumahku. Bertadarus setiap malam yang ku wajibkan bagi  mereka  sebagai syarat tinggal free dirumah aku.

Tidak lagi aku mendengar Alunan Al~ mulk dipertengahan malam sebelum mereka  tidur menandakan mereka bercita cita  ingin syahid didalam kehidupan ini!

Tidak lagi aku mendengar azan sang syukri disetiap subuh bagai sang bilal merindui Tuhannya.

Tidak lagi aku dapat bersama dengan kamu mengalunkan Al-Mathurat yang mematrikan hati hati kita  dan bermunajat agar Allah temukan kita dengan kesyahidan itu!

Memang kali ini aku amat emosi sekali!

Deraian airmata aku sentiasa menyimbah disetiap kali aku memasuki bilik bilik mereka yang pernah mereka diami!

Bilik yang penuh dengan semak samun kain pelikat sejadah towel yang tak terurus!

Bilik yang penuh dengan poster poster Syuhada’ Osama Ben laden dan Syeikh Abdullah Azam serta pejuang pejuang palestin dan gambar senjata kalashnikov yang menjadi inspirasi jihad mereka semua.

Disitulah suaraku bagai tarzan menyuruh kamu berkemas!

Apa lagi  bila  aku kedapur! Tidak lagi aku melihat telur yang bertray tray tersusun indah sebagai lauk emergency mereka.

Tidak lagi aku melihat bungkusan bungkusan maggie mee dan indomee menghiasi dapur aku yang menjadi santapan diraja mereka bila mereka masing masing kekeringan!

Kamu semua budak budak jahat! Aku rindu suasana itu! Kenapa kamu harus tinggalkan aku?

Kamu tahu sahabat sahabat aku. Tika aku menulis artikel ini airmataku tidak berhenti turun dan melurut bagai airterjun yang tidak dapat ku tahan tahan.

Aku seperti  terasa organ organku relai satu persatu dari tubuh lemah ini. Aku tak tahu kenapa kali ini jiwa kental ku tidak dapat mengawal perasaan aku!

Aku seperti disihir  kehilangan kamu!

” Bang, kali ni abang tak boleh mengelak lagi. Lepas ni Abang kena tunaikan janji abang pada kami.” Begitu Zul menuntut janjinya pada aku diikuti ketawa 4 orang bapa bapa muda bekas penghuni rumah aku yang telah bahgia dengan pasangan masing masing.

Aku hanya tersenyum sumbing sambil otak aku merayau mencari siapakah pasangan aku yang malang itu!!

” Dulu abang kata abang tak nak kawin lagi sebab takut kami ganggu abang dirumah abang. Takut kami tak nak keluar dari rumah Abang. Abang kata tak sampai hati nak halau kami dan kesian tengok kami merempat. Abang takut kami semua tidur bawah jambatan berdindingkan kotak kotak!” Sambil ketawa, Afiq mengungkit gurauan aku dulu.

Memang aku telah berniat tak mahu mereka keluar dari rumah aku sekalipun aku kawin dulu! Aku sanggup menyewa ditempat lain kerana rumah yang ku beli itu  memang telahku niatkan untuk dijadikan markas dakwah kami.

Aku memang telah mengamanahkan mereka menjaga rumah aku jika aku jadi menikah dulu. Merekalah yang paling seronok bila mendengar ada ura ura aku akan menikah dan merekalah yang paling sedih bila segala perancangan aku accident ditengah jalan. Malah ada yang memeluk aku bila pada satu  malam itu aku menyatakan kegagalan perancangan aku!

Mereka tahu kisah hidup aku kerana kami pernah bertukar tukar cerita sedih dalam hidup kami untuk dijadikan ibrah kehidupan!

Kini mereka tiada lagi bersama aku. Halaqah kami juga telah berpecah. Aku tidak lagi menjadi mas’ul mereka. Ada yang masih ‘muayyid’. Ada yang telah meningkat kepada ‘muayyid qowi’ dan seorang telah dinaikan kepada ” Al` Akh”!

Memang aku mengagumi mereka walau sering mereka menjadi tempat melepaskan kemarahan ku tapi mereka amat menghormati aku. Mereka tahu aku amat mengasihi mereka. Memang aku mencintai mereka. Teramat amat!

Inilah ukuhuwah yang sebenarnya. Banyak kenangan manis dan pahit yang telah kita lalui dirumah ini.

Kamu semua banyak mengajar aku erti sebuah pertanggungjawaban!

Aku dapat merasakan betapa nikmatnya menjadi orang tua dan abang bagi kamu semua.

Aku dapat rasakan puasnya aku dapat menumpahkan kasih yang lama ku simpan didalam ruh ini buat kamu!

Menjaga, memelihara, menegur dan memantau pergerakan kamu semua, supaya kamu menjadi soleh dan tidak menderhaka pada Allah. Malah kita pernah bergaduh,  masing masing ego, tak bertegur sapa, merajuk, nak lari dari rumah, tak balik berhari hari dan akhirnya kamu tahu itulah ramuan cinta kita. Cinta yang tulus  kerana Allah dan untuk Allah. Natijahnya kamu menyintai aku seluruh raga kamu.

Ingat! Kamu pernah menanggis melihat wajah aku!

Kamu pernah kata wajah aku penuh keteduhan dalam penderitaan. Kamu pernah kata akulah  sahabat yang kamu sayang didunia ini.

Kamu pernah kata, akulah naqib paling garang yang pernah kamu temui dan paling tidak bertolak ansur dalam mentarbiyah kamu.

Kamu pernah kata akulah manusia yang paling kejam yang kuat memaksa dan  pressure kamu lantaran tidak mahu menerima sebarang alasan atas segala tanggungjawab yang diberi.

Dan yang paling kejam sekali dan yang paling mendidihkan darah aku bila  kamu menyuruh  aku menyertai taliban kerana ektreem nya mantarbiyah kamu!

Mana mungkin aku tak menanggis tika ini adik adikku.

Mana mungkin aku tak menanggis tika jiwaku melayang layang dibawa terbang oleh kamu semua.

Mana mungkin aku dapat hilangkan bayang bayang keindahan kamu dimana aku sering menumpahkan dukaku sehingga tidak ada duka!

Aku tidak dapat tidur semalaman ini kerana wajah kamu semua kembali hadir dihadapan wajah jiwaku bagai air sungai yang jernih memancarkan kesejukannya biar pun kuartikan semua ini tanda kehadiran Allah diatas ukuhuwahfillah kita.

Allah kembali menguji jiwa ku. Menguji cintaku setelah cinta lalu ku berhenti bertasbih.

Mungkinkah cintaku akan kembali bertasbih dari hujung kehujung bersama mutarabbi baru ku?

Atau akan bertasbih kembali bertemu jodohku didalam cinta misi  yang mencari cintaNya yang abadi?

Atau aku akan terus berseorangan begini berteman bintang gemintang dalam rindu yang berlapis lapis dan terus meneguk ujiannya untuk bertemu hasrat hasrat ukhrawi yang berkilau kilau  menanti kedatanganku!

Selamat pengantin Baru Akh Zulkifli Zainudin 19.3.2011

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

13 responses to “mungkinkah cintaku bertasbih kembali?

  1. s-mt March 19, 2011 at 4:41 pm

    murobbi ni mmg byk cinta akh. slmt jatuh hati dgn mutarobbi baru!

  2. ibunoor March 19, 2011 at 4:36 pm

    Salam ya muharridaie…

    MasyaAllah… dear brother, they must have love you so much of who you are!

    There will come moments like this in life… where we’ll be left with no other choice but hope is the only one we have to get everything moving. May they ‘bloom’ well in the path of da’wah and may you find someday, your ‘rainbow’ of life. You’ve had so much patience and that is why HE is testing you this way.

    Say alhamdulillah in despair and always TRY to smile for it heals and re-connects with our Rabb.🙂

    You’ve been an inspiration to many others out there and do continue to become one…

    • nuurhati March 20, 2011 at 7:08 am

      agreed with kak nor!

    • muharrikdaie March 21, 2011 at 2:23 pm

      Ibunoor – Yus kan nama awak. heheh. Diana bagi tahu. Dengar cerita you sambung study ambik master! Kat UIAkan Ibunoor? Baguslah. Apa khabar anak anak nakal tu? Seronok tgk gambar anak2 ibunoor dalam laut diblog u tu. Ceria sungguh. Ok sis. Thanks for the comment and kata2 semangat tu! Lega dapat kawan kawan macam ni. Salam buat suami dan seluruh keluarga. Semuga Allah sentiasa merahmati keluarga kamu Ibunoor. Amin.

      • ibunoor March 23, 2011 at 6:25 am

        Salam ya muharrikdaie…

        MasyaAllah… I can see that you have done some extra detective work ya brother? Some info digging about me and my family. Sure, go on… there’s nothing for me to hide🙂 Indeed, my dearest sister Dianah is a close friend of mine. Yes, you got my name partly correct… It’s Noor Yuslida binti Hazahari (in full).

        And yes, you’re right again about me furthering my studies there. How could I resist IIUM? I just feel belong there. I started my undergraduate there too and couldn’t seem to be parted away. Please… always keep me and my family in your du’a ya brother…

        My heroes… my sweethearts you were asking about? Well… alhamdulillah they’re adapting, ‘maturing’ and living well to date by the grace of Allah that is. I couldn’t ask for more for what HE had given me is unconditional blessings… masyaAllah.

        Salammu akan disampaikan insyaAllah.

        Keep on writing from your heart dear brother🙂

        • muharrikdaie April 3, 2011 at 3:45 pm

          Insyaalah yus ( Ibunoor) doakan saya selalu ya! Terimakasih banyak banyak kerana sering memberikan saya semangat untuk menulis dan insyaalah saya akan tulis apa yang termampu oleh hati yang penuh dengan sarang2 duka ini …Salam buat seluruh keluarga.

  3. muharrikdaie March 17, 2011 at 12:33 pm

    Buat semua yang komen entry ana ini. jazakalalh ana ucapkan dan terimakasih atas simpati semangat dan nasihat yang diberikan. Tidak semestinya dunia dakwah ini tidak punya cerita sedih kerana ini adalah sebahagian tarbiyah kita untuk menjana kekuatan! Insyaalah.

  4. akhawat March 16, 2011 at 12:41 am

    bila datang dari jiwa….akan tembus ke dalam jiwa jua…barakallah akh,
    ana sungguh tersentuh dan mengalirkan air mata sewaktu membacanya kerana ana juga akan mengalami benda yang sama…
    moga thabat dalam mendidik,

  5. kuek87 March 15, 2011 at 11:39 pm

    insyaallah bertasbih kembali

  6. latahzan_ikhsan March 15, 2011 at 3:23 pm

    salam akhi..jazakallah for the reminder..ana mohon maaf jika ada gn entry dlm FB etc tanpa letak link enta..apepun ana sangat suka dan kagum dengan semnagat enta.semoga terus tsabat di jalan dakwah ini..kepingin berkenalan dengan muharikda’e..hehehe

  7. cintahati March 15, 2011 at 1:41 pm

    allahuakbar…manisnya ukhwah yang terjalin kerana Allah..
    Biar mereka tidak lagi di pandangan tapi..sentiasa wujud dalam hati…
    Semoga Allah merahmati ukhwah kalian…

    Mungkin sudah tiba masanya untuk anta mentarbiyyah orang lain pula…

  8. Norhaizi Asri March 15, 2011 at 1:08 pm

    Salam akhi,
    ana seolah dapat merasahai kesedihan anta. Bt look at the positive site of it. Mutarabbi anta akan menjadi batu-bata yang kuat di dalam saff2 dakwah. It can be pain to see our ‘adik2’ semakin hari semakin ‘membesar’. Seperti ibubapa kita, akan sedih utk melepaskan anak2 mereka utk menerokai dunia yg penuh cabaran. Moga anta akan menemui kebahagian disebalik kesedihan anta ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: