mari kita menjadi gelombang


السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam buat kamu semua yang sering berziarah kesini. Memang aku merindui kamu semua sebab lama tak menulis.

Cuba juga mencuri masa, namun terkadang tanggungjawab selalu membataskan pertemuan kita.

Terima kasih kerana masih lagi sudi bersimpuh dihadapan tulisan tulisanku  setiap hari. Menadah hati membaca dan terus membaca tazkirah yang diilhamkan oleh Allah untuk membangunkan kembali ruhiyah kita yang sering terganggu oleh habuk habuk dunia.

Muga muga tulisanku akan terus menjadi minyak atar yang mewangikan kehidupan mu dalam kuntum iman yang  terus mekar.

Aku juga mengharapkan kamu semua akan menjadi titisan titisan air yang terus menitis dan mengalir suci. Lalu menjadi riak dan renik renik lantas bila ditiup oleh angin iman, kamu akan tersentuh dan mengelora hingga menjadi gelombang yang mengila yang akan menghancurkan saki baki  jahilliyah dalam diri dan merubah hidup kamu semua menjadi hawariyun, pembantu pembantu agama Allah yang akan menghancurkan kekufuran. Menerangi kegelapan dan mengeringkan semua sistem jahiliyah yang telah lama berpaya dibumi ini. Semuga dengan keruntuhan jahiliyah itu dapat mendirikan kembali deenullah yang pasti akan meredupkan hidup kita dibawah payung rahmatNya!

Mudahkah?

Memang bukan mudah tapi itulah azam kita jika hidup kita ini untuk yang Maha Hidup. Maka hidup kita ini akan mudah mengalir dan mencetus deru menjadi gelombang dan disitulah nanti kita akan menemui Tauhid yang hakiki!

Faham ke ni?

Insyaalah.

Itulah yang ku harapkan pada diriku dan pada diri kamu juga agar dapat menjadikan setiap harkat hidup ini sebagai gelombang dan kita menjadi  ‘ manusia gelombang ‘ yang tidak akan pernah berhenti untuk menghempas pantai jahiliyah dan merubahkannya!

Manusia yang  sentiasa kental dengan ‘tasawwur ukhrawi’ nya! Tercermin gelora jihadnya dalam membaiki diri dan menyempurnakan seluruh tanggungjawab yang diamanahkan Allah dalam serpihan hidup yang berbaki ini untuk menjadi lelaki dan wanita  yang memiliki ‘thumuh’ yang akhirnya menjadikan akhirat sebagai cinta abadinya!

Kamu harus memulakan sesuatu pada dirimu wahai adik adikku.

Jika kamu seorang da’i. Jadilah sebenar benar da’i yang menguasai!

Janganlah menjadi da’i ‘ sampah’ yang hanya  berpuas hati bertatih  didalam usrah sahaja atau  hanya menjadi da’i ‘pak pacak’ yang hanya menanti sang mutarabbi “menyerah diri’ kepada kamu untuk ditarbiyah!

Cukuplah!

Jadilah da’i yang bertenaga.

Punya visi dan misi dan tidak menunggu arahan dalam bergerak.

Kamu sudah cukup dewasa dijalan ini malah ada yang telah berkahwin dan beranak pinak. Takkanlah hidup peribadi kamu terus mengalami perubahan tapi hidup dakwah kamu masih berkarat dan berlumut tanpa perubahan!

Kita bukan da’i TV yang hanya menyuruh orang menambah solat sunat dan qiyamulail sahaja tapi kita adalah da’i yang telah melalui proses tarbiyah ikhwan yang seharusnya harus terampil dengan dimensi dimensi baru yang bergerak dengan akal dan jiwa serta ilmu dan hikmah untuk menguyah dakwah ini dan menghadamkannya dan menjadikannya untaian yang bermakna dalam medan yang amat luas untuk diteroka ini!

Mungkin kamu semua tidak faham apa yang ku maksudkan dengan mengunyah dan menghadamkan dakwah itu. Maksud ku adalah kamu seharusnya ada idea idea baru. Gaya gaya baru dalam menyeru manusia dan menghancurkan jahiliyah yang semakin menghimpit! Juga kita harus tahu bagaimana untuk mengakses terhadap arus perubahan masyarakat yang semakin mengila ini!

Akhi

Dakwah ini bukan hanya untuk sebahagian manusia. Tapi adalah untuk seluruh manusia. Dari raja sampailah ke rakyat. Dari sekolah rendah hinggalah ke Universiti. Dari ahli perniagaan sampailah kepada pekerja kampung.

Sebab itu dakwah PKS berjaya menguasai diIndonesia antara yang mengasaskannya  Syeikhul Tarbiyah KH Rahmat ( Almarhum ) dan KH Helmi yang pernah aku temui dulu. Mereka bergerak dari bawah keatas hingga sekarang sudah hampir menjadi kuat diarena politik diIndonesia.

Kerana apa? Kerana mereka punya visi dan misi yang jauh serta kesungguhan. Juga menguasai tarbiyah secara  harmoni dan menghadamkannya. Bukan seperti kita yang hanya berteori dan berada di takuk lama lagi yang lebih kepada syok sendiri dalam berharakah!

Pernah dulu seorang sahabat aku mengeluh dihadapan aku ” Akhi camaner hah nak bawak usrah budak budak kilang ni. Ana rasa semacam jer. Cakap tinggi sikit dorang tak faham. Nak cakap style dorang ana tak reti.”

Ini adalah sebahagian dari realiti duat yang berada dimedan dakwah. Mereka tidak didedahkan dengan dunia realiti dakwah yang luas. Mereka terperuk dan terperap dikampus hanya dikalangan mereka sahaja.

Kalau keluar pun sekali sekala dari sangkar kampus hanyalah untuk bertamrin, berjaulah dan berprogram seperti rutinnya. Itupun bersama sama mereka juga. Tidak dengan masyarakat luar. Sebab itu mereka tidak memahami masyarakat.

Sebab itu kita lihat apabila mereka telah grad dan keluar dari sangkar kampus itu dan menghadapi masyarakat luar mereka seperti sang rusa masuk kampung. Terpingga pingga kehilangan arah dalam membimbing manusia yang berlaian tahap educationnya dan kehidupan mereka.

Sebab itu duat kampus yang tidak didedahkan kepada masyarakat sewaktu tarbiyah dizaman kampusnya akan pupus seperti dinasaur. Mereka kelihatan besar dan kuat dikampus tapi pupus bila keluar.

Justeru itu, kita melihat setiap tahun beribu ribu graduan yang telah keluar dari kampus dan yang pernah mengikuti tarbiyah reput begitu saja. Seperti terkena batu ababil.

Kalau beginilah realitinya, bilalah kita boleh menguasai dakwah dan pergi jauh dijalan dakwah ini. Inilah perubahan perubahan yang patut kita fikirkan buat duat duat dan student student kampus yang melalui proses tarbiyah dan dakwah ini. Mereka harus dilatih untuk turun ke bawah atau pun belajar untuk mengenali pelbagai etnik dan ragam manusia. Inilah kekurangan kita yang perlu kita baiki.

Itu belum lagi nak berdakwah kepada orang business! Apa lagi nak  wujudkan usrah pada mereka. Mereka mereka ini bukan saja ego dan sombong tapi kikir dan kedekut! Bukan hanya kedekut duit malah masa juga mereka kedekut. Bagi mereka  segala kehidupan ini adalah duit. Bayangkanlah kalau antum cuba untuk mendekati mereka!  Hanya sindiran saja yang antum dapat. macamanalah nak ‘ tackle’ jiwa begini!

Kita amat memerlukan orang orang kaya yang begini untuk membantu dakwah kita dan andainya kita tidak turun kepada mereka nescaya samapai bila pun kita tidak dapat menarik golongan ini kepada dakwah kita!

Tapi bila bergaul dengan mereka, aku dapati ada ruang juga nak mendekati mereka! Masa bila? Bila business mereka nak terlungkup. Bila mereka menghadapi permasaalahan. Bila mana mereka nak ‘deal’ business dengan kita. Disinilah ‘ cakap kita’ akan mereka dengar.  Disinilah jiwa mereka akan tunduk! Itulah dia realiti orang berniaga dan kaya. Amat jauh dengan deen ini. Sebab itu da’i harus kreatif dalam berdakwah dan tahu masa untuk memasukan jarum dakwah!

Inilah yang harus kita belajar dalam perjalanan dakwah ini  bahawa dakwah ini sebenarnya adalah mengacu pada jiwa! Maka da’i harus ada jiwa untuk mendakwahi jiwa.

Bukan jiwa yang bermimpi tapi adalah jiwa yang di gejolaki oleh keinginan yang kuat untuk memberi, memperhatikan, merawat, mengembangkan, membahgiakan dan mencintai. Jiwa beginilah rupanya yang dapat menarik jiwa orang lain.

Sebab itu da’i harus terus membaiki diri.

Mengislah diri dan menghiaskannya.

Berfikir agar tidak ‘terkalah’kan oleh orang lain. Berfikir menjadi lebih besar dari orang lain dan mengoptimumkan seluruh potensi yang ada pada diri dan mengadopsi  sebanyak mungkin keistimewaan yang ada pada diri orang lain untuk dakwah ini. Insyaalah islam akan terus berkembang menunju kegemilangan dan akan dibarisi oleh manusia manusia sepertimana yang didakwahi oleh duat terdahulu.

Inilah luapan semangat dan emosi yang sentiasa perlu ada pada kita dengan gemuruh gerak gelombang untuk terus bergerak sejajar dengan tarbiyah dan iman yang kita bina ini!

Akhi

sekadar ini yang mampu aku tuliskan.

Akhirnya, jangan biar nafsu mengepung hatimu lalu menghunjam kamu dalam kawah dunia yang senantiasa mengharap kamu semua melahapnya hingga kamu mabuk, khayal, asyik dan terpana dengan kepalsuan cintanya.

Jangan menguap lagi.

Bangunlah! Percikan kesedaran!

Sahutlah suara jihad dan dakwah itu dalam gejolak cinta dan tinggalkan tangis dan kepedihan dan semua rangkaian emosi yang menguasai diri.

jumpa lagi

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

11 responses to “mari kita menjadi gelombang

  1. mujahidah March 15, 2011 at 8:58 am

    Salam,

    Banyak juga da’i ‘segera’ yang ana lihat terhasil hasil drpd ketidaksabaran murabbi memetik buah yg belum masak.Natijahnya, da’i segera ini bergerak hanya bila gelombang besar datang, hanya bila ada support disekeliling, hanya bila disuruh. Bila dicampak di satu tempat terasing, terus jadi ‘mandul’. Alangkah ruginya…

    Banayk juga dai’ yang hanya bergerak dikelompok yang mereka selesa. Jadi mata2 luar memandang mereka ini asing, tidak bercampur dengan masyarakat dan sukar didekati. Ana sewaktu masih belum melangkah ke dunia dakwah ini sering merasakan perkara ini. Merasakan ‘mereka’ ini golongan hollier than thou dan siapalah diri ini untuk didekati…

    hamba kuli dakwah,
    mujahidah (tapi bukan dr mujahidah..:) )

    • muharrikdaie March 17, 2011 at 12:28 pm

      Mujahidah~ …dan memang anti bukan Dr Mujahidah dan dua dua ana tak kenal sebab kita semua tak mau bertaaruf! Pelik juga para duat ini sukar sangat untuk bertaaruf antara ikhwah dan akhawat. Ana pun tak tahu kenapa kita perlu terpisah dalam bekerjasama untuk dakwah. Ana rasalah tak salah kita bertaaruf asalkan kita tahu batas ikhtilat masing2. Dan ini pun sebahagian dari kemandulan jugak dalam dakwah! Mungkin anti boleh fikir2kan bagaimana nak buka ruang untuk kita salain menjallnkan kerjasama dan ukuhuwah yg diizinkan syarak!

      • mujahidah March 18, 2011 at 7:34 am

        akhi,sukar sangat bertaaruf mungkin kerana ‘malu’. tapi insyaallah..i will.. sedang mencari–cari ruang yang sesuai untuk bertaaruf dan insyaAllah juga memang perlu bekerjasama bila pulang ke Malaysia nanti. Ana masih belajar, sedang bermujahadah menyiapkan thesis.(pohon doakan).insyaallah akan pulang Julai ini dan memang banyak sangat perancangan dakwah dalam kepala yang memerlukan bantuan para duat di Malaysia (especially orang-orang lama dalam dakwah seperti akhi)

        • muharrikdaie March 21, 2011 at 2:17 pm

          Ukhti Mujahidah – Taaruf kalau atas asbab dakwah dan kerjasama apalah nak dimalukan. Dalam suasana belajar dan bekerja kita pun kena bergaul jugak atas batas syarak. Insyaalah. Disini ana ada juga beri pengisian pada ramai akhawat U yang masih baru. Terus terang ana katakan kebanyakan jamaah di Msia ini kita amat kekurangan murabbiyah untuk memimpin. Bahan banyak tapi tenaga kurang. So insyaalah kita semua perlu share everything termasuk tenaga ini meski pun kita berlaian jamaah. Boleh bincang kemudian insyaalah.

  2. kak nor March 14, 2011 at 3:36 am

    Kematian tidak mengenali kecil atau dewasa, kaya atau fakir, maka bersedialah dengan sebaik-baik persediaan. Sesungguhnya umur itu pendek, pertambahan umur pun hanya sedikit sahaja sedangkan perjalanan yang akan kita lalui terlalu panjang.

  3. muharrikdaie March 13, 2011 at 11:29 pm

    nuurhati ~ Itulah sepatutnya
    dr. mujahidah ~ betul tu doc. Kita harus senantiasa mengupgrade diri menjadi da’i dimana saja kita dicampakan dan semestinya meemrlukan platform jamaah untuk bergerak!
    anazahra ~ Menfaatkannya dan bukan sekadar menjadi pembaca tapi perlaksana kepada setiap ilmu yg dibaca. Inysaallah.
    akhwat ~ yes akhwat. U re right. Tarbiyah ikhwan tarbiyah yang kulli ( menyeluruh) bukan hanya tarbiyah politik yang jumud dan tiada wawasan!

  4. akhwat March 11, 2011 at 3:22 am

    salam..
    ana setuju dgn enta…
    tarbiyyah ikhwan adalah tarbiyyah objektif…
    we r not program oriented..we r objektif oriented….

    moga2 pada daie semakin kreatif dan tidak mandul…
    wallahualam..

  5. anazahra March 10, 2011 at 9:38 pm

    Jazakallah khair atas tausiyahnya..

  6. dr.mujahidah March 10, 2011 at 9:05 pm

    kita mesti menjadi dai’ yang tidak berlegar di arena kampus sendiri dan tidak juga dai’ yang hanya limit di waktu kampus shaaja..

  7. nuurhati March 10, 2011 at 8:51 pm

    motivation phares : “Sebab itu da’i harus terus membaiki diri. Mengislah diri dan menghiaskannya. Berfikir agar tidak ‘terkalah’kan oleh orang lain. Berfikir menjadi lebih besar dari orang lain dan mengoptimumkan seluruh potensi yang ada pada diri dan mengadopsi sebanyak mungkin keistimewaan yang ada pada diri orang lain untuk dakwah ini, insyaalah islam akan terus berkembang menunju kegemilangan dan akan dibarisi oleh manusia manusia sepertimana yang didakwahi oleh duat terdahulu”

    Alhamdulillah! insyaallah! terus bergerak !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: