Jalan ini bukan saja jauh tapi tinggi


Akhi dan ukhtiku. Salam buat antum semua.

Antum lebih maklum ….

Di Jazirah Arab revolusi berlaku. Pemerintah tidak senang duduk. Dimana mana mereka terasa panas. Dada bergejolak. Jiwa mengerutu. Otak membeku. Malah, mungkin  ada diantara mereka yang menyembamkan dahi di sajadah. Mohon hajat agar Allah kekalkan kuasa mereka memerintah untuk melayan serakah mereka yang tidak mengenal erti kepuasan itu!

” Tolonglah ya Allah. Tolonglah ya Allah.  Tenteramkanlah rakyatku. Aku bertaubat padaMu. Berilah aku sedikit masa lagi dan aku berjanji untuk berubah!”  Mungkin begitu lah munajat mereka pada Allah agaknya! Atau sekadar ‘monolog’!

Itulah yang terjadi kepada para pemimpin Islam zalim yang terdesak  tika ini. Tiada tempat lagi untuk mereka  dibumi yang luas ini kerana Allah telah sempitkan mereka atas kezaliman mereka.

Dunia mereka makin mengecil. Gambaran tali gantung siang malam menghantui mereka. Neraka yang  mereka lupakan dulu kian terbayang  nyalaannya diruang  mata mereka. Wajah bengis mereka  dulu menyeringai terhadap rakyat dan faqir miskin kian luntur dan kusam dibawah kedutan wajah tua yang berdosa itu!

Kepada siapa mereka ingin mengadu?

Saudara mara? Kawan kawan? Amerika? Europe?  Israel?

Mereka tiada siapa siapa lagi sekarang kecuali dikelilingi CNN, BBC ,AlJazeera! Dan satu lagi yang mereka paling benci! MALAKATUL MAUT.

Sekelip mata mereka hilang segalanya. Harta dan aset haram yang dibekukan. Kawan kawan telah meninggalkan. Rakyat yang menyumpah siang dan malam. Seluruh dunia menjijik najiskan. Seluruh ummah ‘mengqunut nazilah’ kan!

Mereka terpenjara dipenjara yang mereka buat sendiri. Pastinya hati mereka bagai dilanda qiyamah! Berkecai kecai dan berkeping keping jadinya!

Diluar jazirah Arab pemimpin zalim mula risau. Jiwa mereka menjadi kacau. Takut akan juga terjadi pada mereka.

Para pemimpin politik mula mengandaikan. Para pencinta Islam mula senyum sampai ketelinga. Para penceramah dan para ustaz dimana mana mula buat spekulasi.

Ustaz  politik Islam kata petanda kembalinya kekhalifahan islam. Ustadz kitab klasik kata, perang dunia ke3 akan tercetus. Ustaz sufi kata Qiyamat semakin hampir. Ustadz kerajaan kata, kita tak perlu jadi seperti mereka. Mereka miskin kita kaya. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tak bayar saman, diblacklistkan! ( Tadi aku bayar saman speedtrap sejak 2009 RM1230.00)

Di Astro dan media elektronic lainnya 24 jam interview. Berita terkini dan siaran langsung bertali arus.

Di Facebook dan diblog bagai kedai 7 Eleven. Berforum sambung menyambung sampai kepagi bagai petir dimusim hujan.  Masing masing memberi pandangan dan berspekulasi!

Dirumah. Quran berabuk dan bersawang. Tak berbaca. Buku pun sama jugak sebab sibuk dengan isu semasa!

Ada yang datang Usrah lambat sebab nak tengok Berita TV3 dulu.

Itu yang berlaku di dunia pada hari ini. Bercelaru. Seolah olah langit yang tiada ozon.

Para duat pulak?

Tak kan tak bersuara?

” Apa pandangan anta sebagai da’ie dengan isu dunia semasa ini akhi. Apakah ini permulaan kearah daulah? ” Tanya murabbiku kejab tadi.

Aku dah agak dah! Inilah yang membuat aku susah hati dari siang tadi. Nak jawab soalan soalan camni. Memang aku tak mahir. Lagi pun aku tak berapa mengikuti perkembangan kat TV dan tak dapat nak tengok pandangan Ikhwan sewaktu diinterview oleh CNN dan AlJazeera. Cuma sempat baca paper jer kerana sibuk business. Lapan orang ikhwah seusrah semua memandang aku. Kebanyakan pangkat Ustadz pulak tu dan akulah yang termuda. Patut bagilah yang senior dulu jawab.

” Ana minta pandangan anta saja. Sebagai da’ie anta kenalah tahu jugak dan buat rumusan. Kita share sharelah!” Ustaz menyambung bila tengok aku resah.

” Beginilah!”

” Bagi ana, kita masih jauh lagi untuk mengapai daulah sebab revolusi ni bukannya revolusi Islam seperti yang berlaku di Iran dimana permulaan kebangkitan adalah dimulai dengan tarbiyah puluhan tahun oleh Ayatollah Khomeini tapi yang berlaku di jazirah Arab ini adalah revolusi rakyat yang menuntut keadilan kerana kemiskinan dan penindasan yang telah lama dizalimi permerintah dan bukan kebangkitan atas Takwin wa’yun Islami! Itu saja.”

” Sebab itu kita lihat yang bangun berdemonstrasi itu bukan hanya umat islam tapi adalah dari berbilang agama. Justeru, Ikhwan yang sepatutnya mendepani  kebangkitan itu, tidak kedepan, meskipun merekalah yang mengatur strategi strategi demonstrasi dan menguruskan demonstrasi mengikut acuan islam dan dengan  mengajar peserta demontrasi dengan akhlak Islam. Mereka juga menunjukan contoh yang baik kepada demonstrator yang beragama islam bila bersolat apabila masuk waktu dan berdakwah dengan rakyat untuk senantiasa mengawal kemarahan dan bertindak secara rasional sewaktu demonstrasi itu. Mereka jugalah yang  kedepan dengan penuh keberanian melawan banduan banduan upahan yang berkuda dan berunta yang bertindak  ganas  memukul para demonstrator itu  dengan kayu sehingga banduan upahan itu melarikan diri berundur. Justeru membuat nama Ikhwan semerbak dikalangan rakyat Mesir! Itulah yang ana dapat feedback dari sahabat ana disana.”

” Dalam mendepani untuk mengembalikan pemerintahan, Ikhwan juga mengambil peranan tunggu dan lihat sahaja kerana mereka tahu ada mata mata yang mengintai mereka untuk menghancurkan Jamaah dalam suasana ini. Even masa interview di TV pun, apabila diprovoke oleh wartawan dan ditanya, sistem bagaimanakah untuk dilaksanakan selepas kuasa tentera ini. Mereka kata, mereka serahkan kepada rakyat! Maknanya mereka tidak terlibat secara langsung! Dan mereka tahu bahawa ini bukan waktunya untuk kebangkitan secara kulli ( menyeluruh).” Ini saja pandangan ana Ustadz.

” So, kalaulah suasana begini disana dan ikhwan pun masih belum dapat meneruskan lagi cita cita itu, bagaimana pulak pandangan anta di Negara kita ni.” Ustaz mula memprovoke aku.

” Kalau Ikhwan disana  jauh lagi, kita disini jauh dan tinggilah Ustaz!” Jawab aku.

” Apa tidaknya. Mereka merupakah syuyukh bagi kita. Mereka bukan hanya mengasaskan Jamaah tapi dengan package tarbiyahnya sekali! Kalau tak silap ana pada 1928. Maknanya dah 83 tahun umur dakwah mereka.”

” Kita di Malaysia ini, seingat ana  bermula dari Ustaz dahalan lah memulakan D & T ini yang  mana waktu itu beliau baru kembali ketanah air dan diamanahkan untuk memulakan dakwah dan tarbiyah pada sekitar tahun 1978.  Kalau tak silap analah AlMarhumlah pengasas D & T di Malaysia ini mengikut acuan Ikhwan yang selepas itu di coyright oleh ABIM, dan Jamaah jamaah baru selepasnya. Mengikut kajiselidik ana Jamaah D & T di Malaysia ni meriah disekitar tahun 90an selepas pengharaman AlArqam. Sebelum itu PAS menguasai kesedaran islam dan punyai pengikut yang ramai di Malaysia ini yang tak perlu kita ambil kira kerana PAS adalah jamaah politik Islam dan bukannya Jamaah D & T. So maknanya umur dakwah di Malaysia ini baru 21 tahun. Masih hijau dan cacamarba lagi! Dan pastinya jalan kita masih jauh dan tinggi lagilah ustaz!” Aku mengakhiri pertanyaan Ustaz.

Aku tahu murabbiku puas dengan jawaban aku meski pun ada fakta yang tak betul. Agaknya!

Akhi, memang jalan ini panjang dan tinggi. Syed Qutb kata meskipun jalan ini panjang dan tinggi tapi jalan inilah yang paling dekat dan paling rendah untuk digapai kerana jalan jalan lain tidak akan sampai kepada matlamat! Inlah jalan kita. Taghyir Islami Kulli. Jalan yang akan menjatuhkan mungkar al-Akhbar dan menegakan Ma’aruf Al- Akhbar!

Panjang sangat ke aku tulis? Puas tak antum baca? Atau terasa boring? Kalau tak puas doakan aku sehat selalu dan dapat  menulis dan menceriakan hari hari antum dengan semangat cintakan islam insyaalah.

Jaga diri antum baik baik dan juga mutabaah amal. Bagi adik2 yang study …rajin rajin belajar . Ingat Study no 1 tapi dakwah bukan no 2.  Bagi yang dah berkeluarga , jangan pulak lalai dengan isteri atau suami sampai tinggal kerja dakwah. Jaga Iman antum semua agar tidak turun naik. Doa agar Allah matikan kita disaat iman kita sedang naik. Insyaalah.

Sayang kamu semua dijalan ini …

Jumpa lagi.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

11 responses to “Jalan ini bukan saja jauh tapi tinggi

  1. akhawat March 3, 2011 at 5:57 am

    assalamualaikum….
    memang T itu satu proses yang sangat panjang…
    D dan T pula tidak dapat dipisahkan.
    situasi kita sekarang masih lagi seperti zaman jahilliyyah makkah…
    umat Islam sangat2 perlukan T.
    ana pernah terdengar perbualan 2 org hamba Allah beberapa hari lalu..
    sangat menyedihkan bila mereka menyatakan bila seseorg itu kelihatan “islamik”, tidak boleh memimpin, dan xda sape yang akan jadi pemimpin.
    kalau yng kita faham, kita memilih pemimpin yang punya fikrah…memahami sistem khalifah…
    mereka memandang Islam sesuatu yang mundur, tidak keterdepan..dan selalu ke belakang.
    realiti bila lihat, yang kebelakang itu bukan Islam tapi umat Islam…
    asif jika respon ana jauh dari topik entri.
    jzk…^^

  2. anony March 3, 2011 at 5:43 am

    banyak lagi kerja mendidik masyarakat yang perlu dilakukan. kebangkitan perlu datang dari kesedaran tentang islam perlu bangkit bukan kerana sentimen perasaan atau mengikut arus kebangkitan semata-mata. jzkk atas perkongsian.

  3. mujahidah March 3, 2011 at 5:20 am

    salam,

    Ana terima soalan yang sama dari anak2 usrah ana…dan ana berikan jua jawapan yang sama. Hatta bila ditanya akan berlaku jugakah di Malaysia, ana berpendapat org di Malaysia terlalu merasa ‘selesa’ hingga kesedaran tu kurang timbul untuk bangkit menentang ketidakadilan. Takutnya, yang ikut protes (jika berlaku) adalah anak2 muda yang hanya ingin menyalurkan perasaan ‘rebel’ mereka dan bukan atas kesedaran. Sebab itu, kerja-kerja dakwah ni perlu digiatkan, agar pemuda-pemuda ini bangkit dengan jiwa yang benar, atas landasan yang benar, untuk mengeakkan kebenaran. Sayang sungguh bila ana lihat pencetus revolusi mesir adalah kumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka ‘April 6th youth movement’ dan mereka ini (melalui video yg ana tonton) ana lihat adalah dari golongan liberal yang kurang islamik.Ini bermakna memang banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh ikhwan…

    Cumanya akhi, sekarang bila Ikhwan menubuhkan parti politik pasca revolusi 18 hari Mesir, ana tertanya-tanya, apakah pula pandangan akhi?

  4. mylittlepencil March 3, 2011 at 4:59 am

    anony: ya, D itu dakwah dan T itu tarbiyyah

    kuek : ya, sememangnya dakwah dan tarbiyyah itu tidak dapat difahami dengan hanya membaca, perlu kita menjadi ahlinya. Barisan ahli pejuang agama Allah. Tentang pelbagai yang kerajaan lakukan kepada negara kita, segalanya saman, sekolah kerajaan yang mahu diswastakan, inilah yang sebenarnya dakwah dan tarbiyyah itu mahu mengubahnya. biar semua selesa dengan sistem Islam.

  5. kuek March 3, 2011 at 3:08 am

    pjg… sepintas lalu tp tak paham D & T tuh apa….. matlamat sama tp caranya berbeza…masing2 nak bagi tahu cara dia yg bagus… (paham x) skrg dah nampak… kecian org miskin.. dgr kata skul kerajaan nak di swastakan…mcm mn pulak ngan pondok… lepas nih sume beralih pi pondok…sbb tak mampu nak byr yuran…. pasal saman tuh pulak…kerajaan nak ugut rakyat ke apa…kerajaan benar2 terdesak ker sampai buat mcm tuh skali…seolah duk atas tanah kerajaan yg punyer…semak2… sumenya kena byr… hukhukhukhukhuk….. kwsp pulak buat apa la nak simpan… jika time sakit xboleh dikeluarkan uit tuh… nyawa duk kat leher baru nak bagi…rosak2 aihhhh

  6. abu idris March 3, 2011 at 12:14 am

    1924 M – 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah

    Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.

    Lihatlah Blog Ar Rayah World News
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

    • muharrikdaie March 4, 2011 at 5:21 pm

      Abu Idris ~ TQ atas linknya dan berziarah kesini.
      Anony ~ Betul tu D & T Dakwah dan tarbiyah. Hanya yang biasa dgn jamaah islam saja yang biasa dgn term ini. TQ anony keana ziarah.
      Kuek ~ Nak faham kena bersama dalam group islam. Insyaalah.
      Pensil kecik ~ TQ kerna tlg saya untuk jawab Quek tu.
      mujahidah ~ pandanagn anti betul. Berkenaan dgn penubuhan tu, nnti ana jawab kemudian. Panjang citernya.
      Akhawat ~ ok komen anti tu. TQ

  7. mylittlepencil March 2, 2011 at 10:00 pm

    Assalamualaikum. Entri yang berkesan. Jauhnya jalan ini bagai tidak pernah cukup minyak petrol untuk sampai ke destinasinya, tingginya seolah-olah secanggih manapun roket yang dicipta manusia memang terlalu tinggi !

    Sewaktu mula berjalan atas jalan ini, ana sudah merasakan jauhnya, tingginya. Memang banyak lagi kerja kita di dunia ini, dan sudah tentu Malaysia khususnya. Namun, inilah hakikat medan kita ! Sudah lama bertarbiyyah jahiliyyah, maka kitalah yang perlu menapakkan tarbiyyah Islamiyyah tersebut, meskipun jauh dan tinggi bukan ?

    Jalan jahiliyyah juga ana kira jauh, tetapi jauhnya membuatkan kita kian tertidur dan leka. Jalan tarbiyyah itu jauh membawa kecintaan kita yang semakin hangat ke arah jalan dakwah ini.

    Ana hanya ingin berkongsi rasa keyakinan yang ana sudah tanam sejak lama dulu. Rasa keyakinan yang meninggi bahawa insyaAllah Malaysia ini akan menjadi sebuah negara yang disinari tarbiyyah satu hari nanti meskipun nyawa sudah diambil Malaikat Maut satu hari nanti !

    hayatilah lagu ini.

    Mil gayi… aaj aasman se
    Aa gayi aage main jahan se
    Yeh kya hua

    Met the sky,
    Today I came ahead of the world,
    what has this happened..

    Udi, neendein aankhon se
    Judi, raatein khwabon se
    Mudi, ye jaane mein kahan

    flew, sleep from eyes,
    joined, nights to dreams,
    this turn, where did I take?

    Mil gayi…aaj aasman se
    Aa gayi aage mein jahan se
    Yeh kya hua

    Paon zameen pe hai ya baadal pe
    Uljhe sitaare aake aanchal se,
    Jee li umar saari is pal mein,
    Kuch bhi nahi ab mere kal mein

    Feet are on the earth or on a cloud,
    stars came and stuck in my scarf,
    In this moment I lived my whole life,
    Now there’s nothing in my tomorrow..

    maaf lagu hindi dan menyemakkan ruang komen ini. lagu ini menarik liriknya jika dihayati.(boleh belajar kosa kata baru selain bahasa arab)

    • muharrikdaie March 2, 2011 at 10:09 pm

      Anazahra – jazakumullah atas kunjungan
      Pensilkecil – Teruskan perjuangan kamu. kamu masih muda dan bakal menjadi pemimpin pelapis akan datang Insyaalah. Wowww lagu hindustani. Ingatkan lagu kuch kuch ho ta hai tadi. Bagilah link youtubenya! Mungkin ana dapat idea nak ubah konsep penulisan. Jazakumullah masih lagi sudi ziarah ana.

  8. anazahra March 2, 2011 at 9:46 pm

    Jazakiumullah khair akhi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: