yang pahit itu bukan untuk ditelan


Akhi dan Ukhtiku

Ketahuilah! Kita semua adalah musafir yang sedang berjalan dalam gerbang waktu yang membawa kita  terus melangkah didalam perjalanan hidup ini.

Ada kala kita berhenti kerana letih. Adakala kita berhenti kerana jenuh. Dan adakala kita  rasa kita tidak mahu meneruskan perjalanan ini …

Begitulah kita teruji saban waktu. Namun kita harus rela menerima hidup ini. Menerima, bukan ertinya menyerah semata mata  terhadap apa yang datang!  Kerana kalau menyerah begitu, bukan bererti  rela tapi lemah namanya!

Rela yang ku maksudkan pada kamu itu adalah menyempurnakan kekurangan dan mempertinggikan qualitinya.

Jika kita kekurangan qualiti untuk menjadi isteri yang solehah. Kita harus mempertingkatkan usaha untuk lebih bertakwa lagi. Menambah ketaatan pada suami dan Allah. Sanggup bersusah payah diatas kedua duanya! Adakala Allah menjadikan suami itu ujian bagi kita dan adakala suami pula menjadikan kita ujikajinya. Hingga kita tidak tertahan akan kerenahnya. Itulah realitinya Rumah dan tangga. Adakala dilindungi didalam rumah dan adakala kita dijadikan tangga untuk dipijak. Begitulah sebaliknya.

Begitu juga kalau kita seorang pelajar yang sudah rela mengambil jurusan yang kita inginkan sebelumnya! Semestinya kita harus menyempurna dan mempertinggikan qualiti belajar kita agar kita dapat menepati nama kerelaaan itu sendiri. Kita tidak boleh merungut. Susah! Susah! Tension! tension! Kerana itulah pilihan kita.

Begitu juga dengan kerja kerja dakwah yang berlambak dan bersepah ini. Tidak ada siapa siapa yang suruh kita buat. Kitalah yang nak. Kitalah yang rela.

Bila kita dah rela, hadaplah dia meskipun sukar, kerana dengan itu akan membuahkan dalam jiwa kita sifat syajaah dan izzah pada kita. Orang yang  dah rela dengan kehidupan yang dipilihnya, sudah semestinya tidak mahu lagi keluar dari ukuran yang lebih pantas bagi dirinya. Segala kemewahan dan nilai dunia sudah tidak mempengaruhinya lagi. Biar pun dia duduk dipondok kecil berseorangan namun jiwa nya besar!

Kerelaan juga bukanlah bermakna kita perlu telan barang yang pahit yang memasuki rongga hati kita. Kerana Islam mengajar kita untuk membuang yang pahit itu andai yang pahit itu memudaratkan kita.

Kita kena ingat bahawa segala macam rasa yang menerjah hidup kita ini bukanlah atas permintaan  kita sebenarnya, tapi adalah rencana Allah untuk menguatkan kita. Mungkin sebab Allah nak kaffarahkan dosa lalu kita atau ianya sebagai ujian bagi menyucikan kita. Itulah rencana Allah yang dipanggil takdir!

Memang bukan kita yang memilih takdir tetapi takdirlah yang memilih kita! Begitu kata Salahudin Al Ayubi.

Sebab itu kita kena redha apa pun yang terjadi pada kita kerana ianya adalah sebahagian dari tuntutan keimanan yang perlu kita imani!

Kita tidak boleh berharap takdir yang baik itu sering mendatangi  kita kerana takdir merupakan hak Allah dan ianya perkara ghaib dan tersembunyi! Perkara yang kita dianjurkan untuk senantiasa bersangka baik pada Allah terhadap diri kita. Apa yang penting kita usahakan yang terbaik untuk kehidupan kita. Tidak hanya mengharapkan takdir menyebelahi kita.

Terkadang  memang kita merancang yang baik mengikut perkiraan kita tapi tidak disisi Allah, maka kita tidak berjaya.

Ada perkara, yang kita lakukan sesuai dengan kehendak Allah tapi sebab rencana kita salah maka kita gagal juga.

Sebab itu kita harus terus merencana sesuatu untuk menyesuaikannya dengan kehendak Allah dan insyaalah ianya akan berjalan baik.

Macam kita buat kerja dakwah ini, memang ianya sesuai dengan kehendak Allah tapi masih lagi tidak berjaya dalam mendaulatkan islam. Apakah kita gagal sebenarnya? Tidak! Sebenarnya Allah memang nak beri kemenangan kepada kita tapi masaalahnya kita masih tak cukup syurut nya lagi. Yakni syarat syarat kemenangan! Maka kita gagal lagi. Namun jangan kita kecewa malah kita  harus terus berusaha dan berusaha …

Sebab itu Jalan dakwah ini panjang.

Panjangnya bukan disebabkan isi dakwah itu panjang tapi adalah proses penerimaan manusia itu terhadap deen Ilahi itu mengambil masa dan hikmah Allah juga untuk  memberikan kebaikan pada para duat untuk mengumpul pahala dan membaiki syaksiyah kesabarannya!

Dan memang sabar itulah Syarat utama kemenangan! Sebab itu nabi kata kemenangan itu dekat! Sebab cukup saja syarat, menanglah kita.

Bolehkah kita sabar? Inilah persoalannya.

Bila tak sabar, disitulah kita rasa pahitnya! Sempit nya hidup dan sesaknya nafas!

Sepertimana kita menghadapi problematika rumahtangga. Pelajaran. Pekerjaan dan kehidupan ini!

Seperti aku yang menulis disini.

Memang sebolehnya aku ingin mencoretkan tinta tinta hati ku setiap hari buat kamu yang sentiasa pejam celik di sini kerana rasanya disini adalah secebis dari beebrapa tanggungjawab yang harus aku laksanakan.

Aku ingin kamu semua mendengar laungan dakwahku dari suara jiwa ku ini  agar kita sama sama  dapat membersihkan wajah hidup kita dalam wudhu’ mujahadah yang tak pernah putus!

Aku juga  kepingin untuk melihat hati kita semua yang musafir ini terbang kelangit dan terpaut disana dan tidak terpaut dibumi ini yang mengiorkan ini. Maksud ku aku ingin kita semua mencintai Islam dan dakwah ini melebihi mencintai dunia yang amat melalaikan kita ini. Tapi apa daya aku? Mungkin ada yang menerimanya dan tak mustahil ada yang mencebik bibir membaca penulisan aku ini!

Meski pun begitu, aku tak boleh berhenti kerana ini adalah sebahagian dari rencana ku yang  mungkin masih lagi belum bertemu dengan rencana dan kehendak Allah untuk dijayakan!

Paling pasti, sekurang kurang aku telah berusaha menjadi penyampai pesan Rasul melalui penulisan aku dengan semampunya.

Insyaalah aku akan terus mentautkan semangat semangat ku dengan kamu selagi kakiku masih dibumi  dan jari jemariku masih mampu untuk digerakan dalam mencari redha Tuhanku disamping untuk aku menghabiskan kitar waktu usia ini dalam menuntun masuliyah dakwah Tuhanku.

Aku tahu kerja ku bukan kerja biasa! Sebab itu aku harus terus merancang dan merancang dengan semangat yang membara dari lidah dan hatiku supaya kumpulan kata kata ku tidak menjadi kumpulan kata yang kering dan gersang serta harapan yang dingin! Tapi adalah lahir dari gelombang jiwa ku yang bergetar untuk  kita sama sama  percikan rindu untuk menyampaikannya kepada Allah kerana andainya kita ” benar”  dengan Allah, nescaya kita dapat rasakan bahawa  rindu kita pada Allah tidak akan pernah selesai.

Aku tidak mahu kita semua terlambat memahami makna rindu dan memberikan kerinduan itu pada Allah! Kerana jika ini terjadi penyesalannya pasti tiada berpenghujung.

Sebab itu Nabi sering berpesan supaya kita senantiasa mengingati perhentian terakhir  dari kehidupan  ini untuk kita merancang dan menjadikannya sebagai check and balance kita supaya rasa cinta kepada hidup ini akan pupus  dari merasuk dibenak kita yang akan membuatkan hati kita terus lekat dibumi dan melupakan langit tempat ruh kita berkumpul!

Sekadar itu yang mampu aku lakarkan disini.

Doakan aku terus thabat dijalan ini dan buat dirimu, doa ku tidak akan pernah berhujung ! Semuga kamu semua dipertemukan dengan kekuatan yang boleh mengubah diri menjadi insan soleh yang dekat dengan Tuhan.

Muharrikdaie – menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

16 responses to “yang pahit itu bukan untuk ditelan

  1. mahiran binti mohd nor June 4, 2011 at 3:02 am

    artikel ni bestlaa…teruskan usaha dakwahmu…kita semua adalah pendakwah..disamping muhasabah diri

  2. ina June 3, 2011 at 11:07 pm

    ‘Mata yg tidak akan disentuh oleh api neraka adalah mata yang sering menangis kerana Allah’

    amat terkesan..
    benar..jika hati keras seperti batu, tidak akan mengalir air mata kerana Ilahi..
    sungguh..

    terima kasih atas coretan ini..

    ana jadikan blog akhi, blog yang ana kunjungi tiap hari
    moga peroleh kekuatan dan momentum semangat itu kekal dan tidak merudum jatuh dimamah ujian dan dugaan

    insyaAllah
    teruskan menulis menggerakkan jiwa2 kerna ia amat membantu diri ini.

    moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk terus kekal atas jalan ini.amin~

    • muharrikdaie June 20, 2011 at 11:04 am

      Ina – terima kasih atas sokongan dan ziarah serta semangat untuk saya menulis. Mohon doa dari anti untuk diri ini agar terus berada dalam keimanan hingga akhir hayat.

      Mahiran – terima kasih atas pujian dan pujian itu sudah tentu kembalinya kepada khalik yg mencetuskan ilham buat saya menulis. Hanya satu pinta saya. Doakan saya agar terus tsabat dijalan dakwah ini dan mati dalam iman kepada Allah!

  3. zahra April 15, 2011 at 9:30 pm

    may i copy this text?

  4. ummu March 9, 2011 at 1:41 pm

    assalamualaikum ..mashaAllah,
    subhanallah.mengalir air mata ini..
    mengenang kekhilaafan diri
    syukran jazilan ya akhi

  5. MD March 8, 2011 at 9:50 pm

    “Semuga kamu semua dipertemukan dengan kekuatan yang boleh mengubah diri menjadi insan soleh yang dekat dengan Tuhan.”

    Amin3 ya Rabbal a’lamin…

    semoga tsabat, insya’Allah

    jazakallahu khoir

    • muharrikdaie March 10, 2011 at 3:59 pm

      MD – Semua kita semua thabat dan terus bermujahadah mencari kekuatan diri.
      Ummu – Mata yg tidak akan disentuh oleh api neraka adalah mata yang sering menanggis kerana Allah. Insyaalah ummu mari terus kita membaiki diri menjadi mukmin yg matang dan sering melakukan pengislahan insyaalah. TQ kerana sudi kesini.

  6. wannuraishah March 6, 2011 at 8:57 pm

    Subhanallah. Sangat terkesan.

    “Sebab itu Jalan dakwah ini panjang.

    Panjangnya bukan disebabkan isi dakwah itu panjang tapi adalah proses penerimaan manusia itu terhadap deen Ilahi itu mengambil masa dan hikmah Allah juga untuk memberikan kebaikan pada para duat untuk mengumpul pahala dan membaiki syaksiyah kesabarannya!”

    Doa agar saya, anda dan semua daie terus tsabat. Amin Ya Rabb..

    *Perlu usaha lagi. Insha Allah, syukran atas perkongsian.

  7. reader March 2, 2011 at 6:16 am

    Salam..
    “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekuatan utk beramal dgn amalan-amalan insan2 yang hebat dan mulia di sisi Mu ….”

  8. muharrikdaie February 28, 2011 at 2:23 pm

    Akhwat dan ana ~ Both of u …terima kasih kerana ziarah saya.

  9. akhawat February 27, 2011 at 3:06 pm

    kemanisan dakwah itu hanya dirasai oleh ikhwah/akhwat yang rela mewakafkan dirinya menegakkan deen…
    air mata yang menjadi teman di sepanjg jalan asing ini sebenarnya ubat rindu kepada Allah…
    moga thabat..istiqamah…ameeen ^^

  10. anazahra February 27, 2011 at 9:26 am

    Jazakumullah khair akhi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: