…diantara package seorang da’ie


Sering mereka bertanya kepadaku, ” Apakah package untuk menjadi suami yang mithali didalam Biatul dakwah ini?”  Jawaban ku, ” kamu mesti ada cinta rindu dan cemburu!”

Tanpa cinta rindu dan cemburu kamu tidak mungkin dapat lengkap melengkapi dan menstabilkan rumahtangga itu. Kamu mungkin tidak dapat merasakan at tajaazuh al fithri yakni naluri saling memiliki attraction atau daya tarik dan saling memerlukan!

” Apa pulak package untuk menjadi isteri yang solehah?” Jawaban ku tetap sama. Kerana dengan cinta rindu dan cemburu itu kamu akan dapat mempertahankan hayat dakwah seorang lelaki dipersada perjuangan ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa di belakang lelaki hebat pasti dibayangi oleh seorang wanita hebat!

Tidak perlu aku ungkapkan contoh dari sejarah dan sirah kerana ianya adalah merupakan satu kemestian dijalan dakwah ini dan engkau wanita adalah mataair bagi dahaganya seorang pejuang!

Apa pula jika sebaliknya? Punya isteri hebat dan suami yang tak hebat?

Sudah semestinya lama kelamaan kedua duanya akan futur dijalan ini kerana proses ujian didalam rumahtangga lama kelamaan akan berat dan bertambah berat apabila beranak pinak dan penuh dengan kesibukan dan tanpa kehebatan dan daya juang yang tinggi kefuturan itu pastinya berlaku…..nauzubillah!

” Da’ie akhi?” Bagaimana pula? Apakah yang diperlukan sangat sangat oleh seorang da’ie?

Suatu hari terlantun suara murabbi aku. Aku terbisu. Sedangkan dalam hati aku, jawabnnya tetap sama.

” Ana dah tahu jawaban anta kerana jawaban itu ada dalam diri anta.” sambung murabbi ku.

Aku tak tahu apa yang bermain didalam benaknya tapi aku tidak pula bertanya, apakah itu juga yang dia fikirkan ….

Memang mudah mendakwahi manusia namun untuk mengikat mereka terlalu sukar jika kita tidak memasukan  ‘rasa’. Kerana ‘ rasa’ itulah rencah kepada cinta. Dan rasa cinta itulah yang akan mengeratkan dan mengakrabkan dua hati untuk sama sama menyusuri onak dakwah itu hingga keakhirnya. Cinta itulah yang akan melahirkan ukuhuwah, ketaatan dan thiqah antara murabbi dan mutarrabi!

Ramai murabbi terlepas pandang perkara ini. Ukurannya mudah. Ada yang meninggalkan kita setelah bersama bertahun tahun  disebabkan kita tidak memiliki aura cinta ini meskipun berbakul bakul kita lafazkan bait bait cinta kepada mutarabbi kita tapi akhirnya mereka ghaib juga dari hidup kita dan meninggalkan kita berdiri sebagai seorang perindu kerana mereka tidak dapat merasai kecintaan kita terhadap mereka!

Sedikit pun mereka dan kita tidak merasa rindu biarpun sebelumnya kita berjamaah bersama. Makan dalam talam bersama. Tidur bersama dan berbagai bagai lagi kebersamaan yang pernah kita lakukan bersama mereka. Tapi cinta kita dan mereka tidak lekat dihati. Tidak lekat didinding jiwa. Mengapa ya?

Jawabannya ialah kita hanya menyintai mereka hanya didalam halaqah sahaja. Mengambil berat tentang mereka hanya didalam halaqah sahaja. Jiwa kasih kita akan terhenti disitu dan disitulah Allah hentikan ukuhuwah kita! Inilah puncanya.

Begitulah  juga rasa cinta dan rindu kita terhadap kerja kerja Islam ini!

Kita hanya bersungguh bila disuruh, diarah dan dikerahkan!  Bila hanya ada program yang ditakwimkan sahaja. Tapi selepas itu kita terbang dan hilang membawa diri masing masing sehinggalah datang program seterusnya. Lihatlah sendiri wahai ukhti dan akhi kusayang, Pabila beg beg usrah dan nota nota usrah tidak dibuka selepas  halaqah hinggalah dibuka kembali bila pertemuan pada minggu atau bulan seterusnya. Dan tidak lansung kita peduli apa yang kita tulis untuk  difollow-up atau dibaca kembali. Begitu juga mutabaah2 amal kita. Bila sudah dekat hari usrah, barulah kita cuba untuk melaksanakan tugas! mana mungkin kita nak muntijahkan halqah kita jika itulah sikap kita. Mana mungkin Islam itu akan menang dan akan memerintah jika rasa cinta itu tidak kita berikan keseluruhannya!

Akuilah! Memang kita tidak pernah langsung untuk bersungguh sungguh. Kalau bersungguh pun hanyalah bersifat sementara. Tidak berterusan. Inilah yang ku katakan ianya berkait rapat dengan perasaan kita. Rasa cinta kita dan kasarnya jiwa dan hati kita.

Adik adikku

ingat lagikah kita waktu kita ditarbiyah seawal kita mengenal islam dulu oleh murabbi kita tentang ‘ ruhul hayah” dan ‘ ruhul dakwah ini?”

Benar!

Cinta itu adalah ruh kehidupan dan cinta juga adalah ruh dakwah.

Cinta inilah yang akan menghidupkan. Akan mengikat. Akan mengelorakan. Mengarah dan mengerahkan. Serta memerdekakan kita dari penjara nafsu dan syahwah serta dunia yang mengelirukan.

Benar kata Nabi, bahawa jiwa jiwa manusia bagai sebuah batalion tentera yang dikerahkan. Bila saling mengenali, akan terikat kuatlah ia. Tapi bila saling tidak mengenali akan bertikailah ia.

Justeru itu kita harus tanamkan rasa cinta sesama kita didalam hati. Kena tanam rasa cinta untuk terus memberi komitmen dalam setiap program program dakwah kita. Kena tanamkan rasa cinta didalam setiap amal amal fardi kita. Kena tanamkan rasa cinta kepada jamaah sebagai platform kita ini. Menyumbang. Menginfaq dan berbagai lagi sebagai penerusan untuk menghidup dan mengaktifkannya sebagai wadah menuju khilafah ini.Bukan mudah, kerana cinta dan ukuhuwah itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit!

Sanggupkah kita melihat diri kita mewah dengan kehidupan tapi jamaah kita miskin dan terangkak rangkak untuk bergerak. Sanggupkah kita bersenang lenang membuang waktu dalam bersantai sedangkan jamaah tercari cari postur2 tubuh kita untuk berkhidmat untuknya. Sanggupkah kita mempunyai nilai wang yang berjuta didalam akaun tapi jamaah menjadi pengemis, meminta kesana dan kesini dan mencari sponsor untuk mengadakan sesuatu program untuk memantapkan iman kita terhadap Allah.

Bilakah akan datang kemenangan itu? Apakah itu yang kita nak tanya pada qoid ( pemimpin) kita sepertimana  sahabat bertanya pada nabi setelah sahabat berkorban 100% untuk islam yang mana memang wajar mereka bertanya tapi masih lagi Rasul mengatakan bahawa umat sebelum mereka lebih hebat lagi ujian dan pengorbanannya sehingga kepala mereka disikat hingga keluar daging dan mati dijalannya!

Sebab itu duat terdahulu makin kuat dan tidak lagi pernah bertanya lagi akan kemenangan setelah mendengar lafaz Rasul itu. Mereka terus kuat dan kuat. Tidak rapuh dan lemau didalam perjalanan ini seperti kita yang bagai Pak pandir ini!

Tiap detik mereka bina cinta mereka sehingga terbit rasa rindu diufuk jiwa mereka akan hari akhirat. Rindu syurganya. Rindu bertemu denganNya.

Mereka saling berlumba dan cemburu mencemburi sesama mereka didalam amal dan didalam berinfaq dijalan ini sehingga mereka dapat rasakan bahawa diri mereka dan segala yang mereka miliki bukan hak mereka lagi!  Begitulah jika cinta itu telah benar benar dibumikan didalam hati mereka dapat mengubah segalanya hingga rintangan dan ancaman menjadi sumbu kejayaan!

Sepatutnya begitulah kita yang telah semakin tua diperjalanan ini. Janganlah sehingga menunggu kerahan baru bergerak. Diminta baru memberi. Diarah baru boleh beramal dan masih memerlukan borang mutabaah untuk menghubungkan diri dengan Allah. Tidakkah kita rasa macam budak Tadika lagi? Masih menggunakan segala sistem dan peraturan untuk bergerak.

Ada benarnya kata Yusuf Alqardhawi bahawa jika cinta dan kasih sayang telah mempengaruhi relung kehidupan, niscaya manusia tidak lagi memerlukan keadilan dan undang undang!

Itulah yang perlu kita bina didalam tarbiyah Islam ini. Membina diri kita menjadi peribadi peribadi yang sarat dengan perasaan cinta melebihi diri sendiri. Kita tidak mahu membina gunung teori didalam kepala ini dengan maklumat maklumat dan kisah kisah sirah dan peribadi tanpa dapat kita apply dalam kehidupan berjamaah ini.

Selamat bermujahadah

Wallahuaklam.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

5 responses to “…diantara package seorang da’ie

  1. anazahra March 1, 2011 at 11:22 pm

    jazakumullah khair akhi..

  2. muharrikdaie February 24, 2011 at 11:30 am

    Kak Nor ~ Memang benar kata kak Nor. Thanks for sharing

    Tintahati ~ memng pincang andainya kita beriman mengikut mood kita lantas kita semakin jauh dari Allah.

    Thanks both of you kerana sudi bersama saya selalu.

  3. kak nor February 21, 2011 at 11:32 pm

    Assalamualaikum,

    ~mereka saling cinta-mencintai kerana Allah.
    ~perselisihan dan pertikaian disebabkan tidak saling mengenal antara satu sama lain.
    ~sedangkan kemarahan dan dengki menjadi mudah jika kita saling memaafkan antara satu sama lain….berkorban demi cintaNya jua.
    ~tapi bukan mudah, namundisitulah letaknya ketakwaan kepada Allah
    ~saling mengingat antara satu sama lain…muhasabah diri ini….terima kasih muharrik.

  4. tintahati February 21, 2011 at 10:46 pm

    setuju dgn muharrik daie..
    benar!cinta itu adalh ruh kehidupn dan ruh dakwah…
    benar!kdng2 udah berbakul2 bait2 cinta ditaburkan..
    memang bukan mudah untuk mengikat cinta…cinta kerna Allah
    sering saja disaring dan ditapis oleh Sang Pencipta…

    atau adakah di sana berlakunya kepincangan pd Sang Murabbinya??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: