Hanya sebaris rindu


Hanya sebaris rindu buat sesiapa yang punya cinta diqalbu …

…dan didalam kekangan waktu mencari redhaNya aku seperti kehilangan mencari cinta manusia selepas mencintainya!

Ketika cinta laluku kembali menghadirkan wajahnya,  kulihat alam ikut bersedih melihatku.

Sememangnya dia telah berpunya. Dipunyai sang dunia yang datang tiba tiba

…dan aku kembali menjadi  pencinta gila yang berharap menemukan anggur kasihnya menyemburat disekeliling nafas hidupku!

Seharusnya aku perlu menghidupkan sebuah kehidupan yang mulia sebagai jalan mencarinya diakhirat sana.

Ketika waktu menghadirkan kesejatian, lalu mengajak ku bertanya kenapa aku harus terus menarikan huruf cinta melingkar lingkar merangkaikata mengenangkannya?

Sedangkan Tuhan telah menurunkan sekeranjang buah keharuman jiwa dihadapanku untuk aku menebarkan wangian  keabadian itu untuk manusia menyedutnya.

Ketika waktu kembali bertanyakan pada ku.

Menanya kesungguhanku.

Akankah aku tempuh jalan kesucian ini dan akankah ku larikan jiwaku ini dipadang alam menumpah sujud sujud ku dan merengkuh malam malam dakwahku sampai jiwaku terengkuh dalam dakapanNya?

Memang aku mengharapkan Dia menebarkan hawaNya disekeliling nafas hidupku untuk menyedarkan aku bahawa jalan kesucain yang kutempuh ini akan memberi ilham jari jemariku menari kan tulisan menanamkan benih kesejatian dan kuharap dari karya yang sederhana ini bisa menghilangkan kegelisahan jiwa jiwa manusia!

Dalam menengok dunia yang serba sepi ini, dapat aku fahami bahawa cinta yang agung itu sebenarnya ialah sentiasa memuliakan jiwa dalam ketulusan dan semangat yang mengelora untuk senantiasa menghadirkan diri dihadapan Sang hidup yang terus hidup …

dan dalam sebaris rindu ini aku mengharapkan dalam detik hati nya sudi untuk bertemu ku disana … mungkin!

muharrikdaie ~ dalam dakapan senja

11 responses to “Hanya sebaris rindu

  1. angah February 11, 2012 at 2:31 am

    my fren told me “Let bygone be bygone”… yup! masa silam mmg kita x kan lupa tapi kita x leh terus terikat dgn kisah silam… insyaAllah akan ada jalan bahagia buat setiap hamba Allah yg benar2 ikhlas mencari redhaNya… jalan dakwah mmg x sunyi drpd ujian. mmg banyak likunya hatta soal hati juga salah satu ujian buat insan yg meletakkan dirinya di jalan dakwah. telah byk contoh yg daku lihat ketika di kampus hinggalah kini. sahabat2 yg dulunya aktif dalam kerja2 jemaah, kerja2 dakwah di kampus kini kian menghilang. alasan plg femes…”busy kerja… x sempat r…. x pe. x aktif bukan x sokong. dlm doa x penah lupa… dah ada tanggungan ni lain. bujang bolehla aktif… n mcm2 lg…” dan itu juga yg berlaku pd diri ini. setelah diuji dgn kegagalan rumahtangga, mmg x aktif lgsg kerja2 jemaah. sedih mmg sedih tapi blm ada kekuatan utk aktif sperti dulu kerana byk tuntutan kehidupan yg perlu diselesaikan sbg anak, ibu, pelajar dan pekerja.. insyaAllah 1 day akn kembali aktif…. jadi utk sahabat2 yg hatinya tak pernah padam utk teruskan jihad yakni kerja2 dakwah, teruskan. jgn putus asa. jgn sedih bila diuji kerana ujian itu Allah dtgkn kerana Allah sgt rindu pd kita….

  2. niena June 22, 2011 at 12:17 am

    xmampu nk ckp apa2

    Akankah aku tempuh jalan kesucian ini dan akankah ku larikan jiwaku ini dipadang alam menumpah sujud sujud ku
    sgt2 brmakna..

    • muharrikdaie June 28, 2011 at 9:04 pm

      ….insyaallah ianya bermakna jika kita dapat laksanakan ubudiyah itu yg sebenarnya. Sujud yg bekan hanya erti sujud diwaktu solat tapi sujud terhadap segala bentuk ubudiyah kepadaNya … jazakallah kerana sudi komen.

  3. mujahidah February 25, 2011 at 7:13 am

    salam,

    kalau baca entri2 yg lalu, kenapa ana rasa bukan takde siapa yg sudi menjadi suri akhi di jalan dakwah ini..hurmm

    tapi memang fitrah manusiakan…bila perasaan tu pernah tersentuh oleh seseorang, bukannya sehari dua untuk melupakan. kalau dah melupakan pun pasti akan teringat semula. tapi insyaAllah..ada yg lebih baik Allah janjikan untuk akhi nanti..

    yakinlah..

    • muharrikdaie February 25, 2011 at 4:13 pm

      Mujahidah ~ Rasanya taklah macam tu, Kalau ya pun biarlah masa yang merawatnya namun kena gunakan kematangan dan sifat positif untuk menguasai diri. Hidup ini amat singkat untuk perkara yang tak membuahkan amal. So terus berjalan menuju akhirat kerana disana lebih pasti bertemu yang berhati suci! Insyaalah kan mujahidah?

  4. muharrikdaie February 24, 2011 at 8:14 am

    Syair qalbi – Hati ku tidak pernah terkunci. Jika terkunci pun, boleh dibuka oleh sesiapa yang menyintai dakwah dan bersedia untuk berjalan dijalan sukar ini! Namun tiada lagi yg sudi!

    Nuurhati – banyaknya awak komen hingga tiada space utk org lain. hehehe. Peminat setiakan….

    Hai kak nor – doakan saya ok.

    Khadijah – insyaalh saya akan tulis selalu dan akan beri inspirasi buat awak. doakan saya,

  5. khadijah February 20, 2011 at 1:23 pm

    teruskan menulis & memberi inspirasi pada kami

    -mutarabbi maya~

  6. kak nor February 17, 2011 at 4:35 am

    jazaakallahu khaer …semoga Allah membalasmu dengan kebaikan, InysaAllah

  7. nuurhati February 16, 2011 at 11:33 am

    bukan dah tekad ke nak jumpa dia disana??
    insyaallah! ayuh! buat kerja sungguh2! himmah sahaja tak cukup kan? ruhi kena mantap..klu tak pasti tak dapat melihat masalah itu ibarat nyamuk yang datang dan pergi.. insyaallah! terus mujahadah! teguhkan hati kami ya robbi!

  8. syair qalbi February 15, 2011 at 9:14 pm

    ada seorang teman menasihatkan ku… seandai masih belum dilepaskan sepenuhnya apa yang dilalui silam.. teramat payah untuk hati itu menerima sesiapa ..bagaikan pintu terkunci

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: