kemenangan itu senantiasa bersama kita


Lama tak membebel di blog ini.

Ada juga sorang dua kawan kawan yang rasa sunyi. Tertanya tanya bila lagi aku nak update! Terima kasih pada kamu, sorang dua kawanku. Memang aku sayang kamu. Jika seluruh dunia ini tidak mahu membaca blog aku dan hanya tinggal kamu sorang  berdua saja! Pastinya aku tetap akan terus menulis ….

Ada juga yang nak aku mati cepat! heheheh. ” Akhi mana lama menghilang? Email. SMS. Call. Semua tak berjawab. Ingatkan anta dah mati syahid?’  Amin. Amin. Amin ya Allah. Jika itu kehendakNya.

Nak bagi alasan ke sebab aku tak menulis?

Sebelum aku beri alasan, aku tak naklah bagi alasan macam alasan teman blog yang pernah menjadi sumber inspirasi aku dulu! Bila jarang dia mengupdate, dia akan selalu mengatakan bahawa dia tidak mahu menulis kalau tak ikhlas. Dia juga selalu beralasan mengatakan dia terlalu hectic dengan hidup hariannya. Dia juga pernah berkata ‘ buat apa ana tulis akhi kalau tulisan ana tak sampai ke hati orang lain!”

Bagi aku semua alasannya adalah gurauan semata. Sebenarnya dia ada idea namun terkadang menulis ni sukar untuk menyusun kata. Apa lagi bagi dia yang sering moody!

Apa tidaknya! Bagaimana kita nak tahu kita ikhlas ke tidak kalau kita tidak menulis. Ikhlas ni satu perkara yang amat subjektif kerana sampai saat ini pun kita tak tahu  apakah kita  ini ikhlas! Kata ulama’, kalau kita rasa kita ikhlas, memang kita tak ikhlas! Ikhlas ini hanya Allah yang tahu. Mungkin satu saat orang melihat kerja kita macam tak ikhlas tapi hakikatnya memang kita ikhlas kerana kita rasa tak pernah pun kita nak tunjuk kat orang atau nak tonjol diri. Sebab tu dalam apa pun amal kita, buat dulu dan biar keikhlasan itu berbicara dengan dirinya!

Alasan keduanya, sibuk! Tidak dinafikan kesibukan itu memang dipunyai oleh setiap petugas islam! Seperti selalunya alasan ini lebih kepada kita menonjolkan kelemahan kita kerana tidak pandai mengurus masa! ( kadang terjadi jugak pada diri aku yang lemah ini )

Alasan ketiganya, dia takut tulisannya tak sampai kehati orang lain. Alahai sayang, ini buikan kerja kita. Kerja kita hanya menulis dan menyampaikan dakwah ini dan untuk menyampaikan kehati manusia lain itu adalah hak Allah. Apalah ada kuasa pada kita! ( Aik! dah jadi murabbi pun fikrah kita masih begini? Kena check balik ni)

Memang aku lama menghilang. Banyak perkara penting harus diselesaikan. Selagi Islam masih lemah dan tak berdaya, selagi itu kita harus terus bekerja dan bekerja demi untuk menguatkannya.

Aku tidak mahu berteori tentang islam. Apa lagi untuk beralasan untuk menunaikan haknya! Kemenangan akan semakin jauh jika kita banyak berehat dan beralasan! Selagi mana kita terdaya, Taffadhal. Teruskan. Jangan rasa lemah dan letih sehingga Allah turunkan kemenangan buat kita atau pun syahidkan kita diwaktu kita sedang berhempas pulas melawan nafsu dan memerangi keletihan dalam menegakan panji panjinya.

Kita tidak bersemangat untuk terus bekerja sebab kita tak yakin janji Allah. Tak yakin bahawa syahid itu sentiasa mengintai intai para pejuang agamanya hatta waktu kita ingin melelapkan mata untuk mendapat kerehatan untuk menyambung perjuangan esoknya.

Kefuturan kita dalam berjuang bukan kerana kita tidak faham akan nilai amal kita tapi adalah kerana kita terhijab untuk menghayati ‘ pembalasan Allah’. Tahap keyakinan kita pada ‘ Judgement Day ‘ itu  masih 3rd class lagi. Sebab itu kita sukar untuk bersungguh sungguh dalam kerja islam ini ketimbang keyakinan kita terhadap ganjaran bagi kerja dunia dan kerjaya kita ataupun belajar untuk menjadi doktor atau engineer atau apa sekalipun yang berupa dunia!

Memang  kerjaya dan pelajaran adalah yang pertama dalam hidup kita tapi pastikan bahawa dakwah bukanlah yang kedua! ( sukar ke nak faham?)

Begitulah kita. Kita yang kita rasa  tidak tergantung pada dunia ini! Padahal yang sebenarnya kita masih lagi berpaut pada ranting dunia yang rapuh ini.

Pernah seorang kakak ini menegur aku, ” Aku cemburulah tengok kamu ni Mal, tak pernah letih letih! Tak usahlah kamu nak senyum dengan aku kerana aku tahu senyum kamu tu tak sampai kemata. Senyum yang dibuat buat. Senyum yang tak sempurna. Senyum yang menyembunyikan 1001 persoalan hidup!”

” Kak Long, tentu kak long tahu akan kehidupan saya ini kerana kak long lebih senior dijalan ini. Bukankah hidup dijalan dakwah ini bagai seorang tentera dimedan perang yang senantiasa menerima arahan. Arahan yang tak pernah habis. Memang tak mampu nak senyum betul betul!” Jawab aku.

Memang begitulah jika  tingkatan kefahaman kita dijalan ini semakin menaik dengan izin Allah. Setiap kali warisan pengetahuan  kita tentang tanggungjawab dakwah dan tentang hari akhirat. Tentang ‘ reward and punishment’ yang akan kita terima dengan penuh keyakinan bertambahlah pula ketakutan kita kepada kehidupan ini. Orang yang tidak mengenal akan hari akhirat dengan sepenuh keyakinan pastinya tidak akan dapat merasakan begini.

Akhi

Sepertimana yang selalu aku sebutkan disetiap pertemuan kita  bahawa hal yang paling aneh dari fenomena tangga kefahaman sorang da’i yang benar benar komited dengan kerja dakwah ini ialah ia tidak mengenal batas akhir didalam kerjanya! Sebab ianya teramat nikmat  bagi jiwa yang amat sukar dilafazkan! Atau aku analogikannya  seperti dahaga yang tidak terpuaskan. Meski kita minum dari mata airnya yang segar, niscaya rasa manisnya akan terus mengajak kita untuk terus meneguk kesegarannya lebih dalam lagi.

Orang diluar circle kita tidak akan nampak dan merasainya andai mereka tidak benar benar meng intima’kan diri dijalan ini. Mereka nampak kita macam paksa diri atau nampak kita macam terpaksa menjadi da’i namun hakikatnya mereka tidak tahu bahawa disinilah ruang kita untuk mempertahankan kemuliaan kita sebagai makhluk yang dimuliakan Allah melebihi malaikat!

Ramai bertanya pandangan aku tentang isu Mesir. Apakah daulah islam semakin hampir? Atau kemenangan kita semakin dekat?

Memang aku bukanlah orang yang layak untuk menjawabnya, melainkan ulama’ ulama’ haraki dan  pimpinan Ikhwanlah yang lebih tepat untuk memberi pandangan dan jawaban mereka.

Namun bagi aku, apa yang aku faham dari sejarah terdahulu walau sebesar mana pun kebangkitan rakyat tapi jika kebangkitan itu hanyalah pada semangat untuk menukar pemimpin dan tidak kepada menukar sistem thogut ini kepada sistem Islam, tidak akan menguntungkan apa apa untuk islam ini malah kebangkitan rakyat ini juga akan membuka seluas luasnya ruang bagi para kafir dan munafiqin untuk menangkap saudara saudara ikhwan kita yang tidak bersalah malah mereka menggunakan isu kebangkitan ini sebagai jalan untuk mereka menghalalkan dendam kesumat mereka kepada jamaah islam diseluruh dunia.

Janganlah kita dibodohkan dengan kebangkitan ini! Dan merasakan daulah islam akan terwujud dengan kebangkitan ini! Kita dicaturkan dan dimainkan oleh barat melalui demokrasi ciptaan mereka. Pilihanraya ciptaan mereka. yang telah diatur untuk kepentingan mereka. Selagi kebangkitan ini disokong oleh Amerika dan sekutunya, selagi itulah ada agenda yang tersembunyi. Ada udang disebalik mee dan ada babi disebalik yong tau fu!

Kita kena bijak membuat analysis melalui sejarah lalu. Dimana mana saja. Turki. Mesir. Sudan yang mana bila kita telah menguasai, mereka juga yang menjatuhkan. Sesungguhnya bagi kita yang memahami tabiat jalan ini sentaisa sedar bahawa kemenanagan senantiasa bersama kita meski zahirnya kita tidak dapat lagi berpayung kepada daulah Islam. Namun hakikatnya kita telah menang. Sepertimana sahabat bertanya kepada rasul ” Bilakah kemenangan itu ya rasullulah?” Dan jawab oleh Rasul, ” Sesungguhnya kemenangan itu amat hampir.” Memang kita hampir kepada daulah itu! Cumanya belum diizin oleh Allah kerana lembab dan lemahnya kita berjuang yang masih belum cukup syurutnya lagi.

Teruskan berdakwah, menyeru dan mentarbiyah. Insyallah. Yakinlah. Inilah jalan kita. Jalan sunnah. Jalan asli yang teramat panjang dari usia kita! Jalan yang telah diterokai oleh Rasullulah selama 23 tahun hingga tertegaknya daulah Islam. Bukan jalan politik kepartian ciptaan penjajah. Jalan yang banyak sekali memecahkan ummah. Jalan fatamorgana yang disukai manusia moden ini. Jalan pintas yang memusnahkan fikrah ummah sehingga mereka menolak jalan yang kita lalui ini ….

Wallahuaklam.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

9 responses to “kemenangan itu senantiasa bersama kita

  1. nuurhati February 16, 2011 at 11:26 am

    dush! tertusuk! “fenomena tangga kefahaman sorang da’i yang benar benar komited dengan kerja dakwah ini ialah ia tidak mengenal batas akhir didalam kerjanya!”

  2. muharrikdaie February 10, 2011 at 4:13 pm

    s-mt ~ Tolong doakan saya agar dipermudahakn kehidupan saya ini dan diberi ruang masa untuk terus menulis dan mengerakan jiwa saya dan kamu. Insyaalah lain kali kalau bukak tak ada, bukak tak ada ….bacalah previous post. Banyak lagi yang belum dibaca rasanya! Terima aksih kerana ziarah

    Ghuraba’ ~ Kira nya kamu sering rasa jauh dengan akhirat, maknanya Allah masih terus meemlihara kamu didalam redhaNya. teruskan bermujahadah. Insyaalah. Tolong doakan saya agar diberi ilham untuk menulis. Terima kasih kerana ziarah.

    Kak nor ~ insyaalah kak nor. Semuga kita menjadi ummatan wasatan umat pertengahan yang didalam redhanya. Doakan saya kak nor agar diberkahkan kehidupan ini. terima kasih kerana ziarah

    Kuek ~ cepat lupa cepat ingat tak apa. jangan cepat lupa lambat ingat!

  3. muharrikdaie February 10, 2011 at 4:05 pm

    Daie ~ Insyaalah sang daie. Aku akan terus menulis meskipun sekali sekala aku amat terasa kehilangan sumber inspirasi aku. Aku harus tabahkan hati demi syurga yang mahal itu untuk pertemuan itu ….Doa kan aku dalam rabitah mu selalu dan semuga kamu juga bahagia dan terus konsisten dijalan dakwah ini. Jazakallah kerana masih sudi kesini lagi!

  4. ummi siti February 8, 2011 at 12:58 am

    Firman Allah SWT:

    “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah SWT dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah SWT menyatukan antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah SWT itu orang Islam yang bersaudara.” (Ali ‘Imran : 103)

    Semoga kita berjaya muncul dengan mengembalikan imej dan kredibiliti yang terpuji sebagai umat terbilang melalui paparan kehidupan berbudaya luhur dan sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama Islam yang suci.

  5. kuek87 February 7, 2011 at 2:34 pm

    apakah nikmat yg paling besar…. ustaz azhar berpesan… nikmat hok paling besor…klu org tanya kita ialah nikmat islam dan iman….. sekian terima kasih…..

    myb manusia cepat lupa… (mcm den)

  6. ghuraba' February 7, 2011 at 2:05 am

    dah lama tunggu akh update blog..
    sejak semester bermula terlalu sibuk dgn urusan dunia. terasa jauh dgn akhirat.. dan bila nak bergerak berbagai-bagai halangan timbul. ujian yg turun minggu ni sedikit melunturkan semangat, sgt menguji kesabaran diri. jzkk krn naikkan semangat ana balik.. reminders yg sgt berharga. semoga Allah memberi kekuatan kpd ana dan shbt2 utk thabat di jln ni dan terus berjuang. ana mahu melihat Islam ini tertegak kembali di bumi ini. moga bara tak pernah padam.

  7. s-mt February 7, 2011 at 1:55 am

    menanti nanti juga bila next post penulis
    bukak, takde..bukak lg, takde..harini bukak, alhamdulillah rezeki sebelum tidur

    semoga Allah terus menganugerahkan anta kesungguhan utk menulis, dan kita yang membawa hendaklah membuka hati seluas luasnya

    jazakallah

  8. daie February 6, 2011 at 4:27 pm

    Teruskan menulis. Kerana penulisanmu dapat menghidupkan banyak lagi jiwa-jiwa lainnya. Kerana syurga Allah itu tersangat mahal harganya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: