Akan ku sucikan jiwamu


Aku sedar, ada antara kita yang berhenti sejenak untuk mengambil nafas, sebelum kembali berjuang namun insyaalah bagi aku yang telah banyak mengunakan usia ini kepada dunia tetap akan teruskan jua kerana takut tak berkesempatan! Kerana usia kita amatlah pendek dan terhadnya, tidak seperti usia dakwah!

Usia dakwah ini memang panjang. Lebih panjang dari usia Salman Al-farisi 250 tahun.

Lebih panjang dari usaha nabi Nuh menyedarkan kaumnya 950  tahun lamanya!

Perjalanan dakwah memang melintasi zaman untuk kita seterusnya menyambung mendakwahi manusia dan merasai segala tribulasi jalannya dalam menoreh sejarah kehidupan kita ini sebagai hambaAllah.

Thabatnya kita dijalan ini bukanlah atas kekuatan kita sendiri tetapi adalah kerana  qudwah yang telah lukiskan oleh para da’i dan murabbi  terdahulu dalam kanvas  peristiwa dakwah  mereka yang lebih menghilu berhadapan dengan mehnah dan ujian serta ranjau ranjau dari berbagai sudut yang mereka alami lalu  membuatkan kita begitu teruja dan rindu untuk menemui mereka dipintu pintu syurga yang pelbagai maqam itu!

Kita yang masih hijau dan masih rapuh bagai ranting kering ini kian menuju penyempurnaan didalam setiap marhalah dan manhaj dakwah ini agar terus relevan dengan zaman kita dalam melalui mihwar mihwar berikutnya.

Meskipun tujuan dari tarbiyah memang bersifat ” thawabit”  namun tidak menghalang dari kita  untuk cuba mentransformasikan  metode dan teknik tarbiyah agar ianya beragam dan relevan dengan generasi baru supaya sesuai dengan kehendak jiwa mereka.

Memang mudah dakwah dizaman ini ketimbang sewaktu zaman 90an dulu. Hanya perlu dimenfaatkan sahaja!

Tapi adakah kita menfaatkannya?

Hanya orang yang merindui syurga sahaja yang mengambil kesempatan ini.

Memang tidak terlawan kita dengan jiwa dan kesungguhan duat terdahulu yang sentiasa  ‘ mentasbihkan cinta’ mereka kepada dakwah ini hingga tercabik cabik tubuh mereka ditusuk duri duri ujian yang melingkari kehidupan mereka. Biarpun begitu, mereka tidak kikir lansung untuk memberi tubuh dan jiwa mereka kepada dakwah kerana mereka tahu dakwah senantiasa lapar dengan keringat dan darah mereka sebagai makanan dan minumannya!

Apakah mereka tidak merasa sakit? Tidak merasa penat dan bosan?

Memang sakit selagi mereka dinamakan manusia. Memang penat kerana tubuh mereka juga seperti tubuh kita. Memang bosan kerana mereka juga punya perasaan dan kelemahan seperti kita.

Itulah dakwah yang terkadang kita “benci tapi rindu”.

Semua kita pernah melalui kebencian disaat kefuturan itu!

Namun akhi …justeru sakit sering mendatangi itu jugalah yang membawa kita rindu padanya. Alah bisa tegal biasa. Dan disinilah kehidupan kita untuk terus hidup.

Justru kita rasa bertambah sakit jika “sakit dijalan dakwah’ ini tidak selalu menemani kita! Hingga kita mengintai ngintai dan mencari carinya ….

Ada tika dan masa nya kita amat cemburu membaca cerita cerita  mereka!

Mereka tidak langsung mengiya iyakan waktu untuk dakwah ini.

Mereka tahu ‘sumpah‘ nya Allah kepada waktu bukanlah satu sumpah yang tidak penting. Mereka yakin bahawa dengan setiap apa yang Allah ‘sumpah‘ kan kepada makhluknya adalah makhluk tersebut memiliki kedudukan yang amat penting disisi manusia. Termasuklah waktu itu.

Alwaqtu huwal hayat ~ Alqardhawi

Dalam menjaga dan menfaatkan waktu inilah iman mereka senantiasa merekah menjadi amal amal dakwah yang dapat dimenfaatkan oleh ummah ini!

Mari kita sucikan akhi jiwa jiwa kita ini agar kita mampu bergerak dan menjadikan tribulasi dijalan dakwah ini sebagai hiburan kita …muga kita sentiasa tersenyum meski pun kita keseorangan dijalan ini!

muharrikdaie

Bangkok Thailand

6 responses to “Akan ku sucikan jiwamu

  1. kak nor February 11, 2011 at 10:54 am

    tersenyum di jalan dakwah ini, walau sendirian…moga kita tabah mengharungi arus kehidupan ini…dengan saling mengingati dan berpesan-pesan pada kebenaran…Alhamdulillah

  2. muharrikdaie January 12, 2011 at 4:23 pm

    Pengail kata _ terima kaish kerana komen.

  3. muharrikdaie January 12, 2011 at 4:00 pm

    Pensil kecil – Jalan dakwah dan umur dakwah itu panjang dari umur kita, banyak hambatannya sedikit pendokongnya. Oleh itu kita harus banyak pengantungan kepada Allah untuk terus thabat dan berusaha bersungguh sungguh melaksanakan masuliyah dakwah ini kerana kita adalah pilihannya dan peliharalah ruhiyah dan keakraban kita denganNya supaya tidak luntur dan futur kerana kefuturan seorang da’i itu teramat dekat jika kita melupakan Allah dan mengambil ringan dengan dosa …

    • akhawat masnah February 23, 2011 at 1:51 pm

      ana juga sangat2 se7…
      kitalah yang sebenarnya yang memerlukan dakwah ini…
      moga thabat..doakan ana juga dan sahabat seperjuangan…

  4. pengail kata January 9, 2011 at 12:00 am

    teringat kata2 syed Qutb

    “Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.. Tetapi apabila kita memkirkan kita ini hanyalah satu mata daripada mata-mata rantai yang panjang.. kita akan bergembira dan bersemangat..untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita.. dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda.”

  5. mylittlepencil January 5, 2011 at 10:57 am

    Assalamualaikum
    Salam dakwah.
    Ana cukup terkesan dengan ayat pertama entri ini.

    ‘Usia dakwah ini memang panjang. Lebih panjang dari usia Salman Al-farisi 250 tahun.’

    Umur dakwah ini kalau dikira lebih panjang daripada umur biasa yang saban tahun kita lalui, menyambut hari lahir tanpa erti yang lebih spesifik.

    Ana setuju, umur dakwah itu hakikatnya panjang. Panjangnya jauh tinggi melangit ke atas sana, panjangnya jauh ibarat kita membayangkan syurga di hadapan mata.

    Sepanjang umur dakwah yang ana lalui, lebih pahit dan lebih banyak kerja yang masih belum dibuat.
    Ini sudah cukup untuk menyatakan bahawa umur dakwah itu panjang !

    Dan bukankah umur dakwah yang panjang itu lebih bermakna ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: