disana aku membayangkan syurga itu


Keluarga dakwah.

Inilah yang  sering aku bincangkan bersama sahabat sahabat, bila mereka mula menyuarakan hasrat untuk merubah fasa kehidupan mereka!

Dan inilah  yang harus mereka renungkan sedalam dalamnya disamping mempersiapkan diri menghadapi suasana yang semakin mencabar  untuk mengelola madrasah keluarga dalam mengapai keberkahan disamping tidak meninggalkan tugas utama sebagai duat ini!

Disaat sahabat sahabat terapat dan seusia ku meninggalkan alam bujangan yang pasti tidak akan memeriahkan lagi  rumah bujang ku yang selama ini menjadi markas pertemuan program program dakwah kami, aku dapat membayangkan betapa beratnya mereka mengendong satu lagi beban amanah Allah yang harus dijaga dengan amat teliti.

Bagaimana mereka akan saling menguatkan dalam menghadapi kiprah kiprah dakwah disisi rumahtangga mereka.

Aku memahami sangat peribadi sahabat sahabat ku ini diatas kelemahan dan kekuatan mereka kerana mereka adalah mutarabbi  dan sahabat akrab ku yang hidup bertahun bersamaku yang telah biasa sejuk membeku didalam salju kesempitan dan panas membahang didalam kesusahan  dijalan dakwah ini.

Seboleh bolehnya, memang aku tidak mahu melihat mereka kefuturan selepas berkahwin kerana tantangan didalam perkahwinan terlalu rumit untuk dibicarakan.

Sebab itu aku selalu menasihati mereka supaya sentiasa mempersiapkan diri dengan ruhiyah, fikriyah, jasadiyah dan maliyah sebelum mnegharungi samudera perkahwinan kerana inilah unsur unsur yang akan menjadi penyebab kefuturan dan yang akan memangsakan dakwah itu sendiri!

Bagi ku berwalimah bukanlah hanya untuk memerdekakan nafsu seks yang tertunggak kemahuannya itu setelah  kesekian lama terkurung  didalam hukum ataupun sekadar menunaikan sebuah fitrah sebagai seorang manusia tetapi adalah untuk kita bercucuk tanam diladang amal yang lebih luas berbanding kita keseorangan dulu.

Kita ingin membentuk peradaban!

Sebab itu kita kena bersedia!

Kita tidak mahu persoalan persoalan remeh kejiwaan, permasaalahan materi atau kebendaan menjadi asbab luntur dan luluhnya rumahtangga muslim itu.

Ini belum lagi kita masukan permasaalahan  beranak pinak nanti, yang mana jika tidak ditangani dengan teratur akan menjadi impak besar dalam dakwah.

Memang tidak pantas dan tidak layak untuk aku membicarakan soal ini, kerana aku tidak punya pengalaman namun pengalaman menyelesaikan permasaalahan keluarga  dan conflict rumahtangga mad’uku sewaktu membina mereka dahulu yang terdiri dari pelbagai peringkat gender, usia serta warna, banyak menemukan aku dengan peristiwa peristiwa negatif didalam sesebuah keluarga dakwah itu.

Bagi aku, jayanya sebuah rumahtangga itu bukanlah pada hebatnya agama atau peribadi seseorang, kerana foundation rumahtangga  adalah terletak kepada kedua  mempelai yang akan mempraktiskan segala teori teori yang dipandang indah bagai sang pelangi  sewaktu sebelum berkahwin  dulu sedangkan realitinya untuk mengelola sebuah rumahtangga itu harus melalui satu teamwork yang amat tinggi paras kesabarannya! Setinggi beribu ribu kaki dari aras laut cabaranya.

Meskipun suami adalah pilot untuk mengarahkan destinasi rumahtangga itu tetapi dihadapan kokpit  rumahtangga itu juga memerlukan sang isteri untuk membantu menyelengara button button permasaalahan kerana rumahtangga yang hanya dikelola oleh suami sahaja tidak akan dapat mampu bertahan sendainya tantangan ujian menerpa.

Sebenarnya memang banyak berlaku permasaalahan didalam keluarga dakwah itu yang sepi dari pengetahuan kita, dek kerana kita  hendak menjaga maslahah dakwah dan jamaah , perkara ini terpaksa didiamkan saja yang boleh memburukan dakwah islam jika ianya terburai kepengetahuan umum!

Adakalanya kita  melihat ada antara sesebuah  keluarga dakwah yang masih hidup bersama  namun sifar dan kosong keghairahan dan semangat  kasih sayangnya walau  kedua duanya telah melalui proses tarbiyah sebelum kahwin dulu.

Memang dimata kasar kita, kita melihat rumahtangga mereka  berjalan baik dan cukup serba serbinya. Namun disebalik skreen kebaikan itu banyak terselindung berbagai permasaalahan jiwa, ruh dan kasih sayang hingga  berlaku kejenuhan.Boring. Bosan dan pelbagai perasaan lagi! Biarpun  dulu pernah kita cemburu melihat keakraban mereka. Makan bersama. Berprogram bersama tapi disatu sisi yang lain rupanya mereka  tidak ada kesatuan jiwa! Jiwa berkocak dengan seribu persoalan hingga menyedut haruman kasih sayang, mengontangkan  air kemesraaan cinta dari lubuk hati sekalipun masih mampu berpegangan tangan!

Memang tak dinafikan kita sibuk dengan mengurus hidup dan dakwah!

Itu kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi kerana kita sentiasa dipenuhi dengan kesibukan dan kesibukan. Tapi jangan kita lupa urusan menjaga rumahtangga kerana rumahtangga yang akan kita pertahankan ini tiada jangka waktu hujungnya selagi hayat dikandung badan. Dan masa yang lama inilah yang boleh mengikis sedikit demi sedikit ransangan cinta, jika tidak dipelihara dengan sebaiknya. Malah kalau diperhatikan  keluarga yang dikelola secara mekanik ini tanpa kreativiti akan melahirkan kejenuhan dan kebosanan hingga menumpulkan kasih sayang!

” Akhi, akak rasa kalau halaqah ni tak ada boleh jadi bisu dan gila akak.” Begitu, suatu hari seorang kakak meluahkan perasaannya pada aku. ” Akak bukan nak cerita aib rumahtangga akak tapi memang akak rasa boring sangat.” Teragak agak di ingin menceritakan pada aku.

Memang rasanya aku tidak perlu untuk ku menyambung dialog aku dan kakak ini yang berlarutan sehingga 20 minit ini tapi cukuplah aku katakan yang membuatkan kakak ini jenuh dan bosan ialah permasaalah komunikasi dengan suaminya yang didalam sebuah rumahtangga ini amat penting. Mera’ikan isteri dengan menjadi pendengar yang baik kepada cerita ceritanya yang terkadang remeh buat kita adalah sesuatu yang harus kita renungkan. Memang cinta seorang isteri menghajatkan ” tasyji’ ( motivasi dan sokongan) seorang suami sepanjang hayatnya. Tugas kita dan dia sebagai duat didalam peran peran dakwah yang sememangnya sibuk giler ini janganlah sampai menimbulkan ketidaknyaman kita dalam melayari ‘ syurga dunia’ ini. Hargailah ketulusan kemanjaan seorang isteri ini. Kemanjaan yang dianugerahkan secara fitri ini amat memerlukan “dakapan kerinduan’ dari kita untuk menghairahkan perjalanan team dakwah kita supaya lebih bersemangat lagi!

Begitu jugalah seorang isteri terhadap suaminya …

Banyak lagi nak cerita tentang permasaalahn rumatangga dakwah ini dari pengalaman kawan kawan yang telah menerobosnya! Disaat tiga orang sahabat baik ku berwalimah hari ini 1.1.11. Semuga antum dibarkahkan Allah dengan rumahtangga yang diredhaiNya …aku di sebalik jiwa ini tidak dapat membayangkan betapa indahnya syurga itu …

wallahuaklam

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

 

One response to “disana aku membayangkan syurga itu

  1. kak nor February 12, 2011 at 5:00 am

    Assalamualaikum

    suami adalah ketua dalam rumahtangga….banyak aspek dalam berumahtangga kita memerlukan banyak kesabaran yang tinggi dan toleransi… amat penting seseorang yang belum berkahwin memilih pasangan masing2 kerana ianya menentukan halatuju dan matlamat untuk kehidupan di dunia dan akhirat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: