Warkah cinta seorang murabbiyah


” Sudikah anta memulakan langkahnya?” Begitulah dia menulis dengan jujur dalam kesungguhan mengurai kesimpulan yang sukar untuk dirungkai.

Bukan mudah menyoal begitu kecuali dengan hati yang ikhlas dan peribadi yang bersungguh. Diisi iman yang mempunyai cita cita dan energi yang besar untuk melangkah dengan halal dalam mententeramkan jiwanya untuk menahan gejolak manusiawinya dalam mencari pendamping untuk dakwahnya!

Dalam kesukaran bait kata katanya itulah dia mengharapkan komitment aku untuk melanjutkan perjalanan cinta dakwahnya. Ia ingin menemukan ketenangan yang sering terganggu dan teruji disepanjang jalan dakwah ini.

Begitulah aku melihat  kekuatan pesona seorang murabbiyah dengan aura kesungguhan yang memancar dari dalam dirinya. Hingga aku rasa hidup aku menyatu dalam dirinya untuk menebar benih benih dakwah dikehidupan ladang hati kami ….

” Sebenarnya lama dah ana fikirkan tentang perasaan ana sendiri dan pelbagai perkara tentang kita.” Begitu dia menitipkan email taarufnya yang di cc kan kepada “orang tengah” antara kami.

Dia amat menjaga ikhtilat dan akhlak serta pertuturannya  dengan yang bukan ajnabinya demi kerana  Tuhannya. Memang aku amat tertarik dengan peribadi itu.

“Untuk pengetahuan anta, naqibah ana sedang mencarikan seseorang untuk ana, sebelum mengenali anta tetapi masih tiada jawapannya lagi.”  Dia menyambung bicaranya pada aku.

“Untuk pengetahuan anta juga, jika anta sendiri ‘takut’ , dan rendah diri dengan ana dan tak bersedia, apalah yang ana boleh buat. Ana tahu anta sukakan ana, dan begitu juga ana kerana kita masing masing punya cita cita yang sama dan bergerak dijalan ini. Tapi apalah guna itu semua jika anta sendiri mendiamkan diri tanpa melakukan sesuatu!”  Dia seolah olah memberi aku semangat untuk melangkah melamarnya demi meneruskan cita cita murni itu. Begitu terus terang dan ikhlasnya dia terhadap cita cita suci itu.

Akhi yang dimuliakan Allah. Terus terang ana katakan, waktu ini yang mampu ana buat adalah hanya berdoa pada Allah untuk menjodohkan ana dengan lelaki yang terbaik, tidak kira siapa pun dia. Tapi anta perlu tahu juga, memang hati ana amat terikat dengan anta. Sehingga ana tertanya-tanya, adakah ini namanya cinta? Begitu ikhlas dia menyuarakan dan aku amat terasa akan desiran keikhlasan itu meskipun hanya bait bait tulisan.

Dia menyambung “Namun ana tidak mahu terbuai dengan perasaan itu dan tidak mahu membatalkan niat awalnya kerana tujuan untuk ana ingin berwalimah hanyalah untuk dakwah semata! Dan ana terus berdoa dan doa supaya ALlah jodohkan ana dengan lelaki yang terbaik buat diri ana meskipun bukan dengan anta!”  Sekali lagi deru perasaanku amat pilu dengan untaian kata kata dari hatinya.”

Ana memang tak mengenali diri anta akhi secara bersemuka kerana kita baru sahaja bertaaruf. Tapi rasanya, rasa  hati ana amat cenderung pada anta. Ana tetap berharap ana dapat menjadi teman hidup anta bila anta sudi untuk menjadi teman hidup ana. Memang banyak perbezaan antara kita dan keluarga kita. Tapi entah kenapa, ana tidak pernah ragu-ragu terhadap anta. Walaupun anta tak ada mak ayah, tak ada harta benda yang banyak. Tapi entah. Ana semacam yakin dengan anta. Ana pun tak tahu nak buat apa2 since anta tak putuskan apa2.” Begitu dia akhiri suratnya yang ku anggap surat yang teramat bermakna buat aku.

Murabbiyah yang dimuliakan Allah …. walau aku tidak tahu dimana kamu kini tapi aku percaya kamu senantiasa dibawah lindungan Allah dan aku tetap mendokan kamu terus thabat dijalan dakwah ini disamping keluarga dakwah kurniaan Allah buat kamu.

Kiranya kamu terjenguk dilaman blog ku ini, ketahuilah bahawa sesungguhnya aku amat terkilan tidak menjawab surat ini dan meresponnya! Apa lagi untuk aku menolaknya, malah sedari awalnya setelah aku menyatakan hasratku kepada kamu, aku telah berusaha menyediakan segala galanya buat keperluan persiapan mengkhitbah kamu  namun aku teruji lagi dengan sebuah ujian yang amat memilukan jiwa aku!

Ketidaksampaiannya cita cita aku ini bukanlah atas kealpaan aku tapi adalah kealpaan, kesibukan kelalaian dan kelewatan orang yang menguruskan proses ini, malah apa yang aku kesalkan adalah  diatas ketidaksabaran kamu menanti orang yang menguruskan bagi pihak aku dan secara mengejut kamu  menerima  orang lain tanpa adab seperti beradabnya kamu menitipkan surat ini, hingga  aku kehilangan kamu, sebutir mutiara yang amat bernilai buat aku!

Biar apa jua alasannya namun itulah dia kehidupan. Dan disetiap perjalanan hidup ini, mahu tidak mahu kita harus menerima hakikat sebuah takdir yang telah disuratkan! Ya ukhti, itu yang telah disuratkan oleh Allah buat kita dan tentunya hikmahnya adalah dalam pengetahuanNya dan kesabaran kita adalah syurgaNYa.

Ambil lah ibrah darinya.

Sesungguhnya waktu adalah rawatan yang terbaik untuk mengubat segala kelukaan dan kenangan itu!

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

12 responses to “Warkah cinta seorang murabbiyah

  1. angah February 10, 2012 at 7:55 am

    walaupun baru terbaca entri ini, teringat kisah pinangan Saidina Umar yg telah ditolak sebanyak 2 kali. jadi, jgnlah susah hati apabila soal hati tidak kesampaian kerana ALLAH maha mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya… jadilah manusia yg berjiwa besar dan bukannya berhati besar… dan lepaskanlah sesuatu yg bukan milik kita dengan berlapang dada kerana dari situ kita akan rasa nikmatnya ungkapan “Redha”…. Wallahu’alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: