bukan sekadar mengejar pahala


Teman dakwah ku.

Salam buat kamu dipenghujung subuh ini.

Salamku bukan salam biasa. Tapi salam dijalan dakwah yang mulia ini. Salam yang sarat dengan ukuhuwah. Ukhuwahfillah. Ukuhuwah kerana Allah.

Aku menulis kali ini adalah untuk muhasabah. Supaya hati kita terus hidup. Tidak sekali kali untuk mempertikai usaha usaha dakwah kamu yang mulia itu malah untuk kita berkongsi cerita supaya kita sentiasa beringat agar tidak futur. Supaya jiwa kita sentiasa mempunyai ambisi yang besar dan tidaklah hanya berpuas hati dengan apa yang  telah diusahakan oleh kita sekadar untuk mencari pahala. Biarlah jiwa  kita  menjadi seperti jiwa Umar Abdul Aziz yang bukan hanya mencari pahala dalam ubudiyahnya tetapi jiwa yang menyimpan rindu yang mendalam ….

Sesungguhnya aku mempunyai jiwa perindu. Tidak pernah jiwaku meraih sebuah kedudukan, melainkan pastinya aku merindukan lagi kedudukan diatasnya. Sekarang aku telah sampai pada kedudukan tertinggi didunia ( khalifah) dan tidak ada lagi yang melebihi kedudukan itu. Tapi jiwa ku masih belum puas kerana aku mulai merindui Syurga  …

Ketahuilah sahabat ku bahwa Intima’ nya aku didalam saf islam ini bukan hanya untuk  berukuhuwah dan  untuk mengumpul pahala seperti yang kamu faham itu, tapi  adalah untuk mendapat redha Allah dan menyambung perjuangan yang belum selesai. Perjuangan yang telah didahului oleh duat sebelum kita yang telah berkorban jiwa dan raga. Malah keringat, darah dan airmata semata mata mendambakan payung Khilafah yang pernah dianugerahkan terdahulu. Kitalah kini yang akan merealisasikannya! Wajib ‘ain bagi kita untuk melaksanakannya dalam susah dan senang. Dan inilah masuliyah utama kita sekarang. Masuliyah yang belum berujung ini!

Alasannya kita berada dimedan ini adalah untuk redha Allah sebenarnya disamping teringin sangat aku bernafas dibawah daulah islam ini untuk merasa rahmat dan keadilanNya! Itulah hasil faham aku dari tarbiyah ini!

Tapi kalau sekadar mencari pahala, dimana manapun aku boleh perolehinya dengan izin Allah. Tanpa jamaah dan tanzim pun aku mampu untuk memperolehi pahala. Sebab segala kebaikan itu akan diganjari pahala. Semua yang benama islam dan bertauhidkan Allah dan bernabikan SAW akan akan pasti insyaalah beroleh pahala dengan segala kebaikan yang dilakukan!

Tapi samakah disisi Allah, orang yang berjuang mencari pahala dan yang berjuang untuk menegakan hukumiyah Allah dibumi ini?  Samakah seroang da’ie yang  mencari pahala mentarbiyah dan mentajmik manusia bertahun tahun sekadar seadanya  berbanding seorang da’ie yang mentajmik manusia dengan kreativiti yang bersungguh dan menjadikan mereka jundullah penyambung misi ini?

Tentu tidak bukan? Kerana kita ditarbiyah dan mentarbiyah adalah untuk pergi lebih jauh dan lebih tinggi. Bukan sekadar mengejar pahala. Kerana pahala tidak mungkin dapat menebus dosa kita. Pahala tidak boleh membeli syurga. Pahala tidak boleh membeli ampunan dan pahala tidak boleh menebus nikmat sebelah matapun meski kita beramal 500 tahun tanpa henti.

Kita menjadi da’ie, menjadi murabbi dan berletih letih dijalan dakwah ini bukanlah sekadar untuk meraih pahala itu tapi adalah untuk mendapat jaminan Allah supaya diberkahinya hidup kita. Diuntungkannya kita dalam perniagaan denganNya agar dengan kasih sayangNya, dimenangnya kita didalam perjuangan ini dan diampuninya dosa dosa kita yang sebesar gunung Fujiyama itu sehingga dimasukannya kita ke syurga tertinggi diakhirat!

Itulah yang telah Allah patenkan didalam firmanNya untuk ditransformasikan!

Wahai orang yang beriman. Sukakah aku tunjukan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Aku yang amat pedih itu? Yaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNya. Berjihad dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Nescaya Allah akan mengampuni dosa dosa kamu. Dan memasukan kamu didalam jannah yang mengalir dibawahnya sungai sungai. Dan memasukan kamu juga kedalam tempat tinggal yang baik didalam syurga Adn. Itulah keuntungan yang besar.

Dan ada lagi kurnia lain yang kamu sukai. Ya itu pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang orang yang beriman ~ QS AsSaff;10-13

Dulu, ramai yang terkejut aku nak berhenti kerja. Kawan kawan yang tak ada fikrah siang dan malam suruh aku fikir habis habis.

” Buat apalah anta berhenti. Jawatan dah tinggi. Gaji dan besar. Kalau nak tolong jamaah kamu tu pun, masih boleh bagi setengah gaji tu, masih banyak lagi balancenya. Tak perlu nak berhenti.”

” Kamu ingat senang ke berniaga tu? 10 tahun pun belum tentu kaya lagi. Silap silap kayap. Belajar tinggi tinggi. Penat. Buat habih duit aje. Last last susah gak balik.” Begitulah pukulan maut dari kakak aku bila tahu aku nak berhenti.

Mereka tak kan faham. Aku bukan sahaja berniaga dengan manusia untuk mendapat laba dan keuntungan tapi aku juga berniaga dengan Allah untuk membeli syurgaNya. Aku bahgia kerana dah tak terikat lagi dengan sistem jahiliyah yang memaksa aku kerja mengikut cara mereka. Sistem kerja yang seirng memaku aktiviti dakwah ku. Aku rasa aku dah merdeka sekarang! Boleh hadir bila bila masa dan dimana saja bila dakwah perlukan aku. Banyak yang boleh ku sumbangkan pada deen ini. Keewangan, masa, diri dan jiwa raga aku tanpa halangan!

Sebab itu aku kata, kita bukan berniaga dengan manusia. Kita berniaga dengan Allah.

Aku berniaga bersama Dzat yang mampu menghadirkan semua kekayaan buat aku. Bukan itu saja malah keajaiban, keindahan, kenikmatan dan keberkahan yang tidak ada batasnya. Itulah yang kurasakan sekarang meskipun ujian berniaga ini terkadang boleh membuatkan aku menangis!

Bukan senang mencari rezeki. Aku mencari rezeki bukan saja untuk sesuap nasi aku, tapi juga untuk mengisi perut jamaah aku yang senantiasa lapar akan dana untuk projek projek dakwah!

Kalaulah tidak dengan penyertaan Allah dalam perniagaan aku, pastinya satu tender pun tidak mampu untuk aku perolehi tanpa sogokan dan rasuah ! Begitulah sukarnya untuk kita mencari rezeki yang halal didalam bisnes!

Memang pada awalnya Allah uji aku dengan beberapa kegagalan hingga aku amat amat terhimpit dengan masaalah modal dan keewangan lalu timbul penyesalan didalam hati ” kenapa aku berhenti kerja!”  Tapi aku tetap thabat. Tetap yakin.

Dalam hati, telah ku sematkan bahawa aku tidak akan terlibat dengan rasuah walau setengah sen sekali pun kerana bisnes ini adalah untuk Allah dan untuk hari akhiratku dan  aku ingin Allah menyertaiku disetiap aktivti bisnes kecil ku ini demi ubudiyah kepadaNya!

Aku tetap akan berpegang kepada ‘ halalan toyibban’ walau apa pun terjadi meskipun aku akan gulung tikar dan menjadikan aku merempat menumpang dibumi ini!

Aku tahu Allah senantiasa memerhatikan aku meskipun sampai sekarang aku harus ‘ struggle”.

Dunia bisnes bukanlah semudah yang kita lihat!

Selagi kita tidak terjun kedalamnya.Ianya bukanlah satu teori mudah semudah kamu melihat seorang businessman menaiki kereta mewah kerana kamu hanya melihatnya waktu dia berjaya! Kerana berniaga dengan manusia tiada ‘guarantee’ nya. Terkadang kamu kaya bukan disebabkan kejujuran didalam perniagaan tapi adalah kerana penipuan!

Apa yang penting didalam setiap perniagaan itu adalah sifat ” syajaah’ ( berani ) dan sabar dalam nikmat dan cubaan.

Meskipun aku berniaga aku tetap  berpijak dari Allah. Bersama Allah yang diorientasikan oleh Allah dan pastinya aku berazam untuk berniaga didalam sunnah! Sunnah dengan ertikata yang tidak sekali kali meninggalkan dakwah! Kerana para Nabi juga berbisnes namun dakwah adlah menjadi tugas utama mereka.

Teman dakwahku,

Dakwah dan Tarbiyah juga satu perniagaan. Sebab itu kita harus serius menanganinya. Bukan sambil lewa dan main main serta ala kadar sahaja. Kita ingin membentuk kader pewaris. Pewaris harta Dakwah dan Tarbiyah itu.

Bukan mudah untuk membentuk kader yang militan  yang memiliki kekuatan jiwa dan kehendak. Kita kena ingat bahawa kuatnya sesuatu jamaah dan umat itu adalah diukur sejauhmana murabbi mampu menghasilkan kader kader yang memiliki sifat kesatria!

Sebab itu murabbi dakwah kena banyak merenung. Berfikir. Agar pro aktif untuk melakukan perubahan jika perlu.

Dia seharusnya sentiasa memerhati akan sejauhmana mutarabbinya dapat dilahirkannya sebagai jundiyah atau masih bermalasan lagi. Masih emosi lagi. Masih merajuk dan perlu dipujuk lagi.

Kita takut tanpa kita sedari  kita terperangkap dan terjebak dalam ritme rutinitas hingga usrah dan halaqah kita menjadi mandul dan tidak bergerak gerak.

Kita menjadi syok sendiri. Menonjol diri sendiri tapi usrah dan halakah kita masih seperti dulu. Lalu untuk menutup kelemahan kita, kita kambing hitamkan ” takdir” dan anak binaan kita yang lemah dan kita menjadi kura kura menyorok kepala didalam kekerasan glamour dan keegoan kita.

Teramat amat malang. Bertahun tahun kita membina dan memeroses tapi tak seorang pun boleh menjadi pembantu pembantu deen ini malah kita hilang seorang demi seorang ibarat cerita 10 budak hitam dizaman sekolah dahulu!

Sekali lagi kita terperangkap didalam ‘ nostalgia’ lama. Mengenang dan mengenang murabbi kita mendidik kita dahulu dengan kesungguhan dan kebijakan mereka tapi kita?

Apakah ingin mengkut style mereka atau kita ubah dengan waqiy yang baru kepada generasi yang baru.

Teman dakwah ku,

Memang aku bukan rijal hebat atau lelaki luar biasa  yang memacu kuda dimedan dakwah ini. Apalagi untuk  digelarkan mujahid yang amat jauh untuk aku mengapainya!

Disisi Allah aku pasrah akan segalanya dan syurga itu adalah semua dari RahmatNya dan bukan dari quantiti pahala amal amal kita!

muharrikdaie > menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

 

7 responses to “bukan sekadar mengejar pahala

  1. muharrikdaie December 21, 2010 at 6:53 pm

    Junaidi ~ yang mengesankan adalah yang memegang hati kita yakni Allah.

    Lada jawaban persoalan mu ada diblog aku bertajuk murabbi dan cintanya.
    terima kasih.

  2. junaidiahmad December 18, 2010 at 12:09 am

    sungguh terkesan dengan perkongsian ini!

    terima kasih sahabat.🙂

  3. lada December 17, 2010 at 2:17 am

    “Dia seharusnya sentiasa memerhati akan sejauhmana mutarabbinya dapat dilahirkannya sebagai jundiyah atau masih bermalasan lagi. Masih emosi lagi. Masih merajuk dan perlu dipujuk lagi.

    Kita takut tanpa kita sedari kita terperangkap dan terjebak dalam ritme rutinitas hingga usrah dan halaqah kita menjadi mandul dan tidak bergerak gerak.”

    ….andai ana punya masalah ini..apa mungkin yg bleh dibuat?
    …ada cadangan barangkali?

  4. muharrikdaie December 16, 2010 at 3:34 pm

    Adik ku tinta hati …

    Blog yang kamu ziarahi ini adalah blog kita bersama. Sama sama kita menfaat tulisan dan ruh didalam nya seandainya boleh membawa kita kepada ubudiyah kepada Allah.
    Mudah2an segala tinta tinta diblog ini kan didoakan oleh beribu malaikat yang jatuh cinta bersamanya dan mengusap penulisnya dengan sayap sayap keabadian dalam cinta yang senantiasa hidup dijiwanya.

  5. adi December 12, 2010 at 1:22 am

    usaha yang bersunguh2 semata2 kerana allah…. mata hati yang bersih boleh melihat apa yg allah nak… bukan manusia nak..tul x…

  6. tintahati December 10, 2010 at 2:18 pm

    saya minta izin copy certain point kat atas ye

    “Tapi samakah disisi Allah, orang yang berjuang mencari pahala dan yang berjuang untuk menegakan hukumiyah Allah dibumi ini? Samakah seroang da’ie yang mencari pahala mentarbiyah dan mentajmik manusia bertahun tahun sekadar seadanya berbanding seorang da’ie yang mentajmik manusia dengan kreativiti yang bersungguh dan menjadikan mereka jundullah penyambung misi ini?

    Tentu tidak bukan? Kerana kita ditarbiyah dan mentarbiyah adalah untuk pergi lebih jauh dan lebih tinggi. Bukan sekadar mengejar pahala. Kerana pahala tidak mungkin dapat menebus dosa kita. Pahala tidak boleh membeli syurga. Pahala tidak boleh membeli ampunan dan pahala tidak boleh menebus nikmat sebelah matapun meski kita beramal 500 tahun tanpa henti ”

    boleh? jzk

  7. tintahati December 10, 2010 at 1:30 pm

    nukilan ini seolah2 berbicara kpd si pembacanya..

    menusuk ke kalbu dan mampu mengkoreksi jiwa si pembaca

    moga tulisan ini menjadi qudwah buat kami. jzk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: