aku masih merinduinya


Salam hijrah buat semua yang ku kasihi dijalan ini …

Disaat blog aku disimbah salju ciptaan manusia yang bagai mutiara itu, terasa semakin syahdu aku melalui liku liku perjalanan ini …

Hari hari berlalu amat cepat sekali. Setiap kali fajar terbit dan tengelam setiap kali itulah rindu lalu mengamit aku …

Merindui teman teman yang telah hilang dimata. Merindui anak anak binaanku yang bertebaran dibumi malaysia ini. Hati ku tertanya tanya, apakah mereka masih terus iltizam dalam terus menghayati tarbiyah atau sebaliknya!

Memang aku takut mereka ghurur. Tertipu daya dengan alam sekeliling mereka yang senatiasa menanti akan kealpaan mereka. Ditengah perjalanan ini, tidak semua lorong yang kita lalui ini terang belaka. Ada yang gelap dan kelam dan ada yang berduri sehingga tidak mampu untuk mereka mengelak dari memijaknya.

Aku tidak mahu mereka kembali menjadi orang awam yang banyak bicara tentang dunia dari melaksanakan tanggungjawab mereka sendiri yang belum sempurna!

Aku tidak mahu melihat mereka diganggu gugat oleh iblis iblis hingga mereka banyak bercakap dari bekerja hingga mereka lupa akan hak hak jalan dakwah terhadap mereka. Lupa akan tuntutan hijrah mereka kepada Allah.

Andainya mata hati mereka tidak melihat keyakinan pastinya tarbiyah yang pernah mereka lalui itu akan menjadi bertabrakan dan mereka akan hilang dicelah celah pasar dunia yang penuh dengan bermacam macam syahwat dan syubhat itu!

Walau apa pun yang berlaku pada diriku, dalam kehidupan ku dan dalam kekangan masaku yang semakin sempit ini, aku tetap akan terus mendoakan kamu semua didalam dingin rabithah ku agar kamu semua terus kekal dijalan dakwah ini. Bermujahadah menghayati tarbiyah, istiqamah didalam jamaah dan sentiasa terus sabar didalam dakwah. Sebabnya, aku teringin sangat untuk bertemu  kamu,  insyaalah dengan izin Allah disyurga nanti. Mudah2an diwaktu itu kamu dapat megenali aku yang sebenarnya dan aku juga berkesempatan dalam kerinduan untuk menatap wajah wajah manismu yang berseri seri  dan akan ku madahkan kamu dengan puisi puisi cinta ku dalam bahasa keindahan sambil kita menghadapkan dihadapan “wajah” kebesaranNya menanti cahaya yang akan membungkus jiwa kita bersama, berlapis lapis dengan kenikmatan yang abadi!

Akhi,

Amat indahkan bila bicara syurga!

Itulah yang kunyatakan pada teman ku Musa, bila tadi dia bertanyaaku. ” Apa azam anta tahun baru hijrah ini akh?

” Azam kita semua sudah semestinya  ” surga Allah” . Apa lagi yang tinggi setelah itu?”

Memang mudah untuk menyebutnya tapi itulah hakikatnya. Sama ada kita mampu atau tidak, ianya tetap sebuah azam bagi seorang mukmin iltizam dengan deen ini.

Kerana itu yakinlah. Gurun yang gersang tanpa pohon didalam kepanasan hawa dakwah ini hanyalah bersifat sementara untuk meraih syurga. Tribulasi dan laranya  adalah sawang sawang dilaluannya. Jangan kita mendesah dengan ujian. Kerana ujian itulah yang mentahkik kebenaran. Ujian itulah tapak tapak ke syurga Allah jika kita terus bersabar dalam memeluk masuliyah berat ini.

Kehadiran kita dijalan dakwah ini juga adalah kerana motivasi syurga itu. Panas yang kita tahan diatas bara tarbiyah ini juga adalah kerana yakin akan syurga itu. Kerana kita ingin membasuh dosa dosa lalu kita dalam sebuah langkah kesucian yang penuh dengan limpahan rahmat, keagungan, keteduhan dan kesyahduan. Dan jalan inilah  saja jalan yang  diterangi obor yang akan membawa kita pada cerapan cerapan indrawi yang akan mengumpal jiwa kita dalam kegilaan untuk menuju kehadratNya.

Memang adakalanya jiwa kita terasa kecil dan sunyi didalam perjalanan ini. Namun dikesunyian dan keterasingan inilah Allah akan menuntun langkah kita  supaya jangan membelok dari  jalan suci ini meskipun disana sini dunia mencarik dan mengoyak hidup kita menjadi kepingan kepingan duka!

Biarlah jiwa kita sentiasa bergemuruh dengan atmosfir dukacita dan getarannya meremuk redamkan hidup tapi semangat untuk terus thabat harus kita tanamkan dan doakan muga ianya menjadikan kita semakin kuat menjadi pemimpin dan pemacu kepada dakwah ini.

Betulah kata AlBanna ” medan kata kata tidak sama dengan medan amal”.

Memang, bila kita telah mula menginfaqkan diri dan jiwa ini dimedan amal ini, kepentingan diri dan peribadi seolah olah telah hilang samasekali. Fizikal dan jiwa mula tidak seimbang. Meskipun fizikal lesu namun jiwa kita yang mula dicerap oleh iman dan kecintaan ini terus terusan menolak kita. Sehingga untuk senyum pun tiada ruang untuk kita!

Akh,

dunia dakwah kita bukan hanya menumpukan pada usrah semata. Kerja kita bukan hanya untuk memujuk dan membelai anak binaan kita yang selalu merajuk itu saja. Hingga bertahun tahun kita tidak bergerak kemana. Hanya sanya melayan kerenah kerenah anak binaan kita yang berhati ‘hindustan’ itu hingga kita jumud didalam dunia dakwah yang sempit itu.

Memang usrah itu penting. Tarbiyah itu penting tapi sebagai murabbi yang bijak dan proaktif sepatutnya telah lama kita dapat selesaikan permasaalahan permasaalahan dalam usrah kita yang hanya beberapa kerat itu saja.

Permasaalahn anak binaan kita bukan disebabkan oleh kelemahan mereka tapi kerana kita murabbi ini tidak memberi mereka kerja. Kita yang lemah. Kita yang manjakan mereka sehingga mereka manja tidak kena tempat. Memang ukuhuwah dan kasih sayang itu perlu wujud tapi bukan dalam bentuk perasaan tapi adalah dalam bentuk iman. Bukan dalam bentuk kemanusiaan tapi dalam bentuk tarbiyah.

Insyaalah semuga kita terus meningkatkan qualiti tarbiyah kita. Bukan hanya tarbiyah jamaiyah tapi yang lebih penting adalah tarbiyah dzatiyah kita agar kita terhindar dari segala keburukan jiwa dan dapat mengusir segala kejahatan dan dosa dosa lalu kita yang mengelapkan ruhiyah kita hingga terkesan keburukan itu kepada mutarabbi kita yang akan melambatkan rombongan dakwah ini.

Semuga dakwah ini menjadi pagar kita dari derhaka kepadaNya dan sememangnya dakwah inilah yang akan menjaga  dan melindungi kita …

Jumpa lagi.

Salam ukuhuwah

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

 

 

 

6 responses to “aku masih merinduinya

  1. muharrikdaie December 16, 2010 at 3:21 pm

    Adik adik ku Mujahidah dan littlepencil > Dakwah tidak pernah menghalang kita dalam apa pun keadaan. Malah kerana dakwahlah datangnya pertolongan Allah untuk membantu kita dalam setiap kesulitan.

    Jangan terpedaya dengan bisikan bisikan syaitan yang mengatakan jalan dakwah adalah jalan penghalang kerana apa yang harus kita fahami, setiap kerja dan amal didunia ini adalah untuk dakwah semata baik belajar kerja dan apa pun jua, adalah semata mata untuk meninggikan kalimah Allah dan ubudiyah kepadanya.

    Semuga antunna berdua diberkati Allah dan senantiasa bersemangat dengan semangat yang membakar dijalan dakwah ini. Jazakallah kerana sudi berkunjung kesini.

  2. mujahidah December 8, 2010 at 6:08 pm

    Salam,

    akh.. kita memang mudah berbicara, lihat sahaja pada diri..betapa kita sgt struggle . Bermujahadah menjaga iman dan amal. Bila diri sunyi dari kerja-kerja dakwah, disibukkan pula dengan hal tidak sepatutnya. diriku, konon mahu melepaskan sementara dakwah ini untuk tumpuan penuh belajar, tapi hasilnya diri lebih hanyut. Dakwah itu ibarat oksigen utk ku terus hidup. Yang dpt mengingatkan hatiku yang selalu lupa bila mengingatkan org lain, yang menghidupkan hatiku untuk terus bersemangat dan bergerak…..dan sememangnya dakwah ini menjaga dan melindungiku

  3. mylittlepencil December 8, 2010 at 3:25 pm

    pada pendapat ana, sememangnya sepanjang masa ada sahaja azam kita yang baru, sama ada bertambah atau berkurang.
    Dan tercapainya atau tidak, semuanya bergantung kepada kita.
    dan tarbiyyah yang kita lalui ini serta dakwah yang kita bawa ini, membuatkan kita yakin untuk membulatkan tekad demi sebuah kejayaan yang tertinggi, syurga~

    Dan sememangnya, azam seorang daie itu tidak pernah berkurang, sering bertambah.
    Jazakillah atas perkongsian. Semoga daie-daie yang lain juga bersemangat setelah membaca~

  4. JiwaKosong December 8, 2010 at 3:41 am

    Masih banyak kekurangan & kelemahan dalam diri ini. Semoga info & ilmu bermanfaat yg dipostkan disini dapat mengisi JiwaKosong agar lebih bersemangat & konsisten utk mendekatiNya..

  5. muharrikdaie December 7, 2010 at 3:27 pm

    Fawzan > terima kasih kerana sudi berkunjung. Semua manusia ini lemah cumanya jika dalam kelemahan kita terus bekerja dan berdakwah insyaalh kelemahan itu akan diganti dengan sebuah kekuatan yang tidak kita terduga. Yakinlah!

  6. fawzan December 7, 2010 at 6:24 am

    akh,tazkirah anta sering membangkitkan semangat insan lemah spt ana nih.semoga jiwa kita tergerak dgn derapan tarbiyah,i’Allah!
    syukran!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: