mampukah kita memberi


Terima kasih kerana masih sudi lagi melayari bahtera  blog ku ini.

Bahtera yang diisi oleh aku, seorang da’i kerdil yang masih lagi terkapai kapai dan  tercari cari lagi rentak dakwahnya buat umat yang kelaparan mencari siapa dirinya!

Terkadang aku terfikir, benarkah aku ini seorang da’i. Atau hanya seorang pemberi maklumat tentang agama ini.

Itulah yang sering aku tanyakan pada diri aku setiap kali  aku muhasabah diri.

Sepatutnya seorang da’i mampu untuk meningkat naik dan terus naik ketempat tertinggi sehingga peribadinya, jiwanya dan segala apa yang ada dalam hidupnya mampu untuk diberikan kepada agama yang dianuti ini setelah sekian tahun berpeluk dengannya!

Bagi aku jika ” jiwa memberi yang sebenar benarnya” masih belum lagi wujud pada setiap dari kita yang berada dijalan ini, sesungguhnya kita masih lagi jauh untuk diketegorikan sebagai seorang da’i yang muntijah ( yang menghasilkan sesuatu)  Malah kita masih lagi berada dipinggir dakwah dan terintai intai lagi mencari keyakinan kepada jalan ini!

Aku tak nafikan ramai dari kalangan kita  yang mampu berceramah. Mampu memimpin. Mampu beribadah semahunya tapi masih  teraba raba  mencari rentak  matlamat  dakwahnya!

Memang kita berkaliber menjadi pendakwah. Tapi bukan apa yang dikehendaki oleh dakwah ini. Kita hanya mampu untuk menjadi ” pendakwah ammah’ yang hanya mengunakan lisan menyampai materi kepada masyarakat untuk mengisi program yang rutin bulanan dan tahunan seperti  daurah  serta program umum lainnya tapi  kita masih gagal men DF  manusia  untuk menambah angka angka umat ini agar dapat disafkan menjadi kader dan da’i demi untuk menyambung matarantai perjuangan ini.

Malah  yang sudah  berada didalam saf jamaah pun, lansung tidak menghiraukan tugas dan tangungjawab menDF manusia ini! Masing masing sibuk dengan tugas tugas umum dan dah rasa mereka dah dikemuncak perjuangan ini dan berpuas hati dengan apa yang ada!

Justeru itulah kita lihat dakwah ini lambat bergerak!

Bukan lambat kerana fitrah tabiat jalan dakwah itu sendiri, tapi kerana dakwah ini diisi oleh kita, duat yang lembab, yang tiada strategi dan target serta cita cita besar untuk mewariskan dakwah ini melalui basuhan tarbiyah kita hingga dapat melahirkan pemimpin masa depan seperti pejuang terdahulu.

Kita lambat dan lembab untuk bekerja. Apalagi memindahkan mad’u kita dari satu tahap ke satu tahap dan terkadang gagal untuk memelihara mad’u kita dengan baik sehingga ada yang keluar dari program tarbiyah kita. Ini disebabkan oleh kelemahan kita untuk memberi apa yang kita ada  dan apa yang diperlukan oleh dakwah ini sedangkan untuk menuntun seorang mad’u kita memerlukan pengorbanan yang bertahun tahun hidup bersama mereka.

Kita banyak ‘ perasan’ bahawa kita dah hebat dalam  memberi sumbangan kepada dakwah ini tetapi sebenarnya tidak lagi, selagi kita tidak  ‘ memenuhkan perasaan’ kita dalam masuliyah menDF manusia dan mendarah dagingkannya selain menumpukan kepada tugas tugas yang lain maka selagi itulah kita hilang rentak dijalan dakwah ini.

Perlu kita fahami Dakwah dan tarbiyah yang kita fokuskan dan menekankan untuk memperkasakan DF itu bukanlah untuk menambah jumlah ahli atau untuk melihat jamaah kita ramai dan popular atau famous di mata masyarakat tapi adalah untuk menarik sebanyak banyaknya manusia kembali kejalan islam! Kembali kepada cahaya islam dari kegelapan dan cengkaman jahiliyah! Itulah matlamatnya.

Arwah murabbi ku pernah beropesan kepada aku, ” Akh, setinggimana pun anta berada dalam saf ini dan selama mana pun anta berada didalamnya, jangan anta lupa bahawa menDF manusia ini adalah tersangat sangat perlu buat anta dan jadikanlah ianya  suatu amanah yang penting buat anak usrah anta. Sebab, inilah yang Nabi dan sahabat lakukan didalam kerja dakwah untuk menambah kader dakwah dalam mengumpul kekuatan dalam membina foundation atau pilar dakwah itu sendiri! menDF manusia ini memang renyah dan lambat prosesnya tetapi apa yang terhasil dari jamaah kita ini adalah semuanya berpunca dari DF itu sendiri. Terkembangnya jamaah kita dan lahirnya kepimpinan yang berkualiti ini juga adalah hasil dari DF itu sendiri.”

Kalau kita fikir fikirkan dan soal soalkan, memang telah bertahun kita dijalan dakwah tapi selama ini telah berapa orangkah yang telah kita safkan dibarisan dakwah ini dan mengikuti perkembangan amal amalnya?

Apakah mad’u yang ada pada kita ini adalah mad’u mad’u yang mampu untuk terjun kepada masyarakat? Atau mad’u yang telah tua dan semu dengan kedaifan bimbingan kita. Apakah mad’u yang ada pada kita ini adalah mad’u yang kita  df kan atau pun mad’u mad’u yang di introducekan oleh seseroang kepada kita atau  mad’u yang diarahkan oleh mas’ul kita untuk membimbingnya!  Memang kita rasa malu dengan diri ini! malu kerana selama kita dimedan dakwah ini, tidak seorang pun mampu kita dfkan dari usaha tangan kita sendiri!

Memang kita tahu peranan tarbiyah ini bukan hanya pada kita sahaja yang serba kekurangan dalam ilmu deeniyah ini tapi adalah juga peranan para Ustadz yang banyak melata dibumi malayisa ini tapi sayangnya ustdaz ustadz ini masih tidak mendapat sentuhannya lagi! Mungkin!

” Ustadz, ana lihat ustadz ni ramai pengikut dan peminat. Dan mereka semua amat responsif terhadap seruan dakwah ustadz. Ana rasalah kalau ustadz dapat safkan mereka dalam jamaah dan didik mereka secara khusus mungkin kita dapat melahirkan ramai da’i lagi.” Satu hari aku pernah berbincang dengan seorang ustadz yang famous ni.

” Ana mana ada masa syeikh. Jadual ana amat padat. Nak urus keluarga pun dah tak mampu kerana kesuntukan masa. Antalah kena berperanan.” Dia melempar kembali persoalan itu kepada aku.

” Bukan itu maksud ana ustadz. Maksud ana ialah rugi kiranya ustadz tidak mengambil peluang ini untuk mengsafkan mereka dan mentarbiyah mereka secara khusus sebab nya mereka adalah dikalangan yang mampu untuk kita groom menjadi da’i. Apa lagi, kita amat kekurangan duat ini. Memanglah , kalau boleh ana ingin mentarbiyah mereka tapi masaalahnya ustadz, ana tidak ada peluang sepertimana peluang yang Allah berikan pada ustadz diatas aura ustadz itu dan diorang tu minat dan nak ikut ustadz saja. Kalau dia orang tu minat kat ana, insyaalah ana on aje.” Jawab aku.

” Tak apalah syeikh. Insyaalah akan ana usahakan. Kalau tidak ana akan arahkan mereka ikut anta” Dia menutup cerita.

Dan pernah juga aku bertanya kepada seorang ustadz yang amat sinonim dalam membawa qiyamulail setiap minggu ini dimasjid sekitar Kuala Lumpur ini sehingga ramai yang menangis bila mengikut beliau  berqiyamulail dengan zikir dan munajat yang mantap! Tapi kemana beliau akan membawa masyarakat yang mampu beliau ” tangiskan itu” dan apakah selepas tangisan keinsafan itu? Duduk sahaja meratap diatas sejadah atau bergerak kearah dakwah yang menanti?

” Kemana ustadz nak bawak manusia selepas menanggis ini?” Tanya aku.

Seperti yang aku jangkakan, jawapannya tetap sama. Sukar dan sibuk.

Dimalaysia ini potensi manusia untuk kembali kepada deen ini amat mengalakan, cumanya kita tidak dapat membentuk mereka menjadi da’i. Dan para pendakwah dan ustadz yang hebat hebat berceramah dimasjid pun tidak peka akan soai ini maka jadilah masyarakat kita ini ” penganut penganut islam yang terbiar”. Yang tidak ditarbiyah secukupnya yang mana iman mereka tidak dapat membuahkan amal amal  yang berterusan. Sering turun naik sepertimana nafas yang turun naik dan tidak dapat memberi menfaat untuk dakwah ini!

Mungkin mereka hanya mampu untuk berulang alik kemasjid dan menjadi soleh pada diri nya sahaja tapi yang ruginya, mereka ini tidak dapat mengembangkan potensi diri mereka untuk menjadi pemangkin kepada dakwah ini!

Dan bila ini berlaku, dakwah hanya berlegar disekeliling masjid dan surau sahaja dan manusia yang tidak kemasjid dan kesurau akan terus jahil dan menjauhi islam dan malah ada yang menentang islam.

Sepatutnyanya da’i seperti kitalah yang mendekati mereka dan bukan mengharapkan mereka mendekati kita.

Kitalah yang  sepatutnya pergi kepada mereka untuk membawa produk islam ini dengan apa cara sekalipun mengikut kreativiti kita dalam program program yang harus kita create kan.

Namun apa yang berlalu adalah  kita suka menunggu mad’u menyerahkan diri kepada kita. Itulah silapnya kita!

Akhi wa ukhti,

Inilah realitinya diri kita. Mungkin dibalik tabir dakwah ini ada ruh ruh yang bersungguh sungguh dengan dakwah ini. Kita tidak mengenali jasad jasad mereka sepertimana kita tidak mengenali ruh ruh mereka tapi mereka amat bersungguh sungguh.

Memang kita semua adalah da’i. Dan yang membedakan kita adalah ” Da’i yang bersungguhan” dan ” da’i yang beralasan”

Seperti arang batu dan intan, dari segi chemistrynya tidak ada beda. Masing masing punya butiran karbon yang sangat kecil tapi beda nilainya amatlah besar. Arang batu terdiri dari molikul molikul yang berjauhan, tidak saling terikat sedangkan intan adalah terdiri dari karbon karbon yang saling mengikat sangat erat dan teratur. Bentuknya diperut bumi, menjadikan dia  khalifah permata permata yang tidak ternilai harganya yang mana nilai satu gramnya bersamaan dengan nilai berkilo kilo nilai arang batu.

Hakikat ini mengingatkan kita betapa  bedanya nilai itu.

Begitulah tamsilnya antara duat itu. Yang bergerak dan yang tak bergerak. Yang bersungguh sungguh dan yang beralasan. Yang larut dengan ujian dan yang konsisten dengan prinsip perjuangan.

Nilainya amat jauh disisi Allah.

Kitalah yang memilih.

Sepertimana kita memilih kehidupan ini. Memilih pasangan hidup kita. Memilih cinta kita. Tiada siapa yang memaksa.

Pilihlah yang terbaik untuk kita kerana syurga itu dimasuki oleh insan yang terpilih dari bumi ini.

Sekadar ini muharrikdaie berbicara. Mengubat rindu dan luka luka. Merawat hati yang selalu lara sebelum waktu untuk dipanggilNya …

Memang waktu berjalan sangat lambat bagi orang yang menanti ….sangat cepat bagi orang yang merasa cemas ….sangat panjang bagi orang yang berdukacita …sangat pendek bagi orang yang bersukacita …dan abadi bagi orang yang Mencinta!

jumpa lagi. Salam dari sang pencinta buat semua.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

 

4 responses to “mampukah kita memberi

  1. shima February 9, 2011 at 7:37 am

    Subhanallah..jazakallah ya akhi..entry yg membangunkan jiwa yg lena dan menggerakkan jiwa yg kaku..insyaAllah..

  2. immaia November 23, 2010 at 11:44 am

    tarbiyyah adalah core business utk dakwah, DF adalah modal terbesar untuk DnT.
    kupasan yang bermanfaat. centusan pemikiran yg mengetuk hati dan menggerak jasad untuk lebih bergerak. jzkk!

  3. muharrikdaie November 21, 2010 at 3:46 am

    Thanks for ur comment and advise nuurhati ….

  4. nuurhati November 21, 2010 at 2:49 am

    ” Sepatutnyanya da’i seperti kitalah yang mendekati mereka dan bukan mengharapkan mereka mendekati kita.

    Kitalah yang sepatutnya pergi kepada mereka untuk membawa produk islam ini dengan apa cara sekalipun mengikut kreativiti kita dalam program program yang harus kita create kan.

    Namun apa yang berlalu adalah kita suka menunggu mad’u menyerahkan diri kepada kita. Itulah silapnya kita! ”

    it’s crystal true which it is equal to = keep moving ’cause we have a lots of works to do! don’t stand still like a silent STONE ! ( a reminder for me either~)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: