…bila kita tidak lagi bersama


Salam kedamaian …

Aku sering ditegur didalam email dan disms …

” Rasa malas nak klik kat blog anta lagi akh kerana tiada entry baru walau pun rindu nak lihat tulisan tulisan semangat anta!” Begitu sahabat sahabat menyuarakan pada aku.

” Anta tak nak menulis  lagi ke? Atau sibuk dan letih sangat?” Satu suara lagi bertanya.

” Rugilah, kalau anta tak menulis. Tak dapat nak kutip pahala lagi” Suara mutarabbi ku mengingatkan.

” Lagi lama anta tak menulis, lagilah keras jemari tu” Ingatan sifu ku.

” Kenapa dulu semangat anta lain dan sekarang anta lain ya akhi? Apa yang menjadikan anta begini ya?” Tanya seseorang pada aku. Seseorang yang mengambil berat tentang diri aku.

Memang dulu tidak sama dengan sekarang. Itu pasti.

Bukan soal dunia tapi soal iman. Soal dakwah yang melambai dengan jutaan tangan memanggil aku.

Aku telah melalui pusingan dalam “mehwar tanzimi’ ini dan kini memasuki orbit kepada ‘ mehwar syakbi’  dan kamu tahu, dimehwar ini aku seperti air terjun ….menghadap batu batu keras yang menanti … meredah halangan halangan dihadapan yang memerlukan sebuah kekuatan ….

Bukan aku malas untuk menulis. Atau dinding jiwa ku terhijab. Atau wajah dakwah yang ingin aku pamirkan diblog ini semakin kelam. Atau pun jari jemariku semakin beku dan kaku!

Di otak ini memang banyak ingin aku keluarkan.  Masakan aku ingin tinggalkan kamu semua dialam tulisan ini. Kerana kamu semua adalah bunga bunga harum yang mewangikan hidup fantasi aku dimaya ini …

Mungkin ada yang mengecewakan aku …tapi telah ku lupakan kerana itu dulu dulu …

Dulu yang usang …

Tanpa dulu aku tak sesemangat sekarang dan mungkin baginya, tanpa mengecewakan aku dulu dia tak sebahagia sekarang….

Jangan kita lupa bahwa waktu kita sunyi dahulu … orang dululah yang mengisi kehidupan kita. Orang dululah yang membuat kita menguntum senyum sendirian. Menceriakan hari hari kita. Menanggung segala harapan harapan kita. Berkongsi masaalah masaalah kita. Mengajar kita. Mengasihi kita. Membuat kita senyum sendirian. Mengacakan harapan harapan kita hingga adakalanya kita rasa bahgia sekali …

Mungkin sekarang, kita dah lupa orang dulu setelah dibanjiri kebahagiaan namun tidak boleh kita elak, sesekali kita dihembus angin rindu nostalgia lalu …

Dan rasanya tak pernah pun kita fikir dengan kehidupan orang dulu itu sekarang ini! Di Timur kah dia? Dibaratkah dia? Apa lagi untuk bertanya khabar.

Begitulah fana nya kehidupan ini. Mempercepatkan manusia melupakan teman teman dakwahnya hingga ukuhuwah yang bertahun dibina lolos dari hati kita.

Ironinya kita tidak dapat membezakan antara ukuhuwah untuk islam dan ukuhuwah untuk kepentingan peribadi kita atau untuk cinta semata!

Kita tidak professional dalam menelusuri ikatan ini dan akhirnya ianya menjadi sebuah emosi yang menghijabkan kebersamaan dalam perjuangan ini …

Kita terputus dan kehilangan!

Begitu wajah dakwah memotret dalam kehidupan kita.

Akh …

Ukuhuwah itu bukan hanya bila kita memerlukan tapi harus berterusan didalam hidup ini kerana ianya adalah sebuah kekuatan dalam membangunkan daulah. Tanpa ukuhuwah kita akan tersekat dijalan dakwah ini.

Kenapa kali ini aku ceritakan tentang ukuhuwah?

Tidak lain tidak bukan aku semakin kehilangan sahabat dan sahabiah dijalan ini. Mereka mereka yang kuat dahulu kini mencair bagai lilin disambar api.

Aku lihat mereka gugur satu persatu, bukan kerana ujian yang sangat besar pun tapi hanyalah kerana sebuah perkahwinan … Hanya kerana sebuah jawatan yang terisi dengan kesibukan …. Mereka lemah dan longlai untuk berjalan jauh lagi dijalan dakwah ini kerana keterikatan dengan sebuah tanggungjawab yang belum tentu menjanjikan syurga buat mereka! Dan yang aku kesal adalah terputusnya hubungan!

Begitulah, jika ukuhuwah tidak kita hayati sebenarnya!

Ianya menjadi rapuh.

Justeru itu amal apa pun yang kita lakukan memerlukan kesungguhan dan ukuhuwah ini juga memerlukan kesungguhan!

Ukuhuwah itu bukan hanya sebuah senyum bila bertemu atau bertanya khabar sahaja. Atau hanya mengucapkan takziah bila teman kita ditimpa mu’sibah kerana ukuhuwah begini tidak bisa bertahan!

Ukuhuwah kita harus jujur dan benar.

Pernah suatu hari aku merungut bahawa seseorang yang pernah aku kasih tidak menegur aku. Tidak memperduli aku lagi dan amat menyedihkan aku.

Lantas jawaban yang ku terima dari murabbi aku, ” Anta sedih, anta mengeluh dia tidak menegur dan memperdulikan anta seperti dulu tapi apakah anta pernah berusaha untuk bertanya?  Menyapanya! Mendahuluinya untuk mengeratkan kembali? Tidak kah anta sedar akh, ketika tidak ada lagi qudwah, antalah yang akan menjadi qudwah mereka. Kenapa berat sangat untuk anta mendahului. Tidakkah anta takut akan ditanyai atas sikap anta yang dikatakan da’ie yang faham itu?”

Memang aku tersentak! Kerana selama ini tanpa aku sedar ukuhuwah ku hanyalah seperti tembok tembok rapuh.

Aku hanya berukuhuwah bila didalam program dan dihalaqah sahaja.

Aku hanya berukuhuwah hanya disekitar jamaah dan organisasi aku sahaja sehingga aku lupa bahawa sewajibnya aku menyambung silaturahmi itu bersama masyarakat. Bersama mereka mereka yang bukan dari kalangan jamaatul minal muslimin ini.

Siapapun mereka aku wajib untuk berukuhuwah selagi berada dalam ikatan iman.

Justeru itulah dakwah ini tidak berkembang. Kekuatan ummah kian lemah kerana bertelagah sesama sendiri biarpun atas asbab yang kecil! Hanya berlainan jamaah. Hanya berlainan wasilah dan tidak sekepala hingga adakalanya kita ghibah. Membicarakan akan keburukan dan kelemahan mereka. Kita namimah, tajasus hanya bukan kerana mereka bukan saudara seorganisasi kita!

Allahuakbar. Siapapun mereka tanggungjwab ukuhuwah ini tidak boleh kita nodai!

Pernah suatu hari Abdullah bin Amr menziarahi dan bermalam beberapa malam dirumah seorang calon penghuni syurga seperti yang dikatakan oleh Rasullulah itu tetapi tidak menemui amalan yang menjadikan sahabat itu calon penghuni syurga. Lantas Abdullah bertanya pada sahabat itu, ” Akh, ana lihat anta tidak punya amalan apa apa pun yang luar biasa sedangkan rasullulah pernah menyebut bahawa anta adalah calon penghuni syurga. Apakah yang anta selalu buat? Jawab sahabat itu, ” yang selalu aku jaga adalah aku tidak pernah tidur dan menutup mata ini sebelum melepaskan perasaan tidak baik sesama muslim.”

Ini sajalah pesan ku buat kita semua kerana tidak akan tersisa dari kehidupan ini selain saudara yang dapat kita perolehi kebaikan bila bergaul dengannya kerana bila kita tersesat akh itulah yang akan meluruskannya …

Mari kita kembali eratkan ukuhuwah ini. Yang tercalar dan terluka adalah tabiat jalan ini dan tidak semesti yang tercalar dan terluka itu tidak akan sembuh

Selamat tinggal dunia, bila tidak punya teman sejati. Yang jujur tepat janji dan saling mengerti …. ( Imam syafie )

Jumpa lagi jika berkesempatan.

Rindu kamu semua dijalan ini.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

2 responses to “…bila kita tidak lagi bersama

  1. azrina abu bakar November 18, 2010 at 6:24 am

    alhamdulillah.. indahnya jalan2 dakwah yg dialirkn..
    moga Allah permudahkn..

  2. kuek November 9, 2010 at 5:30 pm

    allah adalah sahabatmu yang terbaik…sematkan itu dalam hati…insyaallah nanti xsedih dah ekkkkkk n_n kekuatan itu ada bila dekat dengan allah…. pastu biasa la ujian tu sentiasa ada…allah nak ingatkan kita beb…k wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: