Suara nuraniku


Salam kedamaian dari ku …

Semuga kamu semua sahabat sahabat mayaku berada dalam pelukan redhaNya.

Meski tinta ku makin lemah kayuhannya diblog ini, namun suara  hati ku tetap berbisik, mendoakan kamu semua….

” Ya Rabb, ampunkan kami semua dijalan ini, ampunkan Ibu ibu dan Ayah kami dibarzah sana, ampunkan Ibu2 dan Ayah mereka yang masih bernafas itu dalam iman dan takwa kepadaMu, Ampunkan suami2 dan isteri isteri yang telah Engkau satukan supaya mereka tidak dialpakan oleh nikmat rumahtangga yang amat mencabar itu dan ampunkan semua hambamu yang masih derhaka dan tunjukilah jalan pada mereka sepertimana yang telah Engkau tunjuki pada kami …. Amin Ya Rabb ..

Semuga jalan dakwah ini akan menemukan kita disyurga nanti  dan tika ini hanya dimaya ini sajalah yang termampu untuk kita bina ukuhuwah yang tidak berwarna ini dan menautkan hati hati kita membina cinta yang  meliar ini yang  kita sendiri pun tidak mampu untuk memahami maknanya!

Terkadang kita amat memerlukan saat saat sepi untuk bertanya pada hati kita keberadaan kita disini. Mudah2an kesepian itu dapat menjelaskan pendengaran suara nurani kita dari kebisingan nafsu. Apa lagi kalau kita dapat merenungi akan kebesaran Allah secara menyendiri, insyaalah pastinya Allah akan mengenalkan kepada kita kepada silap dan dosa kita hingga kita mabuk dalam dunia kita untuk menambah amal dan kerja kerja dakwah yang banyak menanti ini!

Kamu tahu, kenapa aku selalu ceritakan kisah kisah dakwah ini? Kerana inilah jalan kehidupan kita yang selamat dan  untuk melalui proses jalan dakwah ini tidaklah semudah untuk ditulis!

Ada ketika ketikanya menyulitkan kita untuk berbuat taat. Apa pun alasannya, semuanya tidak boleh diterima oleh fitrah tarbiyah itu sendiri. Letih ke, sibuk ke, tak cukup masa ke dan berbagai lagi, semuanya itu bersifat kelemahan yang boleh mengancam perjalanan seorang da’i.

Da’ie kena konsisten dalam amal fardhinya. Konsisten dalam amala jama’ienya. Seterusnya dalam kehidupannya.

” Anta tahu tak akhi, ana diberi cuti dua hari saja dalam setahun oleh murabbi ana. Hari Raya Idul Fitri dan hari Raya Idul adha saja”. Begitu seseorang yang kuhormati menjelaskan  pada aku tika aku terkapar letih berbaring diatas simen masjid sewaktu bertemunya! ” Itulah cuti Usrah ana”. Sambung nya lagi. ” Tapi itulah kekuatan ana akh hingga ana boleh istiqamah hingga sekarang. Ini bermaksud bahawa beliau juga cuti dua hari setahun.”  Dia menyambung sambil tersenyum diikuti dengan kalimat masyaalah.

Terbeliak mata aku disamping malu kerana terlepas cakap bahawa aku nak minta uzur usrah.

Baru aku sedar bahawa aku hanya lah sebutir antah didalam beras yang tidak ada nilai untuk dijadikan nasi.

Betapa hinanya diri kita ini bila kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk deen ini sedangkan ketaatan kita ini baru bermula! Begitulah kalau dakwah ini tidak kita hayati dan lekat dihati, yang seterusnya akan membuatkan kita sering untuk beralasan dan mencari jalan sempit untuk mengelak dari istiqamah didalamnya.

Sebab itu akh, aku suka menulis dan bekongsi supaya kamu sentiasa berhati hati sekalipun kamu berada dijalan benar ini!

Kita tidak boleh lalai walau seminit pun kerana disitulah nafsu akan mengambil tempatnya.

Kita bukan orang sufi dan yang akrab dengan Allah akh! Kita perlu buat sesuatu untuk meningkatkan ubudiyah kita dan terus bekerja dijalan ini. Dan sebenarnya kita tidak ada jalan lain lagi untuk terus istiqamah melainkan kita ketuk dan buka pintu paksa! Inilah jalan mentarbiyah diri. Paksa dan keterpaksaan inilah yang akan menyengat diri. Memang sukar untuk paksa diri dari mengikut hawa nafsu. Jika kita tidak paksa diri, seorang pejuang pun boleh jadi  seorang pondan dan seorang pemberani pun boleh jadi pengecut! Inilah saja cara untuk kita mengubah sosok peribadi kita!

Ingatlah …paksaan adalah satu tabiat jalan tarbiyah ini.

Kerana paksa diri merupakan sebuah pertempuran untuk kita melawan ego dan nafsu yang meliar ini! Memang asalnya payah. Jasad akan lelah tapi insyaalah bila dah terbiasa, kamu akan rasa nikmat dan tika itu jiwa mu mengaca lantas kamu akan kembali dapat menghayati makna keikhlasan sehingga keindahan yang kamu rasakan itu tidak akan berhujung meski pun diluar sana mereka melihat mu dalam kepayahan …

Aku tidak sempat untuk menulis lebih panjang lagi tapi cukuplah untuk sama sama kita perhatikan tentang diri kita yang manja ini yang tidak sanggup disimbah dingin dan dirembas embun pagi. Apa lagi untuk  berpisah selimut meninggalkan suami atau isteri! Memang sukar  meninggalkan selimut lembut dan kehangatan pelukan meskipun diherdik oleh Al Mudattsir yang menyegat kita bagai lebah dalam kalimat kalimat perintah! Memekakan. Pendek pendek dan amat tegas. Rabb MU agungkanlah! Rabb mu Agungkanlah!

Inilah saja jalan akh. Jalan dakwah. jalan Tarbiyah. Jalan berjaga malam untuk meringankan beban. Untuk merentas jalan keberhasilan. Jalan paksaan. Sunnah kehidupan.

La haula wala quwaillah billah … Allah memberikan kita dua jalan. Berbuat takwa dan duhaka. Sama besar dan lebar jalannya. Pilihlah?

Dimana kesetiaan kita?

Jumpa lagi ~ Doakan jaulah ku ke Jakarta ~ Bandung ~ Surabaya demi Mu ya Allah.

~muharrikdaie ~

 

 

2 responses to “Suara nuraniku

  1. kuek November 9, 2010 at 5:36 pm

    zikir munajat

  2. fawzan November 2, 2010 at 1:09 am

    “paksaan adalah satu tabiat jalan tarbiyah ini.”
    insya-Allah akh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: