intai aku antara nampak


Salam buat semua.

Maaf , kerana telah lama tidak menemani kamu semua diblog yang semakin suram  ini.

Aku seolah olah kehilangan zikir dihujung tasbih hingga sukar untuk memulakan ….

Alhamdulillah! Aku cuba untuk bangun kembali untuk menyerikan dunia penulisan dakwah ini walaupun kadangkala aku terperosok dalam dunia anganku yang gersang ini! Terkadang hati ku seolah dipaksa paksa untuk terus berharap pada perkara yang hampir mustahil yang memang tentunya tidak dapat mengurai jalinan cerita yang memenuhi mimpi mimpi burukku.

Sukar untuk aku ungkapkan betapa seni nya Allah menciptakan perasaan manusia itu yang sering berubah rubah mengikut citarasanya dan menjadikan iman sebagai wazan untuk Allah menjadikan perasaan kita terkawal dari landasan redhaNya!

Dan pada tika yang sama Allah uji perasaan perasaan kita dengan keinginan keinginan yang tak tertunaikan untuk mematangkan kita menjalani kehidupan yang sering beralun ini!

Lama aku tak menulis bukanlah berarti aku bosan untuk menitipkan kalam dakwahku atau atas asbab peribadi atau kerana jiwaku  yang terkoyak koyak maupun lemas dibanjiri airmata!

Tapi adalah kerana aku tidak berkesempatan!

Lantas hari ini aku kembali merindu untuk menguraikan jalinan kasih dijalan dakwah ini yang telah lama terhenti!

Ikhwah wa akhawat fillah …

Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai aku antara nampak, esok jangan rindu rinduan …

Begitulah pantun dulu dulu bila melepaskan rindu.

…dan sememangnya aku merindui  kamu semua walau dimanapun kamu. Dan terlebih aku rindu adalah yang empunya langit  yang telah menemukan kita dijalan ini dan  yang telah banyak menyadarkan kita akan pengabdian yang tiada batas sempadan!

Sedih juga aku bilamana melihat statistik blog aku yang semakin menurun dan menurun.

Bukan kerana aku inginkan keglamouran tapi aku takut kehilangan amal dakwah yang boleh aku kongsikan bersama kamu!

Aku selalu berharap kamu semua terus bersamaku meskipun tidak terdapatnya entry entry terbaru dariku. Bolehkan?

Sekali lagi aku katakan bukan kerana aku tidak mahu mengupdate, malah aku dah jadikan menulis blog ini sebagai agenda utama aku dan menjadikannya satu tanggungjawab rutin untuk aku sumbangkan …… Tapi jujurnya  terkadang  memang aku tak berkesempatan!

Sememangnya, sejak berhenti kerja dan menceburi bidang perniagaan ini. Rezeki aku tidaklah seperti dulu lagi. Kalau dulu setiap bulan, kerja ke? Cuti ke? Sakit ke? Sakaratul maut ke? Gempa bumi ke? Langit runtuh ke? RM dah pasti tercatat dibuku akaun bank aku. Rezeki yang bersifat tetap. Tak kurang dan tak lebih. Dan kalau lebih pun bila aku banyak pergi seminar dan mesyuarat ke overseas ataupun bila bertukar tahun. Kerana gaji akan naik setiap tahun.

Sekarang ni aku tak ada jawatan dan pangkat lagi dalam perkhimatan awam ini seperti dulu!

Kalau dulu bermulanya kerjaya aku sebagai Pegawai farmasi yang memakai overcoat putih yang kain nya diberi  percuma kerajaan 4 meter setiap tahun itu hinggalah jawatanku dinaikan dan dinaikan sehingga akhirnya sebelum berhenti jawatan dan gajiku agak besar juga dan kerja aku  hanyalah berulang alik meeting siang dan malam tanpa kesudahan!

” Rugi kamu Mal berhenti dalam keadaan macam ni. Hanya satu langkah saja lagi kamu akan dinaikan kepada Jusa, yang membolehkan kamu menikmati kemudahan termasuk kereta! Bukan senang nak naik dan nak capai level sekarang kalau bukan kerana kamu seorang yang komited terhadap kerja dan tanggungjawab. Even, Doktor pun sukar untuk naik ketahap kamu  jika tidak mereka sambung  buat pakar dulu. Tapi kamu amat istimewa diberi Allah kelebihan itu. Kamu hanya pharmacist, baru 12 tahun kerja dah dapat level macam ni. Bukan senang tau!  Tak menyesal ke?” Nasihat teman teman ofis yang menyayangi aku.

Memang sukar untuk aku jelaskan. Dan semestinya mereka tak kan faham!

Biarlah aku dan Allah sahaja berbicara.

Actually, dah 3 bulan aku istiqarah sebelum berhenti.

Aku cuba cenderungkan hati supaya tak berhenti tapi jiwa ku tetap meronta ronta minta dilepaskan dari ikatan kerja yang memaku aktiviti dakwah aku .

Dan sememangnya aku harus membuat pilihan. Dan inilah  pilihan dan keputusan aku kerana aku dah tak tahan lagi dengan kesibukan yang tidak berpenghujung dek kerana nak mengisi perut 3 kali sehari tu sehingga aku banyak mengabaikan tugas tugas dakwah.

Aku tak mahu ianya berterusan menjadi batu penghalang untuk aku menuju Allah!

Memang masa kerja dulu aku tertekan dengan perasaan aku sendiri!

Kadangkala aku malu bila berbicara tentang dakwah. Tentang pengorbanan. Tentang cintakan dakwah kerana realitinya aku masih menjadikan dakwah sebagai secondary dalam hidup aku.

Dan kini semuanya dah berakhir!

Kerjaya ku dah berakhir. Dan cinta ku juga dah berakhir.

Dan pastinya aku tak mahu ingatkan lagi selama lamanya kerana aku ingin terus memacu hidup ini kearah cita cita abadi aku!

Alhamdulillah wa syukurillah, aku sekarang dah jadi full time murabbi~da’ie dan seorang businessman.

Aku juga dah menjadi murabbi ‘yang benar’ dengan kata katanya! Kalau dulu aku hanya mendidik dan banyak bercakap dan berteori. Kini sedikit sebanyak aku dah buktikan akan segala kata kata aku meskipun pengorbanan ini hanya lah sesiput dari banyaknya pengorbanan dijalan dakwah ini.

Barulah sekarang aku benar benar berani untuk menghurai dan bercerita tentang tentang ‘tadhiyah’ ( pengorbanan) Tentang sabar. Tentang mujahadah dan sebagainya.

Aku dah tidak mahu lagi menjadi murabbi da’ie yang bagai “tong kosong” yang hanya berbunyi tapi tak boleh merubah! yang bercerita indah indah tentang islam. Yang menghuraikan pengorbanan sahabat sahabat dan menangis lesu diatas sejadah tapi masih memaku diri dalam ikatan sistem jahiliyah yang terkadang untuk pulang kenegara sendiri untuk menyumbang tenaga pun masih berkalau kalau lagi ….

kerana takut teruk kerja dan sebagainya sedangkan negara telah menyumbang ratusan ribu ringgit menyara kita belajar! Inikah sikap kita sebagai reformis, sebagai duat tapi tidak patriotik terhadap negara sendiri!

Inilah yang patut duat fikir dan muhasabahkan!

Alhamdulillah dan insyaalah, aku dah mula dapat menyusun waktu ku dan jadual jadual yang memang padat.

Memang aku berhenti ini mendapat restu dari mas’ulku untuk membantu perniagaan jamaah yang semakin berkembang.

Memang aku nak jadi kaya. Bukan untuk tuntutan nafsuku tapi adalah untuk aku share dengan dakwah ini!

Aku tidak mahu lagi menangis melihat jamaah menjadi pengemis bila tak punya wang untuk menampung Sekolah, hospital, tadika dan program program dakwah lainya sehingga program penting yang dirancang sebaiknya terpaksa ditangguh dan dibatalkan kerana kekurangan dana!

Memang aku terasa sedih dan sayu sekali tika itu meski pun kami ahli jamaah yang makan gaji ini waktu itu menghulurkan semaksimum mungkin tapi manalah mencukupi untuk menampung programm yang besar!

Atas kesedaran itulah ramai sahabat sahabat aku berhenti kerja lebih dahulu dari aku untuk memulakan perniagaan semata mata untuk membantu jamaah dan terbukti mereka berjaya. Malah sekarang jamaah kian berkembang dengan rezeki dan kekayaan atas usaha mereka. Dan aku lihat perniagaanlah yang akan menjadi pemangkin terhadap jamaah ini namun meski pun ada antara sahabat aku bergelar jutawan tetapi mereka tetap tawadhuk seperti dulu malah lebih hebat komitmen mereka terhadap deen ini! Disinilah aku terinspirasi!

Hidup dan rezeki ku kini totally berubah!

Rezekiku seperti rezeki burung. Perjalanan harian hidup aku juga seperti burung. Malah lebih sibuk dari burung. Kalau burung keluar pagi balik petang tapi aku terpaksa keluar pagi balik pun pagi.

Tanggungjawab burung yg diberi Allah terbatas hanyalah untuk mencari makannya tapi  tanggungjawab aku bukan hanya mencari rezeki untuk aku dan jamaah malah harus  melaksanakan beban dakwah yang diamanahkan ini.

Burung tidak ada pahala dan dosa tapi aku ada pahala dan dosa. Dan diatas asbab itulah aku paksakan diri ku ini untuk terus mengengam erat tali keimanan ini dan mengekang setiap inci nafsu yang akan memalingkan aku dari jalannya!

Akhi …

Business bukanlah satu perkara yang mudah semudah kita bekerja makan gaji!

Apalagi berniaga dan mencari rezeki atas kepentingan dakwah. Ianya amat mencabar iman dan kekuatan ruhiyah kita! Disinilah kita dapat rasai ‘keindahan ‘ tawakkal itu! Disinilah terbukti betapa kebenaran fadhilat ‘solat dhuha’ yang dilukiskan Allah kepada kita. Disinilah keajaiban keajaiban pertolongan Allah muncul bila kita lakukan semata mata kerana dakwah illahlah!

Rezeki berniaga tidak menentu!

Jika dapat seposen. Seposenlah rezeki aku yang harus dikongsikan dengan jamaah kerana itu janji aku dengan Allah. Dan alhamdulillah aku amat bersyukur dan teramat bahgia kerana cita cita ku untuk berbakti dan berkhidmat secara ‘ kulli’ terhadap deen ini hampir terpenuhi meskipun banyak perkara yang harus aku lakukan lagi tapi insyaalah, aku selalu berdoa kepada Allah agar selalu dapat membukakan pada aku pintu pintu amal supaya aku dapat terus bergerak tanpa halangan dijalan ini!

Akhi …terus terang kukatakan, baru kini aku dapat rasakan benar benar indahnya doa rabithah itu yang terkandung didalamnya apa yang kita minta terhadap Wa jamillik tawakaltu alaik ‘keindahan tawakkal’ itu kerana aku semakin mengerti akan arti tawakkal kini.

Aku semakin mengerti erti ” Tadhiyah” yang kita  hadam dalam rukun bai’ah itu.

Aku semakin mengerti akan erti “Itsar”  Mendahulukan orang lain atau mendahulukan jamaah dari diri kita!

Dan akhirnya membuatkan aku tenggelam dalam kesyahduan  cinta ini yang sukar untuk aku terjemahkan dengan perkataan!

Memang dijalan dakwah ini dipenuhi cinta. Cinta yang berbagai bagai. Dan pastinya jika kamu berada dijalan ini, kamu akan temui cinta itu.

Kamu akan rasa dicintai dan mencintai.

Oleh murabbi, mutarabbi, adik adik mas’ul, ikhwah dan akhwat dijalan ini.

Tidak ada istilah cinta halal dan cinta haram dijalan dakwah ini kecuali ianya diwarnakan haram dan halal oleh kita!

Cinta sebenarnya adalah ‘kekuatan’ dan cinta tidak akan tumbuh pada hati yang dipenuhi keangkuhan dan keegoan kerana orang yang punya cinta dalam hati akan mudah dan cepat menangkap kebenaran…

Dan kebenaran diatas sentuhan cinta/mahabbah itulah yang membuatkan kita boleh berkorban dan terus thabat diatas jalan ini …

Aku benar benar kaget dan terkesima pada suatu waktu dulu seorang akhawat pernah menyapa aku,

“ Akhi …… hati wanita ini sering tertanya tanya kenapa anta selalu menziarahi blog ana?  Mungkin anta ada menyimpan sesuatu. Sebagai seorang akhawat , ingin ana katakan, ana terasa kelaianannya dengan kehadiran anta di blog ana dan terus terang ana katakan  ana juga tertarik  jika boleh memiliki  seorang ikhwah untuk menjadi peneman dijalan ini. Andainya anta masih belum berpunya sudikah kiranya kita bertaaruf ………”.

Hingga saat ini hati lelaki aku masih tertanya tanya, apakah bait bait indah itu serumpun ‘ cinta” atau  seberkas bala?

Justeru diatas pengalaman, selalunya … tulisan dan perbuatan tidak akan bertaut didalam wajah yang sama jika tidak disirami dengan embun keikhlasan yang mengarah kepada ubudiyah kepada Allah!

Memang benar! Pengalaman dan firasat tidak pernah berdusta dan ternyata  akhirnya aku terpaksa menyimpan  bait bait indah itu  bagai rambut  yang tersimpul mati!

Jumpa lagi jika berkesempatan.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

 

5 responses to “intai aku antara nampak

  1. muharrikdaie October 12, 2010 at 4:38 pm

    Junaidi> sahabat hijau> cik sab> kuek> Terima kasih kerana sentiasa setia diblog saya dan memotivasikan saya. Kamulah sahabat2 saya yang saya sayangi …

  2. Junaidi Ahmad October 6, 2010 at 11:53 pm

    Alhamdulillah. terkesan sama. moga tsabat ya akhi.

  3. sahabathijau October 5, 2010 at 11:20 am

    subahanallah.
    tulisan dari hati sampai ke hati.
    bukan mudah meniti titian pengorbanan
    salam tsabat.

  4. ciksab October 4, 2010 at 10:44 am

    salamun alayk

    moga terus thabat🙂
    insyaAllah kami akan terus menyokong anta🙂
    walau apa yang melanda,,moga iman dan hati tabah tak berbelah bagi🙂

  5. KUEK October 2, 2010 at 11:25 pm

    MCM CITER IMAM GHAZALI…PULAK.. KEKUATAN JIWA (TGH FIKIR) MCM MANA KEKUATAN JIWA TUH… ADAKAH DENGAN AMAL BARU ADA KEKUATAN JIWA ITU, ATAU ILMU PASTU BUAT (BUKAN SEKADAR BACA SAHAJA) HMMMMMM JIWA RASA SEPI… SMLM XSEMPAT NAK AMBIK DOA KESUNYIAAN….MMMMM (MAAF NA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: