Sekadar cerita


Semuga antum dalam redha Allah.

Sunyi rasanya jiwa ini …

Apa lagi kalau tak menulis.

Da’i tiada hiburan lain selain dari dakwah. Liqa’. Membaca dan menulis serta gerak gerak kerja yang boleh membuahkan amal.

Itulah mata airnya dan itulah airmatanya!

Kerja islam adalah kekasih yang setia bagai mata air yang senantiasa menemannya.

Airmata adalah penyelesai masaalahnya dan daya tahannya dalam menghadapi mehnah.

Da’i kena sentiasa hati hati disetiap perjalanan.

Apa lagi dalam perjalanan dakwah, kerana ruang kefuturan lebih lebar dari ruang kekuatan!

Sebab itu kita tak boleh tidur.

Tak boleh lalai.

Tak boleh over confident.

Tak boleh rasa diri telah hebat dan tak boleh ‘ honeymoon‘  lama lama walau pun masih dibulan raya!

Sesungguhnya memang perjalanan dakwah ini amat jauh!

Dan kita. Dan kita memang tidak boleh berleha dijalan ini.

Ingat! Kita masih belum menang!

Kita masih berada dalam mungkar al~Akbar. Masih bernaung dibawah sistem thoghut!

Apakah kita telah terjamin dari kemurkaan Allah?

Selagi hukumiyah Allah tidak tertegak, janganlah kita rasa kita selamat!

Tidak.

Tidak sama sekali.

Bala Allah mungkin akan datang tiba tiba!

Menghanyutkan kita bersama kepalsuan perjuangan kita yang hanya menggunakan waktu waktu basi ini sahaja untuk agamaNya!

Waktu cuti ini  kita berehat. Kita bersantai semahunya hingga kita lupa pada dakwah. Pada mata air kita!

Kita lupa amanah amanah dan amanah amanahyang masih tak tertanggung beratnya ini!

Tahu bala?

Bala paling akbar bilamana Allah sesatkan kita setelah hidayah.

Allah futurkan kita setelah berjuang.

Allah istidrajkan dengan sesuatu yang kita rasa itu adalah nikmat pemberiannya!

Justeru itu letakkanlah hati mu selalu dalam kerisauan bila kamu terasa banyak rehat hingga melupakan Allah dan lupa akan masuliyah dakwah ini!

Jangan lupa akan kenyataan Ilahiyah bahawa kerehatan mukmin adalah disyurga!

” Tak kan nak start liqa’ dah akhi? Baru seminggu raya ni. Belum sempat lagi nak ziarah keluarga? Tak habis lagi letih dengan program program Ramadhan yang jamaah sogokan. Puasa 6 ana pun belum habis lagi. Berilah ruang sikit. Penat rasanya.” Rayuan mutarabbi aku yang dah otai dalam dakwah ni.

Itulah dia pejuang akhir zaman. Da’i akhir zaman. Dah bergudang ilmu dan kefahaman telah disalurkan dalam longkang hatinya oleh qiyadah pelbagai peringkat namun statement itu juga yang keluar yang menonjolkan warna kefahaman dan kesungguhannya!

Memang aku dah biasa dengan kenyataan itu malah ada yang lebih melukakan lagi ….

” Anta boleh lah akhi, anta tak ada kampung, tak ada Ibu Ayah. Raya pun sorang sorang. Kami ni kena jenguk sana, jenguk sini! Kita start lewat sikitlah! Rayu seorang mutarabbi yang baru dalam tarbiyah ini!

Sebenarnya dan 10 hari jamaah bagi rehat dan berhari raya. Tak kan lah tak puas lagi!

Terkadang sebagai murabbi kita kena terima kenyataan itu.

Fenomena ini bisa kita lihat dipanggung sejarah dakwah dan tarbiyah.

Ianya memang satu proses …

Sebab itu aku senantiasa berhati hati didalam perjalanan ini. Takut aku pula dipergilirkan kefuturan itu!

Inilah yang dinamakan sunnah tadawul ( sunnah pergiliran ) yang disebut oleh Allah dalam surah al Imran 140

…dan masa ( kejadian dan kehancuran ) itu kami pergilirkan diantara manusia ( agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membedakan antara orang beriman dan supaya kamu digugurkan sebagai syuhada’ …

Sesungguhnya memang iman ini tiada jaminan kecuali kita sendiri perlu menjaga dan membajanya!

Ini pelajaran bagi kita dimedan dakwah. Bukan hanya untuk yang baru tapi bagi yang lama pun, kita harus mengambil ibrahnya!

Inilah subjek subjek dakwah kita yang harus kita hadamkan.

Bukan senang untuk konsisiten dijalan ini! Apalagi bila tanggungjawab dunia makin membebani kita.

Suami, isteri, anak anak dan kerja yang semakin menekan atau bagi student yang aktif dalam dakwah ini harus berkorban dan terus berkorban.

Bersengkang mata dan memakan hati dalam keletihan dan kepayahan.

Bersabarlah  adik adik ku …

Perjuangan inilah terjemahan dari kehidupan kita. Aku telah lalui seperti mana kamu laluinya sekarang malah lebih perit lagi …

Inilah senandung syurga dunia!

Kalau orang kata perkahwinan itu syurga dunia….

Tidak sama sekali!

Mungkin syurga dunia bagi orang yang menyintai dunia kerana orang kafir juga merasainya.

Syurga dunia bagi kita adalah dakwah.

Dan syurga abadi bagi kita adalah balasan dari kerja dakwah itu diakhirat!

Bagi da’i perkahwinan hanyalah salah satu dari maratib amal untuk menyatu dan menjadikan synergy untuk dakwah dan bukan sebuah syurga yang melalaikan!

Ada yang bertanya kepada aku…

” Akh, bukankah dalam hadith perkahwinan itu menyempurnakan agama?”

Sohih sama sekali.

Tapi mungkinkah perkahwinan itu boleh menjadi neraka dan istidraj baginya kiranya dia terhenti dimaratib itu dan tidak melangkah seterusnya?

Syurga itu sukar akhi.

Tidakkah yang masuk syurga itu hanya sedikit, sesedikit orang yang bersyukur!

Mari kita semua membersih dan menguatkan motivasi dalam sketsa hidup ini agar kita terhindar dari ambisi ambisi dunia. Mari kita fokus bekerja dan terus bekerja dijalan ini untuk memenangkan agamanya.

Jangan kita lupa untuk menjaga setiap keikhlasan kita, takut amal itu sia sia dan tidak terpenuhi oleh syarat syaratnya.

Bukan apa, takut amal dakwah dan amal amal kita lainnya dibuang oleh malaikat hafazhah dipenjuru neraka!

Kita kena ingat malaikat hafazhah lah yang menulis amal amal kita dari pagi sampai malam.

Ada amal kita yang bersinar bagai mentari.

Ada juga bagai purnama.

Ada yang bercahaya cemerlang.

Ada yang seperti pengantin yang dikirab ….

Namun sayangnya kita takut dalam perjalanan amal itu untuk menemui Tuhannya, ianya tidak sampai kelangit dan hanya berputar diawan dan jatuh kembali menghempap ubun ubun kita yang penuh dengan riya’, takabbur, ujub, mengumpat , menzalimi manusia dan berbagai sifat sifat mazmumah yang merusakan amal itu!

Hati hatilah wahai diriku dan buat diri kamu semua kerana Allah lebih mengetahui apa apa yang kita lakukan, yang kita tampakkan mau pun kita sembunyikan …

….dan jika kamu melahirkan apa yang ada dihatimu, atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan mu itu ….. baqarah 24

Bukan senang akhi tuk mencapai darjat Iman.

Darjat duat dan darjat syuhada’!

Apalagi untuk mendapat izzah kurniaan Allah!

Orang yang mendapat izzah bukanlah seperti kita orangnya!

Yang sentiasa berkira kira dengan Allah.

Yang bersorong tarik dengan kerja dakwah ini.

Yang hanya menginfaqkan seringgit setiap jumaat dimasjid atau yang melebihkan kerja dunia dari kerja akhirat atau lebih parah lagi yang merasakan rumahtangga suami atau isteri lebih nikmat dan lebih manis dari berkorban dijalan ini!

Orang mendapat izzah adalah orang yang penuh sadar dan penuh alfahmu nya bagaimana untuk mengatur kehidupannya setelah memberi wala’ dan memberikan mahabbahnya kepada Allah.

Bukan senang untuk menulus dan meluruskan tadhiyah ini jika tidak mempunyai kekuatan jiwa yang prima!

Akh dan sahabiah yang senantiasa menjeguk keblog yang penuh dengan kedhaoifan ini …

Terima kasih kerana sentiasa memberikan aku semangat untuk menulis meskipun semangat aku hampir hilang …

Sebelum aku berhenti ingatlah …

Seorang kafir George Bernhad Shaw pernah mengakui dan menyatakan

If any religion has the change of ruling England, may Europe, within the next hundred years, it can only Islam

Oleh itu bersyukurlah!

Kita adalah insan terpilih dijalan dakwah ini dan yang ingin menegakan kepimpinan ini dan  sesungguhnya dunia memang berhajat kepada kepimpinan islam yang membawa umat manusia seluruhnya kepada martabat yang terpuji dan jauh dari kefasadan …

Tidak kah kita ingin terus bersemangat untuk melonjakan diri dan melompat setinggi tingginya untuk mengapai cita cita ini? Khalifah fil Ardhi …

Atau sekadar cerita ?

Selamat berbahagia buat kamu …

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

4 responses to “Sekadar cerita

  1. junaidiahmad September 21, 2010 at 7:27 pm

    Seperti biasa,artikel yg penuh motivasi. Teruskan memotivasi dan dimotivasikan dalam menulis.

    salam ziarah sahabat.🙂

  2. muharrikdaie September 20, 2010 at 8:29 pm

    Hamba > sepatutnya sdra/sdri tinggalkan link. Boleh kita berukuhuwah dan berkongsi cerita2 tarbiyah ini untuk memantapkan perjalanan jauh ini. Thanks for ziarah.

  3. hamba September 20, 2010 at 8:09 pm

    Salam,
    Thanks heaps akh for all these nice pieces of works. Hm..tarbiyah penuh dgn susah payah. Ada yang jatuh, ada yg tenggelam.
    Kdg2(atau selalu) terasa nak lari keluar dari dunia buat seketika. Tp, mustahil melainkan dtgnya Izrail
    Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: