perlukah aku menangis?


Ramadhan hampir tenggelam.

Alam mula menolak syawal pada manzilahnya.

Penghuni barzah kian bersedih …

Syaitan mula meronta ronta …

tidak sabar untuk bebas mencari mangsa …

bertemu kroni dan suku sakatnya dihari bahgia ini.

Kita manusia?

Ada yang bersedih. Ada yang buat buat sedih. Ada yang berpura pura sedih.

Kita juga …

Ada yang gembira. Ada yang terlalu gembira. Ada yang ekstrim gembira.

Itulah lah keletah alam.

Itu telatah makhluk dalam menghadapi Ramadhan dan mengakhirkan Ramadhan!

Setiap tahun Ramadhan datang dan pergi dalam wajah yang serupa.

Dan setiap tahun juga kita menghadapi Ramadhan dalam keadaan terpaksa.

Apa yang membezakan kita?

Hanya ilmu. Hanya kefahaman. Juga kesedaran …

Itu saja yang membezakan ramadhan kita.

Kita berbeza bukan dari segi berbuka, bersahur, bertarawikh, berqiyam, beriktiqaf , berzakat , menangis mengenangkan dosa dan berhari raya!

Beza kita hanya satu!

Keberlansungan dari natijah  amal itu!

Dimana kita nak gunakan jiwa kesufian yang telah kita raih dalam Ramadhan itu?

Amalan Ramadhan ibarat kita mengumpul senjata dan kemata senjata itu untuk kita bawa adalah persoalannya?

Ingatlah kehidupan ini perlu jalan hidup.

Jalan hidup mukmin adalah jalan dakwah dan jalan jihad.

Seandainya kamu tidak berada dijalan ini, bagaimana mungkin kamu mampu untuk salurkan kekuatan ruh dan amalan kamu untuk terus terusan taat kepada Allah dalam meraih perubahan dalam diri dan sebab itu kita lihat manusia yang tidak berada dijalan dakwah akan kembali hidup seperti biasa dan tidak boleh melakukan perubahan pada dirinya hingga akhirnya amalan amalanya di bulan Ramadhan itu hilang bagai  debu ditiup angin …..dan kembalilah dia seperti manusia yang biasa biasa sehingga Ramadhan  akan datang …

Apakah ramadhan itu kemucak amal bagi seorang mukmin?

Atau  …..dakwah dan jihad yang berterusan hingga kita bertemu Allah atau merasai kemanisan berada dibawah khilafah yang amat kita dambakan?

Ini yang harus selalu kita persoalkan jika kita ingin merasakan ruh Ramadhan itu senantiasa hidup pada diri kita sepanjang tahun.

” Taqabballahu minna waminkum’ dan salam raya buat semua

Muharrikdaie ~ Yatim Piatu dan sentiasa keseorangan dihari Raya

7 responses to “perlukah aku menangis?

  1. muharrikdaie September 20, 2010 at 8:23 pm

    Alif > Airmata dah kering. Tgh tunggu kisah sedih seterusnya …

    Ibunoor > Thanks for the pantun. Is it pantun? Banyak Ibunoor bagi saya semangat dan nasihat. Tkasih. Bukan persis Salahuddin anak anak itu. Insyaalah mudah2an jadi Salahuddin atau sekurang2nya menjadi duat dibumi ini … doakan ibu. Doa seorang Ibu itu amat mustajab! Salam raya …taqabllahu minna waminkum!

    ana > terima kasih …

  2. muharrikdaie September 20, 2010 at 8:17 pm

    Dianah > thank for the ucapan. Sama sama kita. Lama awak tak jengah blog saya … jumpa blog lagi best ke?

    • Dianah September 21, 2010 at 8:01 am

      bukan jumpa blog lagi best, incik muharrik.. cuma dah jarang blog hopping skrg.. lebih banyak masa di dunia nyata skarang, hehe…

  3. ibunoor September 12, 2010 at 10:48 pm

    Salam muharrikdaie,

    Ramadhan dilewati dengan kerendahan hati,
    Syawal dirai dengan penuh ketinggian budi,
    Yatim nan piatu hanya di dunia ini,
    Bidadari menanti di syurga nanti.

    Salam syawal dari kami sekeluarga buatmu ya muharrik… 2 hero itu tetap sibuk berbaju Melayu lengkap, sampin serta songkok malah ada replika keris tersemat di sisinya… aduh, entahkan Tuah entahkan Jebat… Juga berjubah hitam serta berkopiah putih… moganya persis Salahuddin Al-Ayyubi. Tidak disangka, ramai betul rupanya kawan-kawan dua beradik ini di kampung. Semua dijemputnya ke rumah. Tidah betah duduk diam dan tidak mahu menerima duit raya dari jemputan… yang pastinya aksi mereka selalu mengukuirkan senyuman di bibir kami.

    Alhamdulillah…doa buatmu ya muharrik tidak kami lupa… Semoga “ruh Ramadhan itu senantiasa hidup pada diri kita sepanjang tahun”

  4. ana September 11, 2010 at 12:48 am

    taqabalallahu ya karim.

  5. Alif September 10, 2010 at 11:14 am

    kesat airmatamu!

    Wahai diri, genggam erat erat hatimu.
    Sabarkannya…
    Fahami penderitaanya….
    Rasakan setiap getaran sedu sedannya…
    Dongak kelangit…
    Semestinya langit itu terbentang luas seluas cinta itu.
    Disitu Allah akan menebarkan cintaNya …

  6. Dianah September 10, 2010 at 3:11 am

    taqaballah minna wa minkum.. selamat hari raya eidulfitri buat incik muharrik..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: