Bila aku terlupa diri


Bila cinta telah pergi

Aku jadi lupa diri

Hatiku diliputi sunyi

hingga hilang indah duniawi

mungkinkah aku bertemunya lagi

atau terus menangis menangung rindu yang terpatri …

_____________________________________________________

Hidup ini adalah ujian seluruhnya. Batas ujian itu adalah waktu ini. Waktu hidup ini. Dari kita mula lahir dan tak mengenal aqidah hinggalah kematian yang didalam ilmu Allah.

Allah telah merumuskan syarat kejayaan hambaNya bermula dari Iman dan Amal. Kemudian Allah sebut dakwah dan sabar ( AlAsr )

Dan dakwah itulah kepulan kepulan kerja kita!

Mahu tidak mahu Dakwahlah penentu rahmat Allah kepada kita …

Dan disinilah kita hidup!

Sememangnya hidup dalam Dakwah dan Tarbiyah adalah lebih teruk dari hidup kita belajar diUniversiti.

Kita dikekang dengan trilogi kesempitan …

Di penjara.

Diikat dan diugut.

Di penjara dengan amanah.

Diikat dengan tugas.

Diugut dengan balasan Allah.

Aku harus menyiapkan satu persatu assignment yang bertindih tindih.

Assignment jamaah yang diarah oleh Allah dan Rasul yang tidak ada deadline nya.

Assingment tarbiyah dalaman dan dakwah luaran yang menyesakkan nafas ku. Kembang kempis turun naik tidak berhenti.

Jam dan masa bagiku hanyalah sebuah arca yang tidak bererti!

Tak perlu tengok. Tak perlu lihat dan tak perlu tenung tenung.

Memang tidak mencukupi biar pun puluhan kali ia berputar.

Tak perlu alarm untuk mengejutkan aku dari tiduran kerana memang aku selalu terkejut kejut dan termamai mamai waktu tidur seperti tidurnya ayam menanti fajar!

Takut akan terlepasnya solat kira lenaku berpanjangan!

Tidur 2 -3 pagi bangun 4 – 5 pagi.

Hingga aku diserang darah tinggi.

Dulu ada orang yang ku sayang  menasihati

kini dia tiada lagi …

Disambar garuda dibawak lari …

Benar! Kita kelam kabut dengan kekangan masa dan bertimbunnya kerja.

Apalah ada pada 24 jam waktu berputar sedangkan kita tidak pernah dapat mengejarnya.

Apalah ada pada malam dan siang. Jika terbit dan terbenamnya bagai kerlipan mata yang tiada bererti.

Apalah ada pada gelap dan terang atau pada peredaran alam  dan kehidupan , sedangkan dakwah dapat kita kerjakan sedikit sekali.

Walau apapun kita harus sedar atas kemampuan diri.

Kita tidaklah boleh all out sehingga memudaratkan diri.

Aku pernah buat dulu. Tapi tak sampai kemana!

Kerja dakwah tak pernah susut, berhenti atau ada penghujungnya meskipun kita buat seoptimum yang mungkin.

Hingga kita Letih letih letih

mata jadi  terkunang kunang

Terbedik bedik, terkenang kenang

Orang tanya seringgit aku jawab sekupang …

Orang cakap lain, aku jawab lain buat orang bengang

Bila otak dan sarafku  dah semakin tegang

Diatas lantai aku tumbang ….

Memang letih. Memang tired.

Siang cari wang malam tarbiyah orang.

Isnin Selasa dan minggu bertukar ruang

Ikutkan badan memang tak larat.

Screw kiri longgar, screw kanan ketat.

Akhirnya tertidur duduk, tak ingat ingat!

Itulah,  bila kita terlupa diri mendahulukan orang  berlebih lebihan…

Usia dan kemampuan tidak kita hiraukan!

Hingga perjalanan hidup hari hari kita tidak berimbang.

Jangan kita terlupa diri  dan terlupa atas keterbatasan kemampuan

kerana dakwah juga yang rugi sebab kita tak punya ramai penganti dijalan ini.

Berpadalah …

Memang masa dan waktu rehat tidak boleh diukur pada jam dan hanya boleh diukur pada keletihan pada keletihan.

Jika letih sangat,  itu  tandanya pukul 1 pagi.

Jika terhoyong hayang drive, itu tandanya pukul 2 pagi

Jika tertidur duduk, itu tandanya pukul 3 pagi.

Jika tak sedar diri, dah tentu pukul 4 pagi.

Setiap hari aku terkejut nak solat subuh macam drakula terkejut terlihat matahari!

Mata putih ku tak pernah jernih.

Hanya merah bercampur hitam kerana kekurangan tidur.

Itulah dia bila dakwah ini kekurangan da’i.

Hidup aku dan rakan dakwah lain serupa macam ada gusi tak ada gigi …

Tak berseri!

Calculation cara kerja aku > Redah aje + doa – nafsu = gerak lagi.

Selagi kaki boleh menampung  badan.

Selagi mata boleh ku sengkang.

Selagi mulutku belum ternganga

Selagi aku tidak terlentang …

dan selagi fikiran ku waras belum melayang…

aku harus terus bekerja dan bekerja untuk islam

Berdakwah dan berdakwah untuk umat

Tidak kira letih siang atau malam

Terpaksa memimpin dan memimpin …

Kerana jalan dakwah ni tak cukup pemimpin …

memanggil dan terus memanggil

Adik adik degil yang tidak pekak tetap ku panggil

menarik dan terus menarik

adik adik yang yang lemas dalam kolam dunia terus ditarik

meskipun harus ku tarik mereka seperti menarik kucing diatas tikar mengkuang ….

Itulah dia tugas  dan tanggungjawab yang ramai tak nak pegang

Masuliyah tarbiyah yang diamanahkan

…. terkadang terabai jua diri sendiri asyik memikirkan orang  …..

Amal fardhi jadi tonggang  langgang …

Aku dah jadi da’i terlampau!

Terkadang aku rasa berdakwah dah bukan lagi kerana ubudiyah kerana aku rasa teramat lemah!

Ini bukan rungutan tapi peringatan….

Peringatan buat aku yang amalan fardhinya banyak terkurang

Asyik nak ingatkan orang hingga hubungan dengan Allah dah tak seimbang …

Aku takut aku tumbang. Kamu juga tumbang  kerana ubudiyah yang kurang hingga dakwah tak berkembang!

Ini hanya pengalaman dan ingatan buat kamu …

Kamu yang kusayang  …

Supaya apa?

Supaya kamu rasa kebersamaan ….

Supaya kamu rasa kamu tak keseorangan kerana aku juga begitu …

Teman teman lain juga baegitu

Mari bersama kita jana kekuatan …

Kekuatan ruhiyah yang hilang kerana tika kita letih  keseorangan ….

Satu perkara lagi dalam tarbiyah ini yang perlu setiap kita ingat adalah jangan lupa kemampuan diri sendiri dan hubungan kita dengan Rabbul Izzati

Kerana kalau lupa …disitulah kebencianNya ( ASSaff )

Menyuruh dan menyeru orang, kita terlupa! Kita tak buat!

Walau sesibuk mana.

Sebusy mana

Sehectic mana kesibukan kita

Jangan abaikan mutabaah dan amalan harian.

Disitulah tempat kita recharge  kekuatan.

Disitulah lampu Alladin sorang da’i untuk jadi peneman.

Jangan kita ‘ ghurur‘ tertipu daya dijalan ini hingga alpa diri.

Buat kerja Dakwah seoptimum kemampuan …

Bukan ikut tak cukup orang …Atau tak ada orang untuk ganti berjuang …

Jaga hak diri.

Jaga kesihatan diri.

Dakwah kita perlu berpanjangan ….

Dakwah kita dakwah nafas panjang.

Dalam kerja dan dalam uslubnya.

Memang kita seronok dan manis buat kerja dakwah tapi jangan lupa bahawa apa pun yang kita lakukan kena ada ‘ tawazun’ nya.

Kena ada mizannya.

Kena ada neracanya.

Kena ada skill nya .

Kena ada pembantu nya.

Kena ada para hawariyyunnya.

Supaya kerja itu bertanzim.

Tersusun dan indah.

Seindah saff diwaktu perang ….

Itulah idealnya.

Biar kita living smart.

Tarbiyah smart dan Dakwah smart.

Terkadang dalam cerdik kita bodoh.

Dalam mentarbiyah kita sendiri tak ditarbiyah.

Lalai hingga jauh dari Allah.

Dalam nak bawak orang nak masuk syurga kita terlupa syurga.

Buat seoptimum mungkin didalam kerja dan dakwah tapi jangan melebihi kemampuan sebagai seorang manusia.

Konsistensi dan istiqamah adalah yang terbaik.

Buat sedikit yang konsisten itu terlebih aula’ nya.

” Tapi bagaimana yer? Inikan  bukan amal solat dan amalan rutin lain?

Inikan  amal dakwah!

Mana boleh! Semua orang perlukan kita. Kalau kita tak buat, siap anak buat?” Kita bersoal kerana kita cintakan dakwah.

Tapi kita silap!

Kenapa kita tak share kerja dakwah ini?

Share share lah!

Ambik sorang sikit. Janganlah kita pulun semua hingga putus urat saraf !

Mana mutarabbi yang kita tarbiyah empat lima tahun dulu?

Kan mereka dah besar panjang …. bertahun dan berkurun ditarbiyah!

Tak kan tak matang lagi. Takkan masih menyusu lagi? Tak kan masih nak disuap dengan maudhuk dan ilmu lagi?

Tak kan biar mereka manja macam kanak kanak ‘ down syndrome ‘ ?

Tadribkan mereka!

Barulah ‘ muntijah ‘ kepimpinan kita.

Apa ukuran pemimpin yang sukses?

Tentulah dapat melahirkan pelapisnya.

Apa ukuran mutarabbi yang sukses? Tentulah menganti dan membantu murabbinya.

Itulah output tarbiyah. Itulah inti tarbiyah.

Kalau tidak sia sia lah saffkan mereka, usrahkan mereka, jaulahkan mereka, daurahkan mereka jika mereka masih memakai pampers dan tak boleh berdikari! Kita btidak mahu meahirkan mutarabbi yang mandul. Yang menopause.

Sedarlah! Kamu disaff ini bukannya  untuk mengumpul dan menyumbatkan maklumat dan ilmu serta fikrah untuk bengkakkan kepala  kepala!

Hingga kepala kamu jadi kepala batu!

Tapi segala macam ilmu yang kamu timba itu adalah untuk melahirkan kamu supaya jadi pemimpin. Menjadi hawariyun. Pembantu pembantu agama ini!

Sampai bila kamu nak takut adik adik ku?

Sampai bila kamu nak duduk belakang? Menumpang dibelakang?

Kalau tidak hari ini bila lagi kamu nak kedepan dan beri sumbangan pada umat ini!

Kalau tidak hari ini, bila lagi kamu nak mula jadi naqib dan naqibah untuk memimpin usrah?

Sampai bila kamu nak jadi ” passenger” dalam kereta dakwah ini?

Tidak malukah kamu asyik terus menumpang didalam ‘ kereta dakwah’ ini hingga kamu jumud dan beku dengan  tarbiyah!

Dah dua tiga tahun ditarbiyah masih bertolak tolak lagi. Masih teragak agak lagi. Masih beralas alasan lagi.

Kamu bukannya ” mualaf ” lagi dalam tarbiyah ni …

Bukan baru dijalan ini …

Dah lama. Dah kutai. Dah Otai.

Tak kan nak menerima saja….

Sesekali memberilah …

Kan tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima?

Kamu harus menjadi driver untuk drive dakwah ini lebih laju lagi kerana kamu masih muda!

Cuma yang penting  adalah ” FIRST TOUCH ‘ itu!

FIRST TOUCH itulah praktikal dari teori tarbiyah yang kamu terima!

FIRST TOUCH ini macam FIRST LOVE.

Penuh dengan risiko perasaan.

Ada pahit dan manisnya. Ada senyum dan tangisnya.

Pernah kamu jatuh cinta dengan awek atau balak kamu?

Pernah kecewa cinta?

Itulah pengalaman. Itulah kehidupan ….

Hanya yang mencuba akan rasa …

Kamu harus gamble …. harus mencuba …

Jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Sentuhan pertama itulah yang mencetuskan ombak dakwah dalam leadership kamu dan kamu harus  lakukan untuk memberanikan diri menjadi da’i!

Menjadi pemimpin kepada dakwah ini!

Dan sentuhan itulah merupakan ‘ permulaan jalan bagi kamu untuk  mengapai izzah sebagai manusia dan sebagai modal buat kamu untuk syahid dijalanNya!

Akhi ~ Ukhti

Berubahlah. Marilah kita merumus kehendak kehendak Allah dan menjadi model  yang memesonakan alam ini dengan pesona kecemerlangan didunia dan akhirat.

Cukupkah nasihat ku ini? Atau kamu ingin aku terus membebel benda yang sama sekali lagi …..

Salam penghujung Ramadhan

jumpa lagi ….

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa kamu

5 responses to “Bila aku terlupa diri

  1. Ihsan December 23, 2010 at 9:08 am

    peninspirasi hidup

  2. muharrikdaie September 20, 2010 at 8:15 pm

    srikandi > muga terketuk hati kita semua termasuk yg menulis ni. Thanks for comment!

    Husaini > suka dan ambil ibrah darinya. Ok kan akh?

  3. syamil iman September 7, 2010 at 12:40 am

    ayat santai tapi ter’bantai’ bila membacanya…

  4. srikandi September 6, 2010 at 11:31 pm

    Allahu Allah.

    Berusaha dari passenger menjadi driver.

    Doakan kheir ya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: