bila aku ditemani airmata


Bila aku tidak menulis, semestinya aku dimana mana dipenjuru dunia ini.

Melaksanakan tugas sebagai hambaNya. Terhoyong hayang. Letih dan tak bermaya.

Dimana lagi tempatnya orang seperti aku ini?

Kalau tidak dijalan ini …

Dimana lagi harus  ku letakan kasih ini?

Kalau tidak padaNya.

Siapalah yang akan menemani ku tatkala aku ditemani airmata?

Kalau bukan doa doa dan munajat yang diajar olehNya!

Insyaalah … itulah dia rencah rencah kehidupan seorang hamba.

Seorang da’i kerdil yang banyak dosa ini  … yang mencari redhaNya.

Da’i yang dilahirkan dari sistem tarbiyahNya, hingga tarbiyah itu  telah memberikan kita ruh kehidupan ini.

Lalu kita jadikan dakwah ini. jalan jihad ini sebagai mahar membeli amanahNya diperjalanan hidup sebelum mengadapNya.

Akhi,

Bukan senang untuk meninggalkan kelazatan dunia.

Kesenangan dan nikmat yang bertali arus ini.

Apalagi untuk mujahadah dalam mengawal nafsu.

Apa lagi untuk membunuh nafsu jahat ini kerana ia akan tetap tumbuh dan tumbuh.

Sebab itu kamu harus membaja hati. Kerana hati itu adalah raja bagi setiap anggota tubuhmu. Jika hati berkuasa, ia akan menguasai segalanya.

An naas ‘alaa diini mulukihim ~ Manusia itu tergantung agama rajanya

Musyarahah (terus terang) dengan hati adalah penting kerana disitu akan terbentuk kemampuan kita untuk melawan jiwa dan nafsu yang cintakan kerehatan ini.

Disini. DiRamadhan ini kita belajar mentarbiyah nafsu agar ia terus tunduk  dan ttidak menguburkan hidayah yang Allah sinarkan pada pilihanNya. Yakni kita. Kita yang diharapkan diabad ini untuk menumbuhkan dakwah disetiap hati manusia supaya manusia manusia yang menerima siraman iman dari kita  itu  akan menjadi tentera tentera generasi baru yang terbaik selepas kita.

Jangan kamu hiraukan airmata disepanjang perjalanan ini!

Biarkan dia menitis. Biar dia menjadi temanmu. Kerana airmata itulah bukti pengorbanan. Airmata itulah kejujuran. Airmata itulah amal amal solih yang akan memadamkan naar. Api dimahsyar nanti.

Kamu jangan takut terluka kerana jalan ini memang jalan kelukaan.

Sejarah dakwah banyak mengajar kita tentang luka. Tentang musuh musuh kita hatta disepanjang jalan dakwah ini, bukan saja musuh mengekori kita tapi terdapat  juga mukmin yang menghalang dan menguji kita!

Ada dikalangan kita yang mengecewakan kita. Yang berjanji dan memungkiri janjinya.

Yang  ingin bersama  dalam susah dan senang dalam dakwah ini dan kemudian meninggalkan kita tanpa asbab yang boleh kita terima.

Dulu yang beriya iya  ingin sehidup semati dan  menangis syahdu bersama kita  kemudian mentertawakan kita … yang menemani kita dengan sajak sajak perjuangan dan kemudian  membiarkan kita ditemani airmata kita  waktu dia menyusuri jalan bahgia …

Terjadi juga dikalangan kita manusia yang meraih kegembiraan dengan merampas kebahagaiaan kita. Hak yang dijanjikan kepada kita atas nama takdir. Atas nama maslahah dan atas nama Allah lalu memberi alasan kuno kepada kita!

Inilah egoisme manusia meski manusia itu bersama kita …hingga kelam cahaya quran yang datang!

Itulah dia pengalaman.

Mengajar kita satu persatu kerenah manusia.

Disinilah kita matang.

Disinilah kita belajar untuk mengenal tabiat manusia dan supaya kita berhati hati dengan manusia.

Sehebatmana pun fikrah dia. Sehebatmana pun leadership dia. Sehebatmana pun cerita cerita dia. Sehebat mana pun cerita cerita dia dan sajak dan puisi perjuangannya …..

Dia tetap manusia!

Dia tetap insan yang lemah …

Sering berubah rubah mengikut imannya.

Mengikut mood dan kefahamannya.

Disinilah kamu dapat nilai level jatidiri. Level akhlak dan level prinsipnya sebagai seorang duat.

Terkadang dia sering menyebut takdir tetapi dia sendiri takut dengan takdirnya sehingga  prinsip nya yang kita hormati rapuh reput dimamah ketakutannya …

Kamu dijalan ini seterusnya akan terus belajar dan belajar dan pasti kamu akan menemukan banyak kenyataan dakwah dan orang dakwah yang  lumpuh  prinsipnya  bila  tidak dapat bertahan dengan kepentingan peribadi tribulasi dan tidak bersedia dengan rempah ratusnya. Memang Pedas dan hangat rasanya!

Akhi,

dalam perjalanan  ini juga, bukan sahaja kita menemui berbagai jenis manusia serta sahabat dan sohibah sefikrah kita serta kerenah mereka yang ku sebutkan tadi malah kita juga akan menemui diri kita sendiri. Kelemahan dan jati diri kita.

Perjalanan dakwah sebenarnya tiada jaminan keselamatan sehinggalah kamu terkujur kaku disirami syahid dipenghujungnya.

Kenapa ku kata kan begitu?

Kerana dakwah ini adalah suci. Setiap kesucian itu banyak yang tersirat dari yang tersurat. Mungkin kita akan ditinggalkan oleh dakwah seperti  mana Nabi Allah Musa ditinggal oleh Khidir kerana ketidak sabarannya. Kerana kita tidak nampak akan tersiratnya dakwah itu!

Sebab itu kita jangan gopoh.

Jalan dakwah ini panjang. Jalan hidup kita juga panjang.

Jangan kita rasa, apa yang telah ditakdirkan untuk kita hari ini akan berkekalan selamanya ….

Sepertimana suami isteri tiada jaminan jodohnya.

Dakwah juga begitu ….

Adakalanya keguguran dijalan ini bagaikan salji turun dimusimnya!

Sebab itu kamu harus hati hati dan sentiasa memeriksa diri …

Kerana kita juga akan menghadapi saat saat lemah yang mungkin kelemahan itu berpunca dari banyaknya  dosa kita apatah lagi jika kita  menzalimi manusia.

Terkadang kita tak sedar kelemahan itu sebab Allah menghijabkannya dengan dosa kita!

Akhi …

Fikrah yang luas dan ilmu yang melaut tidak menjamin thabatnya kamu dijalan ini.

Pengikut yang ramai. Mutarabbi yang menyayangi kamu. Suami yang setia pada kamu. Isteri yang mengasihi kamu juga tidak menjanjikan apa apa pada dakwah kamu ini jika akhirnya mereka tidak dapat menjadi ‘ hawariyun’ dalam menarik kamu diwaktu kamu melemah!

Tidak ada istimewa dan sempurnanya dalam kehidupan ini jika kita semua akan mengalami fasa  fasa hidup yang menurun.

Tidak ada gunanya kebahagiaan didunia ini disamping keluarga dan kerabat kamu andai kamu menurun didalam perjuangan!

Disaat inilah kita harus memikirkan bagaimana untuk kamu terus berada didalam saff ini.

Takut waktu itulah kamu teruji dan mundur. Mundur yang membawa laknat Allah kepada kamu!

Ketahuilah! Sebenarnya dimana pun kita! Bersama siapa pun kita! Kita tetap keseorangan. Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa kecuali Allah berserta iman dan keyakinan terhadap jalan ini lalu kita berusaha untuk tingkatkan hubungan baik yang akrab pada pencipta dakwah ini!

Diri kita sebenarnya adalah bahan. Bahan keperluan manusia lain.

Suami isteri, Ibu ayah dan manusia disekeliling kita telah menggunakan kita semahunya. Sehingga kita letih melayani kerenah mereka …

dan adakala kita tinggalkan masuliyah yang paling besar demi berkhidmat untuk mereka!

Tidak kah kita zalim ketika itu?

Jika kerana mereka …

Iman kamu tidak terbina. Amal kamu tidak dapat dicerna dan dakwah tidak kamu guna dan hati yang tidak ikhlas menguasainya, kamu harus mencari jalan penyelesaiannya.

Penyelesaiannya adalah kekuatan qawammah ( penguasaan)  kamu. Kekuatan hati yang dihias dengan ilmu dan ma’rifat Mujahadah serta terus memperbaikinya.

Kamu tidak boleh terikut dek suasana. Sekuatmana pun kamu namun jika kamu tidak punyai sikap qawammah ( penguasaan diri), kamu akan larut ….

Ingat! Hidup seorang tidak sama dengan hidup berdua dan hidup berdua tidak sama dengan hidup bertiga …

Masamu. Kudratmu. Nafas mu serta iman mu akan terus disedut dan disedut oleh mereka yang kamu sayangi disekeliling kamu ….

Jika mereka sepertimu alhamdulillah! Jika tidak! Kamu harus bertarung …dan semestinya kamu kalah jika kamu tidak menjauhi mereka dari hidupmu!

Akhi ingat!

Perjalanan ini tidak boleh terhenti setakat sebuah perkahwinan atau sebuah kejayaan pada salah satu maratib amal selagi tangga tangga seterusnya tidak kita daki untuk sampai kepuncak atau kita mati disalah satu tangga dengan mati yang mulia. Mati yang sungguh sungguh selepas berusaha.

Kekasihku dan teman dakwah ku …

Ketahuilah, aku adalah penyuluh dimalam yang kelam!

Begitu juga kamu …..

Mari kita terus menyuluh pada jutaan hati yang penuh kefasadan. Cukuplah bagi kita sebuah cita cita yang besar dan tidak mengenal perkataan mustahil menjadi senjata kita untuk terus melakarkan keajaiban terhadap dakwah ini. ingatlah ‘ Yadullah alal jamaah “

Tangan Allah bersama jamaah …Istiqamahlah.

Bergeraklah seperti awan yang bergerak tanpa henti.

Bergeraklah seperti malaikat yang senantiasa bertawaf dibaitul izzah tanpa henti.

Kamu aku dan kita semua adalah manusia yang dimuliakan dengan islam. Dicerna dan diproses dengan iman. Maka lahirlah kita sebagai duat! Apakah kita harus berdiam. Menjadi tunggul menanti petir untuk dimatikan atau terus bergerak tanpa henti menebarkan salam nabi ….

Wallahuaklam.

Buat saudaraku Amin yang akan berkahwin pada 12/9/10 ini … maaf aku tidak dapat menghadiri walimah kamu kerana harus ke Indonesia dan pesanku padamu,

Akh  Amin …perkahwinan adalah pembentukan satu synergy ….

Jangan kamu lemah setelah bersatu, kerana kamu disandingkan Allah diatas dipan dakwah ini!

Allah melimpahkan  kebahagiaan kamu dengan memimpin jejak jejak kamu kejalan dakwah yang diberkahiNya.

Haruskah kamu meninggalkannya atau melemah setelah kekuatan itu bersatu dan bertambah untuk lebih kamu menyumbang pada dakwah ini?

Jangan sesekali kamu langgar bai’ah kamu kepadaNya, sehingga keturunan kamu kelak akan tercerai berai oleh khianat kamu kepada dakwah ini

Selamat pengantin Baru  …

One response to “bila aku ditemani airmata

  1. nuurhati September 2, 2010 at 10:11 am

    ” Penyelesaiannya adalah kekuatan qawammah ( penguasaan) kamu. Kekuatan hati yang dihias dengan ilmu dan ma’rifat Mujahadah serta terus memperbaikinya…..”

    moga terus tsabat !

    jazakallah ! teruskan menulis!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: