memang kerana Dia ..


Akh … tahukah kamu jari jemari ku tidak pernah merasa diam untuk menulis.

Sebab tak cukup waktulah, aku merepek repek dengan sajak dan puisiku.

Sekurang kurangnya aku dapat close kan hari aku menulis sesuatu yang terbuku dalam kepala ini!

Orang faham ke tak faham ke, itu masaalah lain tapi yang penting aku dapat melontarkan bait bait emosi yang terisi dalam kepala ini.

Kehidupan harian aku, kalau boleh ingin aku isi sesarat saratnya dengan benda benda yang boleh membawakan aku ubudiyah kepada Allah. Kepada Dia.

Memang kerana Dia lah aku kitarkan segala bebanan emosi yang tak tertanggung ini.

Aku paksakan diri aku untuk redha dalam apa juga tribulasi dan juga segala macam mak nenek masaalah yang menjenguk dan membius sampai ketulang sum sum aku kerana jika aku merungut dan tak redha pun perkara itu tetap dan pasti akan berlaku mengikut ketentuanNya.

Memang untuk meraih sifat redha itu sukar dan ujian hidup itulah latihannya!

Kamu tahu tak akh!

Kiranya kamu bergaul dengan orang sufi, kamu akan dapati tiap detik hidup mereka senantiasa redha dengan cubaan Allah walau apa pun cubaan itu!

Bila cubaan dan ujian itu berlaku, mereka rasa itulah petanda kasih sayang Allah kepada mereka.

Dengan ujianlah mereka rasa Allah sayangkan mereka kerana ujian itulah maknanya Allah beri perhatian kepada mereka. Allah sayangkan mereka lalu menghapuskan segala dosa dosa mereka lalu membantu menghidupkan spiritual mereka.

Hati mereka amat lembut. Dek kerana itulah mereka amat positif tentang ujian.

Mengambil ujian sebagai halwa hati mereka.

Bagi mereka apa yang diberi dan dipilih Tuhan untuk mereka merupakan sebaik baik pilihan dan mereka tidak pernah kesal malah merasa Allah dekat dengan mereka dan mereka rasa kasih dan ghairah dengan Allah.

Bagi mereka ….

Semakin besar rintangan, semakin besar kesempurnaan mereka sebagai hamba disisi Allah

….hingga saban malam mereka bertemu dengan Allah.

Pertemuan mereka dengan pengurus alam buana  ini!

Malah malam telah menjadi ubat dan  antibiotik  untuk meredakan kudis kudis  ujian yang mereka lalui disiang hari kerana mereka amat yakin  doa doa mereka  senantiasa mendapat perkenan Allah yang di aminkan  oleh malaikat malaikat  untuk  Allah menebarkan segala macam rahmat dan membukakan pintu langit untuk memakbulkan doa akhirat mereka …

Mereka menjadi pencinta dan pendita  malam …

teresak esak mengeluarkan butir butir airmata di pipi yang mulus dan ditubuh yang lemah dek ujian itu…

lantas ….digambarkan

Tangis mereka laksana awan.

Sabar mereka bagai gunung.

Sujud mereka seperti air …

Disitulah mereka rendahkan hati menjadi debu dijalanan …

Memang hidup mereka kerana Dia!

Bagaimana kita?

Kita juga ada malam seperti mereka!

Tapi apakah kita boleh menjadi  pencinta malam?

Biasanya tidak begitu ….

Kita boleh kerja malam tapi tak boleh bangun malam.

Kita boleh berjalan malam tapi tak boleh beribadah malam!

Begitulah naif dan lemahnya kita!

Sepatutnya sebagai da’i ini, kita juga harus kuat begitu.

Bukan hanya berteori dan bercerita pasal hati sahaja tapi tidak lansung serius untuk  mendidik hati.

Tidak pernah lansung kita nak tarbiyah hati secara intensif. Secara sungguh sungguh. Sungguh sungguh sepertimana kita laksanakan kerja dunia. Sungguh sungguh sepertimana kita menelaah pelajaran untuk grad!

Kalau ada pun hanya berkala. Seperti di Ramadhan ini!

Sebab itu hati kita kesat dan efeknya adalah pada dakwah kita!

Bukan saja pada dakwah tapi juga pada hari Akhirat kita kerana Allah hanya akan menerima hati yang muthmainnah saja untuk berdamping dan melihat wajahNya!

Kesan hati kita didunia ini pun dah nampak.

Dalam leadership kita pun dan terserlah!

Mutarabbi yang kita bina serba tak kena dan serba tidak menjadi.

Malah adakalanya melawan kita dalam perkara yang makruf.

Memusuhi kita secara batiniyah hingga apa pun ilmu dan tarbiyah berbentuk arahan dan sebagainya yang kita sampaikan hanya  lalu ketelinga mereka sahaja tanpa masuk kehati!

Bagi aku akh …

Mentarbiyah tidaklah sesukar mana pun, sebab kita telah ada modul yang cukup banyak.

Bahan yang melimpah ruah. Apa  yang kita mahu untuk rujukan semua nya ada !

Tapi kenapa mutarabbi tak menjadi?

Kenapa mutarabbi kita makin lama ditarbiyah. Makin tak faham. Makin diisi dengan fikrah dan ilmu sehingga bengkak kepala tapi masih dungu, beku dan semu kehidupan mereka didalam islam ini?

Mereka tidak konsisten dalam amal.

Masih taksub dengan jamaah sendiri.

Masih melakukan perkara perkara jahiliyah lagi terutama didalam walimahtul Urus ….. dan melenting bila ditegur kesalahan mereka.

Mereka menjadi kabur. Masih kelabu meskipun mengatakan mereka ahlul jamaah!

Sebabnya satu sahaja!

Hati kita keras.

Membatu dan disalut nafsu.

Akhirnya apa yang kita dapat?

Penat dan letih mentarbiyah berkurun kurun tanpa output dan result.

Begitu juga dengan ramadhan dan puasa yang kita lalui ini. Kalaulah hati masih keras.

Selepas puasa pun keadaan kita akan tetap sama.

Wajah yang sama dan result yang sama.

Jumpa ke? Tak jumpa ke?  Malam lailatulqadar itu, kita tak kan boleh berubah.

Sukar untuk berubah!

Lalu kita bertanya, ” jumpakah aku malam lailatulqadr? Tak kan tak jumpa  sebab aku dah berjaga 10 malam akhir?”

Tak semestinya kita berjaga 10 malam terakhir bulan Ramadhan kita beroleh lailatulqadar.

Kalau gitu bolehlah kita makan ubat tak tidur. Boleh dapat ke ganjaran itu?

Lailatul qadar adalah anugerah.

Anugerah Dia. Anugerah Allah kepada hambanya yang bermujahadah sepanjang usia bukan hanya dibulan Ramadhan sahaja.

Inilah alFahmu tentang puasa dan lailatulqadr itu.

Justeru itu kita lihat selepas Ramadhan, kita tak boleh menjadi mukmin yang hebat disi Allah.

Memang ramai manusia boleh berubah masuk bulan Ramadhan tapi amat jarang manusia boleh berubah selepas Ramadhan.

Termasuklah diri yang menulis ini!

Kerana apa?

Kerana tanpa disedari kita seolah olah nak tipu Allah.

Allah Maha Tahu trick hambaNya. Sebab itu Dia rahsiakan pahala puasa.

Rahsiakan lailatulqadar.

Rahsiakan hari qiyamat.

Supaya apa?

Supaya manusia menjadikan seluruh hari dan detik nadi dalam hidupnya bermujahadah kepada Allah sampai keakhir nafasnya.

Sebab itu Rasullulah ingatkan kita,  manusia ini tidak dikira kebaikannya diawal hidupnya ataupun ditengahnya tapi adalah dipenghujung kehidupannya.

Dipenghujung itulah penentu nasibnya. Sama ada husnul qatimahnya atau sebaliknya!

Kerana apa jadi begitu?

Sebab Allah ingin kita supaya berhati hati dengan setiap detik waktu hidup ini…..

Inilah yang harus kita takuti.

Takut Allah khatamkan usia kita, dalam waktu itu kita sedang melakukan maksiat.

Takut kan?

Itupun kalau kamu benar2 beriman.

Ramadhan tidak cukup untuk mentarbiyah hati kamu.

Proses tarbiyah bukanlah proses sebulan tapi seumur hidup.

Ramadhan hanyalah bonus Allah!

Ihsan Allah pada kita hambaNya untuk mentarbiyah kita secara direct.

Namun sayangnya selepas berulang ulang ramadhan pun kita masih sukar untuk berubah dan bermujahadah!

Bukannya kita tak kuat atau tidak mampu tapi lebih kepada kita lemah untuk melawan.

Kalau melawan hawa nafsu pun, sambil lewa sahaja.

Tengoklah nafsu makan kita?

Segala macam mak nenek, hendak kita sumbatkan dalam perut ini waktu berbuka.

Itu kalau bulan puasa. Kalau bulan tak puasa pulak?

Lagilah kita taram!

Sebab itu kita gemuk sepanjang tahun.

Berlari 1000 KM seminggu pun tak mahu kurus dan turun berat badan malah bertambah kuat kita makan.

Kayuh basikal keliling KL atau keliling Pulau Langkawi pun badan kita tetap sama.

Maintain. Maintain berat sehingga pantang ditiup angin sedikit dan pandang duduk sikit dah tidur!

Ini bukan salah exercise tapi lebih kepada nafsu mengikat kita hingga nafas kita  jadi sempit.

Suara kita semakin pendek.

Dan sudah pastinya hati kita menjadi keras!

Andaikatalah kita ini seorang seorang murabbi yang begitu lemah mujahadahnya, rasanya mampukah dia mentarbiyah diri dan mengerakkan tarbiyah yang mengesankan?

Pastinya mutarabbi kita tengok kita pun dia senyum dalam hati. Lantas sudah tentu dia rasa pelik akan postur tubuh kita kecualilah kalau murabbi itu gene asal keturunannya XXL !

Itu baru makan.

Belum lagi nak lawan nafsu tidur. Nafsu berpakaian dan nafsu suka mengarah orang ….

Terkadang kita rasa kita mentarbiyah tapi sebenarnya kita hanya menjadi pengarah dan penghukum malah terkadang menjadi pengomel didalam jamaah!

Aduhai banyaknya benda nak citer supaya kita sedar dari lamunan …

Memang.

Hati yang durjana yang degil dengan mujahadah inilah yang banyak menghalang kita. Hingga tidak dapat melahirkan pancaran dan bingkisan cahaya hingga menyebabkan cahaya itu tidak dapat sabung menyambung sehingga melata nikmat cahaya itu dirasai oleh mutarabbi kita.

Aku memang suka berbicara pasal hati dari berbicara fasal fikrah.

Kerana hatilah yang akan memandu fikrah kita.

Itulah yang Arwah ustadz Daniel telah mendidik aku.

Sukar mencari murabbi yang  mampu bicara pasal hati kita dan mentarbiyah ruhani kita kecuali murabbi yang sufi jiwanya yang jarang kita temui.

Murabbi yang sufi adalah murabbi yang sanggup buat apa sahaja asalkan hatinya bercahaya. Buat apa sahaja yang ku maksudkan adalah meletak dunia dibelakangnya dan Iman dihadapannya dan bukan meletakan dunia sebaris dengan imannya ataupun akhiratnya. inilah yang dipanggil mujahadah.

Pernahkah Rasul meletakan dunia sebaris akhiratnya?

Lihat rumah baginda.

Tempat tidurnya.

Apakah untanya jenama BMW?

Begitu juga Umar.

Tidur diatas pelepah korma.

Mus’ab dan banyak lagi dah kita hafal nama sahabat yang kesemuanya bermujhadah  tapi kita tetap juga memangku dunia. mengomol dan mencium dunia lantas menanamnya dalam hati!

Marilah kita buat sesuatu untuk memacu iman ini …

Buatlah kerana Dia ….

Untuk Dia.

…dan aku?

Insyaalah  memang kerana Dia.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

2 responses to “memang kerana Dia ..

  1. KUEK August 28, 2010 at 11:59 pm

    =) good, sesuai dengan tajuk

  2. pekerja Allah August 24, 2010 at 8:46 pm

    syukran atas peringatan ramdhan hari ni.
    semoga berjaya sekolah ramadhan tahun ni.
    izinkan ana share.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: