Aku pemandu rindu


Salam buat semua yang mencintai aku dijalan dakwah ini …

Sudah lama aku tak bersama kamu.

Berbicara. Menyuarakan bisikan bisikan cinta.

Memandu rindu rindu kamu yang kesunyian.

Memandu semangat dan iman kamu supaya sentiasa mendapat sentuhan …

Walau dimana kamu berada …

Disini. Dikejauhan.

Di perantauan.

Meniti kehidupan sebagai seorang pelajar atau apa saja!

Teruk. Lelah. Letih. Jemu. Bosan.

Terasa kelemahan …

Terasa kefuturan  …

Apa lagi bau Ramadhan yang kian harum mendekati kamu…

yang mana terkadang naluri kamu terasa kering dan kemarau dengan kasih sayang …..

Tentu kamu terasa kan?

Risau tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna!

Dan aku tahu, akan ada antara kamu yang berpuasa 14 jam atau lebih dari itu!

Amat mencabar dan menguji ketahanan.

Terkadang dibulan mulia ini, kamu rasa tertekan dengan kehidupan yang dihadapan kamu. Hectic dan amat menyibukan sehingga kamu rasa amat lemah untuk beramal. Apa lagi amal dakwah ini!

Bersabarlah kamu semua adik adik ku …

Panjatkan doa kamu semua dan aku pasti Allah tidak akan mempersiakan doa doa yang baik untuk  kamu kerana saat ini kamu berada dalam misi jihad sebagai seorang pelajar yang sedang membawa obor buat umat ini!

Insyaalah … aku akan terus menulis dan akan cuba membangunkan jiwa jiwa kamu …

Istimewa buat kamu.

Dan akan ku pandu kamu mengejar rindu itu!

Mungkin kamu merindui aku atau aku merindui kamu?

Atau kita sama sama kerinduan menuju matlamat kehidupan ini …

Semestinya begitu kiranya ukuhuwah dan iman kita sampai kehati ….

yang telah kita sama sama hias dengan JamalNya!

Sudah tentu ianya tidak akan pupus  dalam limpahan cahaya Illahi sambil menguakkan suara hati kita berbicara dengan lisan irfan untuk melonjakan maqam kita kepada maqam ihsan yang puncaknya akan kita rasai kedekatan kita dengan Allah dan kebersamaan dalam perjalanan panjang ini.

Akhi …

Sesungguhnya tidak tenangnya kita dengan hidup dan dijalan dakwah ini adalah kerana kita adalah manusia yang punya banyak kelemahan.

Memang inilah keluhan yang sering kita suarakan bila kita telah curahkan segala tenaga kita dijalan dakwah ini tapi  kita masih  tak berdaya  untuk menarik dan menyedarkan manusia kejalan ini. Ditambahi pula tarbiyah dzatiyah  yang telah kita usahakan untuk membaiki diri ini.

Sesungguhnya akh!

Hendaklah kamu tahu bahawa rasa kelemahan itu sebenarnya adalah  simpanan yang paling bernilai buat kamu untuk mendekatkan diri kamu dengan Allah SWT dan menguatkan hubungan kamu dengan Allah.

Kerana apa?

Kerana dengan merasai kelemahan itulah akan sampainya tahap kamu berhajatkan kepada Allah SWT.

Waktu itulah kamu merasa perlu untuk kembali kepada Allah dan putuslah pergantungan kamu dengan pelbagai asbab kekuatan kamu lalu kamu menyerah sepenuhnya kepada Qada’ dan Qadar Allah.

Waktu kelemahan itulah kamu akan bertambah yakin dengan Qada’ dan Qadar Allah.

Waktu kelemahan itulah kamu merasa cukup dan memadai dengan Allah. Berpuas hati apa yang ditentukan buat kamu dan justeru itu berlakulah hakikat tawakkal kepada Allah SWT.

Ketika inilah kamu tidak akan merasai gangguan asbab dan gangguan ikhtiar yang boleh menjejaskan hakikat tawakkal dan waktu inilah berlakunya penyerahan secara sepenuhnya kepada Allah yang Maha Perkasa.

Inilah perbendaharaan dari kelemahan kita.

Inilah yang Allah inginkan supaya terjauh dari syirik kepadaNya.

Sebab itu jangan kita  berputus asa dari rahmat Allah.

Teruskan berusaha dan berusaha selagimana kita terdaya.

Istiqamahlah dalam ubudiyah kita kepadaNya!

Kerana selagi belum sempurna keistiqamahan kita, semakin jauhlah perjalanan kita menuju Allah kerana Allah tidak akan memberi kepada kita kemudahan jalan tanpa kita terus berusaha membaiki ubudiyah kita dari hari kehari …

Ada hari hari dalam hidup kita, kita rasa kita telah melaksanakan sebaik baiknya ketaatan kepada Allah tapi kita tidak dapat istiqamah.

Ada tika tika dalam hidup ini, kita rasa juga kita telah laksanakan masuliyah ini tapi berlaku juga kefuturan pada diri.

Memang sebegitunya.

Terkadang bila kita berdialog dengan Allah, kita selalu bertanya pada Allah! Kenapa jadi begini?

Bila kita perhalusi baru kita sedari bahawa Allah ingin menyucikan kita. Ingin mendidik iman kita supaya terjana keikhlasan yang sebenarnya dalam diri kita hanyasanya kepada Dia semata.

Bahkan mungkin Allah SWT membiarkan kemaksiatan berlaku kepada kita untuk menyedarkan kita supaya kembali menghina diri dan bertaubat kepadaNya dan kembali kepada Allah dengan sebenar benar ikhlas lalu menerima peribadi kita yang telah disuci itu dalam redhaNya!

Jangan ingat bila kita rajin melakukan ketaatan, Allah terus menerima segala ketaatan kita itu tanpa proses dan tapisan!

Sebenarnya proses dan tapisan Allah itu sangat halus.

Kerana Allah tidak mahu kita akan berlaku sombong dengan kemampuan dan kemahuan kita …

Tidak semestinya bila Allah membukakan bagi kita pintu ketaatan, Allah bukakan jua pintu penerimaan kerana Allah ingin melihat keikhlasan itu sebelum menerimanya.

Dan adakalanya suatu kemaksiatan yang melahirkan rasa kehinaan diri kita kepada Allah dan ketergantungan kepadaNya lebih baik dari suatu ketaatan yang melahirkan kebangaan dan kesombongan!

Begitulah kiranya kita mendalami ilmu penyucian jiwa ini …

Menghendaki kita selalu berada dalam waktu waktu yang terbaik yakni waktu dimana kita menyaksikan wujud kepapaan kita sehingga Allah mengembalikan kita kepada kemuliaan setelah penapisan itu.

Akh,

Insyaalah ketibaan Ramadan ini. Marilah kita memasuki kehadirat Allah dan bersuci diri dari janabah kealpaan ini.

Marilah kita bukakan liku liku rahsia dosa kita dan persembahkan kepada Allah akan taubat keatasnya.

Begitulah! … apa yang ku tulis ini bermenfaat untuk sentuhan qalbu kita.

…dan  kamu … aku masih mengharapkan kamu. Menghiasi hari hari mendatangku jika masih ada ruang untuk ku …

Salam Ramadhan buat semua.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

5 responses to “Aku pemandu rindu

  1. muharrikdaie August 16, 2010 at 6:09 am

    Mutiara ~ Salam buat kamu juga semuga Allah akan merahmati kamu dan seluruh keluarga kamu dan mengampunkan segala dosa dosa kamu dan Ibu Ayah kamu.

    Terima kasih kerana sudi bertandang diblog yang tak seberapa indah ini dan kiranya bermenfaat ambilah naishat dan segala tausiyah didalamnya sebagai tambahan untuk kita membentuk syaksiyah diri.

    Selebihnya kita berdoa pada Allah disamping berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik dibumi ini.

    Jazakallah jaza’ dan salam ukuhuwah dari saya.

  2. mutiara August 14, 2010 at 1:00 pm

    Salam alaik ya Akh,
    sekian lama menjadi pembaca senyap,
    diam-diam cuba menyelami selautan tausiyyah dan baris2 yang melenturkan keegoaan seorang hamba yang lupa diri,
    terima kasih atas lantunan bicara,
    moga-moga sekalian dari kita semua akan berjumpa di SyurgaNYA..
    salam ramadhan

  3. muharrikdaie August 11, 2010 at 5:54 am

    Eyangseri dan nurun ~ kehadiran kamu berdua mengomentar dan menasihati saya amat dihargai ……salam ukuhuwah dari saya. Jumpa lagi insyaalah.

  4. nurun August 7, 2010 at 11:38 pm

    sangat menghargai buah tulisan ini

    jazakallahukhair

  5. Eyangresi313 August 6, 2010 at 6:49 pm

    Sejenak tafakur dalam kehingan……..
    Memaknai arti hidup dalam seraingkaian khilaf dan dosa…..
    Lisan kadang tak terjaga,….
    Jannikadang terabaikan,……
    Hati kadang berprasangka,….
    Sikap kadang menyakitkan,…..
    Harapan ini akan menjadi indah…..
    Jika maaf & silahturrahim ada diantara kita.
    Selamat menempuh bulan suci Ramadhan 1431 Hijriah.
    Mohon maaf lahir dan batin.
    Semoga Allah selalu memberikan
    Taufiq, Hidayah, Maghfirah dan Ridho-Nya untuk kita semua.
    Amiiiii….n !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: