hari hari terakhir ku …


Salam to all,

Tiada yang salah dengan janjiNya. Tiada yang meleset dengan ketetapanNya. Tiada yang keliru dengan segala iradatNya. Semua telah dituliskan. Setiap kejadian telah dibukukan …

Itulah tauhid kita dengan Allah. Haqqul yakin dengan segala ketetapanNya. Aku yakin dengan keputusan aku, ingin bergerak dijalan dakwah ini sepenuh masa …

Sehari dua lagi aku akan meninggalkan dunia kesihatan. Dan dunia ubat. Badan aku pun dah tak bau ubat lagi seperti dulu apa bila pulang kerja … hingga perfume yang mahal mahal aku pakai pun tidak boleh mengatasi bau ubat yang lapan ke sembilan jam aku bergaul dengannya!

Hospital Sungai Buloh, Biro Pharmaceutical Kebangsaan, Hospital Besar Kuala Lumpur, Institut Respiratory, Hospital Serdang, Institut medical for Research ( IMR ) dan akhirnya KKM Putrajaya banyak meninggalkan sejuta kenangan dalam kehidupan aku sebagai seorang Pharmacist cum seorang pendakwah.

Ditempat kerja aku inilah aku mengendung dakwah dan menghadapi pahit maung ditransfer dan dicampak kesana kesini asbab ujian dakwah itu sendiri. Hingga aku dicampak dibahagian Research dan dipaksa menyambung belajar keluar negara mengambil course yang biasanya dibuat oleh seorang Doctor yakni Clinical Epidimology sebagai 2nd. degree. Aku tahu tujuan mereka menghantar aku untuk belajar itu adalah untuk menyekat aku dari dakwah dan untuk melihat kegagalan aku ….. namun makar Allah membisukan mulut mulut mereka …

Setahu aku memang tidak pernah seorang pun Ahli pharmacy di Malaysia yang mengambil course clinical epidimogy sebagai 2nd degree nya. Malah tidak pernah seorang pun Ahli farmasi menamatkan 2nd degreenya selama 10 bulan serta selepas itu pula diarah untuk mengajar Dr dan pakar pakar tentang evidence base medcine….tapi muharrik ini melakukannya dengan izin Allah meski pun aku harunginya dengan amat amat perit sekali! Betul sekali …Allah dan dakwah telah memuliakan aku hingga hari hari terakhirnya  aku berkhidmat  untuk masyarakat malaysia …

Kenyanglah aku sehari dua ini makan sedap sedap untuk meraikan hari perpisahan aku … Telapak tangan aku pun mungkin akan menjadi nipis kerana bersalam …banyaklah plak aku terima nanti dan hadiah2 kenangan dari kawan kawan dan staff aku …. dan mungkin ada juga air mata yang suam suam kuku itu tumpah kerana sedih kehilangan aku.

Bagi aku semua perkara ini biasa saja ….dah menjadi adat ditempat kerja. …. Dah menjadi resam dunia …

Lama kelamaan mereka juga akan melupakan kita sepertimana kita lupakan dosa dosa yang pernah kita lakukan dahulu ….

Manusia memang begitu…..kerana manusia adalah sebahagian dari dunia. Sepertimana dunia yang tidak kekal … Begitu juga mereka!

Perasaan mereka tidak kekal. Kasih mereka tidak kekal. Cinta mereka tidak kekal dan bila bila masa saja boleh beralih arah …

Boleh bertukar dan boleh berubah walau dalam sehari saja …

Begitulah dunia yang kita ada didalamnya.

Hanya tipuan …bagai kilatan mutiara ditanah gersang!

Alhamdulillah ….aku akan melangkah dijalan ini dengan penuh azam untuk mnegejar akhirat selajunya …

Akan kususun kembali kehidupan ini diatas jalan dakwah ini dan aku rasa puas dan bersyukur sangat sangat setelah aku istiqarahkan dan Allah telah mengeluarkan aku dari sistem jahiliyah yang sering meletihkan aku dan mengikat aku …

Insyaalah …jika diizinkan aku akan mula untuk melangkah membuka sebuah Farmasi diatas jenama jamaah untuk memberi sebaik baik khidmat kepada ummah ini dan banyak yang harus aku fikirkan lagi …

Kepada kamu semua …marilah kita fikir yang terbaik untuk islam. Membuka ruang seluas luasnya ruang kepakaran kita untuk kita letakkan kembali kekuatan islam diatasnya. Insyaalah mungkin suatu hari dan suatu masa nanti kita boleh bergabung dengan membuka empayar perniagaan dan hospital perubatan yang boleh membantu pesakit pesakit miskin dan kurang upaya yang amat mendambakan pertolongan kita …serta dapat memberikan khidmat terbaik dan murah yang mana ianya akan juga membenihkan dakwah kita kepada golongan ini kearah ubudiyah kepada Allah ….Insyaalah

Kamu semua …

teman teman dakwah ku …jika mampu rungkaikanlah ikatan sistem jahiliyah yang mengikat kita disetiap sudut kerana tugas dakwah kita semakin memerlukan masa kita! Ikatan yang ku maksudkan adalah keterikatan kita dengan bekerja makan gaji dimana mana pun! Meski pun disitu juga kita boleh membina empayar pahala kita jika lurusnya niat kita tapi …tidak sama seperti mana kita bekerja dengan jamaah Islam dan didalam sistem kita sendiri kerana disana walau hectic sekalipun kehidupan kita tapi kesan untuk Islam amatlah menakjubkan kerana kita sedang memburu  kearah sistem khilafah yang telah lama hilang dari kita ….

Dan ketahuilah kita adalah antara duat yang didambakan islam kearah itu!

Fikir fikirkanlah.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

4 responses to “hari hari terakhir ku …

  1. muharrikdaie August 11, 2010 at 5:56 am

    Abdullah ~ lama tak baca komen panjang kamu. Merajuk agaknya kamu … terima kasih kerana masih sudi lagi bersama saya.

    KUEK ~ siapa kamu ya? sering datang menjenguk saya yang terkadang tanpa tulisan hanya simbol2 senyum! heheh

  2. abdullah bin ali August 10, 2010 at 5:31 am

    sUBHANALLAH, SERAH 100% kepada jalan mulia ini.
    Al-hamdulillah……….mudah2an beroleh keuntungan dan laba yang banyak, Allah huakbar—– inilah jalan setulusnya.

  3. KUEK August 8, 2010 at 10:09 pm

    =) bersemangat kamu ya… bagus2 teruskan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: