andai itu takdirNya …


Apa yang terjadi pada ku beberapa minggu yang lalu menyedarkan aku betapa aku harus terus berlari selajunya kerana rentetan ujian tidak pernah akan berhenti untuk memburu aku selagi aku bercita cita untuk memburu syurga.

Syurga bukanlah barangan murah!

Ia harus dibeli dengan nilai diri yang tinggi dan pembuktian dari ujian ujian Allah yang Mutlak.

Manusia yang kepingin akan syurga harus menemukan dalam dirinya kekuatan dari rasa hina dan lemah dan kekuatan itulah yang akan menatijahkan kemuliaan yang boleh menukarkan cintanya kepada cinta samawi yang amat menakjubkan.

Manusia yang kepingin akan syurga juga harus tahu bahawa ujian bukan sahaja datang sesekali dalam hidupnya malah akan meluluhlantakkan disepanjang kehidupannya tanpa memberi isyarat sehingga dia tidak dapat membedakan  …

Memang terkadang kecewa dan bahgia itu sukar untuk di bedakan!

Kerana kedua dua itu boleh membuat kita menangis.

Orang bahgia akan menangis dan orang kecewa juga akan menangis dan aku rasa kedua dua itu mengandung satu arti dalam alam ruhani ini.

Setiap kali aku kecewa, aku akan bersyukur dan setiap kali aku bahgia juga aku akan bersyukur.

Bersyukur atas kekecewaan berarti aku redha ketentuan Allah.

Bersyukur atas kebahagiaan juga aku redha atas ketentuanNya.

Bedanya adalah perasaanku.

Perasaan inilah yang harus aku mujahadahkan meskipun ia terus menjerit dan menjerit!

Sebagai lelaki dan rijal dijalan ini tidak sepatutnya aku menangis!

Tapi memang aku tidak dapat mengawal tangisan itu dan aku terpaksa menangis juga tanpa aku dapat mengawalnya dipangkuan Allahyarham guru sufiku.

Dialah satu satunya manusia yang amat memahami perasaanku.

Aku tak sangka itulah pelukan terakhirnya sebelum dia wafat meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan yang sangat sangat aku tak sangka.

” Mal, menangislah! Menangislah anakku sepuas hatimu. Jangan kamu tahan. Menangislah sungguh sungguh dan berdoalah dalam hatimu. Jika kamu teraniaya waktu ini, doa kamu tidak ada hijab lagi dan pintu langit akan terbuka dan malaikat akan mempersembahkan doa doamu kepada Allah. Jangan kamu doakan tidak elok untuk manusia yang menganiya mu! Doakan kebaikan untuk mereka kerana Allah akan mentertawakanmu dan bergembira dengan hatimu. Serahkan pada Allah akan orang yang memperlakukan mu kerana Allahlah yang Maha Mengetahui dan bukannya kamu!” Nasihat ustadz Danial kepada ku.

Nasihat itu amat berbekas didalam hati ku sehingga lemah dan sejuk urat nadi kekecewaanku!

Hanya beberapa jam selepas itu, dia meninggalkan aku selamanya dan masih lagi aku terasa kepanasan dan erat pelukannya keatasku.

Masih aku terasa basah bahunya oleh airmata ku.

Aku tak mampu untuk menangis lagi atas kepergianya kerana airmata ku sudah cukup kering untuk menangis.

Memang telah menjadi suratan dan takdir buat hidup aku kehilangan tiga orang tersayang sekaligus didalam masa dua minggu kerana sebelum itu aku kehilangan ummi, isterinya dan kini dia pula meninggalkan aku.

Kini aku rasa separuh jiwa ku telah pergi!

Bulan Isra’ wal mikraj’ ini mengingatkan aku bahawa Rasul juga punya jiwa perindu.

Punya rasa kesedihan yang teramat, tika kehilangan khadijah dan orang kesayangan disekelilingnya yang membela dakwahnya hingga Allah hiburkan nya dilangit ….

Tapi aku?

Aku hanya manusia berdosa!

Apalah hiburan yang boleh aku hiburkan hati ini kecuali khayalan khayalan dalam impian untuk berada dalam syurgaNya….

Sekadar  dapat melihat penghuni penghuni syurga didalam buku buku dan kitab kitab yang ku baca …

Walau apa pun, hidup ini harus aku terjang meskipun dalam kebisuan dan kekakuan jiwa aku!

Aku harus meniarap, merangkak dan bertatih kembali …

Aku harus membina kembali  jambatan hidup yang diruntuhkan tiba tiba itu, kerana masih ada banyak hal dan tanggungjawab lagi untuk aku uruskan!

Dalam hati ku …

Dalam hati ku tidak ada bibit sesal….

walau sekuman pun!

Cita cita ku tidak akan berhenti diatas peristiwa peristiwa ini kerana cita cita soleh ku memang layak untuk memeluk keindahan.

Aku tahu kisah kisah ini hanyalah luapan sementara sebagaimana dunia yang tidak kekal sifatnya. Sebagaimana tubuh yang mesti hancur …

Segala kekeliruan dan kealpaan ku tentang hidup….

…tentang pekerti manusia terhadap ku, semuanya sudah ku sirnakan dan ku pasrahkan pada Allah.

Dan kekotoran hati ku telah ku pohonkan ampun darinya dan kusesali sedalam dalamnya …

Memang dalam hati ku ada rasa kasih yang mendalam dan rasa ingin sungguh sungguh memiliki taman yang bersinar itu dan mengharap matahari tidak akan tenggelam namun …

tidak semudah itu takdir menganggukan kepalanya meskipun ketulusan dan kejujuran serta perancangan yang teliti telah aku usahakan!

Dan aku terpaksa kembali melontarkan pandangan kesebuah hamparan hitam yang tak bertepi!

Di pengakhiran ini sifat lapang dadalah satu satunya yang dapat menjamin penciptaan rasa aman didalam diriku untuk menghilang akan angan angan yang berbulan bulan menganggu kehidupan aku!

Kini aku kembali seperti dulu …

Meninggalkan harum dunia yang akan menghidupkan jiwaku kembali meski pun haruman rindu lalu mengekori langkah langkah ini …

Dan cita cita untuk tidur sempurna terpaksa aku padamkan dan aku akan seperti dulu …

Melelapkan mata ditepi lebuhraya dan rumahku yang telah aku angankan untuk menjadi syurga sementara itu hanyalah tempat persinggahan untuk aku menukar pakaianku.

Rumah baru ku itu yang pernah ku sematkan dihati ini untuk merasai sebuah kehidupan mungkin akan terbiar menjadi tempat labah labah menghuninya …

Setelah ku renungkan, tidaklah aku nampak kecuali diri ku amat kerdil disisiNya.

Segala perancangan dan usahaku untuk mengecapi sedikit kenikmatan kehidupan ini bukanlah sesuatu yang mudah tanpa izinNya …

Aku terus menunggu hari seterusnya …

Ketentuan dan detik detik cinta dari takdirNya.

Menunggu jemputanNya untuk mengundurkan diri dari kehidupan dunia yang maha tidak sempurna dan tidak adil ini untuk menuju keadilan yang sejati …

Matahari terus terbit dan tenggelam dan malam semakin hiba …

Aku telah bersedia seadanya …

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa


9 responses to “andai itu takdirNya …

  1. muharrikdaie July 19, 2010 at 9:10 pm

    Ijai ~ jangan kamu citer citer sensitif kat sini. Ini blog awam ok. Amat merinduimu ijai. Amsterdam cammaner. Roterdam camaner sekaran? Mrs sonda hidup lagi ke? ehhehe wanita belanda paling kedekut pernah ku temui …tapi baik hati.

  2. muharrikdaie July 13, 2010 at 1:20 pm

    Ijai bila hang balik sini? Hang jgn citer lebih lebih kat sini. Aku call hang kat rumah tapi mama hang kata hang keluaq. Hang call aku balik. Line aku kena blocked hari ni. Lupa bayar. Kalau hang masuk blog ni jgn lupa call aku.

  3. Rijalludeen July 10, 2010 at 3:06 pm

    Assalamualaikum
    Mr kemn …lama aku cari ko. Aku dengor ko last day kat KKM end of july ni. Betul ke? kenapa berenti? Semua org kecoh ko berenti. Ada kutu habaq blog yg hang sembunyi ni. last2 aku jumpe jugak. Patutlah sorok2. Ko lepeh perasaan kat sini. Hahaha. Hei kemn aku baru sampai malaysia lah! Dah habih dah. aku pakai email ofis ko selalu tendang. Bru ni aku dpt email hang. nanti keep in touch …Oh ya …dia dah berubah. Dah pake tudung. selalu jugak tanya hang! nanti jumpa hang aku habaq …nanti aku turun KL kita citer panjang. Hang kontek no rumah aku kat penang ok? Aku tak der no msia lagi.

  4. muharrikdaie July 8, 2010 at 3:15 pm

    Adik adik UPM semua …. tkasih semua atas komen. Sebenarnya tak der apa apa …everything ok. Jangan involvekan sesiapa dalam apa pun kejadian yang berlaku pada kita. Semua Allah telah susun. Org mukmin …apa pun situasi yang diuji semua baik bagi nya …insyaalah.

  5. dayang July 8, 2010 at 1:15 pm

    Akhi,
    Sabar insyaalah ….bukan semua yg ditarbiyah itu boleh melahirkan kejujuran …sifat manusia begitu mengajar kami juga. Serah saja pada Allah. Dan hati hati dengan org kaya kerana mereka miskin dengan perasaan …

  6. bunga bunga UPM July 8, 2010 at 1:03 pm

    Naqib …Izinkan kami komen.
    Kami menangis membaca post anta malam ini. Memang kami dapat rasakan kesedihan itu. Kami dah tahu cerita itu …
    Semuga anta sabar dan insyaalah kami tahu kamu akan hadapi dengan senyum mu …

  7. tulip strawbery July 8, 2010 at 12:54 pm

    Abg kamal …sepanjang kami mengenalimu. Kamu adalah manusia istimewa dihati kami semua. Kamu guru kami. Kamu abang kami dan kamu jugalah penghibur kami. Tanpa mu kami sunyi. Mereka mereka yang menzalimi mu tidak mengenalmu seperti kami mengenal hati lembutmu yang berseni itu. Semuga kamu tabah dalam menghadapi hidup ini ….Teruskan berkarya …

  8. muharrikdaie July 7, 2010 at 6:41 pm

    Insyaalah doakan aku …terima kasih kerana menziarahiku …

  9. Eyangresi313 July 7, 2010 at 4:20 pm

    Jika setiap masalah sama dengan matematika,
    maka rumusnya adalah “ pasti “
    Pastikan waktu yang tersisa hanya untuk mencari yang terbaik..!
    Pastikan airmata yang mengalir hanya untuk Bersyukur….!
    Pastikan setiap cobaan adalah ujian bagi Iman mu…!
    Pastikan setiap kesungguhan adalah kunci menuju gerbang kesuksesan…!
    Pastikan dirimu sebagai pribadi yang tangguh…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: