Untuk siapa tulisan tulisanku


Salam buat semua …

Ada yang menghantar email kepada ku dan bertanya, ” Akh, untuk siapa entry entry yang anta hantar tu? Kekadang ana pun tak faham bila membacanya.”

Ada juga yang bertanya ” Post anta ini untuk orang yang anta khususkan saja ke? Atau untuk kami semua? kalau untuk seseorang hantar  email jer lah! Kan mudah.”

Ada juga yang rasa aku menulis entry ini untuk melepaskan perasaan terhadap seseorang.

Terus terang ingin aku katakan, aku tidak suka mengemail. Mengapa dan kenapa? Biarlah soalan itu tertanam disitu.

Dan terus terang aku katakan bukan style aku untuk melepaskan perasaan marah kepada seseorang disini. Atau beremosi. Atau apa apa saja …

Kiranya entry aku ini menyentuh hati dikalangan kamu semua, ianya hanyalah kebetulan …

Selalunya aku menerima 7 ke 8 email sebulan yang meminta nasihat. bertanyakan hukum hakam. Bertanyakan persoalan jamaah dan sebagainya. dan tidak ketinggalan juga meminta nasihat atas masaalah masaalah peribadi dan rumahtangga.

So aku rangkumkan semua dalam cerita diblog itu dan kiranya menfaat ambiklah dan kiranya tidak just ignore it.

Kerana setakat itu yang mampu untuk aku beri pandangan dan nasihat mahupun motivasi.

Aku tahu aku tidak dapat memberi kepuasan pada semua tapi sekurang kurangnya aku dapat memberi sedikit sumbangan pada kawan kawan yang memerlukan.

Entry terbaru ku yang lalu memang khusus untuk seorang ibu di Indonesia yang inginkan nasihat dan motivasi terhadap persoalannya rumahtangganya. Mudah2an dipermudahkan Allah dalam semua perkara.

Bagi yang terasa hati dengan entry entry aku, aku mohon maaf. Memang tidak terniat untuk menyakiti ….kerana aku juga seorang manusia.

Maaf juga akhir akhir ini aku ketandusan idea untuk menulis kerana terpaksa memberi fokus kepada penulisan lain lainnya terutama pada majalah jemaah dan website jemaah.

Insyaalah. doakan aku agar Allah senantiasa membukakan pintu hati dan pintu amal bagi ku untuk terus berdakwah dijalan ini …

Jazakallah kerana masih setia disini.

Jumpa lagi.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwan

One response to “Untuk siapa tulisan tulisanku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: