kita tutup cerita itu


Aku kian bertambah matang.

Matang untuk menilai manusia.

Lagi lama kita dijalan tarbiyah ini, pasti kita akan temui lagi manusia manusia seperti itu …

Manusia yang kita lihat dan dengar hebat perjuangannya.

Bersenjatakan untaian kata kata yang mengusik rasa serta disertai dengan hamasah yang menyala yang terkadang membuat kita  terasa tempias ombak ombak semangatnya tapi semangat itu hanyalah dewa dewa untuk mendapat pujian manusia lalu sepontan pula Allah mengajar kita bahawa perjuangan bukanlah pada kata kata.

Bukan pada coretan coretan pena. Atau pada cerita cerita dan pada gambar gambar yang menerujakan  jiwa tapi adalah pada ujian dan ibtila’!

Ujian itulah inti dalam menilai kekuatan saripati dan spiritual seorang da’i.

Dengan ujian itulah akan terpancarnya qalbu yang bercahaya, bersih dan suci.

Qalbu yang tenang dan sabar.

Qalbu yang tidak menaruh perasaan curiga dan buruk sangka.

Qalbu yang mampu mengunakan hati dan menguasai perasaan sehingga qalbu itu berupaya meneriakkan kalimat kalimat Alhamdulillah acapkali bertemu dugaan yang maha hebat!

Jika kita memandang  ujian dan ibtila’ yang merangkul dan menjerut kita itu secara positif, banyak halwa halwa iman yang manis itu dapat kita  teteskan didalam bekas hati kita!

Memang sebagai manusia kita tidak boleh menipu akan perasaan kita sendiri kerana ianya merupakan satu fitrah yang tabii.

Tapi …. kita juga tidak boleh terus terusan bersedih dan jauh hati  diatas ujian dan ibtila’ itu kerana kita adalah seorang da’i!

Seorang da’i yang tulin harus kuat menghadapi tribulasi kehidupan ini …

Kita harus memandang kehadapan yang lebih jauh dan memandang tinggi keatas untuk melihat langit yang luas itu, agar hati kita dapat dimasuki oleh cahaya bintang dan bulan serta cahaya cakrawala yang lain untuk  menyinarkan kembali kewarasan dan kekuatan ruh kita!

Kita tidak boleh berjalan diatas jalan keputus~asaan kerana di maya ini terdapat banyak harapan harapan yang menunggu ….

Begitu juga, kita tidak boleh bergerak dalam kegelapan   kerana dialam ini juga terdapat banyak cahaya cahaya …

dan cahaya yang datang mengadap kita ini bukanlah cahaya cinta yang membuat kita remuk redam atau cahaya kebahagiaan yang membuat kita rakus dan gelojoh untuk mendapatkannya sehingga kita tidak memperdulikan perasaan manusia lain!

…tapi cahaya ini adalah cahaya mentari dakwah yang putih bersih untuk kita terangi jiwa jiwa yang gelap …

…dan kunci membawanya adalah sabar  kerana sabarlah salju nya.

Aduhai kamu …..

Fungsikanlah iman kamu.

Fungsikanlah tarbiyah yang pernah kamu lalui.

Berhentilah menjadikan takdir dan Allah sebagai ” kambing hitam ” dalam memenuhi kehendak dan nafsumu.

Aku juga boleh menerima takdir dan menerima segala ketentuanNya tapi biarlah beradab.

Biarlah mengikut pekerti sebagai seorang muslim mukmin.

Bukan tergesa gesa kemudian mengunakan Allah dan takdir untuk menutup kepincangan iman da akhlak mu.

Aku bukan membencimu tapi benci dan malu dengan akhlakmu apa lagi status mu sebagai pendidik, pentarbiyah diatas deen ini.

Cukuplah rasanya!

Aku tidak mahu menjadi badui lagi, kawanku.

Aku tidak mahu menjadi keldai yang diperbodohkan oleh permainan dan penyamaran akhlak sucimu untuk menemankan aku meniti jalan kesyurga itu!

Cukuplah kata kata manis dan peribadi islami kamu  yang berselindung di balik syariat itu membuat aku kagum seketika sebelum tertipu itu!

Aku ingin bangkit sebagai seorang yang sedar dari mimpi mimpi buruk itu …

dan memperbetulkan kesalahanku.

Aku ingin menutup cerita cerita kita yang kebudak budakan itu kerana cerita cerita cinderella yang penuh khayalan itu banyak memakan usiaku yang tidak lansung membuahkan amal yang qowi malah membuang masaku  merancangkan cerita itu untuk dijadikan syurga!

Aku juga masih menyimpan keseluruhan tulisan tulisan murahanmu yang membisikan keindahan keindahan yang ingin kau jangkau dulu bersamaku.

Aku juga masih ingat lagi akan semangat mu dulu untuk menjadi khadijah. Sanggup susah dan senang. Sanggup berlapar dahaga kerana dakwah, kerana syurga sedangkan akhirnya …. malu untuk aku teruskan lagi!

Tidakkah kamu takut dengan janji janji itu sedangkan janji itu telah dicatitkan dalam kitabmu …

Sesungguhnya sekarang baru aku mengerti bahawa itu hanyalah omong kosong yang tidak berkaca dihati!

Memang aku letih berputar putar mencari rentak cerita kita melalui tema dan plotnya tapi akhirya Allah khatamkan juga cerita itu didalam telaga yang dalam sehingga tidak mampu aku memegang tepian telaga itu untuk naik kembali ….

Aku akui, aku tidak mampu untuk menyembunyikan rintihan dan rasa kecewa kerana diperbodohkan oleh yang digelar sang murabbi sehingga bahasa dakwah ku yang lembut berubah menjadi bahasa penyesalan yang akan mencacatkan syaksiyah islam yang ku bina bertahun tahun didalam tarbiyah diriku selama ini …

Aku amat mengharapkan akan teredamnya rasa kecewa dihati ini yang akan mengalirkan air kesejukan untuk menyejukan jiwaku agar Allah memasukan aku kedalam kelompok al-zumrah al faizah yang senantiasa redha dan taat kepada Allah.

Aku ingin menjadi orang yang bertakwa dan ingin meningkatkan darjat ketakwaan ku dan aku tahu jika darjat itu ingin ku tingkatkan, aku harus menjadikan takwa itu pakaian ku dan dapat mengawal diri didalam saat kemarahanku.

Aku tidak mahu menjadi seorang yang lemah dan pengecut. Yang gopoh, desperate, tidak sabar serta zalim kepada manusia lain!

Kerana itu akan mencacatkan diri kita sebagai seorang pemimpin ini!

Aku amat malu pada diriku sendiri! Apa lagi pada Allah yang Maha Melihat akan sikap hipokrit itu. Juga malu pada  mutarabbiku meskipun mereka tidak  tahu akan perbuatan ku!

Belum lagi sampai diakhirat namun telah terbongkar segala keburukan didalam organ organ badanku.

Aku tidak mahu menjadi murabbi dan naqib kosmetic yang hanya cantik luarannya sehingga mempesona sekelian mata manusia terhadap sikap kepuraanku.

Aku teringat dulu waktu mula mula dia menyilaukan  aku dengan bait bait tulisan lembut yang sopan sehingga aku terpana dan tersangka itu jelmaan tulisan pari pari yang dianugerahkan pada ku.

Dan aku  menyangkakan yang ku cari dulu dan terjumpa ditepi jalan itu adalah keabadian untuk dakwah ini, tapi rupanya adalah topeng topeng  dan Allah menghukumku dengan kefanaan …

Aku ingin bangkit bergerak seperti awan yang berarak yang ingin mengajar kepada kamu semua akan dakwah dan kasih sayang.

Itu bukan sekadar kata seperti yang kamu lakukan, tapi aku ingin melontarkan jiwa merdeka ku. Merdeka dari menzalimi manusia. Merdeka dari fitnah yang sering mengintaiku.

Aku ingin setia dengan dakwah ini dan ingin belajar untuk ‘ itsar ‘ yang akan menjadi mustika akhlak didalam kepimpinanku Insyaalah.

Doakan aku ….

~ muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

3 responses to “kita tutup cerita itu

  1. muharrikdaie July 19, 2010 at 9:16 pm

    makasih kerana sudi bersama saya di blog ini …link linkkannya sebab saya suka mencari teman yang baru …

  2. muharrikdaie July 13, 2010 at 1:21 pm

    teman teman yang beri komen ..terima kasih banyak. Komen antum semua sangat dihargai cuma tak boleh jawab satu satu sebab masa itu emas ..heheh

  3. science and technology July 13, 2010 at 11:12 am

    salam kenal..blognya keren…artikelnya jugga..

    semangat yah..

    di tunggu kunjungan baliknya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: