mencari redha Illahi


Salam buat semua

Ramai yang mengemail dan merespon diatas tulisan aku ‘ kita tidak seiklim ‘. Ada yang setuju dan ada pula yang tidak bersetuju dengan tulisan itu.

Seperti yang aku katakan kita sama sama ditarbiyah. So ikutlah pandangan naqib dan naqibah atau mas’ul masing masing atau yang tidak berada didalam usrah dan halaqah bolehlah rujuk  pada mana  mana ustaz tentang hukum persandingan yang diubah konsepnya ini.

Maaf. Aku bukan Ustadz. Bukan juga seorang yang dalam ilmu deeniyahnya.

Aku hanya seorang da’i kerdil yang akan terus belajar dan belajar. Apa yang aku sampaikan adalah hasil dari ilmu dan tarbiyah serta kefahaman yang aku perolehi disepanjang aku berada dilorong dakwah dan tarbiyah ini.

Aku bukan seorang ektremis seperti yang antum sangkakan. Aku tetap berpegang kepada kefahaman dan sunnah Rasul itu sendiri!

Antum fikirlah sendiri.

Rujuklah sebanyaknya hadith dari soal walimah ini?

Pernahkah Rasulullah bersanding?

Pernahkah isteri isteri beliau berinai apalagi inai yang berbentuk tatoo itu?

Darimanakah budaya itu?

Pernahkah Rasullullah dan para sahabat mempamirkan isterinya dikhalayak yang bukan mahramnya?

Aku tak nafikan bahawa sesuatu yang baru yang bersifat waqi’ datang selepas tabii dan tabiin hukumnya harus jika tidak bercanggah dengan syariat.

Tapi dalam urusan walimah ini 70% budaya yang kita amalkan dalam walimah ini kita ikut budaya hindu!

Sepanjang cuti sekolah ini, aku telah menghadiri empat kenduri kawin yang melibatkan sahabat dan sohibah aku dari bermula akad nikah dimasjid hinggalah kekendurinya dan aku dapati kesemuanya banyak menyimpang dari yang kita teorikan didalam usrah2 kita dan yang kita ‘tarzankan’ kepada mad’u mad’u kita.

Bila aku amati, dimasjid lagi telah berlaku kemungkaran percampuran lelaki dan wanita sewaktu akad nikah, yang mana pihak perempuan sepatutnya  berkumpul dibelakang bersama kumpulan perempuan dan lelaki dihadapan bersama juru nikah dan kumpulan lelaki.

Memang biasanya perkara ini telah diingat dan diaturkan begitu oleh pihak masjid supaya tidak ada pencampuran yang mencemarkan kesucian masjid tetapi lain pula jadinya bila sessi akad bermula dan juru foto mengambil foto  pengantin lelaki maka berlumba lumbalah wanita wanita ini mengerumuni didepan untuk melihat akad nikah tersebut hingga mencemarkan masjid yang mulia itu.

Aku tak kata semua tapi sebahagian yang tidak memahami!

Aku dapat tahu juga dari tuan Imam dimasjid itu, ada juga hadirin wanita wanita yang sedang uzur ikut serta dan berada didalam masjid kerana excited sangat nak melihat akad nikah itu hingga mencemarkan majlis yang kita harap mendapat redha Allah itu.

Aku tahu bukan salah keluarga pengantin atau sahabat sahabat kita itu kerana semua itu diluar kawalan mereka tapi inilah yang harus diberi perhatian utama oleh kita yang menjadi bakal pengantin yang ada fikrah ni sebelum mengadakan majlis akad nikah ni kerana kita takut sesuatu yang kita buat itu mencacatkan majlis yang kita harap mendapat redha Allah dan yang dihadiri para malaikat ini!

Sebaik baiknya kalaulah kita tak boleh control keadaan ini, terlebih baik  diadakan dirumah. Sekurang kurangnya dapat juga kita mengelakan dari belaku pencemaran kesucian masjid!

Apalah untungnya dalam kita mencari pahala sunat bernikah dimasjid tapi natijahnya kita dapat dosa dan kemurkaan Allah!

Disinilah awlauwiyat yang harus kita lihat.

Begitu jugalah majlis yang akan kita buat dirumah atau majlis yang dibuat didewan dan sebagainya!

Sebagai pengantin, kita harus memastikan perkara perkara kemungkaran ini terlebih dahulu dari kita memikirkan masaalah bersolek dan sebagainya kerana yang paling utama adalah untuk memastikan majlis kita tidak melanggar hukum dan tatasusila sebagai seorang Islam! Lebih lebih lagi sebagai seorang da’i yang memikul dakwah ini.

Ini adalah majlis kita dan kita sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan ianya berjalan sesempurna mungkin agar mengikut sunnah dan hukum syariah.

Susah sangat ke?

Tak perlulah aku panjang panjang untuk membahaskan perkra ini kerana aku rasa antum semua dah maklum dan dah matang dalam masaalah ini insyaalah.

Cumanya pengabaian sikap ‘qawammah’ ( menguasai diri ) inilah yang menjadi punca segala masaalah walimatul urus ini!

Sebelum berhenti aku cuba untuk menjawab beberapa soalan dari akh/ukh ” kembang semangkuk” yang memberi komen dan bertanyakan soalan. Kalau salah mohon bantuan dan kemaafan dari pembaca semua.

Ustaz saya ada beberapa soalan nak tanya dan harap ustadz jawab.

1) Tentang bersanding ni. Siapa yang boleh tengok? Kalau sedara pun mesti ada yg bukan mahram kecuali adik beradik saja. Jadi haram tentulah haram juga kan …

2) Jemputan kahwin ni apa hukumnya kalau kita tak hadir? Apakah berdosa kalau kita tak hadir? Sekiranya perkahwinan itu ada bersanding, berdosa tak kalau kita hadir?

3) Bilakah sesuainya untuk mengadakan kenduri kawin? Apakah sebelum akad nikah atau selepas akad nikah?

Harap ustaz bantu kerana saya nak berwalimah julai ini dan saya nak buat yang mengikut kaedah islam.

jawapan 1 ~ Rasanya dah  terjawab jelas dalam tulisan saya yang lalu. Boleh bersanding nak buat kenang kenangan tapi kawallah keadaan sekalipun didalam rumah. Tapi kalau takut juga terjadinya syubhat lebih baik jangan. Bersandinglah dalam bilik dengan isteri/suami.

jawaban 2 ~ Hukum menghadiri walimah bila dijemput adalah fardhu ‘ain. Kalau tak silap saya dalam satu hadith riwayat Muslim ada mengatakan bahawa: “Sesiapa yang tidak menyahut jemputan sesungguhnya dia telah mengingkari Allah dan Rasulnya.” So … berdosalah kalau mampu hadir tapi sengaja tidak hadir. Berdosa dan haram hukumnya kalau kita hadir dalam perkahwinan yang terdapat kemungkaran didalamnya. i.e. Ada sanding, musik dll yang dilarang syariat.

Jawapan 3 ~ Yang paling afdhal mengadakan kenduri kahwin adalah selepas akad dan selepas berlakunya jima’ antara suami isteri itu bermakna sehari selepas berkahwin. Ini dibuat oleh Rasullualah yang mengadakan walimah dan kenduri selepas malam pertamanya yakni selepas persetubuhan dimalam pertama itu.

Maaf kiranya tersilap. Yang baik dari Allah yang buruk itu kelemahan saya.

Wallahuaklam. muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: