kita tidak seiklim


Sehari dua ini memang aku agak sibuk. Otak yang letih dan fizikal yang agak lemah dengan kerja kerja outstation dan banyak travel. Emosi pun tak berapa stabil.

Lost!

Hari hari yang ku lalui pun terasa tawar biarpun ku cuba untuk memaniskannya dengan menziarahi Ustadz yang aku  kasihi namun kesedihan itu bercambah bila aku dikhabarkan zaujah Ustadz yang ku kasihi pulang kerahmatullah. Semuga Allah merahmati ruhnya.

Memang aku agak rapat dengan keluarga ini.

Keluarga yang telah menjadikan aku anak angkat mereka. Keluarga yang telah banyak membantu aku dalam kehidupan ini.

Dulu bila mereka diKL,  rumah mereka lah rumah kedua aku.

Bila ada problem, kesanalah aku mengadu mendapat nasihat.

Kini kenangan bersama Ummi hanya tinggal kenangan dan Ummi telah pergi selama lamanya dari hidup aku dan Ustdaz pun semakin uzur.

Riak wajahnya membuatkan aku sering risau.

Begitulah hidup ini.

Kita pasti akan kehilangan orang orang yang kita kasihi satu persatu.

Kita akan lalui juga saat saat yang sedih itu meskipun kita cuba untuk mengelaknya!

Mungkinkah aku akan  kehilangan dalam masa terdekat ini?

Kehilangan insan yang dekat dihati aku!

Minggu lepas pun tak terkata busy nya aku.

Maklumlah musim walimah.

Jumpa kengkawan lama.

Dah ada facebook ni ramailah yang contact balik. Majlis pun banyak yang menjemput.

Cerita lama berulang kembali….

Cerita budaya bersanding ala islam pun menjadi bualan sahabat sahabat.

” Akh, anta perasan tak sekarang ni, kalau dulu time kita diawal tahun 2000 dulu kalaulah kawin  macam ni dilarang giler. Dipulau. Sahabat sendiri pun akan pulau kita. Tapi sekarang ni dikalangan sahabat kita pun bersanding, walaupun mereka buat dalam bentuk makan dan sebagainya.” Dia bersuara tanda tak puas hati.

Patutlah aku tengok dia gelisah saja dari tadi.

” Bagi ana ia tetap bersanding meskipun mereka ubah konsepnya kerana ianya menjadi tontonan ramai!” Dia bersuara lagi.

“Ana fahamlah bersanding itu harus kalau ditonton oleh keluarga saja, tapi kengkawan yang tak ada kena mengena dan bukan mahram pun tumpang sekaki. Kalau gitu tak der bezalah kita orang dakwah ni dengan jahiliyah.” Dia mula meninggikan suara.

” Anta tengoklah tangan isteri sahabat kita tu penuh dengan inai ala hindustan dan ala tatoo tu. Bersawang sawang. Tudung pulak dimasuk kedalam. Bukan nak tutup aurat di luar tu. Apa lagi warna yang garang yang mengancam naluri tu! Mana pergi identiti islam kita? Malu betul rasanya akh! Anta tak rasa malu ke? Rosak dakwah kita.” Sambung nya lagi.

” Kalaulah ana tahu cam ni, tobat ana tak datang. Jadi syubhat pulak kita ni. Bila kena pada orang lain, kita kata haram. Bila kita yang buat apa pulak hukumnya? Apakah kerana kita orang jamaah, kita boleh buat dan orang bukan jamaah, tak boleh buat? Kalau macam ni hipokritlah kita!” Serius sahabat aku mengutarakan pendapatnya.

Memang betullah rasanya. Aku pun susah nak komen. Masaalah ni sepatutnya dah lama selesai tapi kita orang dakwah inilah yang create balik! Kan dah jadi fitnah dikalangan kita!

Setahu aku kalau jaga aurat. Bersanding didalam rumah yang hanya keluarga terdekat dan tidak dipertoton kepada yang bukan mahram serta perhiasan yang tak serupa hindu yang barang kemas dan inai tidak dihias diseluruh tangan macam heroin hindu itu … kira oklah!

Itulah yang aku faham dan diberitau oleh Ustadz ustadz.

Teringat dulu dalam satu kursus perkahwinan mas’ul ku pernah berpesan. Kalau berwalimah dan nak perkenalkan pengantin ni, tak perlulah sanding sanding.

Sebaik baiknya jadikan pengantin itu sebagai penyambut tetamu untuk perkenalkan kepada tetamu.

Pakailah pakaian pengantin seadanya dengan aurat dijaga.

Pengantin lelaki bersama bapa, jadi penyambut tetamu bahagian lelaki.

Dan yang pengantin  perempuan pula, bersama Ibu, jadi penyambut tetamu bahagian perempuan.

Tidak lah bercampur!

Disitu lebih afdhal dan lebih sopan lagi mengikut syariat.

Semua tetamu dapat kenal pengantin dengan Ibu Bapa masing masing. Kemudian kalau ketagih sangat nak bersanding dan nak ambik gambar kenangan biar tetamu balik dulu.

Bolehlah berkumpul keluarga terdekat dan ambiklah gambar kenangan sepuas puasnya. Itulah yang diharuskan.

Tapi sekarang ni aku tengok orang dakwahlah yang  secara sedar dan tak sedar menghalalkan bersanding ni. Berhias lagi. Boleh bercampur gaul lagi dengan kengkawan dan ikhwah akhawat!

Tulah Allah nak tunjuk pada kita golongan dakwah pun boleh ‘ ghurur ‘. Tertipu daya dengan imej kita sebagai pendakwah.

Entahlah!

Tebal jugak rasa muka aku bila diterjah persoalan sahabat yang level mutarabbi ni.

“Tulah pasal aku suruh mas’ul aku uruskan segera aku kahwin kat overseas masa student dulu sebelum balik sini.” Sampuk sorang lagi kawan aku.

“Sebab aku tak nak jadi macam kes ikhwah kita inilah! Walaupun kena bembat dengan keluarga. Kena marah gila gila tapi akhirnya aku selamat dari kes kes sanding ni sebab aku tahu famili aku kalau pasal sanding ni berantu rantu! Balik malaysia dia orang terpaksa buat kenduri kecil dan jemput saudara mara dan kawan kawan sekadar nak isytihar. Terselamat aku dari dari terjerumus kepada kemungkaran dalam walimah aku! Muga berkat perkahwinan aku. Alhamdulillah.”

Entahlah! Aku pun malas nak kepoh pasal ni!

Masing masing dah ditarbiyah dan dah faham! Pandai pandailah menguruskannya kalau nak majlis sekali seumur hidup ini diberkati Allah.

Isu ini buka isu baru dan dah dibahaskan ulama’ panjang lebar yang sepatutnya kita dah jazam dan berhati hati. Bukan susah sangat nak ikut.

Cuma masaalahnya ialah kita tak dapat nak kawal diri. Nak kawal kehendak keluarga yang tak faham Islam tu. Itu saja.

Teori ” permulaan yang baik kepada pengakhiran yang baik “ ini hendaklah kita pegang sungguh sungguh. Jangan hanya hal hal yang sesuai dengan kita saja kita buat dan ikut,  tapi bila bertemu dengan hawa nafsu kita kita abaikan slogan ini!  Biarlah ianya menjadi realiti hidup kita! Takut kita jadi manusia ‘cakap tak serupa bikin’. Nak jawab apa kat Allah!

” Anta tak pergi ke pelancaran tu? “ Tanya kawan aku. ” Tak jumpa anta pun.” Sambung nya lagi.

” Pelancaran apa?” Aku bertanya.

” Ya Allah, tak kan anta tak tahu. Jamaah sendiri pun tak tahu.” Dia menyambung dalam keadaan terkejut.

” Oh ya. Ana HALUAN lah akh. Takkanlah anta tak tahu. HALUAN rasanya tak join.” Jawab aku.

” Masyaallah, ana lupa. Ingat anta masih dalam Jamaah lama.

” Kalau gitu tak seiklimlah kita ni?” Dia menyindir.

” Tak seiklim tak apa, asalkan kita bernaung dibawah langit yang sama dan Tuhan yang sama.Aku menjawab.

Cumanya ana harap anta jangan sampai taksub dengan jamaah kerana jamaah ni hanya wadah saja untuk kita bekerja dan jangan sampai kita lupa batas kita. Taksub dengan islam itu wajib tapi taksub dengan jamaah ini boleh membawa kepada perpecahan kerana jamaah kita tidak maksum.” nasihat aku padanya. Kami sama sama tersenyum.

Aku faham maksud kawan lama aku tu. Dulu kami sama sama seusrah dan sejamaah dan bila dia jauh dari aku dan terpisah agak lama, kami terputus hubungan.

Berapi tazkirahnya pada aku, tentang pengabungan jamaah ni. Aku bersetuju dan menyokong walau pun ada Pro and Con nya. Biarlah!

Pimpinan masing masing ada hujahnya. Biarlah pimpinan tertinggi dan ulama’ tertinggi yang buat keputusan. Mereka lebih arif asalkan kita dibawah ni tidak bercelaru dan mengklaim jamaah kita saja yang benar hingga lari dari konsep alfahmu yang kita faham dan terus buat kerja kita. Paling penting matlamat kita tidak berbeza. Mardhatillah.

Jamaah kita hari ini bukanlah Jamaah Muslimin ( jamaah Islam ) seperti Jamaah Rasullulah yang menjadi fardhu ain dan wajib untuk kita berintima’ hanya padanya, yang sekiranya kita mengujudkan jamaah lain boleh menjadi kafir. Tapi Jamaah dizaman kita ini adalah Jamaahtul minal muslimin ( jamaah dari jamaah muslimin) yang tidak mengwajibkan kita untuk berintima’ kepada satu jamaah, yang mungkin ada hikmah disebaliknya berbilangnya jamaah itu. Allah saja yang tahu.

Paling penting semua kita berwala’ kepada Allah dan Rasul.

Jamaah kita ini hanyalah medan kita untuk bekerja. Tidak kira kecil atau besarnya jamaah itu dan disinilah nikmat berbilang jamaah yang harus kita syukuri kerana disinilah terbuktinya sifat ikhlas, sifat lapang dada kita yang dapat mengwujudkan sifat taawun antara kita dalam kerja dan ketaatan kepada kebijakan dakwah!

waalahuaklam.

jumpa lagi.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.

7 responses to “kita tidak seiklim

  1. kembang semangkuk June 23, 2010 at 12:41 pm

    Ustaz saya ada beberapa soalan nak tanya dan harap ustadz jawab.
    1) Tentang bersanding ni. Siapa yang boleh tengok? Kalau sedara pun mesti ada yg bukan mahram kecuali adik beradik saja. Jadi haram tentulah haram juga kan …
    2) Jemputan kahwin ni apa hukumnya kalau kita tak hadir? Apakah berdosa kalau kita tak hadir? Sekiranya perkahwinan itu ada bersanding, berdosa tak kalau kita hadir?
    3) Bilakah sesuainya untuk mengadakan kenduri kawin? Apakah sebelum akad nikah atau selepas akad nikah?
    Harap ustaz bantu kerana saya nak berwalimah julai ini dan saya nak buat yang mengikut kaedah islam.
    Syukur kerana menemukan saya dgn blog bermenfaat ini.

    terima kasih.

  2. irhafiz June 23, 2010 at 12:28 am

    Baru malam tadi ana diminta untuk sampaikan tazkirah ringkas. Antara tujuannya ialah untuk melatih sesiapa sahaja yang berada di medan dakwah ini terlatih dan biasa dalam menyampaikan tazkirah dan lain-lainnya.

    Teringat ana tentang tajuk yang ana ambil daripada buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, oleh Ustaz Fathi Yakan. Tajuknya ialah, “Saya mestilah dapat menguasai diri”, bab ke 5.

    Ia menceritakan bagaimana perlunya seseorang itu mengawal diri dan mampu menguasai diri sendiri. Bukan mudah untuk melaksanakan apa yang kita semua perkatakan. Terutamanya apabila diduga dengan dugaan-dugaan.

    Kemudian terpulang kepada kita samada mampu atau tidak, berjaya atau kalah dalam pertarungan menguasai diri sendiri.

  3. sahabat hijau June 22, 2010 at 12:44 pm

    agree..

  4. junaidiahmad June 21, 2010 at 10:39 pm

    satu kupasan yang baik. Alhamdulillah.🙂

  5. Hussaini June 21, 2010 at 9:00 pm

    Macam sama je semua orang dalam tarbiyyah ni. Semua sekepala. Yang membezakan mereka adalah diri mereka sendiri, apabila mereka ingin kelihatan istimewa mengangkat bendera masing-masing dan mengaku tarbiyyah mereka lebih hebat berbanding apa yang orang lain mampu buat.

    Mereka membezakan diri mereka dari Kelompok Jemaah Islam ini, menjadi kelompok ekslusif, sedangkan matlamat Jamaatul minal muslimin adalah untuk membentuk Jemaah Islam kembali.

  6. Alif June 21, 2010 at 8:52 pm

    ” Tak seiklim tak apa, asalkan kita bernaung dibawah langit yang sama dan Tuhan yang sama!”

  7. Eyangresi313 June 21, 2010 at 4:46 pm

    Ketika kita mengambil suatu keputusan.
    Maka pikirkanlah terlebih dahulu.
    Apabila hati ini merasa was-was,
    maka, ulanglah secara matang dan tenang. Sungguh orang-orang yang berdzikir dia bisa mengendalikan akal agar hatinya bs menjadi tenang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: