cerita dulu dulu


Masih teringat lagi waktu aku baru mengenal islam. Waktu itu masih hijau lagi dan masih blur lagi tentang gerakkan dakwah ini, apalagi untuk intima’ dengannya.

Hidup harian ku hanya berputar dimajlis ilmu dan majlis zikir dimasjid yang secara tak lansung menjadi rumah pertama aku.

Pulang kerumah pun hanya sesekali saja. Itu pun untuk menukar pakaian sahaja.

Tidur baring mandi dan sebagainya semuanya dimasjid sehingga tok tok guru yang mengajar dimasjid amat mengenali aku dan aku menjadi insan famous kerana menjadi sang penunggu dimasjid itu.

Dan memang  nikmat hidup dan life aku dulu dulu pun, hanya bersama masjid dan tidak pernah terfikir dan terlintas untuk menyusuri jalan dakwah dan tarbiyah  ini kerana  tidak pernah pun datang seseorang mengenalkan aku ke jalan dakwah ini sehinggalah Allah menakdirkannya pada aku! Alhamdulillah.

Sebelum mengenal jalan ini, aku tersangat berminat dan termotivasi dengan jalan tasawwuf dan jalan thorikat wali wali terdahulu untuk mendekati Allah hingga aku banyak memomokan diriku dengan pengajian dari kitab kitab tassawuf seperti, kitab mengenali diri dan wali Allah, Kitab Hikam, Kitab minhaj, kitab penawar bagi hati dan beberapa kitab lama dan jiwa aku terbina diatas manhaj sufi ini dan sinonim dengan keruhanian, yang sememangnya amat banyak membantuku untuk melawan serta membuang sifat sifat cinta dunia dan sifat sifat tercela yang telah sebati didalam diriku ini!

Aku amat bersyukur setelah jalan kesufian ini ku rentasi akhirnya Allah telah mengurniakan aku jalan yang lebih terang lagi yaani kefahaman akan dakwah dan tarbiyah serta kefahaman akan perjuangan dari agenda Rasul ini hingga hidup aku terasa semakin luas dan cerah serta terisi dengan ruhani yang sebenarnya setelah aktif dengan kerja kerja dakwah dan barulah aku mengerti akan realiti hidup islam yang sebenarnya dan tugas sebenarnya, yang  bukan hanya untuk memperbaiki diri dan bermujahadah diri  dan mengambil satu juzu’ dari islam itu tapi adalah untuk mengambilnya secara kaffah dengan tugas utama ku adalah untuk mengembalikan manusia kepada cahaya iman!

Indahnya sungguh dakwah ini!

Namun …setelah berlama dalam tarbiyah ini aku bertambah mengerti betapa ilmu tasawwuf, keruhanian dan mujahadah yang dulu aku pelajari, amat amat perlu diterapkan dalam diri setiap kita dijalan ini jika ingin terus bersama saf perjuangan yang suci ini. Kerana keruhanianlah sumber kekuatan buat kita untuk istiqamah dimedan ujian yang getir didalam susah dan senang diperjalanan ini. Kerana ianya pendinding dan tembok yang amat kental dari dimasuki oleh silauan silauan dunia yang menguji kedalam diri!

Bila aku mula mengkaji tentang keguguran dijalan dakwah ini, baru aku tahu bahawa semuanya berpunca dari keruhanian yang lemah.

Bagi aku, manusia yang intima’ didalam gerakan islam tanpa dapat membina ruhaninya hanyalah sampah sampah yang menyekat laluan deruan air dakwah itu sendiri yang terkadang boleh memberi impak negatif yang amat besar dalam kemenangan islam.

Mereka mereka inilah yang akan menjadi najis mukhalazah yang akan mencemar rukun rukun baiah. Mereka mereka inilah juga yang akan melambatkan perjalanan dan mereka mereka inilah juga yang akan menjadi thalabah dan abdullah bin Ubai serta musuh didalam saf islam ini apabila berpatah balik dan tidak tahan diuji kerana kelemahan keruhanian!

Sebab itu didalam tarbiyah aspek inilah yang harus diberi perhatian untuk mengelakan keguguran dijalan dakwah ini!

Aku tidak menafikan bahawa didalam agenda tarbiyah usrah, kita harus ada kreativiti untuk mewarna warnikan usrah dan halaqah itu supaya tidak menjadi agenda yang membosankan. Namun seni yang ingin kita gubah itu, tidaklah sampai  kita merubah stukturnya, kerana  kita takut usrah kita akan lari dari kehendaknya kerana meninggalkan perkara pokok didalam usrah itu sendiri. Seni didalam usrah hanya terletak pada perkara yang tidak melibatkan isi atau agenda tarbiyah didalam usrah itu.

Memang ada masa masa kita amat terasa  usrah ini sesuatu yang tidak menghiburkan. Ini adalah berpunca dari jiwa kita dan bukan disebabkan oleh unsur unsur lain dan disinilah perlu kita mengadakan agenda agenda yang berkait rapat dengan aktiviti aktiviti hati yang boleh kita fikirkan agar aktiviti ini membolehkan kita taqarrub illalah kerana terhibur dan lazatnya usrah itu terletak pada hati yang bahagia dan lembut.

Sebab itu sebagai murabbi dijalan ini, jangan sesekali mengabaikan aktiviti aktiviti yang menyentuh hati ini atau tarbiyah ruhiyah ini. Baik dalam apa pun program program yang kita buat terutama halaqah dan usrah.

Fikrah yang kita beri itu  penting, tapi didalam usrah make sure jangan kita lupa untuk menata ‘ mutabaah amal ‘ para mutarabbi kita.

Ini penting kerana kita tidak mahu ruh mutarabbi yang lemah ini akan menjadi pengacau dan melambatkan agenda pentarbiyahan yang lama kelamaan ruh lemah itu akan menjangkit kepada mazmumahnya dan akan menjadi ‘ virus H1N1’ yang akan membunuh ikhwah akhawat yang lain.

Jangan sekali kali setiap program usrah, murabbi skip atau terlalai dari menilai amalan harian mereka. Pastikan mereka laksanakannya dengan sempurna dan bersungguh sungguh.

Bab mutabaah amal dan tarbiyah ruhiyah ini tidak boleh tolak ansur kerana inilah saja senjata ampuh kita dan disinilah punca dari segala kekuatan kita selain kefahaman yang sohih.

Tegur mereka. Motivate mereka.

Ingatkan mereka bahawa mereka adalah  sebahagian kepada kemenangan dan kekalahan  ini agar mereka tahu dan sedar tanggungjawab intima’ mereka didalam didalam saf Islam ini bukanlah kerana suka suka. Ikut ikut.

Bukan hanya sekadar nak attend program yang seronok seronok saja. Bukan hanya untuk bersukan dan beriadhah saja tapi setiap program yang kita buat adalah  untuk menghancurkan sifat sifat tercela dan mazmumah kita yang berlebihan dalam mengambil nikmat dunia dalam mentarbiyah diri kita menjadi jundullah.

Juga kita kena selalu check tentang solat kita. Kerana solat adalah tiang amal dan penentu segala amal selepasnya. Dan solat merupakan sayidul amal dalam segala amal.

Sesekali buat test tentang ilmu solah dan hukum hakamnya agar mereka sentiasa berhati hati dan mengerti akan perlunya rasa sensitif tentang hukum hakam solat sebenarnya. Kita tidak mahu mereka bersolat yang bersifat taqlid dan ikut ikutan sahaja kerana ianya menjadi musibah kepada keseluruhan amal!

Aku pasti ada antara kamu syarat solah, rukun solah. Sunnah makruh wajib didalam solat pun masih tak hadam lagi!

Teruskan belajar dan belajar. Bertanya dan bertanya agar dapat kita menikmati kesempurnaan solat dan kekusyukan solat yang dikehendaki Allah azzawajalla.

Pastikan juga mutarabbi kita tentang tahajjudnya. Tentang qurannya. Tentang salawatnya. Tentang dhuhanya. Tentang zikirnya. Tentang infaqnya. Tentang dakwah fardiyahnya! Kerana apa? Kerana semua ini adalah keruhanian. Kerana ini adalah amal amal qowi yang akan menjadi pengawal pengawal hati. Yang akan jadi pewangi pewangi hati supaya tidak akan membusukan jamaah dan punca keruntuhan kekuatan jamaah.

Aku akui aku lemah dalam amal. Aku juga tidak menafikan kita semua disini juga lemah dalam amal sebab kita bukan malaikat tetapi manusia. Tapi jika kita berkongsi maklumat dan berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang ada pada kita, aku percaya kita akan termotivate. Kita boleh menjadi ikan lumba lumba. Boleh menjadi pelumba yang sentiasa bersaing secara positif dalam mendekatkan diri pada Allah.

Itulah gunanya kita diblog ini. Berkongsi dan berkongsi. Tegur menegur dan sebagainya. Menyampaikan apa yang kita ada dan wujudkan rasa kebersamaan itu meski pun kita tak mengenal.

Sekurang kurangnya kita dapat berukuhuwah dengan jiwa kita. Berukuhuwah dengan doa doa rabithah kita.

Ini yang syaitan takuti. Kemahuan dan kreativiti kita. Kerana inilah yang akan melemahkan hasutan dan pujukannya terhadap kita.

Sebab itu disini kita kena tulis macam macam tentang pengalaman dan peribadi kita dan tentang aktiviti kita supaya hati kita sentiasa termotivasi. Realitinya, kita hidup diakhir zaman ini sudah kehilangan ramai ulama’ yang dapat menasihati kita! Oleh itu motivasi antara kitalah yang boleh menguatkan kita untuk ubudiyah kepadaNya.

Bukan kerana kita nak tonjol diri pasal kita ada ilmu yang sekuman dan pengalaman dalam saf islam yang sehalus hama ini! Tapi adalah sebab kita nak berkongsi. Bukan nak naikkan stats dalam blog kita. Tapi nak naikkan iman didalam hati kita. Supaya iman diatas maiyahtul ukuhuwwah ( kebersamaan ) ini akan memenuhi ruang langit dan bumi dan mendekatkan lagi  kearah kemenangan islam.

Tidak ada kurnia Allah yang paling baik bagi seseorang setelah ia masuk Islam kecuali memiliki saudara yang solih ~ Umar

Inilah perkongsian yang ingin aku tulis disini untuk bisa memberi kesejukan dalam diri kita semua didalam menyebar dan mengajak kepada pengislahan jiwa datas jalan rasul ini.

Memang kita tidak boleh sebaik para sahabah dan para tabiin atau para salaful solih tapi jalan dan pancaran perjalanan mereka akan senantiasa memberi kan kita motivasi dan membuatkan kita luluh!

Oleh itu kamu semua yang ada ilmu dan pengalaman. Curahkan disini. Kongsikan. Inilah jariah dan tanda kebersamaan kita. Muga perkongsian membuatkan hati kita bertambah lembut. Teguran teguran antara kita akan membuatkan kita bertambah matang dan positif dan dapat membuang keegoan didalam diri.

Buang yang keroh ambil yang jernih ~ PRamlee ( kata kata dari lagunya)

Inilah dia rahmat dan kasih sayang Allah yang maha luas diatas tautan ukuhuwah kita disini untuk memenangkan deenNya. Malah lebih luas dari samudera lautan bahkan lebih luas dari keluasan yang kita fahami sebagai seorang hamba hingga medium ini menjadi bahan amal untuk kita menyuarakan suara cinta dari hati kita.

Bukan itu sahaja rahmatNya tapi rahmat Allah yang patut kita renungi dan syukuri adalah dia menundakan siksa dan azabNya meskipun kita sudah banyak melakukan kelalaian.

Menung dan renungkanlah. Inilah kasih sayang abadi dariNya!

Penundaan inilah maknanya Allah masih lagi memberi kesempatan kita untuk merubah diri. Dan penundaan inilah tandanya Dia masih memberi ruang kepada kita untuk membina cinta kita kepadaNya dan Dia sudi menerima cinta kita lagi!

Tidak kah kamu faham faham akan erti cintaku itu?

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

8 responses to “cerita dulu dulu

  1. muharrikdaie June 14, 2010 at 3:45 pm

    al_leen dan husaini Insyaalah sama sama kita ingat mengingati.

  2. shida June 11, 2010 at 5:35 pm

    syukran atas peringatan dan perkongsian.

  3. muharrikdaie June 11, 2010 at 12:43 am

    al_leen – sedikit penerangan apa yang saya tuliskan.

    Tarbiyah dzatiyah – mendidik diri dengan sesungguhnya
    Tarbiyah Ruhiyah – mendidik jiwa
    Robbaniyah Dakwah – menyeru kearah ketuhanan menjurus kepada kesufian.

    Rengkasnya ~ tarbiyah dzatiyah adalah mendidik diri dengan amalan amalan yang diperlukan oleh kita untuk meningkatkan hubungan kita dengan Allah selaras dengan tarbiyah jamaiyah yang diarahkan oleh jamaah kepada kita. Sebagai contoh mutabaah amal yang diwajibkan oleh jamaah pada kita. Kiranya kita tidak kuat dan tidak punya dzatiyah untuk beramal memang tak kan terlaksanalah tarbiyah jamaiyah itu!

    Tarbiyah Ruhiyah ~ salah satu unsur penting dari manhaj harakah islam iaitu tarbiyah untuk mendidik jiwa kita seperti amalan amalan yang diberi oleh mas’ul kita. Adakalanya amalan amalan ini diberi tidak sama dengan rakan rakan yang lain kerana ia bersangkut paut dengan mazmumah kita. Kiranya sukar untuk tahajjud maka amalan tahajjudlah akan diberi kepada kita untuk kita amalkan supaya kita dapat melaziminya. Untuk melazimi inilah kita kena ada kekuatan peribadi dan kesungguhan peribadi dan inilah yang dipanggil tarbiyah dzatiyah. mendidik diri kita untuk kuat. Jamaah hanya untuk support kita saja.

    Robbaniyah dakwah – Penyeruan kepada ketuhanan. menyeru untuk dekat kepada Allah. selalunya perkataan ini digunakan oleh jamaah sufi. Yang menjadikan kesufian sebagai agenda dakwah mereka. golongan ini menggunakan zikir dari tarikat tertentu yang sohih dan yang ada sanadnya dari rasullulah untuk menyucikan jiwa mereka dan platform sufi inilah yang digunakan oleh mereka untuk menyeru masyarakat terhadap pengislahan diri.

    Tujuan saya menulis tajuk ini untuk menekankan bahawa setiap kita harus memberi penumpuan terhadap masaalah ruhiyah ini kerana jika kita abai aspek ini, dalaman kita akan menjadi kosong dan tidak akan membuahkan natijah yang baik dalam perjuangan islam dan pastinya satu hari nanti kita akan gugur juga dijalan dakwah ini apabila teruji.

    Sekadar itu kefahaman saya dan sebenarnya semua ini berkaitan semata mata untuk ubudiyah kepada Allah.

    Masaalah besarnya ialah adakah istilah ini boleh membuahkan amal? Atau hanya untuk beristilah sahaja.

    Setelah faham marilah kita semua beramal insyaalah.

    Jazakallah jaza’ kerana bertanya dan sudi ziarah dan memang saya suka awak aileen kerana bertanya kerana ini akan mencerahkan ilmu semua kita sebelum beramal.
    Teruskan bersama diblog saya selalu.

    terima kasih husaini kerana tolong jawab cumanya saya tak setuju ~ duhai angin yang didalam blog awak itu kerana boleh menjurus kepada syirik khofi!

    • Hussaini June 11, 2010 at 8:30 am

      Ya akhi muharrikdaie, ingatkanlah ana dari masa ke masa.
      Ana sangat menghargai segala tanbih dan tazkirah dari saudara seiman…

    • al_leen June 11, 2010 at 12:06 pm

      Syukran atas penjelasan mendalam yang diberikan.

      Betul, istilah tidak semestinya membuahkan amalan, dan tanpa amalan kita tidak akan dapat rasa keperluan terhadap perkara-perkara yang di”istilah”kan itu. InsyaAllah, cuba untuk beramal.

      Semoga dakwah dan tarbiyah makin mematangkan saya.

  4. al_leen June 10, 2010 at 2:45 pm

    Syukran saudara Hussaini.

    Jika tidak keberatan, boleh diterangkan perbezaan atau makna ketiga-tiganya dengan lebih mendalam? Nampaknya saya masih kurang jelas. Syukran.

  5. Hussaini June 10, 2010 at 5:18 am

    al-leen

    Ana lebih nampak mesej “Robbaniyyah Dakwah” atau “Tarbiyyah Ruhiyah”

  6. al_leen June 10, 2010 at 4:24 am

    Syukran atas perkongsian.. Saya ada soalan, adakah apa yang dikatakan di atas itu sama dengan Tarbiyyah Dzatiyah? (Takut tersalah guna istilah)

    Pengalaman yang amat similar dengan ISHAB, MasyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: