madu ditepi tangga


Salam semua.

Dah lama saya tidak menulis. Agak sibuk dengan kursus penulisan novel dan program jamaah yang bertindan tindan. Juga kerja pejabat yang tidak lansung memberi ruang kepada saya untuk meluangkan masa diblog kesayangan saya ini, sehingga jari jemari saya semakin lembut dan melentik lentuk macam jari jemari maya karin dek kerana telah lama tidak mengetuk papan komputer ini.

Maafkan saya kerana membiarkan kamu semua dalam keadaan tertanya tanya mengapa saya tidak menulis agak begitu lama! ( ada ke yang merindu rindu? Perasannya saya…)

Pastinya saya tidak akan meninggalkan penulisan blog kerana blog inilah yang telah menghidupkan jiwa cinta saya yang telah mati.

Blog ini jugalah yang telah menemukan saya dengan bidadari bumi dalam khayalan cinta yang tak pasti( alamak jiwang karat tak hengat dunia  pulak  saya )!

Saya terharu, bila membuka blog ini saban malam.

Saya terlihat pengunjung pengunjung setia saya masih lagi bertamu dan berkampung disini meski pun tiada entry terbaru dari saya.

Saya tahu kamu semua mencari sesuatu disini ….

Mencari ilmu dan pengalaman saya dan saya dapat merasakan kamu juga mencari jiwa cinta saya didalam tulisan tulisan saya … aduhai! ( betul ke ni? )

Benarkan!

Terus terang saya katakan, kamu semua disini adalah sebahagian hidup saya.

Tidak kira siapapun kamu. Kamu semua adalah saudara saudara saya yang  akan saya abadikan cinta itu!

Buktinya.

Saya tidak pernah melupakan kamu didalam munajat saya dan didalam rabithah saya meskipun saya tidak dapat membayangkan cahaya wajah wajah manis dan wajah qute kamu disebalik bendera bendera dimana kamu bermukim dan disebalik blog blog kamu yang saya ziarah namun hati ini terus mengesut dan mengesut, mengapai nama nama samaran kamu, untuk saya tuangkan dalam karung hati saya yang penuh dengan kristal kristal cinta ini untuk  disimpan sebagai bahan bukti tanda ukuhuwah kita dihari abadi nanti.

Saudara dan adik aadikku yang dikasihi …

Dakwah ini harus dipenuhi dengan cinta kerana dakwah memerlukan cinta untuk mencari cinta.

Begitu juga dengan tarbiyah. Ia  juga memerlukan cinta sebagai bahan utama untuk mengarap mad’u mengenali Pencinta dan mengabdikan diri kepadaNya.

Justeru itu seorang pembina yang berkualiti harus mempunyai ‘feel’ ini!

Watak murabbi adalah watak seorang ‘pencinta’ kerana Inilah modal dan aset utama didalam dakwah untuk menentukan ‘plot’, sebab dan akibat dari dakwah itu, samaada berjaya nya atau tidak!

Dalam mengharungi pengalaman dakwah ini, kita tidak harus berpuas hati dengan apa yang kita ada!

Kita harus memperkembangkan kualiti diri kita.

Fokus kita dan juga rasa cinta dari jiwa kita kedalam diri orang lain.

Kita kena melayani semua manusia dikeliling kita.

Kena maniskan senyum.

Kena perbaiki sikap dan sifat moody kita, kerana ini adalah sebahagian tarikan dakwah.

Jujurnya, kita tidak boleh berpilih pilih dalam melayani manusia.

Rasulullah pernah bersabda

Sesungguhnya Allah ramah dan senang kepada keramahan dalam segala hal ~ mutafaqun Alaihi

Dan kerana itulah rasullulah menyuruh kita senantiasa berwajah manis dan penuh senyum ketika berhubungan dengan orang lain kerana sifat ini membuktikan keramah – tamahan terutama sekali bila kita berdakwah dan berurusan dengan orang miskin dan lemah atau yang baru dalam memahami deen ini.

Sesungguhnya keramah-tamahan memperindah segala sesuatu dan bila dicabut dari padanya akan menjadikannya buruk ~ Muslim

Ada seorang akhawat student ini mengadu kepada saya.

Katanya, seorang sister yang dikatakan hebat dijalan dakwah tu tak layan dia waktu berchatting diYM.

Memanglah dia tidak pernah kenal dengan sister tu tapi katanya, kawan kawan dia yang baru dimedan dakwah ini menyarankan agar dia masuk blog sister ni kerana kata kawan kawannya, sister ni hebat dimedan dakwah overseas lalu dia pun berhubunglah dengan  sister tu melalui blognya yang famous dikalangan student overseas tu dan disinilah katanya dia kecil hati dengan sisters ni atas sikapnya!

Katanya lagi, dia amat menghormati dan mengagumi sister tu diatas pengalaman pengalamannya dijalan dakwah ini.

Akhawat ni masih baru dijalan ini, jadi pengalaman sister inilah menjadi pendorongnya, tapi disebabkan sister ini ( sombong ) katanya, dia dah tawar hati nak berchatting diYM dengan sister ni lagi …

” Indah khabar dari rupa.” Katanya waktu jumpa saya.

” Ana sedih jugak bang, bila ana tanya soalan, hampir setengah jam baru dia jawab. Itu pun jawaban macam dalam sms saja. Ya. Tidak. Insyaalah. Afwan. Rengkas rengkas. Nak tunggu satu satu perkataan tu ya amatlah lamanya. Kalau tak nak chat pun cakaplah! janganlah hang kita lama lama. penantian tu penyeksaan tau! Ana tahulah ana  ni siapa! Bukan student overseas pun, cuma U cabuk kat malaysia ni. Patutlah dia layan cam tu. Tapi sekurang kurangnya layanlah ana yang baru dimedan ini, yang masih jahil murakab dan perlu bimbingan ni. Ini ke rupa pendakwah yang ditarbiyah? Tulisan dia bukan main lagi,  tapi hanya layan teman teman dia yang dah lama dengan dia aje dan dah jadi puak dia aje! Tawakuflah dulu! Berilah priority kat kami yang masih muda ni dan yang ingin sesuatu darinya itu.” Dia melaser.

” Tak baik menuduh dan ber su’ul dzan macam tu dik.” Jawab aku menenangkan bara dalam hatinya.

” Anti bukan nampak pun apa dia buat waktu anti add dia tu. Mungkin dia tengah layan sister lain macam anti juga kot! Atau sedang buat kerja lain. Terkadang saya pun bila bukak YM pun buat kerja lain dan tak perasan orang masuk.” Sambung aku untuk menyejukkan keadaan.

” Tak lah bang, bukan sekali dua. Dah banyak kali.” Katanya lagi. ” Tu yang buat saya angin tu. Bukan saya saja, kawan saya pun kena layanan cam tu.” Sambungnya.

” Ana rasa abang lagi sibuk dari dia, tapi bila kami add YM abang, mesti abang jawab dan bila abang sibuk abang akan bagitau kami, terus terang dengan kami sebab tak mampu layan kami tapi dia hold kami bagai tunggu hujan dekat mekah” Dia merenggus sambil mengangkat aku.

” Kalau macam tu, tanya saya jerlah, kalau ada kemusykilan. Tak payah nak susah susah.” Jawab aku untuk settle down kebaranan dia.

” Betullah tu, tapi tak semua benda kami boleh share ngan abang. Kekadang kami perlu sisters jugak nak bantu kami.” Sambung nya lagi.

” Kalau begitu cari lah blog sisters lain. Bukan  ke ramai sisters dakwah yang ada blog yang anti boleh masuk?” Jawab aku sambil meng ‘click’ beberapa adress laman blog akhawat yang aku save dalam notebook aku.

Terkejut aku bila dia meninggikan suara, ” Inilah dia, Inilah dia Akak yang punya blog tu.”

” Betul ke dik? Biar betul betul.” kata ku.  ” Setahu sayalah, dia ni ok. Tak tahulah pulak saya, antara awak dengan dia. Kalau tak ok tak kan dia banyak pengikut.” Kata ku merasionalkan keadaan.

” Betul bang. Dia ni lah! Buat apa saya fitnah.” Bersungguh sungguh dia menclick kat blog itu …

Dan aku terus bercerita panjang dengan dia tentang blog itu dan rasanya dia boleh menerima penjelasan aku ….

Aku pun terkadang terkena juga dengan seseorang macam tu. Bila dia tanya, kita jawablah! Lepas tu dia hang kan kita …. Bagai nak rak lah kita tunggu. Kasi tahulah kalau tak nak chat lagi atau beri salam … sebab kita ni orang jamaah dan ditarbiyah pulak. Salahkah kita bagi salam atau minta hold kejap! Kadang terasa jugak terhina! Kita pun ada muruah jugak. Kita ni bukan kayu atau tunggul atau pengemis. Kita pun ada hati dan perasaan jugak. Inikah akhlak yang Islam ajar?

Terkadang sebagai duat ni kita rasa kita dah perfect sangat tapi sebenarnya memang banyak yang perlu kita perbaiki akhlak kita kerana akhlak inilah yang banyak melukakan hati manusia dan menghilangkan rasa hormat manusia kepada kita!

Benar atau tidak sister itu begitu, Hanya Allah yang tahu. Tapi walau apa pun kita yang dah lama dimedan ni harus lah memberi perhatian akan soal ini. Maksud saya, kita duat ni kenalah positif dalam apa pun komentar dari mad’u kita!

Tak perlu kecil hati kerana mad’u kita ada persepsi mereka masing masing, meskipun persepsi itu terkadang boleh meluka dan melemahkan kita. Kita kenalah memahami keadaan itu.

Biasalah ujian dijalan ini.

Biasanya mereka mereka yang baru ini memang suka demand.

Mereka ingin dilayan dengan baik. Dan bagi saya perkara ini harus kita perhatikan secara serius demi kesenambungan dakwah kita dimasa akan datang supaya kita tidak kehilangan mad’u yang inginkan islam ini!

Kalau dalam business, orang selalu menggunakan falsafah ‘ cutomers is always right ‘ dan ternyata falsafah ini banyak memberikan keuntungan kepada perniagaan dalam jangka panjang dan boleh menjadikan kayu ukur bagi kita untuk meuhasabah diri dan memperbaiki diri!

Rasanya dalam dakwah pun falsafah ini pun harus digunakan juga untuk kita menilai diri kita.

Walaupun tidak dapat keuntungan untuk dunia tapi inilah aset untuk kita kembangkan fikrah kita kepada mereka mereka yang dahagakan menjadi pekerja islam kerana merekalah pewaris  setelah kita tua dan tiada didunia ini lagi.

Mungkin hari ini kita rasa bangga kerana mempunyai pengikut lama kita dan kawan kita serta fans lama kita yang ramai. Apa lagi yang taksub kepada kita dan membela kita tak bertempat sehingga kita tidak peduli adik adik baru yang minat kat kita dimedan ini. Tetapi apalah guna kita hanya wangi dikalangan kita dan kita membusukan diri kita dimata mad’u mad’u baru yang ingin mendekati Islam ini dan yang ingin mendekati kita sehingga melambatkan kafilah dakwah ini.

Janganlah kita menjadi ‘ madu ditepi tangga’ yang hanya boleh diurung hanya oleh kelulut kelulut saja!

Jika begini keadan dan sikap kita sebagai duat ini, satu hari nanti  sudah tentu kita akan kehilangan generasi generasi baru untuk mengembangkan lagi fikrah deen ini dek kerana sikap kita yang membiarkan generasi baru ini hilang kerana bodohnya kita dalam kerja dakwah ini!

Inilah ujian yang harus kita sentiasa hadapi.

Perjalanan kita akan menjadi semakin jauh jika kita berfikiran statik dan ego dengan sikap kita. Sepatutnya, semakin jauh dan semakin berpengalaman kita dijalan ini boleh membuatkan kita semakin matang dan bersungguh untuk belajar diatas perangai kita yang teramat banyak kurangannya ini bukan melawan teguran dan kritikan mereka untuk menegakkan kebenaran kita!

Bagi saya ….

pendakwah harus seperti pelangi dan berwajah pelangi. Kerana pelangi berwajah indah dan ceria dan sesungguhnya wajah pelangi itulah yang membuatkan kita sentiasa bahgia dengan keindahannya dan mencari cari untuk menemukannya. Meskipun pelangi mendatangi basirah kita sesekali, namun kesan keindahan dan keseronokan  melihatnya lekat dihati kita sampai bila bila!

Itulah pelangi yang patut kita jadikan ibrah dijalan dakwah ini….

jumpa lagi …

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

8 responses to “madu ditepi tangga

  1. muharrikdaie June 14, 2010 at 3:49 pm

    kebaikan ~ saya tak faham apa maksud anti/anta. Cuma ingin saya jelaskan bahawa akhawat yang mengadu ini adalah bekas mutarabbi saya sendiri dan memang saya mengenalinya agak lama.

  2. kebaikan June 14, 2010 at 1:08 am

    Tertarik pulak situasi akhawat mengadu pada ikhwah/abang.

    Adik tu mesti akan dapat lebih banyak lagi pengalaman.

  3. muharrikdaie June 4, 2010 at 3:23 pm

    Alif ~ sahabat hijau~ husaini ~ abdullah > terima kasih atas nasihat dan peringatan kepada saya.

    Sis Muharikah ~ Saya benar benar mohon maaf diatas entry ini jika sis amat amat terasa namun sukar saya jelaskan dengan lebih lanjut. Apa pun sepatutnya sis email saya agar boleh saya jawab dengan sejelasnya tapi terus terang ianya bukan antara sis dengan sesiapa yang saya kenal disini. Walau apa pun entry terbaru ini adalah jawaban saya dan buat semua kita yang berada dijalan ini ….
    maafkan saya sis …mohon maaf banyak.

  4. abdullah bin ali June 3, 2010 at 4:06 am

    Jangan terpedaya dengan dengan tulisan yang tiada sempadan. Baru boleh ucap, tapi belum buat. Berjuanglah……. kebenaran itu mesti tegas…. bukan sesuatu yang perlu dijaga. Lebih-lebih lagi hati manusia yang bersalut hawa nafsu dan tipuan godaan syaitan.

    Islam itu nampak lembut khusus bagi orang yang istimewa seperti Rasulullah saw. Namun begitu bagi umat yang akhir zaman ini jika kita berlembut lambat laung mereka yang baik lebih mudah terarah dengan musuh-musuh Allah.

    Jarum yang tikaman musuh terlalu halus. Selangkah demi selangkah hayunan kaki umat Muhammad saw diatur supaya semakin jauh dari jalan Allah. Mereka siang dan malam berusaha merosakkan seluruh umat Islam yang ada pada hari ini.

    Bagi orang yang benar-benar beriman, inilah jalan jihad yang penuh hebat untuk diperjuangkan. Semakin tinggi tekanan diberi semakin tegas hati didalam untuk mengabdikan perjuangan supaya terhasil jihad yang sebenar iaitu syahid. Insya Allah….

  5. sahabat hijau June 3, 2010 at 1:56 am

    bismillah..
    tertarik dengan penulisan ini..
    nice dan menyentak sampai ke backbone..
    tapi dari pendapat ana..
    kita tak boleh menilai para duat itu melalui luarannya sahaja..
    setiap insan ada kesibukan tersendiri..
    juga kekangan yang terkadang kita tak tahu..
    mungkin boleh bantu akhwat tu untuk terus bersangka baik..
    firtah insan juga sering silap..
    kita tak perlu menjadi penghukum buat pendakwah lain..
    jadilah sang mukmin yang sentiasa bersangka baik.
    tapi ana tahu..
    penulis menyuarakan rasa hati dan pendapatnya yang bukan semua duat sama..
    ana juga begitu- menyuarakan pendapat saja..
    wallahua’lam

  6. muharikah June 2, 2010 at 3:20 pm

    salam,

    ana merasakan entry ni ditujukan pada ana.. dan ana kenal siapa sister tu.. dan faham kenapa dia rasa camtu.. selalu dia buzz ana time ana dah tidur dan time ana jaga semula dia dah away.. dan selalu dia buzz utk cakap selamat pagi sahaja, terus offline.. hurmm….

    susah juga nak judge orang jika tak pernah berjumpa. biasanya bile dah jumpa, kenal, barulah faham dan tak terasa hati..

    iAllah maybe bile ana balik malaysia boleh arrange perjumpaan dengan akhawat haluan utk perkongsian kisah dan pengisian..

    moga tertaut ukhuwah, makin mantap barisan islam demi mendapatkan khilafah di abad ini,

    kemenangan islam mungkin amat dekat dengan kejadian fotilla skrg ini.. dan moga2 kita sama2 dapat bersatu dalam harakah dakwah ini..

    kirim salam pada akhawat yang terasa itu, dan kata padanya ana memohon maaf diatas kelalaian saya pada ukhuwah ini..

    bile berjumpa boleh bercerita panjang lagi..

    sebenarnya bukan dia sahaja sebagai orang luar rasa camtu, anak usrah saya sendiri jarang tegur kat YM sebab tahu saya jarang jawap.. tapi mereka tetap tegur dan sabar sahaja.. tafahum maybe..

    moga iman dan islam sentiasa mengikat kita.

    ukhtikum fillah,
    muharikah

  7. Alif June 1, 2010 at 10:13 am

    setuju akh!

    senyum selalu🙂

  8. hussaini June 1, 2010 at 9:53 am

    Salam alaik
    Semoga tetap tegar di medan perjuangan yang kejap sejuk, suam dan panas ini.
    Tak menentu cuacanya.

    Berkenaan ceita akhwat tu, ana pun terasa sebenarnya…
    Dengan komitmen yang ada ini, kadang-kadang bukan senang kita nak layan semua tetamu di halaman, apatah lagi adik-adik yang baru dikenali yang inginkan bimbingan. Kadang-kadang tu, sekadar nak kenal kita dengan lebih dalam sahaja… Dengan penuh semangat.
    Ada suatu ketika, pernah berkali-kali lupa nama ikhwah hingga terasa hati mereka.
    Hendak menjadikan sifat manusiawi (yang punya kelemahan) sebagai alasan, tapi betul kata nta, kita perlu berubah. Berubah menjadi pendakwah yang benar-benar pendakwah.
    Menjadi seperti Rasulullah yang tidak pernah mencederakan hati sesiapa, hingga semua sahabat rasa special di sisi baginda…

    Akhir kalam:

    “pendakwah kena seperti pelangi dan berwajah pelangi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: