semilir desiran itu


Akhi

Tak mampu untuk aku ungkapkan dengan perkataan betapa dakwah  ini adalah suatu kenikmatan jika kamu hayatinya dengan jiwa ubudiyahmu!

Nikmatnya bagai desiran bayu pantai yang menguak lembut rambut kita. Menampar halus wajah dan jiwa kita.

Tenang.

Dingin dan mendamaikan.

Medan dakwah bukanlah medan kesibukan. Kekalutan. Keletihan. Kepenatan atau kekecewaan seperti yang kita faham.Memang zahirnya nampak begitu jika tidak dipatri dengan ruh Tauhid didalamnya. Tetapi jika ruh itu telah menyatu segala galanya akan menjadi kenikmatan yang tidak dapat dibayangkan dengan pancaindera lahiriyah ini.

Memang diakui akan sukarnya membina manusia. Menyeru mereka. Menjinakkan mereka. Mentajmik mereka dengan berbagai warna uslub dan kreativiti namun adakalanya mereka lari. Menjauhkan diri.  Hilang. Ghaib bagai halimunan.

Memang manusia bagai kuda liar.

Kadang kita kalah dalam menjinakannya. Kadang kita menang. Dan kita kalah lagi!

Begitulah kitarannya.

Itulah antara peristiwa peristiwa dakwah kita.

Ada diantara  mutarabbi kita yang telah kita bina, telah juga menjadi arwah didalam sejarah.

Ada  juga yang masih dalam dukungan kita lagi. Berpaut tidak mahu melepaskan kita!

Tapi jangan kita hairan bahawa satu hari nanti mereka mereka ini juga akan meninggalkan kita . Sebab itu kita tidak boleh ghairah dan mengharapkan ianya kekal dengan kita kerana bila bila masa sahaja ianya akan jadi silauan dakwah yang akan meremuk redamkan hati kita nanti ….

Dakwah ibarat satu perniagaan yang tidak boleh kita jangkakan.

Tiada jaminan.

Dan kehadiran ramai sang mutarabbi bersama kita sekarang, belum tentu akan bersama kita esoknya.

Dakwah tidak menjanjikan kita apa apa secara lahiriah seperti mana cinta kita kepada seseorang itu, tidak menjanjikan kita dapat memilikinya.

Itulah seninya dakwah dan itulah seninya cinta.

Seni itulah yang dinamakan pekerjaan jiwa.

Medan dakwah  adalah medan jiwa. Medan Jihad adalah medan jiwa. Dan kita bekerja dan berperang dengan jiwa sebenarnya dalam melaksanakan tugas dan misi ini! Sebab itu tidak ada istilah gagal dalam dakwah ini kerana kita akan mencapai dua kemenangan. Kemenangan melaksanakan taklif rabbani itu dan kemenangan mengapai syurga Allah dan sebab itu kita memerlukan jiwa yang suci untuk melaksanakan kerja dakwah ini!

Justeru itu kita tidak perlu kecewa terhina dan lemah bila berlaku penolakan atau melankolik dalam membina manusia kerana kita telah melakukan satu pekerjaan besar. Pekerjaan yang dapat mendekatkan kita dengan Allah.

Pekerjaan ruhiyah dan ubudiyah dan bukannya ‘ semangat keagamaan’ yang bermusim. Pekerjaan yang besar yang kita lakukan ini adalah untuk Rabbul Jalil. Untuk Allah. Bukan untuk kejayaan atau kemenangan!

Kita manusia.

Kadang jiwa kita kecewa bila uluran dakwah kita tertolak. Kita lemah bila tarbiyah kita diabaikan setelah kita mengantungkan harapan kepada anak didik kita untuk hidup bersama dakwah ini yang kemudian dia hilang didalam pelukan kita hingga ianya menjadi sumber kesengsaraan kita dijalan ini.

Tapi sebenarnya itulah kejayaan ruhiyah kita jika kita dapat menjiwai tabiat jalan itu. Kerana Allah uji kita untuk memberitahu kita bahawa dakwah ini adalah penyucian jiwa untuk bertemu dengan Nya kerana syarat untuk betemu dan melihat wajah Allah adalah ‘ kesucian ruhiyah’ !

Itulah yang berlaku diUhud.

Uhud bukan hanya medan peperangan militer tapi adalah peperangan jiwa yang telah melahirkan kejernihan jiwa, ketulusan, keikhlasan dan kebebasan dari belenggu belenggu yang mengeruhkan kejernihan sahabat sahabat dalam perjalanan menuju Allah!  Dan itulah peperangan unsur dalaman manusia. Dan Allah menyucikannya. Mereka menang akhirnya. Kemenangan jiwa yang membuatkan mereka thabat dan istiqamah sehingga terbinanya daulah!

Akhi

Kita telah mengambil terlalu banyak dalam hidup ini!

Mengambil serakus rakusnya rezeki dan segala kenikmatan duniawi  yang lebar ini  dan kita gunakan sebagai pemuas nafsu serakah kita yang tak pernah puas hingga jiwa jiwa kita menjadi hitam metalik, kotor  berlimbah hatta  terkadang dalam kerja islam dan kerja dakwah yang kita lakukan  ini pun, tanpa kita sedari kita terbawa bawa sikap jahiliyah berbentuk riya’ takabbur dan bangga kejayaan kita membina manusia dan ramai pengikut yang memuji keupayaan kita sehingga kita lupa bahawa apa pun yang kita lakukan dalam manhaj rabbani ini adalah semata mata untuk menyucikan ruh kita dan mengembalikan kita kepada fitrah untuk kembali pada Allah!

Begitulah kita sebagai pendakwah ini, tidak pernah selamat dari aroma bumi yang membuatkan kita menutup hati kita untuk mencium aroma langit!

Begitu juga dengan penyakit lelah dan kecewa dijalan ini sering menyerang kita dari depan dan belakang  sehingga pejuang pejuang terdahulupun, mereka dihinggapi penyakit yang sama yang mana jika ruh Tauhid dan ruh islam itu tidak tinggi sudah pasti duat ini gugur bagai daunan kering!

Sayyid Qutb pernah mengungkitkan rasa kecewa itu

Saat perjuangan begitu pahit, aku dihinggapi perasaan putus asa didepan mata. Aku bertanya pada diri ku sendiri, “Apa gunanya berdakwah dan menulis? Apa nilainya makallah makallah yang memenuhi majalah dan buku buku? Apakah tidak lebih baik aku mempunyai senjata dan keluar menyelesaikan masaalah? Apa guna duduk dimeja dan berfikir serta menulis?

Namun selepas itu beliau membaca kembali tulisan tulisannya dan kembali sedar bahawa apa yang dilakukan ini adalah untuk masa depan islam dan untuk menyucikan jiwanya untuk bertemu Allah!

Begitulah rentetan kerja kita. Kerja kita bukan hanya untuk berdakwah dan mentajmik manusia sahaja dan membiarkan hati dan niat kita meliar tanpa fokus kepada ghoyah kita sehingga lalai dari  sifat hassasiyah terhadap niat dan ruhiyah kita.

Kita harus baligh dijalan dakwah ini. Baligh didalam tarbiyah. Baligh dalam berpesan pesan.  Dan sentiasa memfirasati jiwa kita. Kerana siapa yang tepat fiarasatnya terhadap jiwanya akan sempurnalah perjalanannya. Itulah perlunya kita check and balance di perjalanan yang panjang ini  supaya semakin jauh kita merantau dijalan dakwah ini semakin jernihnya ruhiyah kita …

Akhi …

jalan dakwah dan jalan jihad adalah perjalanan meminang bidadari dan sememangnya proses dan jalan peminangan ini terlalu panjang dan sukar dan masih banyak lagi yang harus kita lakukan.

Oleh itu marilah kita kerahkan  seluruh kemampuan kita untuk menjadi manusia dakwah dan manusia Jihad.

Manusia yang tidak ada kekeliruan dan kealpaan lagi dalam hidupnya!

Marilah kita sesali sedalam dalamnya masa yang telah kita abaikan sebelumnya dan kita singkapkan kembali tirai fajar yang sebelumnya telah dibuka oleh Assyahid Sayyid Qutb dan AsSyahid Abdullah azam. Juga Assyahid Ahmad Yassin yang tidak mampu mengerakan jarinya tapi mampu mengerakkan dunia.

Kiranya Assyahid Sayyid Qutb syahid dibawah bayang AlQuran, marilah kita ikuti jejak perjuangannya dibawah bayangannya.

Wallahuaklam.

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

3 responses to “semilir desiran itu

  1. Hussaini May 20, 2010 at 4:27 am

    🙂

    Merawat kalbu yang luka
    Minta prescription nta yeh !~

  2. cicsAmast May 15, 2010 at 9:40 am

    Just want to say what a great blog you got here!
    I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!

    Thumbs up, and keep it going!

    Cheers
    Christian, iwspo.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: