Dunia baru ku


Kawan,

mungkin sehari dua ini aku tidak dapat untuk menulis entry entry terbaru kerana amat kesibukan sesangat!

Sibuk dengan Lifeline for Gaza (LL4G ). Sibuk dengan kerja dan lecture yang terpaksa aku attend. Sibuk dengan Sipnopsis novel pertama ku yang ingin aku siapkan … entahlah bila akan siap! Idea sentiasa hilang dek kerana sibuk dengan pelbagai masaalah.

Hari tu bawak kat penerbit. Kena komen habis. Kena rombak balik dan macam macam aku harus belajar sebelum menulis novel ni. Ingat senang jer. Rupanya macam macam harus aku beri perhatian sebelum diterima.

28 may- 30 May ni aku kena attend workshop penulisan Novel. Kena bayar beb RM1600.00. Mak oi hampir 1/2 bulan gaji basic  aku. Tapi tak per untuk Islam.

Insyallah aku dah niat, yang pertama kalau diizinkan Allah aku nak jadi Novelis Islam yang dapat mengalirkan dakwah ini melalui penulisan ku.

Angan angan jer agaknya. Insyaalah aku cuba nak sebarkan fikrah ini dikalangan kawan kawan yang minat menulis ni!

” Kita merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan CintaNya”

Banyak lagi aku harus belajar.

Kawan …

Malu aku nak cakap.

Sebenarnya cita cita ku nak menulis  macam Sayyid Qutb, yang seni sateranya amat tinggi dan hanya yang berjiwa sastera jer yang dapat menghayati tulisannya.

Beliau juga seorang penulis novel dan aku pernah membaca satu dari novelnya tapi dah lupa tajuk kerana buku itu dicetak diIndonesia.

Dan aku terinspirasi  juga dengan tulisan Muhammad ahmad ArRasyid, Dr majdi Hilali, Bilali, abbas Assisi  yang mirip kepada Asyahid dan aku dah buat pun tajuk Novel pertama ku tentang kisah aku mendapat inspirasi dan kefahaman dari buku buku beliau hingga aku terfikiir nak buat tajuk  ?

Entah bila lah nak jadi ….

Baru tulis sikit sikit.

Mungkin lambat lagi keluar.

Tengoklah!

Jangan harap sangat!

Aku ni pun moody jugak dan masa dan ilham pun masaalah jugak tapi at least aku dah tulis dah. Insyaalah doa doa kan …

Kalau siap novel ni ( entah bila tahunnya ) Insyallah aku akan hadiahkan pada pelawat setia blog aku ehheh..

….so jenguk jenguk selalu disini dan jangan tanya selalu pulak pasal novel aku tu. Nanti tension pulak aku.

Korang tahu aku amat sibuk. Memang tak boleh siap cepat kerana kerja dakwah adalah kerja utamaku ….

So hidup ku dah jadi cacamarba lagi. Dah ada 2 Isteri dah!

1. dakwah 2. Menulis novel. 3. Dah ghaib 4. Bidadari disyurga – Insyaalah.

Oklah sebelum berpisah aku hadiah kan 2 sajak yang ku tuliskan sebelumnya ….pandai pandailah korang tafsirkan sajak ni. kemudian komen ok.

Pesanan guru novel yang menghantar email pada ku tadi buat semua pencinta dan bakal penulis novel. Pesannya :-

DUNIA kepengarangan kreatif adalah dunia orang ‘jiwang’.

Pasti kita pernah dengar penyataan ini. Penyataan yang biasanya keluar dari mulut orang yang tidak memahami atau mungkin sengaja hendak mengusik.

Apa perasaan kita, orang yang bercita-cita besar ingin menjadi novelis apabila mendengar penyataan sedemikian?

Marah? Sakit hati? Menyampah? Semuanya ada. Barangkali lebih lagi. Namun begitu, usahlah pedulikan semua itu!

Ada banyak kelebihan lain sebagai seorang pengarang, penulis atau novelis, berbanding tuduhan murah dunia orang jiwang itu. Jadi, fokuskan kepada yang baik-baik sahaja.

Bukankah seorang pengarang itu seorang yang seharusnya memiliki penguasaan berbahasa yang baik?

Seorang pengarang juga seharusnya memiliki idea yang bernas supaya dapat berkongsi dengan orang lain.

Seorang pengarang juga sewajarnya mendidik dirinya sendiri menjadi lebih baik supaya dapat mendidik orang lain melalui karyanya.

Seorang pengarang juga harus menunjukkan contoh teladan yang patut sebelum dia membina watak yang baik yang berfungsi memberi pendidikan kepada orang lain.

Lihatlah bagaimana indah dan menariknya dunia kepengarangan kreatif.

muharrikdaie – menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

7 responses to “Dunia baru ku

  1. Hussaini May 20, 2010 at 4:33 am

    Cepat la siapkan, ana nak baca…😀

    Ana rasa nta kena tanya Sifu yang power, umpama Kang Abik, bukan kerana idea dan bahasa semata-mata. Tapi bagaimana menyalurkan rasa.

  2. abdullah bin ali May 16, 2010 at 6:29 am

    Tulislah saudara sebaris dikalangan pejuang kebenaran terdahulu iaitu ‘ahli kalam’ berserta orang-orang soleh yang lain, pasrah dengan Allah Rabuljali……. Bermohonlah petunjuk dari Allah setiap patah perkataan yang hendak disampaikan. Mudah2an dipelihara oleh Allah dari kekuatan lorongan nafsu amarah dan godaan syaitan laknatullah.

    Jadilah mujadid dizaman ini bagi mengisi kekosongan yang sudah lama karam. Bangkitlah Islam ini pada satu perjuangan yang suci lagi penuh kemulian, Insya Allah.

  3. tukang_tulis May 12, 2010 at 5:32 am

    cita cita yang mantap!

  4. tegarlah May 12, 2010 at 5:13 am

    smoga lancar dan dapat mnjadi bagian perubah peradaban

  5. ibunoor May 11, 2010 at 2:07 pm

    MasyaAllah muharrikdaie…

    This is a great news to all of us here! InsyaAllah…may Allah ease you in everything. “A journey of a thousand miles start with a single step”. All the best!

    No pressure. Take all the time you need to produce the MASTERPIECE.

    I would love to buy each of those mentioned in the future as I’ve never had a collection of Malay novels.

  6. nuurhati May 11, 2010 at 12:01 pm

    subhanallah! semakin mendaki cita-cita menjejaki sifu!
    ni jelous ni!
    bagus! teruskan usaha.. yang penting teruskan mengasah mata pena dengan menulis
    tulisan-tulisan yang menggerakan jiwa-jiwa kami.
    pastikan saya dapat satu copy ye bila tulisannya dah siap nanti~heh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: