Memetik cinta


Dakwah semakin hairan melihat orang menangisi kepergian cinta

mengapa mesti meraung!

mengapa mesti meratap!

Untuk apa cinta didakap dalam jasad yang sementara ini …

jika ia mengotori ruhi ruhi.

Biar dia pergi

menguak kabut

meninggalkan pungguk

memasuki rembulan.

Apa  guna  menjolok hatinya

memetik cintanya

jika hatinya tiada ruh dan perasaan

…dan kamu akan bertambah miskin

kecewa dan kelelahan.

Dia bukan kuntum mu.

Bukan seroja mu.

Dia hanyalah bau bauan kasturi

yang kamu temui

dalam kembara dakwah ini.

Teruskan  perjalanan

meskipun dia hidup dalam rongga kalbumu

namun dia cuma lubang kecil

yang memberi sedikit cahaya didalam kelam

yang hanya menyiksa harapan …

Senyumlah!

kerana jalan cinta memang begitu …

 

muharrikdaie ~ 7 mei 2010





4 responses to “Memetik cinta

  1. awang January 18, 2011 at 1:35 pm

    pada saya pula,… bila mana Rasulullah saw bersabda mafhumnya : ‘ Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun dan beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu mati esok hari’.

    1/- Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun – kalau saya mampu hidup sehingga 1000 tahun, saya akan mencari harta sebanyaknya dan tidaklah saya akan menangguh-nangguh kerja kerna itu perbuatan orang yang malas
    2/-beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu mati esok hari’. – kalau aku akan mati esok.. aku akan membuat amal jariah dengan harta yang aku kumpulkan untuk umat muslim dan untuk agama ku… aku akan bersembahyang dan meminta pengampunan daripada ALLAH, memohon maaf kepada setiap orang yang mungkin aku sakiti hati mereka,.. menjaga tingkahlaku agar tidak menjadi kebencian dan dendam kepada orang lain…..

    sebenarnya lebih banyak lagi untuk dihuraikan… akan datang kita huraikan lagi….
    sebenarnya.. mencari harta itu adalah wajib dan orang yang malas berusaha (tidak berusaha juga dikategorikan sebagai malas, berdolak dalih agar tidak membuat kerja keras) adalah tidak disukai…..

  2. muharrikdaie May 10, 2010 at 7:45 am

    Syauqah wardah – Nama yang sedap. Copylah ukhti insyaalah agar ianya dapat jadi panduan dijalan dakwah ini kerana terkadang Allah uji kita dititik kelemahan ini dan biasanya kelemahan kita adalah jiwa dan hati kita yang sukar dikawal oleh perasaan …hanya senyum saja menjadi penawar seketika.

    Semuga anti sentiasa berada dalam lindungan Allah dan bersama jamaah islam agar sentiasa berusaha untuk menjadi mukmin yang baik disisi allah insyaalah.
    jazakalalah jaza’ atas ziarah.

  3. abdullah bin ali May 10, 2010 at 12:56 am

    Jiwa manusia sering mengadu sesama manusia . Mereka lupa untuk mengadu kepada Allah. Jiwa begini sentiasa kelaparan dan kehausan, bagai kebuluran ditengah-tengah padang pasir.

    Hidup dalam dunia penuh khayalan dan cita-cita, seolah-olah ingin menukat langit. Dunia yang penuh hina ini disangka syurga kerana disalah tafsir ulamak akhir zaman. Mereka yang tinggi ilmu akhirat pun terpedaya kerana habuan kebendaan tidak memerlukan modal yang banyak. Hanya sekadar membaca ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah saw, berjaya mendapat habuan bayaran ringgit malaysia yang disangka banyak. Banyak perkataan yang diucap diolah mengikut teori hawa nafsu dan pandangan akal bukan maksud yang sebenar.

    Sebagai contoh bila mana Rasulullah saw bersabda mafhumnya : ‘ Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun dan beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu mati esok hari’.

    Ketahuilah! maksud yang sebenar bahawa bekerja untuk dunia jangan bersungguh-sungguh sangat kerana esok masih ada sehingga mencapai 1,000 tahun lagi. Jikalau kerja tidak siap hari ini boleh ditangguh dan ditangguh lagi pada hari-hari berikutnya. Usia masih lagi panjang (seribu tahun katakan). Manakala beramal ibadat hendaklah bersungguh-sungguh dan disegerakan kerana besok dunia akan ditinggalkan. Bekalan akhirat terlalu terhad dengan usia detik masa yang ada. Jika dapat mendirikan sembahyang pada saat ini, ini adalah sembahyang yang terakhir. Kalau berpuasa hari ini adalah puasa yang terakhir. Lembut lidah berzikir dan berselawat, maka inilah zikir dan selawat yang terakhir. Jika dapat membaca Al-Quran, inilah bacaan Al-Quran terakhir untuk dirinya.

    Justeru itu beramallah bersungguh-sungguh, kerana esok adalah hari terakhir yang terlalu nyata dan yakin iaitu kematian menjemput tiba. Begitulah Rasulullah saw mengajar umatnya supaya kasih kepada akhirat melebihi kepentingan duniawi. Tiada siapa yang dapat melihatnya kecuali ahli-ahli hakikat yang kasih dan kenal akan Allah.

    Namun hari ini pendakwah dan pemidato akhir zaman menafsirkan bahawa Nabi saw menyuruh umatnya bekerja bersungguh-sungguh kerana mengejar kemajuan (sebagaimana pemikiran kapitalis barat). Sebaliknya hakikat keimanan dan ibadat selalu tersingkap (tersembunyi) dan tidak dijelaskan.

    Jika kita melihat usia manusia hari ini, padahal tiada seorang pun umat Nabi Muhammad saw yang hidup sehingga 1,000 tahun. Kebanyakan mereka meninggal dunia lebih awal dari 100 tahun. Bahkan kebanyakan pula hanya hidup beberapa jam sahaja setelah dilahir kedunia. Ada pula keguguran dalam kandungan ibunya. Ada mati dihujung senapang. Ada mati sedang berseronak-seronak dipusat hiburan. Ada mati dijalanraya. Hanya sekelip mata.

    Kenapa begitu bodoh manusia hari ini meletakkan fikiran yang dianugerah Allah. Disangka maju tapi tidak lebih daripada berundur kebelakang. Lihatlah dengan jelas bahawa maut datang dengan tiba-tiba. Begitu mudah dan tragis sekali. Namun begitu keadaannya masih lagi memburu sesuatu yang sia-sia. Bagai semut memburu gula. Ianya tidak lebih dari mengejar sebuah kematian yang tidak dapat menyelamatkan diri selepas mati. Tidak kira orang jahil mahu pun orang alim.

    Selagi mana hati-hati mereka terlalu kasih kepada dunia termasuklah ia “hubudunia” dan kasih mereka kepada kedudukan dan kemasyhoran jadilah ia “hubujak”. Nauzubillah…..

  4. syauqahwardah May 8, 2010 at 12:37 am

    salam warahmatullah..

    Subhanallah! Sugoi..

    Garapan yang cukup indah. Minta izin copy utk simpanan peribadi.

    syukran atas perkongsian.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: